28.11.2014 Views

Berita Penuh - Jabatan Pengajian Politeknik

Berita Penuh - Jabatan Pengajian Politeknik

Berita Penuh - Jabatan Pengajian Politeknik

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ResInEx2010 rangsang budaya

inovasi

Utusan Malaysia 18 Ogos 2010

KUBANG PASU 17 Ogos - Pameran

Penyelidikan Inovasi (ResInEx 2010)

berjaya mengangkat imej pereka

muda di kalangan penuntut institusi

pengajian tinggi (IPT) menerusi

pelbagai hasil kreativiti dan inovasi

masing-masing yang dipamerkan di

Bangunan Teknologi Maklumat,

Universiti Utara Malaysia (UUM)

kampus Sintok di sini, baru-baru ini.

Seorang peserta memberi penerangan kepada

pengunjung ResInEx2010 di Bangunan Teknologi

Maklumat UUM Kampus Sintok, Kubang Pasu, barubaru

ini.

Anjuran bersama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) Kolej

Sastera dan Sains UUM (UUM CAS) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

yang memberi pendedahan kepada pelajar dan ahli akademik di sekitar

Kedah dan Perlis untuk memperkenalkan produk kedua-dua universiti

berkenaan.

Sebanyak 35 produk penyelidikan dipamerkan termasuk yang memenangi

anugerah dalam pameran inovasi antarabangsa seperti Invention Innovation

& Technology Exhibition 2010 (ITEX'10) yang berjaya mencuri perhatian

ramai.

Produk tersebut dikategorikan dalam enam kumpulan iaitu Sistem

Terbenam, Teknologi Maklumat, Pemprosesan Imej, Robotik, Pemprosesan

Pertuturan dan Realiti Maya.

UniMAP mempamer 15 produk berbentuk prototaip dan demo antaranya

ROVI: 'A Robot for Visually Impaired for Collision-Free Navigation', 'A GPS

Based Legged Robot For Mapping Areas Of Impossible Human Entry',

'Intelligent Diagnosing System for Voice Disorders' dan 'Automatic Stuttering

Recognition Tool'.

Produk dari UUM pula termasuk 'V-Hajj: Hajj, Umrah and Ziarah Training',

'Augmented Reality', 'Harimau-SMS', '1Malaysia Mobile Game' dan 'iautomark'.

Pengarah ResInEx2010, Dr. Shahrul Azmi Mohd. Yusof berkata, program itu

sebagai langkah permulaan untuk mengumpul banyak hasil ciptaan dan

mengenal pasti produk yang berkualiti untuk dikomersialkan.

"Sebenarnya, pembangunan dan penyelidikan daripada pelbagai bidang

sangat penting dan amat diperlukan dalam usaha menganjak Malaysia ke

arah K-ekonomi," katanya.

Menurut beliau, pameran itu mencungkil bakat pereka-pereka muda sebagai

perangsang kepada pencipta lain agar lebih kreatif dan inovatif.

"UniMAP mempunyai produk berteknologi tinggi yang memfokuskan kepada

'hard science' manakala UUM lebih kepada 'soft science' dengan melibatkan

gerak kerja penyelidikan, perundingan dan penasihat berinovatif yang mana

produk kita sering memenangi anugerah dan mendapat pengiktirafan.

"Kelebihan yang dimiliki masing-masing jika disepadukan pasti memberi

impak maksimum dalam menghasilkan ciptaan dengan pelbagai kreativiti,"

ujarnya.

Penuntut Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Teknologi MARA

(UiTM) Arau dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu turut

menyertai pameran berkenaan sekali gus didedahkan dengan pelbagai

maklumat terkini dan menjana idea baru.

Selain pameran produk inovasi, ResInEx2010 menyediakan sesi syarahan

yang menjadi medan kepada golongan akademik berinteraksi dan

berbincang mengenai peluang penyelidikan dan kolaborasi.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!