03.08.2018 Views

MODUL 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KARANGAN

GRED CEMERLANG ATAS

(90 – 100)

GLOSARI

sepelontar sepah – berdekatan;

berhampiran

tercungap-cungap

‏–چوڠݢڠ | [ter.cu.ngap.cu.ngap]

termengah-mengah

‏–سيناريو | [sé.na.rio] senario

keadaan

bahana [ba.ha.na] | ‏–بهان akibat;

ekoran; gara-gara

‏–ترنجيس | [ter.na.jis] ternajis

tercemar

‏–ترنودا | [ter.no.da] ternoda

tercemar

pupus [pu.pus] | ‏–ڤوڤوس habis

lenyap sama sekali; habis binasa

semuanya; habis tidak berbaka lagi

gara-gara – akibat; ekoran;

berikutan

keleluasaan [ke.le.lua.sa.an] |

perihal leluasa ‏–کللواساءن

Saban tahun – setiap tahun

memudaratkan [me.mu.da.rat.kan]

membahayakan ‏–مموضرتکن |

menjejaskan [men.je.jas.kan] |

memberikan kesan ‏–منججسکن

kepada

iktisad [ik.ti.sad]/[iq.ti.s ad] |

ekonomi ‏-اقتصاد

tanah tumpah darah – tanah air;

ibu pertiwi

menghantui

[meng.han.tui]/[meng.han.tu.i] |

mengganggui ‏–مڠهنتوءي

kegersangan [ke.ger.sa.ngan] |

ketiadaan ‏–کݢرسڠن

konstruktif [kon.struk.tif] |

membina ‏–کونستروکتيف

‏–ڤرݢماتيک | [prag.ma.tik] pragmatik

bersifat praktikal

sebelum belukar menjadi rimba –

sebelum menjadi lebih serius atau

kritikal

Seekor gagak mati di dalam longkang yang

sepelontar sepah dari sekolah; seorang warga

emas tercungap-cungap untuk mendapatkan

udara; dan seorang bayi sesak nafas di dalam

sebuah poliklinik yang penuh sesak. Begitulah

senario bahana kemerosotan kualiti alam

sekitar belakangan ini; udara tercemar, sungai

ternajis, dan darat ternoda. Bukan itu sahaja,

flora dan fauna semakin pupus gara-gara

keleluasaan pembalakan haram dan kepesatan

pembangunan yang tidak terancang. Saban

tahun, terutamanya pada musim kering, jerebu

yang melanda negara akibat keleluasaan

pembakaran hutan dan pembakaran terbuka

memudaratkan kesihatan rakyat dan

menjejaskan iktisad tanah tumpah darah kita.

Lebih-lebih lagi, kawasan tadahan hujan

semakin kurang; kualiti sumber air untuk aktiviti

harian semakin terjejas; dan fenomena

pemanasan global semakin menghantui hidup

kita. Sekiranya rakyat kita kegersangan

kesedaran sivik, mementingkan diri, dan terus

memusnahkan hutan rimba, kita tidak dapat

meneruskan hidup kita di Bumi ini.

Memandangkan betapa seriusnya

permasalahan alam sekitar, maka langkahlangkah

yang konstruktif dan pragmatik

hendaklah kita ambil untuk menangani isu ini

sebelum belukar menjadi rimba.

aa

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!