27.12.2014 Views

Tahun 2008 - SPA Malaysia

Tahun 2008 - SPA Malaysia

Tahun 2008 - SPA Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

• Negeri Perlis

Laporan Tahunan SPA

Selaras dengan peruntukan Perkara 139(2), Perlembagaan Persekutuan, kuasa Suruhanjaya ke atas pegawai

Perkhidmatan Awam Negeri Perlis telah diberikan melalui Public Services Commission (Extension of Jurisdiction) Enactment

1958 Negeri Perlis dan Public Services Commission (Extended Jurisdiction) Order, 1960 Negeri Perlis yang diluluskan

oleh Dewan Undangan Negeri Perlis. Di bawah undang-undang ini, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa ke atas semua

pegawai perkhidmatan awam Negeri Perlis kecuali:

• Pegawai Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama dan Adat Istiadat Melayu;

• Pegawai dalam Bahagian IV;

• Penghulu dan Penolong Penghulu; dan

• Pekerja bergaji hari.

Kuasa Suruhanjaya Yang Diwakilkan

Perkara 144(6), Perlembagaan Persekutuan membolehkan Suruhanjaya mewakilkan kuasanya kepada kementerian/

jabatan dan pentadbiran negeri bagi melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan dan memberi taraf berpencen. Setakat ini,

perwakilan kuasa yang diberikan adalah seperti berikut:

• P.U. (B) 16 mewakilkan kuasa kepada Ketua Setiausaha Negara bagi melantik pegawai ke jawatan Setiausaha Sulit

dan Setiausaha Akhbar Gred S41 kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen;

• P.U. (B) 74 mewakilkan kuasa kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bagi pelantikan ke jawatan tertentu di

Pentadbiran Negeri tersebut;

• P.U. (B) 496 mewakilkan kuasa kepada Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan untuk melantik, mengesahkan

dalam perkhidmatan dan memberi taraf berpencen kepada pegawai dalam Kumpulan Sokongan II (Kumpulan D

di bawah JKK).

Penubuhan Pihak Berkuasa Tatatertib Dan Kenaikan Pangkat

Perkara 144(5B)(i), Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 3(3), Public Services Commission (Extension of Jurisdiction)

Enactment 1958 Negeri Perlis dan Public Services Commission (Extension of Jurisdiction) Enactment 1959 Negeri Sembilan

memperuntukkan bahawa semua kuasa dan tugas Suruhanjaya selain daripada kuasa membuat pelantikan pertama ke

perjawatan tetap atau berpencen, boleh dijalankan oleh suatu lembaga yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong atau Raja Pemerintah negeri berkenaan.

Selaras dengan peruntukan tersebut, peraturan yang berkaitan telah digubal, di mana Lembaga Tatatertib dan Lembaga

Kenaikan Pangkat telah ditubuhkan di peringkat kementerian, jabatan dan pentadbiran negeri yang berkenaan bagi

menjalankan sebahagian kuasa dan tugas Suruhanjaya berhubung kawalan tatatertib dan kenaikan pangkat.

Wakil Suruhanjaya Dalam Suruhanjaya Pasukan Polis

Selaras dengan Perkara 140(3), Perlembagaan Persekutuan, seorang ahli Suruhanjaya iaitu Y.Bhg. Datuk Ab. Hamid Bin Othman

telah dipilih mewakili Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam Suruhanjaya Pasukan Polis bermula dari 4 Ogos 2007.

15

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!