07.02.2015 Views

TEKS UCAPAN Y - UMS - Universiti Malaysia Sabah

TEKS UCAPAN Y - UMS - Universiti Malaysia Sabah

TEKS UCAPAN Y - UMS - Universiti Malaysia Sabah

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

TEKS UCAPAN Y.BHG. LT. KOL PROF. DATUK DR KAMARUZAMAN HJ. AMPON

NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PERASMIAN

PENUTUPAN KURSUS PENDRAFAN PATEN, HOTEL LE MERIDIEN KOTA

KINABALU PADA 27 JUN 2008

Bismillahir Rahmannir Rahim

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera

Terima kasih Pengacara Majlis,

Yang Berusaha Puan Yusnieza Syarmila Yusoff,

Ketua MyIPO Cawangan Sabah,

Yang Berusaha Prof. Dr Awang Bono,

Pengarah Inovasi,

Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah,

Yang Berbahagia En. Ridhwan Ali,

Pegawai Pemeriksa Paten

selaku penceramah Kursus

Dekan-Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan,

Para Peserta Kursus

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi dengan

kerjasama Pusat Latihan Harta Intelek (IPTC) dan MyIPO cawangan Sabah atas usaha

mengadakan kursus ini. Kursus Pendrafan Paten yang berlangsung selama lima hari ini

merupakan antara usaha awal dan berterusan Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dalam

membina keupayaan, kemahiran dan pengetahuan berkenaan kepentingan perlindungan harta

intelek di kalangan penyelidik.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis IPT mengikut ketetapan dan pengkelasan Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT). Antaranya adalah Research University (RU), Comprehensive

University (CU) dan Teaching University (TU). Research University (RU) di Malaysia hanya

terdiri daripada empat Universiti antaranya Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia

dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Kebangsaan

Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Pengiktirafan sebagai Research University (RU)

antara lainnya melihat kepada milikan harta intelek iaitu jumlah penyelidikan yang berjaya

dipatenkan.

Universiti Malaysia Sabah sebagai sebuah institusi ilmu yang dikategorikan sebagai

Universiti Komprehensif, turut fokus dalam sektor penyelidikan kerana menyedari akan

kepentingan Paten dengan Penyelidikan dan Inovasi. Justeru itu segala usaha yang menjurus

kepada usaha-usaha memperkemaskan lagi pencapaian dalam sektor ini akan sentiasa

diberikan perhatian. Segala usaha telah mula digiatkan sejak terbentuknya Dasar Harta Intelek

Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2002.

Usaha UMS ini juga adalah bertitik-tolak daripada saranan Kementerian Pengajian Tinggi

yang peka kepada perkembangan harta intelek di peringkat global. Dengan memiliki dasar

harta intelek masing-masing, maka ianya akan mampu menjadi pemangkin kepada usaha

penyelidikan dengan bertindak sebagai salah satu penanda aras kepada keupayaan universiti

2

dalam mengembangkan output penyelidikan dan seterusnya memperbaiki ranking di

peringkat antarabangsa.

Usaha pemantauan perkembangan harta intelek di Malaysia dilakukan oleh Perbadanan Harta

Intelek Malaysia (MyIPO) yang telah melancarkan Dasar Harta Intelek Negara (DHIN) pada

Jun 2007. Pelan DHIN menetapkan tiga (3) fokus utama dalam tempoh lima (5) tahun

perlaksanaannya secara berperingkat dan akan berakhir serentak pada Disember 2012.

Matlamat bina upaya menjadi fokus utama dasar ini dan akan mengambil tempoh bermula

dari Jun 2007 hingga Disember 2012. Manakala, matlamat penaiktarafan infrastruktur

menjadi fokus kedua yang bermula dari Januari 2008 hingga Disember 2012. Matlamat

peningkatan nilai ciptaan pula menjadi fokus yang ketiga, iaitu dari Jun 2007 dan turut

berakhir pada Disember 2012.

Menyedari kepentingan perlindungan harta intelek di peringkat pengajian tinggi di Malaysia,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mempertanggungjawabkan dan mengamanahkan

kesemua IPTA di Malaysia agar meneliti dasar Harta Intelek Negara (DHIN) agar selari

dengan Dasar Harta Intelek yang telah terlaksana di semua peringkat Universiti. Ini adalah

penting bagi mempastikan matlamat, objektif dan fokus Dasar Harta Intelek Negara (DHIN)

adalah seiring dengan matlamat, objektif dan fokus dasar harta intelek di setiap IPTA di

Malaysia.

Tuan-tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Peranan universiti dalam mengisi program yang akan dilaksanakan adalah cukup luas.

Universiti bukan sahaja dilihat sebagai gedung ilmu, malah merupakan institusi penyelidikan

dan pembangunan teknologi baru yang sangat berpotensi. Memandangkan harta intelek

merupakan suatu intangible asset yang bersifat universal, maka kewujudannya adalah

meliputi segenap lapisan bidang dan merangkumi pelbagai aspek teknologi dan ekonomi.

Atas alasan berkenaan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merasakan penglibatan secara

terus daripada kalangan IPTA di Malaysia adalah suatu yang difikirkan perlu. Tambahan

pula, selaras dengan Perlaksanaan Dasar Harta Intelek Negara (DHIN), cadangan pembiayaan

Tabung Harta Intelek (THI) berjumlah RM5 bilion untuk tempoh 5 tahun perlaksanaan turut

diumumkan. Tabung Harta Intelek (THI) mencakupi bukan sahaja bantuan dari segi

penyelidikan dan pembangunan, malah merangkumi pendaftaran harta intelek dan seterusnya

aspek pengkomersilan.

Dalam pada itu, kursus ini juga diharapkan menjadi penerus komitmen PPI dalam

membudayakan dan seterusnya memperkasakan milikan harta intelek di kalangan penyelidik

dan kakitangannya. Semoga dengan wujudnya kesedaran untuk mempertingkatkan ilmu

pengetahuan dalam bidang harta intelek, usaha pembangunan dan penyelidikan di UMS akan

terus berkembang dan jumlah penyelidikan yang berjaya dipatenkan akan terus meningkat

dari masa ke semasa.

Sekalung tahniah kepada semua peserta kursus kerana berjaya menamatkan tempoh lima hari

kursus berlangsung dan berharap agar semua penyelidik mendapat ilmu dan manfaat yang

berguna tentang kepentingan perlindungan harta intelek di peringkat universiti. Saya juga

berharap agar komitmen universiti dengan IPTC dan MyIPO menjayakan kursus ini

merupakan satu detik yang amat signifikan dalam usaha semua pihak yang terlibat

menjayakan matlamat negara menuju negara maju yang diserikan lagi dengan hasil-hasil

penyelidikan dan inovasi berpaten yang bermutu dan berkualiti tinggi.

Dengan harapan itu dan dengan lafaz Bismillahirahmanir Rahim saya dengan

sukacitanya MENUTUP KURSUS PENDRAFAN PATEN UNIVERSITI MALAYSIA

SABAH 2008 DENGAN RASMINYA. Sekian, Wassalammualaikum wbt. ……..jdbpk

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!