10.11.2012 Views

[Dokumen ini belum disemak] - Parlimen Malaysia

[Dokumen ini belum disemak] - Parlimen Malaysia

[Dokumen ini belum disemak] - Parlimen Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

DR.26.6.2003 89

jika imej negara kita terjejas dalam hal pendidikan ini, ia akan mendatangkan

keburukan kepada pembangunan negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang saya ingin sentuh di sini lagi iaitu

dengan memantapkan IPTS dan IPTA dalam negara kita ini, walaupun hari ini kita

sentuh lebih kepada IPTS, kita berhasrat melahirkan graduan-graduan yang mampu

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan cara yang lebih ‘cost

effective’.

Tuan Yang di-Pertua, berikutan daripada kelembapan ekonomi yang melanda

seluruh dunia, ramai graduan universiti telah menghadapi masalah untuk mendapatkan

kerja selepas tamat pengajian. Pihak kerajaan telah menggubal program-program

latihan semula untuk para graduan. Ini kononnya untuk memperlengkapkan mereka

dengan kemahiran dan kepakaran yang diperlukan oleh para majikan.

Tuan Yang di-Pertua, kemahiran dan kepakaran yang perlu untuk

mendapatkan satu pekerjaan sepatutnya telah dipelajari oleh para graduan semasa

mereka menuntut di universiti. Kemahiran dan kepakaran ini termasuklah kebolehan

menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan kerja harus dengan memuaskan.

Tuan Yang di-Pertua, mengadakan program-program latihan semula oleh

pihak kerajaan untuk para graduan selepas tamat pengajian sebenarnya menunjukkan

bahawa:

(i) apa yang dipelajari ketika berada dalam kampus universiti

adalah tidak relevan kepada dunia pekerjaan; dan

(ii) para pensyarah universiti tidak peka terhadap kemahiran

dan kepakaran yang diperlukan oleh para majikan dan

program-program latihan semula bukan merupakan

pendekatan yang cost- effective untuk melahirkan graduangraduan

yang diperlukan untuk pertumbuhan ekonomi

negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya kita dalam kaedah

peratus komponen latihan industri, perlu diadakan dalam sukatan pelajaran kursuskursus

universiti dan ia perlu dipertingkatkan supaya kita tidak perlu adakan latihan

semula kerana mengadakan latihan semula untuk para graduan yang gagal mendapat

pekerjaan adalah membebankan kerajaan dari segi kewangan. Tambahan pula,

lambat-laun universiti tempatan tidak akan memandang serius kualiti para graduan

masing-masing.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi kita mewajibkan latihan industri

untuk semua kursus supaya mahasiswa-mahasiswi dapat memahami dengan lebih

awal, apakah kemahiran dan kepakaran yang perlu dalam alam pekerjaan. Dengan

cara ini, mereka akan dapat memperlengkapkan diri masing-masing dengan lebih

sempurna sebelum meninggalkan universiti.

Insentif potongan cukai keuntungan. Saya harap pihak Kementerian

Pendidikan boleh berunding dengan Kementerian Kewangan, harap boleh diberikan

kepada majikan-majikan yang menawarkan tempat kepada mahasiswa-mahasiswi

untuk menjalankan latihan industri semasa mereka menghadiri pengajian tinggi

semasa di IPTA atau IPTS.

Adalah penting dan kita pun harap para pensyarah perlu sentiasa

mendapatkan input daripada para majikan berkenaan kemahiran dan kepakaran yang

diperlukan dalam dunia pekerjaan dari masa ke semasa. Kandungan syarahan perlu

dirangka berdasarkan input daripada para majikan. Dengan ini, kita barulah boleh

mendatangkan kerjasama melalui kaedah Malaysia Incorporated supaya kita dapat

sama-sama bekerjasama untuk mempertingkatkan mutu pendidikan di negara kita ini.

Dengan kata-kata demikian, saya pohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi

Tumpat.

6.33 ptg.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!