15.12.2012 Views

dewan rakyat parlimen kedua belas penggal ketiga mesyuarat kedua

dewan rakyat parlimen kedua belas penggal ketiga mesyuarat kedua

dewan rakyat parlimen kedua belas penggal ketiga mesyuarat kedua

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

DR.28.6.2010 5

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli

Yang Berhormat, koc wanita yang diperkenalkan oleh KTMB pada 28 April 2010 adalah

koc pilihan kepada wanita untuk laluan Sentul dan Pelabuhan Klang dan laluan Rawang,

Serendah pada 15 Mei 2010 hanya bagi perkhidmatan KTM komuter sahaja. Operasi

koc wanita ini juga akan dipanjangkan ke laluan Sentul-Batu Caves pada pertengahan

Julai 2010.

Buat masa ini KTMB belum memperluaskan perkhidmatan tersebut ke sektor

lain. Ini adalah kerana bagi perkhidmatan antara bandar atau inter city service, setiap

tiket yang dijual adalah berdasarkan jumlah tempat duduk yang tersedia tanpa perlu

berhimpit-himpit seperti mana perkhidmatan KTM komuter di Lembah Klang.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan statistik yang diperolehi, jumlah penumpang

wanita yang menggunakan koc tersebut sejak perkhidmatan ini diperkenalkan adalah di

antara 30,000 sehingga 35,000 penumpang setiap hari. Terima kasih.

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab. Mengikut sedikit kajian saya

sebenarnya koc khusus untuk wanita ini telah dilaksanakan di negara-negara seperti

Mesir, India, Taiwan, Brazil, Mexico, Boleros, Filipina, Dubai dan Korea Selatan. Malah

untuk negara Jepun, ianya mula dilakukan lebih kurang 100 tahun yang lalu dalam tahun

1912 di laluan metro yang dinamakan Chuo Main Line, Tuan Yang di-Pertua. Jadi ini

adalah satu amalan yang saya fikir amat sesuai dengan keadaan masyarakat kita dan

ianya adalah amalan yang pernah dilakukan oleh negara-negara lain.

Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua, ialah oleh kerana kita ingin

memberikan perkhidmatan yang baik kepada penumpang-penumpang kita, maka

kereta-kereta itu seharusnya berkeadaan baik dan dalam kes ini kita senantiasa

mendengar laporan berkaitan dengan EMU, Tuan Yang di-Pertua. Dahulunya, ianya

sudah pun ditenderkan dan diluluskan, kemudian dibatalkan dan kita dengar

kemudiannya diluluskan semula melalui rundingan terus dengan harga yang lebih tinggi.

Jadi, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan sedikit lagi penjelasan,

apa keadaan yang sebenar yang terkini berkaitan dengan tender EMU ini. Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang

di-Pertua, sebenarnya seperti mana yang dijelaskan oleh Ahli Yang Berhormat tadi

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!