17.09.2013 Views

Buletin MSSD hari 1.pdf

Buletin MSSD hari 1.pdf

Buletin MSSD hari 1.pdf

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Tajuk Utama

Gegak Gempita Stadium

MPKu

Suasana Hari Pertama

Menarik di dalam:

Cetusan Harapan 2

Setia Hujung

Nyawa

Masterchef MSSD

Kulaijaya

Asam Garam

Atlet MSSD

Kilauan Emas Hari

Pertama

Kilauan Emas Hari

Pertama

Senarai Pungutan

Pingat

2

2

3

3

3

4

Info Kesihatan 5

Lensa Kamera 5

Datang Membawa

Harapan, Pulang

Membawa Senyuman

6

Edisi 1/2013

KEJOHANAN PADANG &

BALAPAN MSS DAERAH

KULAIJAYA KALI KE-31

TAHUN 2013

Gegak Gempita Stadium MPKu

Stadium Majlis Perbandaran

Kulaijaya kembali digegarkan lagi

dengan Kejohanan Padang dan

Balapan MSS Daerah Kulaijaya

kali ke 31 yang akan berlangsung

selama empat hari di sini.

Kejohanan pada kali ini disertai

oleh 19 kontinjen. Semua atlet

telah memulakan latihan

pemanasan badan seawal 7.30

pagi. Mereka sangat

bersemangat melakukan aktiviti

rutin yang menuntut kekuatan

stamina sepanjang empat hari

kejohanan ini berlangsung.

Acara pertama bermula pada

jam 8.00 pagi dengan acara

balapan 5000 meter kategori

lelaki 18, diikuti dengan acara

akhir padang seperti lompat jauh

perempuan 15, lempar cakera

perempuan 18, lompat tinggi

lelaki 13 dan lontar peluru lelaki

15. Suasana stadium kembali

bergegar dengan sorakan yang

Suasana Hari Pertama

padu daripada kontijen masing –

masing.

Acara balapan diteruskan lagi

dengan acara 400 meter

perempuan 13, 15 dan 18.

Seterusnya, acara diteruskan lagi

dengan acara 400 meter lelaki

13 dan lelaki 15. Turut sama

berlangsung ialah acara akhir

lompat kijang lelaki 15 dan acara

akhir lempar cakera kategori

perempuan 13.

Acara sukan pada hari ini meriah

dengan adanya pelbagai aksi yang

dipamerkan oleh para atlet

untuk menjuarai acara yang

disertai oleh pasukan sekolah

masing – masing. Biarpun

terdapat atlet yag mengalami

kecederaan ketika acara

berlangsung tetapi ini tidak

mematahkan semangat mereka.

‘Ceritera Perjuangan & Kejayaan’

Selasa 19 MAC 2013

Stadium MPKu gah berdiri

menanti kehadiran peserta

Kejohanan Padang dan Balapan

Majlis Sukan-sukan Daerah

Kulaijaya Kali ke-31 Tahun 2013

‘Mendukung Amanah,

Menggalas Perjuangan’

Page 2 KEJOHANAN PADANG & BALAPAN MSS DAERAH KULAIJAYA KALI KE -31

En. Abdull Talib bin

Daud

Penyelia Sukan Daerah

Kulaijaya

‘Dedikasi,

Disiplin,

Tanggungjawab’

Cetusan Harapan

“Pembukaan yang sangat meriah

dan sangat membanggakan apabila

dapat dilihat penyertaan menyeluruh

oleh setiap kontinjen dari

setiap sekolah di daerah Kulaijaya,”

kata Penyelia Sukan Daerah

Kulaijaya, En. Abdull Talib bin

Daud. Beliau juga berpendapat

bahawa temasya sukan MSSD

menjadi titik tolak dalam pencarian

atlet bagi temasya sukan MSSJ

yang akan berlangsung pada bulan

April akan datang. Dalam menyahut

seruan kerajaan, temasya

sukan ini yang menjadi obligasi

setiap tahun perlu digalakkan

dalam diri setiap pelajar agar

negara dapat mencari atlet pelapis

untuk masa akan datang.

