20.01.2013 Views

Warta Disember 2009 - Mara

Warta Disember 2009 - Mara

Warta Disember 2009 - Mara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Berita

Semasa

WARTA

MARA

4

MARA BERSAMA MENYAMBUT KEDATANGAN

MAAL HIJRAH 1431 H

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah

Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H/2009M telah

dilangsungkan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 Disember

2009. MARA telah diwakili oleh 18 orang peserta

kontinjen, segak dengan berbaju Melayu berwarna

kuning dan sampin berlatarkan warna biru. Penyertaan

tahunan ini merupakan komitmen MARA untuk

memeriahkan sambutan Maal Hijrah Peringkat

Kebangsaan di samping menyuburkan semangat hijrah

dalam diri warga kerja MARA.

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan ini

disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan

Negeri Kedah Darul Aman Al-Sultan Almu’tasimu Billahi

Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam

Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Peristiwa hijrah menuntut kita berusaha untuk

mencapai sesuatu kejayaan melalui usaha gigih yang

konsisten, bersemangat tinggi dan keikhlasan dalam

tindakan. Sememangnya penghijrahan Rasulullah S.A.W.

merupakan peristiwa besar dalam kalendar Islam yang

menggambarkan bagaimana umat Islam ketika itu telah

mengalami perubahan, kemajuan dan kegemilangan hasil

daripada kesanggupan mereka untuk berhijrah dari Kota

Mekah ke Kota Madinah dengan penuh tabah walaupun

menghadapi pelbagai rintangan.

Dengan bertemakan “Memantap Ukhuwah

Memperkasa Ummah” umat Islam kini digesa supaya

sentiasa mengutamakan perpaduan. Melalui pengukuhan

kasih sayang dan kesepakatan, ia akan memastikan

benteng ketahanan umat Islam sentiasa teguh walaupun

digugat pelbagai ancaman.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!