17.02.2015 Views

Untitled - MAA

Untitled - MAA

Untitled - MAA

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pengenalan

Apakah itu insurans?

Apakah itu takaful?

Halaman

1

Kandungan

Kenapa membeli insurans atau menyertai

skim takaful?

Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya

perlukan?

Apakah jenis produk insurans/ takaful yang ada?

Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada

sesebuah pengendali takaful mematuhi

prinsip Syariah?

Prinsip-prinsip insurans/ takaful

Di manakah saya boleh memperoleh pelan

insurans/ takaful?

Membuat perbandingan harga

Senarai Semakan:

Mendapatkan pelan insurans/ takaful

Apakah fakta penting?

Membayar premium/ caruman

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya

mempunyai pelan insurans/ takaful?

Soalan-soalan lazim

Glosari

3

4

7

8

10

11

12

13

14

16

20

an

Pengenalan

Buku panduan ini akan membantu anda memahami

insurans dan takaful. Ia mengandungi maklumat

tentang jenis produk insurans dan takaful yang

terdapat dalam pasaran serta prinsip-prinsip asas

insurans dan takaful.

Apakah itu insurans?

Anda membeli insurans untuk memindahkan risiko

kerugian kepada syarikat insurans dan dengan

itu mengurangkan beban kewangan ketika anda

mengalami kerugian. Sebagai contoh, sekiranya

kenderaan bermotor anda yang telah diinsuranskan

terlibat dalam kemalangan, syarikat insurans anda

akan membayar kos pembaikan tersebut. Anda

membeli insurans dengan membayar premium kepada

syarikat insurans anda.

Apakah itu takaful?

Takaful ialah satu skim insurans berlandaskan prinsip

Islam iaitu saling menjamin, apabila sekumpulan peserta

bersetuju untuk saling menjamin sesama mereka

terhadap kerugian tertentu. Sekiranya anda menyertai

skim takaful, anda bersetuju menderma sebahagian

daripada caruman ke dalam kumpulan wang takaful

bagi membantu mana-mana peserta kumpulan yang

mengalami mana-mana kerugian tertentu.

1

Bergantung pada terma dalam sijil takaful, seseorang

peserta juga boleh berkongsi lebihan kumpulan wang

takaful sekiranya beliau tidak pernah membuat tuntutan

sepanjang tempoh takaful. Sesiapa sahaja boleh

menyertai skim takaful tanpa mengira kepercayaan

agama seseorang itu.

2

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim

takaful?

Tujuan memiliki insurans/ takaful adalah untuk

mengurangkan beban kewangan anda apabila berlakunya

kerugian atau kemalangan. Ini bertujuan agar aktiviti harian

anda dan keluarga tidak terganggu. Walau bagaimanapun,

pelan insurans/ takaful hanya melindungi anda bagi

kerugian yang dinyatakan dalam pelan. Oleh itu, sekiranya

anda ingin mendapatkan insurans/ takaful, anda perlu

memastikan pelan tersebut meliputi kerugian yang anda

perlu lindungi.

Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya

perlukan?

Keperluan insurans/ takaful anda bergantung

pada keadaan, umur dan gaya hidup anda. Walau

bagaimanapun, terdapat beberapa jenis insurans/ takaful

yang diwajibkan oleh undang-undang; contohnya jika

anda memiliki kenderaan bermotor, undang-undang

mewajibkan anda memiliki perlindungan untuk

membayar ganti rugi atas liabiliti yang disebabkan oleh

anda kepada orang lain.

3

Apakah jenis produk insurans/ takaful yang ada?