SETIA HUJUNG NYAWA

‘Dedikasi, Disiplin, Tanggungjawab’

merupakan moto sekumpulan

ahli pengakap dari SMK

Tunku Abdul Rahman Putra ini

(SMKTARP) dalam menjalankan

tugas dan amanah yang diberikan

selama 4 hari kejohanan ini berlangsung.

Kerjasama padu dan jitu

barisan pengakap dari ini ternyata

mampu menyumbangkan tenaga

mereka dalam usaha membantu

pegawai kejohanan, sekaligus

memudahkan lagi penganjuran

dan pelaksanaan kejohanan pada

tahun ini. Tugas yang dia-

‘Masterchef’ MSSD Kulaijaya

“Dalam kesibukan semua pegawai

kejohanan dan kontijen mengharungi

hari pertama kejohanan ini,

pihak penganjur prihatin dengan

kebajikan pegawai yang bertugas.

Kerjasama yang baik diberikan

oleh Jawatankuasa Makanan dari

SMK Vokasional Indahpura yang

sentiasa berusaha untuk memastikan

semua pegawai kejohanan

menerima makanan yang

mencukupi. Keperluan makanan

ini sentiasa dititikberatkan untuk

memastikan pegawai yang bertugas

sentiasa bertenaga untuk

manahkan telah dijalankan dengan

penuh dedikasi. Kumpulan

pengakap ini merupakan pelajar

tingkatan 2, iaitu pengakap lelaki

dan perempuan. Setia sungguh

menjalankan tanggungjawab masing

- masing di sepanjang kejohanan

berlangsung.

“Makanan Sihat, Atlet cergas,”

Inilah slogan yang menjadi

pemangkin motivasi kepada SMK

Vokasional Indahpura dalam menyediakan

makanan seperti yang

telah diamanahkan kepada mereka.

Seramai lima orang murid

beserta tiga orang guru pengiring

telah terlibat dalam penyediaan

makanan. Bihun goreng yang lazat

beserta aneka sayur - sayuran

menjadi menu sarapan pada hari

mereka mengawal kawasan stadium

ini tanpa sebarang rungutan.

Syabas dan terima kasih diucapkan..

ini. SMK Vokasional Indahpura

akan bertugas dalam menyediakan

makanan sepanjang temasya

sukan ini berlangsung

“Makanan Sihat,

Atlet cergas,”

Edisi 1/2013

Asam Garam Atlet MSSD….

“Alah bisa, tegal biasa”, peribahasa

yang boleh dikaitkan

dengan senario yang saban

tahun berlaku di kejohanan

sukan MSSD. Pengsan, muntah

dan cedera sudah menjadi kelaziman

dalam para atlet. Namun,

semua itu tidak menjadi

alasan kepada para atlet kerana

jiwa yang kental dan semangat

juang yang tinggi menguasai diri.

“Sikap tidak mudah berputus

asa sangat penting dalam

meningkatkan semangat

kesukanan dalam diri setiap

individu”, begitulah kata-kata

penyelia sukan yang sempat

Kilauan Emas Hari Pertama...

Nama atlet : Hajar Najiha Binti Ajeman

Kilauan Emas Hari Pertama….

Nama atlet: : Mohd Khairi Bin Kamal Bahrin

Pencapaian : Pingat Emas Larian 5000 meter Lelaki 18

(19m 26.21saat)

dipetik, iaitu En. Abdull Talib bin Daud.

Kata-kata ini haruslah disematkan dalam

diri bukan sahaja kepada para atlet yang

terlibat dalam sukan ini malahan di dalam

diri setiap warga Malaysia.

