11.09.2019 Views

Kelab Komputer

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. dengan limpah

kurnia-Nya dapat kita sama-sama meraikan kejayaan para graduan dalam Majlis Konvokesyen kali

ke-6,Politeknik Metro Kuantan. Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang telah menamatkan

pengajian dan berjaya memperolehi diploma pada majlis konvokesyen ini.

Saya yakin para graduan yang dilahirkan PBU adalah produk yang mampu dibanggakan seterusnya

memainkan peranan penting dalam membina masa depan negara yang lebih gemilang dalam bidang

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sama ada dalam negara atau luar negara.

Politeknik Malaysia kini bergerak ke arah merealisasikan visi untuk menjadi peneraju dalam bidang TVET

negara sebagai game-changer seperti yang dihasratkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

Sehubungan itu, politeknik dan kolej komuniti perlu mengaitkan ilmu, industri dan insan bagi

menangani cabaran-cabaran terutamanya dalam era revolusi industri baharu. Bagi merealisasikan

matlamat ini, kursus-kursus yang ditawarkan mestilah memenuhi kerangka yang dibangunkan bagi

menyahut cabaran dan merebut peluang ekoran perkembangan teknologi digital yang

mempengaruhi pasaran pekerjaan terutamanya dalam segmen “high-skills/high pay”.

Adalah menjadi satu kebanggaan politeknik dan kolej komuniti mampu menjadi institusi TVET tersohor yang

melaksanakan pendidikan dan latihan berpandukan keperluan pihak industri dan komuniti

Wassalam

Tuan Haji Mohd Yusof Bin Zakaria

Pengarah

Politeknik METrO Kuantan

Pahang

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!