Anda boleh membeli jenis insurans/ takaful yang

berbeza untuk melindungi harta benda, nyawa,

kesihatan dan persaraan anda. Terdapat pelbagai

jenis produk yang boleh memenuhi keperluan

anda. Jenis insurans/ takaful yang biasa didapati

ialah:

• Insurans hayat/ takaful keluarga, yang

selalunya digunakan sebagai satu cara untuk

memberikan bantuan kewangan kepada

tanggungan anda sekiranya anda meninggal

dunia. Anda juga boleh menabung atau melabur

melalui insurans hayat/ takaful keluarga. Terdapat

juga sesetengah insurans hayat/ takaful keluarga

yang memberikan pampasan sekiranya anda

tidak mampu bekerja disebabkan penyakit atau

ketidakupayaan. Contoh produk insurans hayat/

takaful keluarga ialah insurans hayat seumur hidup/

endowmen, pelan keluarga biasa dan insurans/

takaful berkaitan pelaburan.

4

Jika anda ingin mendapatkan

insurans/ takaful, pastikan pelan

tersebut meliputi kerugian yang

anda perlu lindungi

5

• Insurans/ takaful motor, yang akan

memberikan pampasan bagi kerugian tertentu

disebabkan kerosakan pada kenderaan anda akibat

kemalangan. Ia turut memberikan pampasan

untuk kerugian pihak lain yang diakibatkan

oleh kenderaan bermotor anda dalam sesuatu

kemalangan.

• Insurans/ takaful empunya/ isi rumah, yang

akan membayar pampasan bagi kerugian tertentu

apabila rumah atau harta peribadi anda musnah

akibat kejadian seperti kebakaran, banjir, paip pecah

dan sebagainya. Anda juga boleh dilindungi daripada

tuntutan pihak ketiga yang dibuat berikutan kejadian

tersebut.

• Insurans/ takaful perubatan dan kesihatan, yang

membayar pampasan bagi pelbagai jenis perbelanjaan

hospital dan perubatan yang anda mungkin tanggung

sekiranya anda sakit atau mengalami kecederaan.

Pampasan ini termasuk bayaran bilik dan makanan di

hospital, perkhidmatan profesional serta keperluan dan

perkhidmatan perubatan.

• Insurans/ takaful kemalangan diri, yang akan

membayar sejumlah wang sekiranya anda hilang upaya

disebabkan kemalangan atau meninggal dunia.

6

Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada

sesebuah pengendali takaful mematuhi prinsip

Syariah?

Jawatankuasa Syariah telah ditubuhkan oleh semua

pengendali takaful bagi memastikan operasi takaful

mereka sejajar dengan prinsip Syariah. Bank Negara

Malaysia juga telah menubuhkan Majlis Penasihat

Syariah yang berfungsi sebagai pusat rujukan bagi

hal-hal berkaitan perbankan Islam dan takaful di

Malaysia.

7

Prinsip-prinsip insurans/ takaful

Produk insurans/ takaful anda tertakluk kepada

empat prinsip utama yang diamalkan secara umum

iaitu kepentingan boleh insurans/ kepentingan boleh

lindung, penuh percaya, indemniti dan sumbangan.

Untuk mendapat perlindungan insurans, anda mesti

mempunyai kepentingan boleh insurans terhadap

barang atau hayat yang diinsuranskan. Kepentingan

boleh insurans biasanya wujud melalui hubungan

pertalian dengan seseorang atau hak milik terhadap

sesuatu harta benda. Sebagai contoh, seseorang itu

akan mempunyai kepentingan boleh insurans atas

nyawa dirinya atau anaknya, rumah atau kenderaan

bermotornya.

Pada asas yang sama, untuk takaful, anda mesti

mempunyai kepentingan boleh lindung sebelum anda

boleh menyertai skim takaful. Sesebuah pelan insurans/

takaful tanpa kepentingan boleh insurans/ kepentingan

boleh lindung adalah seumpama kontrak perjudian di

mana tujuan memiliki insurans/ takaful adalah untuk

memperoleh keuntungan daripadanya.

8

Penuh percaya bermaksud anda mesti menyatakan

semua fakta penting apabila membeli polisi insurans

atau menyertai skim takaful. Ini bertujuan untuk

membolehkan syarikat insurans/ pengendali takaful

membuat keputusan sama ada untuk memberikan

perlindungan insurans/ takaful tersebut kepada anda

dan menentukan amaun premium/ sumbangan takaful

daripada anda.