Pencapaian : Pingat Emas Lompat Jauh Perempuan 15 (4.15m)

Kontijen : SMK Sultan Ibrahim

Beliau berasa gembira kerana dapat meraih emas dalam acara ini,

sekaligus dapat mengharumkan nama kontinjen sekolah di peringkat

daerah. Beliau mengucapkan setinggi – tinggi ucapan terima kasih

yang tidak terhingga kepada guru – guru pembimbing dan jurulatih

yang tidak jemu memberikan tunjuk ajar sepanjang sesi latihan

berlangsung sehingga beliau berjaya meraih emas pada hari ini.

Kontijen : SMK Tunku Abd Rahman (SMK Tunku Abd Rahman

Putra)

Beliau gembira dan berbangga kerana dapat menyumbangkan emas

pertama kepada kontinjen sekolah. Rahsia kejayaan seorang atlet

ialah perlu rajin dan aktif membuat latihan dengan bersungguhsungguh

dan berdisiplin dalam menjalani latihan.

‘’Ceritera

sebuah

perjuangan

dan

Page 3

kejayaan’’

‘‘Perjuangan

Memburu

Kejayaan’’

Page 4 KEJOHANAN PADANG & BALAPAN MSS DAERAH KULAIJAYA KALI KE-31

SENARAI PUNGUTAN PINGAT PADA HARI PERTAMA

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSD KULAIJAYA

KALI KE-31 TAHUN 2013

PASUKAN

PINGAT

EMAS PERAK GANGSA

MATA

SMKTARP 3 3 0 25.5

SMFY 2 4 3 30.5

SMKBP 2 0 0 13

SMKSI 1 2 0 11

SMKIP 2 0 0 10

SMKTP 0 1 1 5

SMKKP 0 1 3 10

SMKS 0 1 0 3

SMKBT2 0 1 0 3

SMKKS 0 0 3 6

SMKTHO 1 0 1 7

SMKMA 0 0 0 1

SSTMI 1 0 0 5

SMKSA 0 0 0 0

SMKBT 0 0 0 0

SMKSP 0 0 0 0

SMVIP 0 0 0 0

SMKKB 0 0 0 1

SMKKK 0 0 0 1

Dikemaskini pada 19 Mac 2013—3.30 petang

Jangan berputus asa kerana biasanya anak kunci

terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Edisi 1/2013

Air….. Oh Air…..

Minum air putih sebanyak 150 –

250 cc, pada waktu 30 – 60

minit sebelum pertandingan dan

saat istirahat di antara pertandingan

sangat dianjurkan. Minuman

yang mengandung kalori,

vitamin, mineral dan elektrolit

yang terlarut di dalamnya bermanfaat

untuk menghindari

terjadinya dehidrasi serta dapat

menggantikan zat gizi yang

terpakai. Pengambilan air selama

pertandingan sangat penting

untuk mempertahankan status

dehidrasi atau menjaga keseimbangan

cairan dan elektrolit.

Kesempatan minum air putih

perlu dilakukan sebelum terjadi

rasa haus. Hal ini demikian

kerana pada waktu terasa haus,

ini sudah menunjukkan adanya

dehidrasi awal. Atlet harus

ditekankan tentang kepentingan

meminum air dalam setiap kesempatan.

Amalan minum air

putih ini sebaiknya dilakukan

secara teratur setiap 10 – 15

minit. Ketika berolahraga, endurance

sangat penting difokuskan

bagi menggantikan tenaga

yang terbuang ketika cuaca

sangat panas. Manusia memer-

lukan sekurang-kurangnya 3

liter air setiap hari. Air amat

penting untuk tubuh kerana

tekanan darah akan lebih konsisten

sekaligus membuatkan

jantung berfungsi

dengan lebih konsisten.

Air juga berfungsi untuk

membawa keluar semua

toksin/kekotoran yang

terhasil dalam tubuh

manusia.

