24.04.2013 Views

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

perspective perspective - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (samb.)

(v) Instrumen kewangan

Keterangan

169

Instrumen kewangan adalah sebarang kontrak yang menghasilkan kedua-dua aset kewangan satu perusahaan dan liabiliti

kewangan atau instrumen ekuiti kewangan satu perusahaan lain.

Aset kewangan ialah sebarang aset yang merupakan tunai, hak berkontrak untuk menerima tunai atau aset kewangan lain

daripada perusahaan lain, hak berkontrak untuk menukar instrumen kewangan dengan perusahaan lain mengikut syarat

yang berpotensi baik, ataupun instrumen ekuiti perusahaan yang lain.

Liabiliti kewangan ialah sebarang liabiliti yang merupakan obligasi berkontrak untuk menghasilkan tunai atau aset

kewangan lain kepada perusahaan lain, atau untuk menukar instrumen kewangan dengan perusahaan lain mengikut

syarat yang tidak berpotensi baik.

Instrumen kewangan yang diiktiraf dalam lembaran imbangan

Instrumen kewangan yang diiktiraf dalam lembaran imbangan merangkumi deposit, tunai dan baki bank, pelaburan,

hutang belum diterima, hutang belum dibayar serta pinjaman. Kaedah pengiktirafan yang diterima pakai untuk

instrumen kewangan yang diiktiraf dalam lembaran imbangan dinyatakan di dalam penyata dasar perakaunan individu

berkaitan setiap perkara.

Aset dan liabiliti kewangan Kumpulan dan Syarikat adalah di dalam mata wang Ringgit Malaysia.

Anggaran nilai saksama bagi tujuan pendedahan

Dalam menentukan nilai saksama instrumen kewangan, Kumpulan menggunakan pelbagai kaedah dan membuat

andaian berdasarkan keadaan pasaran pada setiap tarikh lembaran imbangan. Secara khususnya, nilai saksama aset dan

liabiliti kewangan dianggar dengan mendiskaunkan aliran tunai berkontrak masa depan pada kadar faedah pasaran

semasa yang tersedia bagi Kumpulan untuk instrumen kewangan yang serupa. Nilai saksama instrumen lain ditetapkan

mengikut nilai pasaran pada tarikh lembaran imbangan.

Nilai muka aset kewangan (tolak sebarang anggaran pelarasan kredit) dan liabiliti kewangan dengan tempoh matang

kurang dari satu tahun adalah diandaikan hampir kepada nilai saksamanya.

3 OBJEKTIF DAN DASAR-DASAR PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN

Kumpulan terdedah kepada pelbagai risiko kewangan termasuk risiko pertukaran mata wang asing, risiko kadar faedah, risiko

kredit, risiko kecairan dan risiko aliran tunai dalam urusan biasa perniagaan. Objektif keseluruhan pengurusan risiko kewangan

Kumpulan adalah untuk memastikan bahawa Kumpulan dapat mencipta nilai bagi para pemegang sahamnya. Kumpulan

memfokus kepada pasaran kewangan yang tidak teramal dan berusaha untuk meminimumkan kesan buruk kepada prestasi

kewangan Kumpulan. Pengurusan risiko kewangan dijalankan melalui kajian risiko dan sistem kawalan dalaman. Lembaga

Pengarah kerap mengkaji semula risiko-risiko ini bagi memastikan dasar-dasar pengurusan risiko kewangan Kumpulan

dipatuhi.

(i) Risiko pertukaran mata wang asing

Kumpulan tidak terdedah kepada risiko mata wang memandangkan penglibatan Kumpulan dalam urusniaga mata wang

asing adalah minimum.

(ii) Risiko kadar faedah

Pendapatan dan aliran tunai kendalian Kumpulan adalah bebas dari perubahan dalam kadar faedah pasaran. Pendedahan

kadar faedah timbul daripada pinjaman Kumpulan dan diurus menggunakan kadar faedah tetap dan terapung. Kumpulan

sentiasa aktif memantau pinjamannya bagi memastikan Kumpulan menerima manfaat sepenuhnya daripada persekitaran

kendalian.

(iii) Risiko kredit

Tumpuan ke atas risiko kredit yang berhubung dengan penghutang dagangan adalah terhad memandangkan pemilikan

dan hak terhadap hartanah akan berbalik kepada Kumpulan dalam keadaan berlakunya kemungkiran. Pengalaman

Kumpulan yang lalu bagi kutipan daripada penghutang dagangan jatuh dalam peruntukan yang dicatatkan. Disebabkan

faktor-faktor ini, pihak pengurusan percaya tiada risiko kredit tambahan yang melebihi nilai yang disediakan untuk

kerugian kutipan yang sedia wujud dalam penghutang dagangan Kumpulan.

UNITED MALAYAN LAND BHD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!