31.03.2019 Views

buku program apresiasi 2018

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sekapur Sirih

Kecemerlangan dalam akademik adalah landasan utama untuk mencapai kejayaan. Sehubungan dengan itu,

kejayaan para pelajar pada hari ini merupakan platform untuk terus mara dan mencipta kejayaan yang lebih besar.

Di samping kecemerlangan akademik, sahsiah, keterampilan diri serta penguasaan ‘soft skills’ yang boleh membawa kepada kecemerlangan

dalam apa jua bidang yang diceburi amat penting dalam melahirkan golongan intelek muda untuk mewarnai masa hadapan negara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Kolej MARA Kulim (KMK) yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan

yang cemerlang dan menjadi penerima anugerah bersempena dengan Majlis Apresiasi KMK. Moga kecemerlangan dan kejayaan hari ini menjadi

pentas awal untuk melakar kecemerlangan di masa akan datang.

YBHG. DATO’ MOHAMED ROSELI BIN DOL

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan)

MARA

Seulas Pinang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya diberi peluang mengabadikan kata alu-aluan di dalam Buku Program Majlis Apresiasi &

Tamat Pengajian Kolej MARA Kulim Sesi 2017/2018.

Pendidikan mempunyai peranan yang sangat penting dalam melahirkan insan yang berintegriti dan seterusnya dapat menyumbang kepada

masyarakat dan negara. Majlis ini merupakan titik permulaan jalan kehidupan sebenar yang bakal diterokai oleh semua pelajar Kolej MARA Kulim

dalam meneruskan kehidupan di universiti sama ada di dalam atau di luar Negara. Pelbagai ranjau, duri dan rintangan yang perlu dilalui dalam

mencapai kejayaan demi kejayaan. Namun, semangat perjuangan yang murni dan keteguhan iman membolehkan anda meneruskan perjalanan

hidup ini dengan penuh yakin.

Dunia masa kini juga semakin mencabar terutamanya dalam bidang teknologi serta daya saing menuntut pemikiran yang global dan matang. Maka,

para pelajar hendaklah menjadi insan yang progresif supaya dapat menongkah segala perubahan bagi membina kecemerlangan diri, bangsa,

agama dan Negara.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah berjaya

menamatkan pengajian.

TN. HJ. ABD HAMID BIN HJ. AHMAD

Pengarah

Bahagian Pendidikan Tinggi

MARA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!