20.07.2013 Views

Sivathondan Nilayam/UK (Yogaswami Centre ... - Mandhata Global

Sivathondan Nilayam/UK (Yogaswami Centre ... - Mandhata Global

Sivathondan Nilayam/UK (Yogaswami Centre ... - Mandhata Global

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

m a l a y a u t h o r 's i n t r o d u c t i o n

untuk para pelajar

selamat datang ke Agama Hindu saivite , Buku ke-empat. Kami berharap anda akan menghayati buku yang berwana-warni

ini. ia mempunyai gambar-gambar penganut Hindu dari seluruh dunia. Kini, anda sudah bersedia untuk mempelajari

saivisme sebagai sebahagian daripada agama Hindu yang agung. Anda akan belajar tentang tuhan siva, tuhan Ganesha

dan tuhan murugan. Anda akan lebih memahami tentang konsep-konsep utama kita iaitu karma, dharma dan penjelmaan

semula. Anda akan belajar tentang bagaimana kuil beroperasi dan bagaimana tuhan-tuhan membantu kita. Anda akan

tahu tentang keagungan para wali dan guru-guru saivite kita. Anda juga akan diajar tentang cara meningkatkan hidup

anda dengan melakukan japa, meditasi dan kegunaan ikrar. Anda akan mempelajari sebab-sebab keagamaan mengapa anda

perlu melakukan perkara-perkara baik dan bagaimana bergaul dengan orang lain. Anda juga akan belajar tentang kepentingan

mempunyai kawan-kawan baik, bagaimana menjadi seorang Hindu yang baik dan mempunyai sebuah rumah yang

mempunyai amalan agama yang kuat. Belajarlah agama anda dengan bersungguh-sungguh sepertimana anda mempelajari

matapelajaran yang lain. Fahami amalan-amalan, kepercayaan-kepercayaan dan falsafah kita dengan baik.

untuk para guru

Buku ini ditujukan khas untuk kanak-kanak berusia 8 hingga 10. sebagai guru, anda harus memastikan pelajar anda memahami

semua perkataan dalam teks ini. sekiranya mereka diajar dalam dua bahasa, maka mereka harus faham apa yang

disebut dalam kedua-dua bahasa. Dengan ini mereka akan memahami maksudnya dengan lebih jelas. Galakkan mereka

untuk menyoal, dan sekiranya anda tidak tahu jawapannya, hantarkan soalan mereka kepada saya. terdapat juga maklumat

tambahan di halaman internet www.himalayanacademy.com/teaching/ untuk membantu anda, termasuk panduan guru,

sumber internet tambahan, buku-buku dan video yang sesuai untuk kanak-kanak. Buku ini disediakan dalam empat bahasa

iaitu Bahasa inggeris, Bahasa tamil, Bahasa melayu dan Bahasa Perancis bagi negara dimana kebanyakan kelas diajar termasuk

singapura, malaysia dan mauritius. Para guru digalakkan supaya berkomunikasi sesama sendiri untuk berkongsi

bahan ajaran dan idea.

untuk Ibu Bapa

Buku ini merupakan pelajaran yang paling penting bagi anak-anak anda. ia merupakan pembelajaran mengenai agama

Hindu, sanatana Dharma, “Kebenaran Abadi.” Ada sesetengah ibu bapa berasa bahawa mempelajari agama tidak penting

dan anak-anak mereka harus lebih menumpukan perhatian pada akademik mereka. Pendekatan yang lebih bijak adalah

dengan memepelajari kedua-duanya. Pembelajaran Agama Hindu sepertimana yang diberikan dalam buku ini memberikan

pendapat-pendapat yang praktikal yang membantu seseorang kanak-kanak untuk lebih cemerlang dalam akademiknya. ia

juga dapat membina kehidupan yang lebih seimbang bagi kanak-kanak, iaitu zaman kanak-kanak yang lebih riang dan

kurang tekanan. oleh itu, sila ambil berat tentang pembelajaran anak-anak anda dengan membaca semua pelajaran dalam

Buku empat dan sekiranya mempunyai masa layarilah bahan-bahan kursus untuk guru di internet. Anggaplah kursus ini

sebagai pendidikan untuk roh dan suara hati anak-anak anda, satu latihan yang akan menyediakan mereka untuk memahami

agama mereka dan mempraktikkannya dengan pengetahuan dan berupaya untuk menggunakan ajaran ketuhanan

tersebut dalam menghadapi isu etika dan moral yang sukar dalam hidup mereka. Berilah galakan kepada anak-anak anda,

bantulah mereka dalam proses memahami pelajaran ini dan siapa tahu, anda sendiri mungkin akan mempelajari sesuatu

yang baru.

satguru Bodhinatha veylanswami

Jagadacharya ke-163 dari nandinatha sampradaya Kailasa Parampara

Guru mahasannidhanam

Kauai Aadheenam, Hawaii, Amerika syarikat

x saivite Hindu religion, Book 4

Pengenalan oleh Pengarang

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!