10.11.2012 Views

[Dokumen ini belum disemak] - Parlimen Malaysia

[Dokumen ini belum disemak] - Parlimen Malaysia

[Dokumen ini belum disemak] - Parlimen Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

40 DR.26.6.2003

untuk menukar nama kepada Universiti Malaysia hanya kerana Malaya tidak lagi wujud

sebagai nama kepada negara kita ini.

Soal nama ini, saya setuju dan saya fikir tidak perlu dirujuk kepada manamana

negeri sebab kalau diambil contoh negeri Kelantan, saya fikir nama-nama

kebanyakan daripada IPTS itu sangat-sangatlah baik dan cantik sekali seperti KIAS

(Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail) seperti ITD (Institut Teknologi Darul Naim) dan

juga nama-nama tempat seperti Nilam Puri sebagai lembah ilmu di Kelantan itu adalah

nama-nama yang amat baik dan tidak perlu ditegur secara khusus oleh mana-mana

Ahli Yang Berhormat yang bercakap tentang nama-nama universiti ataupun IPTS dalam

negara kita ini.

Secara keseluruhannya kita dengar bahawa minat tentang pendidikan di

kalangan parti UMNO sendiri akhir-akhir ini meningkat sehinggakan ada tokoh-tokoh

UMNO yang mencadangkan ada suatu universiti yang khusus untuk penyelidikan

(Research University).

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Saya gembira dan menyokong pandangan

Yang Berhormat Menteri menolak cadangan tersebut dengan mengatakan bahawa

cadangan itu adalah tidak munasabah dan tidak boleh dipakai.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, hendak bagi jalan?

Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

hendak minta jalan sedikit, hendak minta penjelasan tentang dua perkara iaitu satu

berkenaan dengan penubuhan universiti Tuan Yang di-Pertua.

Di Kelantan, tiap-tiap kali pilihan raya selalu ada orang datang untuk berjanji

menubuhkan universiti di Kelantan. Ini sudah sejak tahun 80-an bahkan satu tapak

kampus telah diambil di Bachok. Pagar besi yang mengelilingi tapak tersebut telah

runtuh tetapi universiti belum lagi terbina.

Pada tahun 1999, Yang Berhormat Mulia bagi Gua Musang pun ada berjanji

hendak buat universiti. Sekarang daripada Ketua UMNO Negeri Kelantan ada juga

berjanji hendak buat universiti. Apa komen Dato’ terhadap janji-janji ini?

Yang kedua berkenaan dengan nama tadi, saya tidaklah sensitif sangat. Saya

cuma hendak berkongsi dengan Ahli Yang Berhormat bagi Tambun. Mana satu yang

tidak canggih tadi supaya kita boleh tukar macam Dato’ sebutkan tadi. Yang Berhormat

sebut tadi KIAS, adakah kita kena tukar jadi ‘KAIS’. Itu pasal dia tak canggih. Minta

komen Dato’ sikit.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang

kedua itu saya fikir sudah pun terjawab. Yang pertama tentang janji untuk mewujudkan

universiti kerajaan di Kelantan. Saya sendiri amat maklum tentang betapa tidak

wujudnya sebuah pun universiti penuh di negeri Kelantan itu.

Malangnya Tuan Yang di-Pertua, di Kelantan kita akui ada kampus Universiti

Sains Malaysia iaitu Fakulti Perubatan. Saya ingin mengambil kesempatan

mencadangkan supaya asas kampus Fakulti Perubatan Universiti Sains Malaysia itu

dijadikan sebagai permulaan untuk diwujudkan sebuah universiti yang selengkapnya di

negeri Kelantan itu. Sebabnya ini satu lagi keanehan dalam dunia pendidikan tinggi

dalam negara kita. Bukan sahaja USM tetapi beberapa kampus lain dan UIA pun

mempunyai kampus perubatan di Kuantan, Pahang.

Ini saya fikir suatu strategi pendidikan yang tidak canggih mengikut istilah Ahli

Yang Berhormat bagi Tambun dan tidak logical dari segi perkiraan logistik biasa

pengendalian pentadbiran sesebuah institusi pengajian tinggi. Sebabnya sesuatu

kampus untuk ilmu perubatan sahaja dipisahkan daripada keseluruhan universiti itu

sendiri adalah suatu yang tidak menguntungkan pelajar-pelajar dan tidak

menguntungkan universiti dari segi yang saya sebutkan tadi pembahagian pensyarahpensyarahnya,

guna sama perpustakaan-perpustakaannya, makmal-makmalnya dan

kemudahan-kemudahan lain.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!