29.12.2014 Views

PENGURUSAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH Zulkifli Hasan 1.0 ...

PENGURUSAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH Zulkifli Hasan 1.0 ...

PENGURUSAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAH Zulkifli Hasan 1.0 ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3.0 Pengurusan Harta Tidak Patuh Syariah

Setelah memahami konsep, jenis dan hukum harta tidak patuh syariah, adalah menjadi

kewajipan kepada kita untuk memastikan harta sebegini diurus dan ditadbir secara

berkesan dan mengikut hukum syarak. Pemilik harta tidak patuh syariah ini boleh

menyerahkan secara terus harta ini kepada mana-mana institusi kebajikan termasuk

baitul mal atau badan-badan amal untuk digunakan demi kemaslahatan umum. Institusiinstitusi

ini pula perlu memastikan harta tidak patuh syariah ini digunakan secara

berkesan dan ianya tidak ditadbir sambil lewa serta tidak menepati kehendak syarak.

Pemilik harta tidak patuh syariah ini juga boleh mengagihkan atau memberikan sejumlah

harta ini terus kepada golongan yang memerlukan tanpa merujuk kepada mana-mana

badan kebajikan atau pihak berautoriti seperti baitul mal.

Bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang pengurusan harta tidak

patuh syariah ini, penulis menyenaraikan beberapa kaedah penggunaan harta ini

mengikut keutamaannya. Pemilik harta tidak patuh syariah atau penerimanya sama ada

baitul mal, badan kebajikan atau orang perseorangan perlu memastikan harta ini

digunakan dalam aspek atau perkara yang diklasifikasikan sebagai kemaslahatan

umum.

(a)

Harta Tidak Patuh Syariah Perlu Dipulangkan Kepada Pemilik Asal

Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta

tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal

dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli

warisnya. Ini bersepakatan dengan pandangan Imam al-Nawawi dalam kaedah

penyelesaian harta tidak patuh syariah iaitu ianya perlu dikembalikan kepada pemilik

asal sekiranya diketahui atau wakilnya atau ahli warisnya jika melibatkan kematian.

(b)

Harta Tidak Patuh Syariah Digunakan untuk Pembinaan Infrastruktur

Sekiranya pemilik harta tersebut tidak dapat dikenal pasti, maka harta tersebut mestilah

diserah atau dibelanjakan kepada maslahah-maslahah umum umat Islam. Ini termasuk

pembinaan infrastruktur awam seperti jalan, sekolah, dewan, jambatan, kenderaan

pengangkutan dan masjid-masjid. Bukan itu sahaja harta ini juga boleh digunakan untuk

tujuan penyelenggaraan infrastruktur termasuk pemeliharaan alam sekitar serta

penjagaan kebersihan kawasan awam.

(c)

Harta Tidak Patuh Syariah Digunakan Untuk Memerangi Sektor Haram

Merujuk kepada harta tidak patuh syariah yang diperolehi melalui sumber yang haram

seperti berasaskan riba dan perjudian. Ada ulama yang berpandangan bahawa harta

sebegini perlu digunakan untuk memerangi sektor haram ini. Sebagai contoh, wang

hasil perjudian hendaklah digunakan untuk memerangi sektor perjudian dan wang hasil

riba perlu dibelanjakan pada usaha mengatasi sektor kewangan konvesional.

Menyentuh isu ini Imran Hossein berpandangan bahawa wang riba hanya boleh

digunakan bagi memerangi sektor kewangan konvensional dalam apa cara sekalipun.

Ini termasuk penerbitan buku-buku menjelaskan pengharaman riba, membiayai

penyelidikan yang menyediakan alternatif bagi kewangan konvensional dan

menubuhkan institusi yang berupaya untuk mengatasi kewangan konvensional.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!