11.02.2019 Views

BUKU PROGRAM PENETAPAN TARGET SPM 2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Asas kepada kecemerlangan sesebuah negara ialah pendidikan.

Melonjakkan sistem pendidikan negara bererti membangunkan potensi

intelek, emosi, jasmani dan spiritual pelajar yang menjadi sasaran utama.

Persediaan perlu dilaksanakan bagi memastikan aspek kemajuan negara

dipenuhi dengan sumber tenaga yang berpotensi dan berintegriti. Pelajar

adalah satu-satunya sumber modal insan terpenting untuk mewarisi dan

meneruskan kestabilan dan kemajuan negara.

Selaras dengan usaha meningkatkan nilai pencapaian prestasi negara,

maka pelbagai pendekatan dan kaedah dirancang bagi meningkatkan kualiti

kecemerlangan institusi pendidikan khasnya sekolah dan warganya

terutamanya pelajar sebagai aset terpenting dalam menjana kecemerlangan.

Secara kesimpulannya, hala tuju pendidikan negara memerlukan satu

perancangan yang sistematik untuk menjana kecemerlangan pendidikan

negara.

Kecemerlangan dalam pendidikan mengungkap seribu makna. Frasa ini

berhubung kait dengan perjuangan untuk mengangkat maruah serta martabat

individu, bangsa, agama dan negara. Kecemerlangan bermaksud

kegemilangan, keindahan, keelokan, manakala pendidikan pula proses

penerapan ilmu dan nilai-nilai murni. Tuntutan Falsafah Pendidikan pula ialah

tuntutan yang bersungguh-sungguh bagi merealisasikan kehendak dan

aspirasi negara demi mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Kecemerlangan pendidikan merupakan citra dan

intipati Falsafah Pendidikan Negara dan kini menjadi pengisian wadah

Wawasan 2020. Sesungguhnya, insan yang cemerlang hanya dapat dilahirkan

melalui sistem pendidikan yang cemerlang dan terancang.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!