20.09.2019 Views

KAUNSELING PESAKIT warfarin

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PERKHIDMATAN MEDICATIONS THERAPY ADHERENCE CLINIC

MTAC - WARFARIN

HOSPITAL JERANTUT, PAHANG

Warfarin adalah ubat yang menghalang pembekuan

darah. Ia juga dikenali sebagai ubat cair darah.

Ubat cair darah menghalang dari berlakunya

pembekuan darah yang tidak normal.

Atrial fibrillation: degupan

jantung tidak teratur

Deep vein thrombosis:

darah beku di kaki

Heart-valve replacement:

gantian injap jantung

Pulmonary embolism:

darah beku di paru-paru

Darah beku boleh

bergerak ke

jantung, paru-paru

atau otak.

Pembekuan darah

tidak normal berlaku.

Pengaliran darah

akan terjejas.

Darah beku bergerak

ke jantung

menyebabkan

serangan jantung

atau menyebabkan

strok jika ke otak.

Bagaimana pembekuan darah tidak

normal menyebabkan strok?

Warfarin menghalang penggunaan Vitamin K di dalam badan.

Vitamin K diperlukan untuk pembekuan darah dan

mengelakkan pendarahan daripada berlaku.

Oleh itu, warfarin berupaya mengurangkan kadar

pembekuan darah di dalam badan. Namun warfarin tidak

berupaya mencairkan darah beku yang sedia ada.

Warfarin mula bertindak di dalam badan dalam masa 24 jam

selepas pengambilan dan memberikan kesan sepenuhnya

dalam masa 3-5 hari. Sekiranya pengambilan warfarin

dihentikan, kesan anti-pembekuan warfarin akan bertahan

selama 2-5 hari.

• Dos warfarin akan ditentukan berdasarkan ujian darah yang dipanggil

Prothrombin Time (PT) yang dinyatakan sebagai International

Normalized Ratio (INR)

• Bacaan INR menerangkan kadar pembekuan darah dalam badan. Nombor

INR yang lebih tinggi menunjukkan masa yang lebih lama diperlukan untuk

darah membeku (risiko berdarah lebih tinggi), manakala nombor yang

rendah membawa maksud sebaliknya (risiko pembekuan darah tidak

normal).

• Dos warfarin yang lebih tinggi akan memberikan bacaan INR yang lebih

tinggi.

Ubat-ubatan

/ suplemen

Pemakanan

Penyakit

Aktiviti

fizikal

Pengambilan

alkohol

Ubat-ubatan /

suplemen

Warfarin mempunyai pelbagai interaksi dengan ubat-ubatan, herba dan makanan

kesihatan tambahan (suplemen).

Jenis Ubat

Ubat tahan sakit

Ubat jantung

Antibiotik

Anti-depresi

Ubat sawan

Vitamin/suplemen

Ubat tradisional /

herba

Lain-lain

Contoh

Aspirin, Mefenamic Acid, Ibuprofen, Diclofenac

Amiodarone, Propafenone, Amiodarone

Rifampicin, Chloramphenicol, Ciprofloxacin, Azithromycin, Metronidazole

Fluoxatine, Sertraline

Carbamazepine, Phenobarbitone

Vitamin C, E, K; Co-enzyme Q10, Multivitamin

St. John’s Wort, Gingko, Ginseng, Teh Hijau, Dong Quai, Supplemen

Bawang Putih, Soyprotein, Cordycep, Aloe Vera, Kacip Fatimah, Gamat

Antasid, Orlistat, Gemfibrozil, Simvastatin

Masih terdapat banyak lagi ubatan yang mungkin berinteraksi dengan warfarin. Sila

rujuk Pegawai Perubatan/Pegawai Farmasi sebelum memulakan sebarang ubat

Pemakanan

Kebanyakan makanan di dalam pemakanan seharian kita

mengandungi Vitamin K. Oleh kerana Vitamin K

membantu dalam pembekuan darah, maka ianya

mempunyai kesan terhadap pengambilan ubat ini.

Vitamin K diperlukan untuk

memastikan pemakanan yang

seimbang. Jangan mengelak dari

makanan yang tinggi Vitamin K,

tetapi cuba pastikan pengambilan

yang KONSISTEN dalam diet anda.

INTERAKSI

WARFARIN

DENGAN

VITAMIN

ELAK PERUBAHAN BESAR DALAM PEMAKANAN ANDA

MAKAN MAKANAN YANG SESUAI DAN SEIMBANG

Sayur

Kuantiti

Vitamin K/

100g sayur

Kale (mentah)

704.8 µg / 100g

Sayur

Kuantiti

Vitamin K/

100g sayur

Daun keledek

(rebus/masak)

108.6 µg /

100g

Sayur

Kuantiti

Vitamin K/

100g sayur

Brokoli (masak)

141.0 µg / 100g

Sayur

Kuantiti

Vitamin K/

100g sayur

Sawi (masak)

593 µg / 100g

Bayam (masak)

494.0 µg / 100g

Selada air

(mentah)

250.0 µg /

100g

Kobis (masak)

109.0 µg / 100g

Brussel Sprouts

(mentah) 177.0

µg / 100g

Daun Salad

(mentah) 315.0

µg / 100g

Chive

(mentah)

213µg / 100g

Romaine

Lettuce (Yau

Mak) (mentah)

102.5 µg / 100g

Soybean oil

184mcg/ 100G

Daun ketumbar

310.0 µg / 100g

Daun bawang

(mentah)

207.0 µg /

100g

Kacang Bendi

(masak) 40.0 µg

/ 100g

Pegaga 200 mcg

µg / 100g

USDA National Nutrient

Database for Standard Reference, Release 28 (slightly revised), May 2016.

