24.01.2019 Views

Geografi Tingkatan 1

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

14.3

PENENTUAN KAEDAH KAJIAN

Penentuan kaedah kajian yang sesuai amat penting dalam menghasilkan kajian yang

lengkap dan tepat. Melalui kaedah kajian, sesuatu maklumat berkaitan tajuk kajian

diperoleh dengan mudah dan lengkap. Rajah 14.3 menunjukkan kaedah kajian yang

dapat anda gunakan.

PEMERHATIAN

Merupakan kaedah pengumpulan maklumat paling mudah dan

cepat. Kaedah ini memerlukan anda membuat pemerhatian

tentang perkara atau isu yang hendak dikaji.

TEMU BUAL

KAEDAH

KAJIAN

Merupakan kaedah mengumpul maklumat dengan cara

berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang secara lisan

dengan menggunakan borang temu bual yang telah disediakan.

Biasanya kaedah ini digunakan bagi mendapatkan pendapat

atau maklumat berkaitan tajuk kajian.

SOAL SELIDIK

Kaedah ini merupakan kaedah mengumpul maklumat dengan

mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai. Borang

yang mengandungi maklumat yang ingin ditentukan disediakan

terlebih dahulu.

RUJUKAN

Merupakan kaedah yang memerlukan anda membuat rujukan

di pusat sumber sekolah, laman web, buku, majalah, keratan

akhbar atau bahan bercetak dan bahan multimedia yang lain.

Kaedah rujukan ialah kaedah yang paling sesuai bagi orang

yang baru menjalankan kajian lapangan.

Rajah 14.3 Kaedah kajian

159

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!