21.11.2017 Views

oktober 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Inovasi bukan sekadar ke atas produk dan perkhidmatan sahaja, ia juga merangkumi inovasi dari segi

pendidikan, teknologi, berfikir dan cara kerja yang mampu memberi nilai tambah kepada organisasi dan

manfaat kepada masyarakat secara khususnya. Transformasi minda pekerja juga perlu dititik berat kerana

mereka adalah aset yang secara tidak langsung memberi kesan kepada reputasi syarikat.

Justeru itu, sesi bual bicara inovasi telah berlangsung pada 17 dan 30 Oktober 2017 di Dewan Serbaguna, Ibu

Pejabat IWK, Kuala Lumpur. IWK telah menjemput dua orang yang cukup dikenali dan disegani iaitu Dato' Sri

Che Khalib Mohamad Noh, Pengarah Urusan MMC Corporation Bhd dan Tan Sri Dato' Azman Hj Mokhtar,

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd. Turut hadir ke sesi bual bicara tersebut ialah Pengerusi IWK, Tan Sri

Abu Zahar Ujang, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Encik Faisal Othman serta Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir.

Mohamed Haniffa Abd Hamid.

Semasa sesi tersebut, mereka telah berkongsi pelbagai pengalaman bermula dari awal pekerjaan sehingga

menjadi seorang yang berjaya. Pelbagai tips dan nasihat telah ditegaskan ketika sesi bual bicara berlangsung.

Dato' Sri Che Khalib Mohamad Noh menjelaskan bahawa integriti menjadi nilai utama dalam dirinya kerana

tanpa integriti. beliau percaya segala yang berlaku di masa kini akan memberi kesan kepada generasi akan

datang.

"Dalam melaksanakan usaha ke arah syarikat yang lebih maju, kita akan berjumpa beberapa orang yang cuba

untuk menjatuhkan agenda kita,” jelas beliau kepada kakitangan IWK khususnya pihak pengurusan agar lebih

berani untuk membuat keputusan tepat dan mampu memimpin syarikat dengan adil dan saksama. Beliau juga

mencadangkan agar pihak pengurusan atasan merangka hala tuju syarikat dalam masa yang ditetapkan.

Semasa sesi bersama Tan Sri Dato' Azman Hj Mokhtar, beliau mencadangkan agar pihak syarikat lebih

mendekati komuniti untuk membentuk hubungan yang lebih mesra selain menambah baik perkhidmatan

kepada pelanggan.

Semoga sesi sebegini dapat memberi manfaat agar minda kita lebih terbuka untuk membentuk organisasi yang

lebih cemerlang.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!