Lobak merah Timun Kentang

Bawang

Terung

Tomato

Lobak putih

Bunga kobis

Daging lembu / kambing

Cendawan

Kacang buncis

Lada benggala

Saderi

Jagung

Labu

Tauge

Kacang peas

Rebung

Nasi

Peria

No Jenis Makanan Kesan Kepada

INR

1.

[Intrinsic antiplatelet

activity]

No Jenis Makanan Kesan Kepada

INR

4.

[Inhibits CYP2C19 (due to

bromelain)]

2.

Bawang Putih

Soya

[Speculative

mechanisms of soy milkinduced

INR decline

such as changes in

warfarin absorption or

metabolism]

5.

Buah Nenas

Buah Manggis

[Inhibition of CYP2C19]

3.

[Retinol (Vitamin A)

inhibits CYP2C19]

6.

[Inhibit metabolism

involving the cytochrome

P450 system]

Buah Mangga

Buah Delima

Kegagalan

Hati

Edema

Thyroid

Disorder

Interaksi

Warfarin &

Penyakit

Kegagalan Buah

Pinggang –

peringkat akhir

Poor

Nutritional

state

Kegagalan

Jantung

Pengambilan

Alkohol

Merokok

Tekanan/

stress

Aktiviti fizikal

• Boleh

meningkatkan

/ menurunkan

INR

bergantung

kepada

pengambilan

• Merokok

meningkat

metabolisma

warfarin

• Boleh

meningkatkan

INR

• Peningkatan

aktiviti fizikal

meningkatkan

metabolism

warfarin

• Perubahan di dalam keputusan INR akan mengakibatkan

perubahan dalam dos warfarin anda. Pegawai Perubatan atau

Pegawai Farmasi akan mengubah dos anda sekiranya perlu

untuk memastikan INR anda di dalam julat selamat.

• Sila maklumkan kepada Pegawai Perubatan atau Pegawai

Farmasi anda jika ada sebarang perubahan dari segi kesihatan,

pengambilan ubat-ubatan atau cara hidup anda. Ini adalah

supaya dos warfarin anda dapat disesuaikan kepada perubahan

tersebut.

• Dos warfarin adalah disesuaikan mengikut keperluan setiap

pesakit. Oleh itu dos anda mungkin berlainan daripada pesakit

yang lain.

• Ambil warfarin dengan segelas air sebelum/selepas makan

pada masa yang sama setiap hari.

• Ambil dos sebaik sahaja ingat (dalam masa lapan (8) jam).

Jangan gandakan dos!

Gatal

kemerahan

Sakit

perut

Jaundice

Kesan

Sampingan

Warfarin

Ciritbirit

Loya

Muntah

Masih terdapat

kesan sampingan

warfarin yang

tidak dinyatakan.

Sila rujuk Pegawai

Perubatan/

Pegawai Farmasi

jika mengalami

kesan sampingan

selepas

menggunakan

warfarin

Lebam yang tidak

diketahui punca

*Hidung / gusi

berdarah

*Pendarahan

berlebihan di luka

Kedatangan haid

yang luar biasa

atau pendarahan

faraj

Najis / kencing

berdarah atau

berwarna gelap

Muntah darah

Batuk / ludah

berdarah

*pendarahan tidak berhenti selepas 30 minit

Sesak

nafas

Sakit

dada

Kaki

bengkak

JANGAN LUPA mengambil warfarin seperti yang

diarahkan oleh Pegawai Perubatan atau Pegawai

Farmasi

JANGAN LUPA melakukan ujian darah seperti yang di

arahkan

JANGAN LUPA memberitahu Pegawai Perubatan atau

Pegawai Farmasi mengenai semua ubat-ubatan yang

diambil. Bincang bersama Pegawai Perubatan atau

Pegawai Farmasi sebelum anda mengambil, mengubah

atau memberhentikan sebarang ubat-ubatan,

supplemen atau produk herba.

JANGAN LUPA mengekalkan tabiat pemakanan sihat

dan aktiviti yang hampir sama setiap hari kerana

perubahan mendadak akan memberi kesan kepada INR

JANGAN LUPA berjumpa dengan Pegawai Perubatan

jika anda sakit atau mengalami luka atau

pendarahan yang lebih teruk daripada biasa

JANGAN LUPA memberitahu Pegawai Perubatan

atau Pegawai Farmasi sekiranya mengandung atau

merancang untuk mengandung

JANGAN LUPA memberitahu Pegawai Pergigian

sekiranya anda mendapatkan rawatan gigi

JANGAN LUPA mengambil ubat ulangan sebelum

kehabisan warfarin

JANGAN ubah dos warfarin anda sendiri

JANGAN mengambil alcohol berlebihan

JANGAN berhenti mengambil warfarin sendiri

walaupun anda berasa sihat

JANGAN mengambil bahagian dalam aktiviti sukan

yang boleh mengakibatkan pendarahan atau

kemalangan

JANGAN membuat perubahan mendadak dalam

pemakanan seharian anda, gaya hidup atau sebarang

aktiviti tanpa berbincang dengan Pegawai Perubatan

atau Pegawai Farmasi

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!