Firdaos_BM_18Sept2011.pdf - ISIS Malaysia
Firdaos_BM_18Sept2011.pdf - ISIS Malaysia
Firdaos_BM_18Sept2011.pdf - ISIS Malaysia
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
BERITA MINGGU

Ahad 18 September 2011

Pemerintah komited perkukuh demokrasi

Firdaos Rosli

BOLEHKAH anda perjelaskan mengenai ISA. Apa tujuan ia diperkenalkan dulu dan

bagaimana daya relevan akta berkenaan.

Saya percaya semua rakyat Malaysia akur dan yakin tujuan sebenar ISA diperkenalkan lima dekad

lalu. Pada masa itu, ia mesti dikuatkuasakan untuk mengekang ancaman yang boleh mengganggu

ketenteraman negara, tetapi selepas sekian lama, ancaman bertukar kepada aspek berbeza yang

mana kebanyakan tahanan ISA ialah golongan yang berbaur politik. Oleh sebab itu, golongan ini

mengambil kesempatan untuk membidas parti yang memerintah kerana menggunakan kelebihan

ISA untuk kepentingan sendiri. Pada masa negara mengorak langkah ke dunia teknologi

maklumat, kegunaan ISA boleh disalah erti berdasarkan maklumat dan tafsiran masyarakat yang

berbeza.

Bagaimana pula pandangan anda mengenai keputusan kerajaan memansuhkan akta

berkenaan.

Sejak April 2009, Perdana Menteri mengambil pelbagai langkah liberalisasi yang fokus kepada

kumpulan sasaran iaitu komuniti perniagaan, sistem penyampaian kerajaan, golongan

berpendapatan rendah dan sederhana dan kini ahli politik, peguam, aktivis dan sebagainya.

Bagaimanapun, kesan sebenar daripada konsesi ini hanya dapat dinilai selepas kerajaan

membentangkan usul pemansuhan terbabit ke Parlimen.

Langkah berani kerajaan menghapuskan akta ini bukan bermaksud ISA tidak perlu untuk jaga
keamanan negara, tetapi ia tidak diperlukan lagi kerana ada cara lain yang lebih baik boleh

digunakan untuk tujuan itu. Ini menunjukkan Perdana Menteri yakin dalam menjaga keamanan

negara dengan cara yang berbeza daripada sebelumnya. Inilah peluang beliau untuk

merekabentuk semula negara berlandaskan prinsip demokrasi seadilnya. Selain itu, sistem

pentadbiran kerajaan perlulah menjadi lebih licin dan efisyen selepas usul ini diluluskan Parlimen.

Siasatan pihak berkuasa tidak boleh terjejas dengan pengurangan tempoh tahanan yang akan

diperkenalkan kelak. Apa pun, masih terlalu awal untuk membuat jangkaan lanjut berdasarkan

ucapan Perdana Menteri saja, namun apa yang pasti kerajaan tidak boleh lagi disalah erti dalam

menggunakan ISA untuk berpegang kepada kuasa.

Ini selari dengan komitmen Perdana Menteri yang mengatakan bahawa tidak akan ada lagi

individu yang akan ditahan kerana ideologi politik. Beliau tahu kesan sampingan daripada

pemansuhan ISA ini, tetapi langkah berani ini menunjukkan beliau yakin dengan pentadbiran

kerajaan dalam mencapai aspirasi negara.

Apakah impak pemansuhan ISA dari segi kedudukan Malaysia di peringkat dunia dalam

aspek hak asasi manusia.

Saya bukan pakar dalam bidang hak asasi manusia, tetapi sebagai sebuah negara progresif,

pemansuhan ISA perlulah mengikut kehendak dan aspirasi rakyat, bukan semata-mata untuk

memenuhi kerenah masyarakat luar.

Kita perlu tahu apa yang kita mahu kerana kita yang menentukan nasib kita sendiri. Kita tak boleh

tunduk kepada jangkaan orang luar terhadap kita.

Apa pula pendapat anda mengenai dua akta baru yang akan digubal untuk mencegah

perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah.

Perdana Menteri sudah memberi jaminan bahawa undang-undang baru ini hanya akan digunakan

untuk tujuan mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi

memelihara ketenteraman dan keselamatan awam.

Namun begitu, masih terlalu awal untuk membuat sebarang analisis mengenainya berdasarkan

ucapan Perdana Menteri saja. Tidak ada satu pun undang-undang di dunia ini yang mampu

mengekang pergolakan politik, sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Pergolakan politik akan terus berlaku kerana era majoriti mutlak mungkin sudah berakhir.

Bagaimanapun semua rakyat Malaysia, sama ada ahli politik atau tidak, perlu tahu bahawa

kebebasan bersuara bukanlah tanpa sempadan.

Di dalam negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, semua perlu tahu sensitiviti orang

lain melalui pengetahuan asas mengikut kaum termasuk bahasa, agama dan lokasi geografi.

Saya percaya semua rakyat berharap bahawa dua undang-undang baru itu nanti tidak seharusnya

replika undang-undang sedia ada, sebaliknya perlu digubal atas dasar pembahagian kuasa

eksekutif dan perundangan yang adil dan saksama selaras proses demokrasi dan hak asasi

rakyat Malaysia.

Selalunya ISA dijadikan modal politik menghentam kerajaan. Apakah kesan

pemansuhan akta ini terhadap pilihan raya umum akan datang.

Selepas lama pembangkang berjuang mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA, sudah pasti

mereka akan menyambut baik keputusan ini. Saya percaya ada di antara mereka masih skeptikal

dan akan terus mendesak kerajaan untuk membentangkan usul ini pada sidang Dewan Rakyat
akan datang. Bagaimanapun, pembangkang akan terus membangkang, tidak bermaksud mereka

akan menyokong kerajaan sebulat suara dalam menyokong usul ini di Parlimen nanti. Pada firasat

saya, ia akan bergantung kepada 'mood' ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang mewakili parti

kerajaan di Parlimen nanti.

Bolehkah anda rumuskan sama ada pemansuhan ini bukti kerajaan prihatin dan

sentiasa mendengar suara rakyat.

Dari kaca mata rakyat, pemansuhan ISA bukanlah satu-satunya kayu pengukur untuk menjadi

kerajaan prihatin, tetapi ia perlu dilihat berdasarkan langkah yang diambil daripada awal

pentadbiran Najib. Pada pendapat saya, beliau sudah mengambil langkah proaktif yang

menunjukkan pentadbirannya kini lebih reflektif dan inklusif kepada kehendak rakyat.

Ia sudah pasti akan mencerminkan bahawa kerajaan kini menuju ke arah sistem demokrasi

berdasarkan pemisahan kuasa yang jelas dan saksama. Ini sememangnya hadiah terbesar kepada

rakyat pada Hari Malaysia, menunjukkan evolusi negara yang semakin matang tanpa mengira

agenda pilihan raya atau tidak. Ini perlu dilakukan secara penambahbaikan berterusan.

Kerajaan tidak harus memandang perkara ini sebagai titik noktah ke arah demokrasi lebih

terbuka. Saya percaya rakyat akan terus memerhati setiap langkah kerajaan dengan lebih

terperinci lagi selepas ini.