Sekiranya anda tidak mematuhi keperluan ini, polisi

insurans/ sijil takaful anda boleh menjadi tidak sah, dan

syarikat insurans/ pengendali takaful berhak menolak

tuntutan pampasan oleh anda.

Prinsip indemniti dan sumbangan hanya terpakai untuk

insurans/ takaful bagi harta benda anda sahaja. Apabila

anda mengalami kerugian, prinsip indemniti hanya akan

membenarkan anda memperoleh amaun yang akan

mengembalikan keadaan anda sama seperti sebelum

berlakunya kerugian. Di bawah prinsip sumbangan,

semua syarikat insurans/ pengendali takaful yang

memberikan perlindungan kepada sesuatu harta yang

sama akan berkongsi membayar pampasan untuk

kerosakan terhadap harta tersebut. Dengan cara ini,

seseorang itu tidak boleh “memperoleh keuntungan”

dengan membeli lebih daripada satu polisi atau pelan

takaful untuk harta yang sama.

9

Di manakah saya boleh memperoleh

pelan insurans/ takaful?

Anda boleh membeli polisi insurans/ menyertai pelan

takaful:

• Secara terus daripada syarikat insurans atau

pengendali takaful;

• Melalui ejen berdaftar, penasihat kewangan atau

broker berlesen; dan

• Melalui institusi perbankan yang mempunyai

pengurusan bankasurans dengan syarikat insurans

atau pengurusan banktakaful dengan pengendali

takaful.

Seseorang ejen insurans atau takaful bertindak bagi

pihak syarikat insurans atau pengendali takaful

dan menjual polisi insurans atau pelan takaful yang

ditawarkan oleh syarikat insurans atau pengendali

takaful itu sahaja. Seseorang broker insurans atau

takaful pula bertindak bagi pihak pelanggan dan

memberikan nasihat kepada pelanggannya tentang

pelan yang ia mungkin perlukan. Seseorang penasihat

kewangan ialah pihak berkecuali yang menawarkan

pelbagai perkhidmatan perancangan kewangan,

termasuk insurans/ takaful kepada pelanggannya.

10

Membuat perbandingan harga

Ada faedahnya jika anda membuat perbandingan harga

bagi sesuatu pelan yang memenuhi keperluan anda.

Anda boleh membandingkan premium, terma dan

butiran mengenai apa yang sebenarnya dilindungi dan

apa yang dikecualikan oleh pelan. Polisi yang berbeza

mungkin mempunyai terma dan syarat, kadar dan

klausa pengecualian yang berbeza. Dapatkan penjelasan

sekiranya terdapat keraguan mengenai mana-mana

terma supaya anda betul-betul jelas tentang polisi

insurans/ pelan takaful anda.

11

Senarai Semakan: Mendapatkan pelan insurans/

takaful

Berikut ialah senarai semakan yang boleh dijadikan

panduan semasa membeli pelan insurans/ takaful:

• Berurusan hanya dengan pihak yang dibenarkan: ejen

berdaftar/ broker berlesen atau secara terus dengan

syarikat insurans atau pengendali takaful.

• Bandingkan kadar premium/ caruman. Dapatkan

sebut harga daripada beberapa syarikat insurans/

pengendali takaful dan/ atau ejen.

• Bandingkan manfaat, terma, ciri-ciri produk,

kekurangan dan pengecualiannya.

• Pastikan anda mampu membayar premium atau

caruman untuk perlindungan tersebut.

• Dapatkan perlindungan yang mencukupi. Elakkan

daripada mempunyai perlindungan yang terlalu

banyak atau terlalu sedikit.

• Pastikan borang permohonan anda diisi dengan

lengkap, maklumat yang diberikan adalah tepat dan

semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.

• Buat pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya secepat

mungkin.

12

Apakah fakta penting?

