SIARAN AKHBAR - Portal Pencen - JPA
SIARAN AKHBAR - Portal Pencen - JPA
SIARAN AKHBAR - Portal Pencen - JPA
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
JPA

SIARAN AKHBAR

PEMBAYARAN PENCEN BULAN FEBRUARI 2007

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) memaklumkan bahawa Kerajaan

memutuskan supaya tarikh pembayaran pencen Kerajaan Persekutuan bagi

bulan Februari 2007 adalah diawalkan iaitu mulai 9 Februari 2007.

Keputusan untuk membayar pencen lebih awal daripada biasa adalah

bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 18

dan 19 Februari 2007.

Para pesara yang bayaran bulanannya adalah secara Sistem Pembayaran

Melalui Bank iaitu jadualnya pada 21 Februari 2007 boleh menuntut

pembayaran pencen mereka di bank-bank di mana akaunnya dibuka mulai dari

9 Februari 2007.

Para pesara yang mana waran pencen mereka bertarikh 10 hingga 28 Februari

2007 juga boleh menunaikan waran pencen mereka mulai dari tarikh 9 Februari

2007.

JPA telah pun memaklumkan keputusan kerajaan dan arahan bayaran awal

kepada semua pihak/bank yang terlibat bagi maksud pelaksanaan. Untuk

sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran awal sila hubungi Pusat Panggilan

Setempat di talian 03-8885 4906/4475/4476/4477/4478. TAMAT.
Unit Komunikasi Korporat

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Putrajaya

2 Februari 2007

Bil 01/01/07