Acara Larian Berpagar Acara Lompat Jauh Acara Larian 400m

Acara Larian 400m Acara Lontar Peluru Pemimpin Yang Hebat

Acara Rejam Lembing Majlis Penyampaian Hadiah Wajah Ceria Para Pemenang

Page 5

SIDANG EDITOR

Penasihat:

PN. LIZAWATI BINTI AHLIT

CIK MASRINI BINTI KARIM

EN. MOHD FARID SHAFARI

BIN HARUN

Ketua Pengarang

NURUL FARHANI BINTI

RAHIIM

Pengarang

NAYLI NADIA BINTI

NASRUDDIN

NUR ZAHIRAH BINTI

OTHMAN

NURARINA SHAFIQAH BINTI

MOHD BAHRIN

Jurugambar

NUR HANIS AINI BINTI ISHAK

MOHAMAD HAMIZAN BIN

HALMI

NUR MAIZATUL MASTURA

BINTI AZMAN

NURUL AFIQAH BINTI MOHD

FAIRUZ

Wartawan

SITI UMAIRAH BINTI MOHD

SALLEH

SULAIKA BINTI YAZID

AFWAN BIN OMAR

MOHD EZZARUL FARHAN

BIN ABD RAZAK

FIRDAUS BIN JOSAN

NUR HAMIRUL FIKRI BIN

RAHMAN

AMIRA NAJIHA BINTI AZMAN

NURUL AMIRAH BINTI JALANI

http://

mssdkulaijaya2013.blogspot.com

Majulah Sukan Untuk Kulaijaya

Datang Membawa Harapan, Pulang Membawa Senyuman

SMK BANDAR TENGGARA

SMK SERI PINANG

Pengurus Kontijen SMK Seri Pinang, En Mohd Razi Bin

Rahmat berkata pasukan mereka berasa begitu teruja dan

tidak sabar untuk mengetahui prestasi atlet mereka pada

tahun ini. Pada pandangan beliau,kejohanan pada tahun ini

menerima penyertaan dan komitmen yang baik daripada

semua kontinjen dalam usaha memburu gelaran juara dan

membawa pulang lebih banyak pingat.

Begitu juga yang dirasakan oleh guru pengiring SMK

Bandar Tenggara, En. Ahmad Nazri bin Selamat. Beliau

dan pasukan berasa begitu teruja dan mengharapkan

suatu rekod yang baharu dapat dicipta oleh para atlet

terutama atlet daripada pasukan mereka.Walau

bagaimanapun, beliau turut melahirkan sedikit kekesalan

tentang keadaan rumput yang panjang di sekeliling

khemah. Beliau menyarankan agar tindakan segera untuk

memotong rumput itu dapat dilakukan agar suasana yang

lebih kondusif di sekitar kawasan khemah kontijen dapat

diwujudkan. Menurut pandangan peribadi beliau, penganjuran

kejohanan pada tahun ini menyediakan prasarana

yang baik untuk semua kontinjen.

SMK BANDAR TENGGARA 2

SMK KANGKAR PULAI

Perasaan yang sama turut dirasai oleh seorang guru

pengiring daripada SMK Kangkar Pulai yang yang sangat

teruja untuk memenangi setiap acara yang disertai.Beliau

juga turut menyarankan agar rumput yang panjang di sekitar

kawasan khemah dapat dipotong dengan segera.Pada

pandangan peribadi beliau, pesaingan pada tahun ini sangat

sengit dan berharap kontinjen mereka akan memberikan

komitmen terbaik dalam usaha membawa pulang

lebih banyak pingat pada tahun ini.

Guru pengiring sekolah tersebut, Pn.Rokiah binti Salamat,juga

berasa gembira dan teruja dapat membawa atlet

sekolah mereka. Seperti kontinjen lain, kontinjen ini juga

turut mengemukakan kekecewaan mengenai rumput yang

panjang. Lubang-lubang di sekeliling khemah perlu diperbaiki

bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Prasarana

seperti kipas perlu disediakan di setiap khemah untuk

mewujudkan keselesaan dalam kalangan atlet kontinjen.

Harapan beliau agar semua atlet dapat memberikan

komitmen yang baik sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!