27.03.2018 Views

Buku Kenangan Majlis Graduasi Pra-U Kali Ke-3 SMK Bandar Bintulu

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Bicara Bonda

Pengetua SMK Bandar Bintulu

Syukur kepada Tuhan kerana limpah dan kurnia-Nya, Majlis Graduasi Kali

Ke-3 SMKBB dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana yang sangat

meriah dan bermakna buat kita semua.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, seramai 21 orang pelajar Tingkatan

6 SMKBB Tahun 2016 telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Kita harapkan jumlah tersebut akan meningkat pada tahun depan. Majlis

graduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada

pelajar tingkatan 6 SMKBB atas kesabaran mereka menuntut ilmu di sekolah ini.

Majlis ini juga sebagai perangsang kepada mereka untuk mencapai kejayaan di luar

sana. Malah diharapkan ia mampu mengukir kenangan manis dan mencatat sejarah

penuh bermakna dalam lipatan usia para graduan.

Kepada para graduan, diharap sentuhan majlis ini dapat membuatkan para

graduan tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan

pendidik SMKBB. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkuslumus

mendidik dan memberikan tunjuk ajar.

Setelah bertahun lamanya kewujudan Tingkatan 6 di SMKBB, pelbagai kejayaan

telah dilakar. Pelbagai cabaran dan rintangan yang telah dilalui. Saya

berterima kasih kepada guru-guru tingkatan 6 yang tidak pernah mengeluh walaupun

mempunyai kekangan dari segi masa dan tenaga. Malah, guru-guru tingkatan 6 sentiasa

komited menerusikan PdPc di luar sidang seperti di kantin, depan bilik guru,

dalam dewan dan di mana-mana sahaja kawasan sekolah memandangkan kita

kekurangan blok kelas. Kadang-kadang saya berasa sedih melihat pelajar T6 yang

terpaksa membuat kerja kursus atau mengulang kaji di tempat yang tidak kondusif.

Tapi itulah hakikatnya terpaksa kita tempuhi. Berikan tepukan untuk diri sendiri.

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan jika Yang Berhormat bersama-sama

kita untuk menyelesaikan masalah ini. Keprihatian Yang Berhormat untuk membantu

para pelajar T6 SMKBB menikmati prasarana sekolah yang kondusif amat kami hargai.

Sebagai penutup, sekali lagi saya bagi pihak SMKBB merakamkan penghargaan

atas kehadiran tetamu kehormat Yang Berhormat Dato’ Seri Tiong King Sing,

guru-guru, ibu dan bapa, dan para graduan. Teruskan lakaran kita untuk terus mekar

memartabatkan alam pendidikan negara kita.

Sekian, terima kasih.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!