31.12.2018 Views

BULETIN PKG SUNGAI LAYAR 2017

yearly bulletin

yearly bulletin

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SEKAPUR SIREH……

DARI MEJA

PENGERUSI PKG

Bismillahhir-Rahmanir-Rahim

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulilah bersyukur kehadrat Ilahi bertemu lagi dalam Buletin PKG Sungai Layar Edisi 2017. Terima

kasih kerana memberi peluang kepada saya “berkata” sepatah dua di medan ini.

Saya masih baru dalam jawatan ini. Namun, dalam tempoh yang singkat ini sudah banyak perkara yang

saya pelajari dan lihat berkaitan aktiviti PKG Sungai Layar. Atas kapasiti Pengetua SMK Khir Johari, saya

amat berterima kasih kepada PKG Sungai Layar yang banyak membantu pihak sekolah terutamanya dalam

menerima kunjungan-kunjungan mengejut agensi luar.

Atas kapasiti Pengerusi PKG Sungai Layar, saya amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan

sepanjang tahun 2017. Semoga penambah baikan akan terus dilakukan bagi memantapkan lagi

fungsi PKG.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menerbitkan dan menjayakan

penerbitan Buletin PKG Sungai Layar Edisi 2017 ini. Dengan kesinambungan penerbitan buletin ini, saya

yakin semua warga sekolah di bawah PKG Sungai Layar serta masyarakat luar dapat berkongsi info terhadap

perkembangan aktiviti yang merupakan wadah bagi warga PKG Sungai Layar mencetuskan idea

untuk dikongsi bersama.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang sentiasa membantu, baik dengan tenaga mahupun idea dalam

meningkatkan kemahiran guru terutamanya dalam menguruskan Pusat Sumber Sekolah dan kemahiran

ICT yang berkonsepkan Pembelajaran Abad Ke-21.

Sekian.

IDRIS BIN OSMAN

Pengetua

SMK Khir Johari

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!