22.01.2015 Views

Buletin Alumni 2/2009 - Jabatan Pengajian Politeknik

Buletin Alumni 2/2009 - Jabatan Pengajian Politeknik

Buletin Alumni 2/2009 - Jabatan Pengajian Politeknik

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

REUNION ALUMNI PELAJAR KHAS

POLITEKNIK JOHOR BAHRU

Program Reunion Alumni Pelajar Khas Politeknik telah diadakan pada 7 dan 8 November

2009 di Dewan Serbaguna, Politeknik Johor Bahru (PJB). Program yang julung kali diadakan

ini dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

Malaysia. Program ini telah mengumpulkan 150 Alumni Pelajar Khas PJB hasil kerjasama

Pesatuan Alumni Politeknik Johor Bahru, Persekutuan Orang Pekak Malaysia dan Pelajar

Modul Projek Diploma Hotel dan Katering 6C. Selain itu, program ini juga mengiktiraf

kerjasama di antara PJB dengan syarikat-syarikat yang mewujudkan peluang pekerjaan serta

latihan kepada golongan OKU (cacat pendengaran dan percakapan).

Pengarah Politeknik Johor Bahru, En Shabudin Bin Man di dalam ucapannya menyeru agar

lebih banyak syarikat dan organisasi luar menerima golongan OKU sebagai perkerja mereka.

PJB sedang berkerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia untuk melantik

jurubahasa secara hakiki ke arah melahirkan graduan pelajar khas yang berketrampilan.

Saudari Nurul Asyiqin Binti

Mohd Nasir graduan dari Universiti

Lim Kok Wing

Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin pula menekankan bahawa golongan OKU harus

diberi peluang mendapatkan pendidikan sejajar dengan Akta Orang Kurang Upaya (OKU)

2008. Dalam Seksyen 28 (Akses Terhadap Pendidikan), telah diperjelaskan hak golongan

OKU mengikuti pengajian ke peringkat tertiari. Pembangunan OKU dititikberatkan melalui

kajian International Institute of Public Policy and Management (INPUMA) bertajuk ‘Mahasiswa

Kurang Upaya (MKU): Bantuan, Persediaan dan Cabaran Masa Hadapan’. Kajian yang

bermula Mei 2009 dijangka siap pada penghujung tahun ini. Y.B. Menteri juga menyarankan

En. Mohd Yazid Bin Bain wakil

dari Persekutuan Orang Pekak

Malaysia

agar Kolej Komuniti menyediakan program pembangunan

kerjaya graduat OKU.

Dari kiri : Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri

Pengajian Tinggi), Pn. Siti Jariah Ibrahim (Pengarah BPGA, JPPKK),

Pn. Wan Zuraida (Jurubahasa, Persekutuan Orang Pekak Malaysia)

dan En. Mohamad Sazali Shaari (Pengarah Eksekutif, Persekutuan

Orang Pekak Malaysia)

Seminar keusahawanan turut diadakan bagi memberi input

mengenai peluang kerjaya sebagai usahawan. Menerusi

seminar tersebut, golongan OKU didedahkan kepada

peluang dalam dunia perniagaan melalui Program Siswazah

Perantis yang dikelolakan Perbadanan Usahawan Nasional

Berhad (PUNB). PUNB menyediakan pakej keusahawanan

PROSPER Siswazah yang membimbing usahawan muda

khususnya dalam bidang peruncitan. Menurut Jabatan

Kebajikan Masyarakat, dalam penerangan mengenai bantuan

pembangunan sosioekonomi, OKU yang berpendapatan

kurang dari RM 1200.00 layak menerima Elaun Pekerja Cacat

(EPC) sebanyak RM 300.00 sebulan.

Saudari Zainab Binti Ahmad Hayatullah

kini bertugas sebagai pereka grafik di

Majalah Challengers. Mendapat pendidikan

di Universiti Lim Kok Wing dalam diploma

rekaan grafik

En. Abdullah Bin Mohd Yusof dari Hotel

Selesa, Pasir Gudang, Johor

Pn. Norlida Shaazlin Binti Razali

kini bertugas sebagai pembantu tadbir

pengkeranian operasi di Hospital Putrajaya

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!