Fakta penting ialah mana-mana fakta berkaitan

anda atau objek yang ingin dilindungi yang perlu

diketahui oleh syarikat insurans/ pengendali takaful,

supaya ia dapat membuat keputusan sama ada

untuk memberikan perlindungan kepada anda atau

tidak, jumlah premium yang perlu dibayar dan terma

yang akan dikenakan. Syarikat insurans/ pengendali

takaful lazimnya akan memperolehi maklumat

ini daripada borang permohonan anda. Oleh itu,

sekiranya timbul sebarang keraguan tentang manamana

soalan dalam borang permohonan, anda harus

mendapatkan penjelasan dan bukannya meneka atau

membiarkan sahaja ruangan jawapan tersebut kosong.

Bagi insurans hayat/ takaful keluarga, fakta penting

lazimnya termasuk pekerjaan, status kewangan, sejarah

perubatan keluarga, tahap kesihatan dan gaya hidup.

Membayar premium/ caruman

Apabila anda membayar premium/ caruman melalui

ejen, pastikan cek anda dikeluarkan atas nama syarikat

insurans/ pengendali takaful anda. Jika tidak, usahakan

untuk membayar premium anda terus kepada syarikat

insurans/ pengendali takaful anda. Terdapat banyak cara

pembayaran premium/ caruman anda seperti melalui

perkhidmatan autodebit daripada akaun bank anda,

perbankan Internet, kad kredit dan perbankan telefon.

13

Anda harus mendapatkan resit bagi pembayaran

premium/ caruman anda. Selain itu, hubungi syarikat

insurans/ pengendali takaful anda sekiranya anda tidak

menerima polisi anda dalam tempoh satu bulan dari

tarikh pembelian.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya

mempunyai pelan insurans/ takaful?

Polisi insurans/ sijil takaful ialah dokumen yang sah di

sisi undang-undang. Oleh itu, anda perlu memberikan

perhatian kepada terma-terma polisi/ sijil supaya pelan

anda kekal sah. Anda haruslah:

• Membaca polisi insurans/ sijil takaful anda selepas

menerimanya. Berbincanglah dengan syarikat

insurans/ pengendali takaful anda sekiranya terdapat

percanggahan dengan apa yang telah dipersetujui

sebelum ini.

• Memahami hak dan tanggungjawab anda sebagai

pemegang polisi/ peserta pelan takaful.

• Memantau tempoh insurans/ pelan takaful dan masa

pembayaran premium/ caruman anda supaya tidak

berlaku kekurangan dalam perlindungan anda.

• Memaklumkan sebarang perubahan pada fakta-fakta

penting kepada syarikat insurans/ pengendali takaful

anda.

14

• Mengemaskini alamat surat-menyurat anda dengan

syarikat insurans/ pengendali takaful supaya anda

dapat menerima notis pada setiap masa.

• Menyimpan polisi/ sijil anda di tempat selamat.

• Memaklumkan syarikat insurans/ pengendali takaful

anda secepat mungkin apabila terdapat tuntutan

yang hendak dibuat.

• Mengambil langkah untuk melindungi aset anda

daripada kerugian selanjutnya setelah aset tersebut

mengalami kerosakan seperti dalam kemalangan,

kerana kerugian tersebut tidak akan dilindungi oleh

insurans/ pelan takaful anda.

15

Soalan- soalan lazim

S: Apakah perbezaan antara insurans dengan

takaful?

J: Kedua-dua insurans dan takaful memberikan

perlindungan terhadap risiko. Namun begitu,

takaful ialah skim insurans yang berlandaskan

prinsip Syariah iaitu seseorang yang menyertai

skim takaful akan memeterai kontrak (aqad)

untuk bersetuju membantu peserta lain dalam

skim apabila mereka mengalami kerugian atau

kemalangan yang ditetapkan.

16

S: Bagaimanakah saya dapat memastikan

pihak yang saya berurusan ialah pihak yang

diberikan kuasa untuk menjual produk

insurans atau takaful?

J: Pastikan pihak tersebut dapat membuktikan yang

ia merupakan pihak yang berdaftar atau dilesenkan

untuk menjual produk insurans/ takaful. Sila ambil

perhatian bahawa:

• Semua ejen insurans yang menjual polisi insurans

hayat berdaftar dengan Persatuan Insurans

Nyawa Malaysia.

