Jabatan Elektrik • Diploma Teknologi Elektrik Kuasa
K05 - DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK KUASA Tempoh : 36 bulan (sepenuh masa) Dijalankan di KKTM : Pasir Mas, Kelantan Kelayakan masuk : LULUS SPM/SPMV dengan KEPUJIAN a) Bahasa Melayu, DAN b) Matematik ATAU Matematik Tambahan SERTA c) KEPUJIAN dalam mana-mana SATU (1) matapelajaran dalam kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional dan LULUS subjek Bahasa Inggeris. Kandungan Latihan: Dijalankan secara usahasama antara <strong>MARA</strong> dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi <strong>MARA</strong> dan Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai - Sekatan PW4 (Tiga Fasa Dengan Endorsan Pengujian). Kursus ini menawarkan pembelajaran & latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik. Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi : 1. Sains kejuruteraan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Pendidikan Moral, Kemahiran Komputer, Pengajian Malaysia, Matematik dan Latihan Industri. 2. Memahami dan berupaya menghasilkan Lukisan Kejuruteraan Elektrik secara manual dan berbantu computer (AutoCAD). 3. Membuat kerja-kerja amali gegas dan pendawaian elektrik serta system pepasangan elektrik satu & tiga fasa. 4. Pengenalan kepada litar-litar elektrik asas, penggunaan teorim untuk menganalisa litar-litar elektrik dan konsep ubahtika. 5. Pengenalan prinsip operasi dan membaikpulih litar-litar elektrik samada litar analisis mahupun litar digital. 6. Memberi kefahaman mengenai perjalanan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik. 7. Berpengetahuan dalam akta dan peraturan bekalan elektrik. 8. Membaikpulih kerosakan alat-alat kelengkapan elektrik seperti mesin basuh, seterika, pembakar roti, dapur elektrik, kipas angin dan sebagainya. 9. Memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama, kabel bawah tanah dan talian atas. Kandungan Silibus : Semester 1 : ● Electrical Installation, ●Engineering Science, ● Introduction To Computer, ●Technical Drawing, ●Mathematics , ●Tasawwur Islam/Teori Etika dan Amalan Moral, ●Basic English for Communication ●Co-Curriculum 1 Semester 2 : ●Electrical Drawing, ● Electrical Industrial Installation 1, ● Digital ●Electronics Fundamental ● Computer Aided Design, ●Algebra & Geometry, ●Intermediate English for communication ●Institusi Islam dan Cabaran Semasa /Masalah dan Isu Moral, ●Co-Curriculum 2 Semester 3 : ● Electric Circuit Theory 1, ● Electrical Technology 1, ● Electrical Industrial Installation 2, ● Project Management, ● Trigonometry, ● Pengajian Malaysia, ● English For Personal Development, ● Co-Curriculum 3 Semester 4 : ● Electrical Motor Control ● Act & Regulation, ● Overhead Line Practices, ● Calculus ● Electrical Maintenance ● Electric Circuit Theory 2 ● Electrical Technology 2● Entrepreneurship Semester 5 : ● Industrial Training Semester 6 : ● Industrial Automation , ● Low Voltage Distribution, ● Analogue Electronics Fundemantal, ● Power Electronics & Drives ● Underground Cable Practices ● Power Systems ● Introduction to Technopreneurship Prospek Kerjaya : Jawatan : Pembantu Jurutera, Pengajar Vokasional, Penolong Pengurus Kilang, Penolong Pengurus Projek, Penyelia Kilang, Penyelia Tapak Projek, Juruteknik Industri, Pendawai & Penguji Kompeten Syarikat Kontraktor Elektrik. Industri/Sektor : i) Sektor Industri pengeluaran / Industri perhotelan & resort / Industri pembinaan (syarikat kontraktor / konsultan Elektrik) / Senggaraan bangunan tinggi (Perdagangan /Pejabat / kondominium) / Perlombongan dan lain-lain industri yang memerlukan kemahiran pemasangan dan penyenggaraan bekalan elektrik. ii) Menjadi usahawan dengan menggunakan Perakuan Kekompetenan Pendawai yang diperolehi untuk menjalankan perniagaan sendiri sebagai syarikat kontraktor pendawaian elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. Peluang Melanjutkan Pengajian: Pelajar Diploma Teknologi Elektrik berpotensi menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Elektrik di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.