26.10.2014 Views

Klik Disini - Jabatan Pengajian Politeknik

Klik Disini - Jabatan Pengajian Politeknik

Klik Disini - Jabatan Pengajian Politeknik

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

AKTIVITI POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH

JANUARI – FEBRUARI 2011

1. PERTANDINGAN ‘WORLD ENGINEERING STUDENT INVENTION

CHALLENGE WISH2011

Tarikh 8-10 Februari 2011- seramai 7 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Politeknik Ungku Omar (JKM PUO) bersama 2 orang Pensyarah JKM PUO iaitu En

Zulkarnain bin Jamak dan Puan Siti Asma’ Bt Baharudin telah menyertai Pertandingan

‘World Engineering Student Invention Challenge Wish 2011 Yang Bertempat di UIA,

Gombak.

Pertandingan tersebut yang berlangsung selama 2 hari telah menarik penyertaan begitu

ramai pihak daripada Institut pengajian Tinggi Awam dan swasta untuk bersaing di

dalam Pertandingan ‘World Engineering Student Invention Challenge Wish2011.

Terdapat sebanyak 23 kumpulan yang bersaing untuk merebut hadiah tempat pertama

iaitu wang berjumlah USD 1500. Pihak JKM PUO telah menghantar dua pasukan

terbaik yang pernah berjaya di dalam Pameran Projek JKM Tahun 2010 bagi menyertai

pertandingan yang julung kali diadakan di UIA.

Akhirnya keputusan diumumkan dan ternyata usaha dan kesungguhan membuahkan

hasil apabila kedua-dua pasukan JKM PUO telah berjaya merangkul tempat ke empat

dan kelapan di dalam pertandingan tersebut dan membawa pulang rm500 setiap satu

bagi pasukan JKM PUO. Ribuan terima kasih kepada Pengarah PUO dan Ketua JKM

yang sentiasa memberi sokongan terhadap penyertaan pelajar dalam pertandingan ini.

2. POLITEKNIK UNGKU OMAR JUARA KALI KE 10

KARNIVAL SUKAN MSP, JPP

Ipoh, Perak – Ucapan sekalung tahniah kepada pasukan olahraga PUO yang berjaya

mengekalkan kejuaranaan di Karnival Olahraga ke 13 yang telah di adakan di Politeknik

Muazam Shah, Pahang. Karnival ini yang diadakan setiap tahun bertujuan bagi

mengembangkan lagi bakat dan semangat kesukanan pelajar Politeknik secara

keseluruhannya. Ternyata usaha ini telah berjaya mengwujudkan semangat kesukanan

dan berpasukan dikalangan pelajar dan pensyarah. Komitment dan kesungguhan yang

dipamerkan mampu melahirkan pelajar yang komited dan beretika sebagai peneraju

Negara.

Kekebalan PUO terserlah lagi, kejuaran kali ini merupakan kali yang ke 10 daripada 13

kali penganjuran Karnival Sukan, Majlis Sukan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik,

Kementerian Pengajian Tinggi.

PUO telah Berjaya membawa pulang sebanyak 16 emas, 9 perak dan 8 gangsa

sebelum diistiharkan sebagai juara keseluruhan. Lebih membanggakan Olahragawan

dan olahragawati telah dimahkotakan kepada PUO.

Pang Li Chong yang telah diistiharkan sebagai olahragawan telah beraksi di dalam 4

acara iaitu lompat kijang – emas (rekod kejohanan), acara lompat jauh-emas (rekod

kejohanan), lompat tinggi (l) - emas acara 4 x 100 m (lelaki) - emas( rekod kejohanan).

Manakala Olahragawati iaitu Hamidah Abu juga menyertai sebanyak 4 acara iaitu acara

800m(w)- emas (rekod kejohanan), acara 1500m(w) – emas (rekod kejohanan), acara

3000(w)-emas (rekod kejohanan acara 4 x 400 m (wanita)-emas.

3. KOLABORASI DENGAN PIHAK INDUSTRI / BADAN KERAJAAN

BNS-BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD. LUMUT. PERAK.

BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. Lumut. Perak telah mengadakan lawatan

dan perbincangan kolaborasi pada 10/12/2010 yang lalu. Wakil dari pihak JKP,PUO

telah dihadiri oleh Ketua Jabatan,Tuan Haji Nidzar, En. Yee Lee Chnua dan En.

Mohd Nazri.

Pihak pengurusan BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd pula yang hadir adalah

En. Baniyamin B. Bahari, ADP Koodinator, Marine Technology Academy.

Selepas perbincangan pelawat juga telah dibawa meninjau fasiliti yang ada di

Jabatan Kejuruteraan Perkapalan. Antara perkara-perkara yang telah

diperbincangkan ialah:

1. Training courses in PUO under TSP Programme.

2. Interactions through forums/dialogues.

3. Recruitment programme for PUO’s student

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KOLABORASI DI ANTARA

JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN BERSAMA NSSPL- SYARIKAT

PERKAPALAN APL NEPTUNE SHIPMANAGEMENT (PTE) LTD, SINGAPORE.

Majlis menandatangani memoranum kolaborasi tersebut telah diadakan pada

27.12.2010 di Jabatan Kejuruteraan Perkapalan, PUO. Majlis telah dihadiri oleh dan

pensyarah kanan serta pensyarah-pensyarah dari Jab. ini manakala pihak pengurusan

APL Singapore pula telah diwakili oleh Captain Yeow Kok Kean, Pengarah Latihan.

Memorandum kolaborasi tersebut telah ditandatangi oleh Tn. Hj. Nidzar b. Che Ani

Ketua Jabatan Kej. Perkapalan bagi pihak Pengarah Politeknik Ungku Omar manakala

pihak APL Singapore diwakili oleh Capt. Lee Chee Seong Managing Director, Neptune

Shipmanagement Services (Pte) Ltd,.

4. LAWATAN STRATEGIK PERTUKARAN BUDAYA MALAYSIA –INDONESIA

KERJASAMA JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN DAN

ALUMNI, PUO

Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan bersama Alumni Politeknik Ungku Omar

telah mengadakan lawatan pertukaran budaya Bandung Indonesia pada 10-13 Februari

lalu,dengan Institut Teknologi Bandung,Indonesia. Seramai 20 orang pelajar PUO

dalam berbagai jurusan telah mempersembahkan beberapa jenis tarian disamping

persembahan oleh pelajar Kebudayaan Pendidikan Aceh,Indonesia.

Selain itu rombongan juga tidak ketinggalan mengadakan khidmat CSR ke Rumah

Sosial Panti Asuhan di Bandung,Indonesia. Lawatan ini bertujuan untuk merasai

pengalaman ketika berada di rumah anak yatim dan memberikan kesedaran kepada

para pelajar tentang erti kehidupan. Di samping memberikan sedikit sumbangan kepada

anak-anak di sana.

Secara tidak langsung kunjungan seumpama ini dapat memperkenalkan Politeknik

Ungku Omar dan mengwujudkan kolaborasi dengan Institusi luar negara.

Lawatan ke Panti Asuhan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!