• Semua ejen insurans yang menjual polisi insurans

am berdaftar dengan Persatuan Insurans Am

Malaysia.

• Semua ejen takaful yang menjual produk takaful

berdaftar dengan Pendaftar Pengantara Takaful.

• Semua penasihat kewangan dan broker insurans

dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah

Akta Insurans 1996.

• Semua broker takaful adalah dilesenkan oleh

Bank Negara Malaysia di bawah Akta Takaful

1984.

17

S: Bagaimanakah saya mengetahui apa fakta

penting?

J: Fakta penting ialah mana-mana maklumat yang

diperlukan oleh syarikat insurans/ pengendali

takaful untuk membuat keputusan sama ada

hendak menerima atau tidak permohonan anda

untuk membeli insurans atau takaful. Lazimnya,

borang permohonan yang digunakan oleh syarikat

insurans atau pengendali takaful telah direka

untuk mengumpulkan fakta yang diperlukan. Anda

harus menjawab semua soalan dalam borang

permohonan dengan betul dan tepat. Sekiranya

anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda

harus merujuk kepada ejen insurans/ takaful atau

syarikat insurans/pengendali takaful anda.

18

S: Saya membayar premium insurans hayat/

caruman takaful keluarga secara tetap melalui

ejen insurans saya. Walau bagaimanapun,

apabila saya membuat tuntutan baru-baru

ini, syarikat insurans/ pengendali takaful

saya memaklumkan bahawa polisi saya telah

luput kerana saya tidak membayar premium/

caruman yang dikenakan. Apakah yang harus

saya lakukan?

J: Anda harus mengemukakan aduan rasmi kepada

syarikat insurans/ pengendali takaful anda supaya

penyiasatan dapat dibuat. Kemukakan semua

dokumen kes anda termasuk salinan resit dan

nama ejen yang terlibat kepada syarikat insurans/

pengendali takaful anda. Sekiranya anda mempunyai

dokumen yang berkaitan, syarikat insurans/

pengendali takaful akan bertanggungjawab

terhadap tuntutan anda. Namun, sekiranya anda

tidak mempunyai sebarang dokumen atau bukti lain,

syarikat insurans/ pengendali takaful anda mungkin

menolak permohonan tuntutan anda.

Bagi melindungi diri anda, sekiranya anda

mempunyai insurans/ pelan takaful, sentiasa pastikan

bayaran premium/ caruman dibuat atas nama

syarikat insurans/ pengendali takaful anda. Dapatkan

resit rasmi daripada syarikat insurans/ pengendali

takaful sebagai bukti pembayaran dan pastikan

semua surat termasuk kontrak polisi/ sijil takaful dan

resit difailkan dengan betul.

19

Glosari

Indemniti

Meletakkan pemegang polisi dalam kedudukan kewangan

yang sama seperti sebelum berlakunya kerugian dengan

serta-merta melalui pembayaran, pembaikan atau

penggantian.

Kepentingan boleh insurans

Satu prinsip asas insurans yang memerlukan seseorang yang

membeli insurans untuk mempunyai kepentingan boleh

insurans terhadap perkara yang hendak diinsuranskan atau

nyawa yang diinsuranskan, iaitu sekiranya kehilangan atau

kerosakan berlaku pada perkara atau kemalangan pada

nyawa yang diinsuranskan akan menyebabkan kerugian

dari segi kewangan kepada pemegang polisi. Dalam takaful,

keperluan ini dikatakan sebagai kepentingan boleh lindung.

Fakta penting

Mana-mana maklumat yang relevan kepada keputusan

syarikat insurans/ pengendali takaful sama ada untuk

menerima risiko tertentu serta kadar dan terma yang akan

dikenakan.

Penuh percaya

Satu keperluan untuk seseorang yang membeli produk

insurans atau takaful untuk menyatakan semua butiran

yang berkaitan di dalam borang permohonan yang

dikemukakan kepada syarikat insurans/ pengendali takaful

supaya permohonan tersebut dapat dipertimbangkan

dengan sewajarnya.

20

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!