28.10.2014 Views

Berita Penuh - Jabatan Pengajian Politeknik

Berita Penuh - Jabatan Pengajian Politeknik

Berita Penuh - Jabatan Pengajian Politeknik

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Konvokesyen 3,273 pelajar PUO

(UTUSAN MALAYSIA 7 APRIL 2010)

IPOH 6 April - Politeknik tertua negara, Politeknik Ungku

Omar (PUO) di sini mengadakan majlis Konvokesyen Ke-

39 bagi meraikan 3,273 penuntutnya bermula semalam

hingga Jumaat ini.

Daripada jumlah itu, Jabatan Kejuruteraan Awam

mencatatkan graduan teramai iaitu seramai 911 orang,

diikuti Jabatan Kejuruteraan Elektrik (755), Jabatan

Kejuruteraan Mekanikal (747), Jabatan Perdagangan

(519), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (290)

dan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan seramai 51

graduan.

Sebahagian graduan Politeknik Ungku Omar gembira selepas

mereka menerima anugerah diploma dan sijil masing-masing pada

majlis konvokesyen Politeknik Ungku Omar yang ke-39 di Ipoh,

semalam.

Mereka terdiri daripada 1,435 graduan bagi sesi Januari

2009 dan 1,638 pula bagi sesi Julai 2009.

Pada majlis tersebut, Syed Amirul Ashraf Syed Hashim dari Jabatan Kejuruteraan Awam menerima Anugerah

Pengarah Politeknik bagi peringkat diploma manakala Raja Rozaifa Raja Daud dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

bagi peringkat sijil.

Kedua-dua graduan tersebut merupakan penerima bagi sesi Januari 2009.

Bagi sesi Julai 2009 pula, Mohd. Najib Zahari dari Jabatan Kejuruteraan Perkapalan menerima anugerah sama bagi

peringkat diploma dan Fakhruzzaman Jamhari dari Jabatan Kejuruteraan Awam bagi peringkat sijil.

Selain Anugerah Pengarah Politeknik, seramai 22 graduan terbaik dari jabatan masing-masing turut menerima

Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan bagi sesi Januari dan Julai 2009.

Penerima bagi sesi Januari 2009 ialah Syed Amirul Ashraf Syed Hashim dan Ilham Murdani Usman dari Jabatan

Kejuruteraan Awam, Yaanuur Syaafa'at Sharif dan Raja Rozaifa Raja Daud (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal) serta

Sho Zee Liang dan Jamley Mike dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Selain itu, penerima lain ialah Mohd. Alif Ismail dan Muhammad Amir Che Mat Hadzer dari Jabatan Perdagangan,

Kong Wai How (Jabatan Kejuruteraan Perkapalan) serta Ahmad Fariz Mat Disa dan Muhammad Azlan Zainal Abidin

dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Menurut Pengarah PUO, Mohamad Jayus Bunasir, sejak ditubuhkan pada 1969, institusi itu telah melahirkan

seramai 56,720 graduan dalam pelbagai jurusan.

Katanya, kebanyakan graduan PUO tidak menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan kerana diterima baik pihak

industri.

''Saya percaya PUO akan terus dapat melahirkan graduan yang berjaya mengubah kehidupan di samping

berkhidmat membantu negara kearah penjanaan ekonomi berpendapatan tinggi, selaras dengan konsep Politeknik

Premier yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!