21.01.2015 Views

Berita Penuh

Berita Penuh

Berita Penuh

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Utusan Malaysia 30 Jun 2010

Puas berkayak dari Dumai ke Melaka

MELAKA 29 Jun - Pengalaman berkayak dari Dumai ke Melaka memberi satu

kenangan manis kepada 102 peserta Ekspedisi Melaka-Dumai 2010 yang

berlangsung pada 25 hingga 27 Jun lalu.

Mereka terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti dari seluruh negeri, Universiti

Teknologi Malaysia (UTM), Politeknik Melaka dan Universiti Sains Islam

Malaysia (USIM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Rata-rata mereka yang ditemui melahirkan rasa gembira dan kepuasan yang

bermakna selepas berjaya mengharungi cabaran berkayak selama 15 jam

pada program tersebut.

Bagi Atlet Terbaik Ekspedisi Kayak Melaka-Dumai 2010, Nurul Afiqah Zulkifli,

20, dia berpuas hati kerana dapat menghabiskan ekspedisi itu tanpa

mengalami sebarang masalah serius.

Menurutnya, dia tidak dapat melupakan kenangan bersama peserta lain

yang sentiasa menyokong antara satu sama lain sewaktu semua peserta

sedang berkayak.

''Selama dua tahun kami menjalankan latihan bersama dan rasanya inilah

hasil yang dinanti-nantikan.

''Kami berkayak daripada Dumai ke Melaka dan terpaksa mengharungi

ombak besar serta keadaan angin yang kuat tetapi itulah cabaran sebenar

apabila berkayak di laut," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru

ini.

Nurul Afiqah yang kini melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti Masjid Tanah

turut melahirkan rasa bersyukur kerana tiada apa-apa perkara yang tidak

diingini berlaku.

''Hanya pada hari pertama ekspedisi yang mana kami terpaksa

membatalkan hasrat untuk berkayak dari Melaka ke Pulau Rupat terpaksa

dilupakan.

''Siapa yang tidak kecewa tetapi kami tetap meneruskan ekspedisi ini

sehingga tamat," katanya.

Bagi salah seorang peserta, Suhailah Suhaini, 20, berkata, dia begitu

gembira apabila terpilih sebagai salah seorang peserta kayak bagi menyahut

cabaran Ekspedisi Melaka- Dumai 2010.

Menurutnya, sepanjang ekspedisi tersebut, pelbagai rintangan yang perlu

dihadapinya bersama peserta lain.

''Antara cabaran yang tidak dapat dilupakan apabila terpaksa membatalkan

hasrat memulakan ekspedisi dengan berkayak dari Melaka.

''Namun kami tetap bersemangat untuk meneruskan ekspedisi dan tidak

pernah patah semangat sepanjang program berlangsung," katanya.

Menurutnya lagi, ekspedisi ini bukan semata-mata berkayak tetapi pelbagai

khidmat masyarakat dijalankan di kampung-kampung di Pulau Rupat dan

Dumai.

''Kami menjalankan pelbagai aktiviti bersama masyarakat di Pulau Rupat

dan Dumai.

''Ini merupakan pengalaman terbaik pernah saya lalui sepanjang hidup saya

dan tidak akan melupakannya sampai bila-bila," katanya lagi.

Seorang peserta, Mohd. Adham Ab. Mulok, 20, berkata, pada mulanya dia

kecewa kerana tidak dapat berkayak daripada Melaka ke Pulau Rupat

memandangkan segala persiapan fizikal dan mental sudah dilakukan sebagai

persiapan.

''Kami hanya diberitahu pada seawal pukul 2 pagi namun berita yang

disampaikan itu benar mengecewakan kerana kami semua sudah bersiap

sedia untuk menjalani ekspedisi ini.

''Namun begitu, saya sentiasa berfikiran positif dan akhirnya kami masih

dapat berkayak daripada Pulau Rupat ke Dumai dan pulang ke Melaka

dengan selamat," katanya.

Bagi Nur Amila Bakri, 20, berkata dia begitu teruja untuk mengikuti

ekspedisi ini meskipun terdapat halangan yang berlaku di saat-saat akhir.

''Rasa kecewa memang ada namun ia bertukar menjadi teruja apabila

mengenangkan pertama kali mengikuti program sebegini.

''Saya percaya pengalaman yang ditimba ini tidak akan dapat dilupakan dan

akan menjadi titik tolak keazaman saya untuk menyertainya lagi pada masa

hadapan," katanya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!