10.03.2015 Views

PUBLISHER SKT - Pejabat Pendaftar

PUBLISHER SKT - Pejabat Pendaftar

PUBLISHER SKT - Pejabat Pendaftar

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pemberian

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?

APC merupakan penghargaan Kerajaan kepada staf

Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan

yang cemerlang

2. Siapakah yang layak dipertimbangkan untuk APC?

Staf lantikan tetap, sementara atau kontrak yang telah

berkhidmat bagi tempoh genap setahun penuh pada hari

terakhir tahun penilaian (Pekeliling Kemajuan

Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2002)

3. Siapakah yang bertanggungjawab untuk

menentukan penerima APC?

Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) akan mencalonkan

nama staf di PTJ masing-masing yang mendapat markah

prestasi melebihi 80% dan ke atas berdasarkan kuota

yang ditetapkan. Pencalonan ini akan diperakukan oleh

Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia (JKPSM)

4. Berapakah kuota untuk penerima APC pada setiap

tahun?

Tidak melebihi 8% dari jumlah staf UNIMAS bertaraf

tetap, sementara dan kontrak yang sedang berkhidmat

pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan

5. Apakah insentif dan hadiah yang akan diterima?

Sijil Perkhidmatan Cemerlang

Hadiah prestasi sebanyak RM1,000.00

Peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya

seperti menghadiri kursus, seminar atau

persidangan

Peluang dan keutamaan bagi pencalonan untuk

menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran

Persekutuan dan Negeri

6. Adakah seseorang staf layak dicalonkan untuk

menerima APC pada setiap tahun?

Layak, sekiranya prestasi staf tersebut sememangnya

cemerlang berbanding staf lain pada tahun dinilai dan

pencalonan tersebut diperakukan oleh Jawatankuasa

Pembangunan Sumber Manusia (JKPSM)

KENYATAAN PERKHIDMATAN/

KENYATAAN CUTI

LAPORAN PRESTASI TAHUNAN

SASARAN KERJA TAHUNAN

ANUGERAH PERKHIDMATAN

CEMERLANG

PEJABAT PENDAFTAR

UNIT PERKHIDMATAN,

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

DAN PENGURUSAN SUMBER

MANUSIA

U

N T U K M A K L U M A T L A N J U T , S I L A

B E R H U B U N G D E N G A N U N I T

P E R K H I D M A T A N , B A H A G I A N

P E M B A N G U N A N D A N P E N G U R U S A N

S U M B E R M A N U S I A

REKOD PERKHIDMATAN/REKOD CUTI

1. Apakah Rekod Perkhidmatan Staf?

Catatan butiran perkhidmatan seseorang staf mulai

dari tarikh mula berkhidmat sehingga bersara atau

meninggal dunia dalam perkhidmatan

2. Apakah butiran maklumat yang perlu dicatat

dalam Rekod Perkhidmatan?

Butiran peribadi (nama pegawai, nombor kad

pengenalan lama dan baru, tarikh lahir, nombor

KWSP)

Butiran perkhidmatan (pelantikan, taraf jawatan,

kenaikan gaji tahunan, peperiksaan, pengesahan

dalam jawatan, pemberian taraf berpencen,

pertukaran/dipinjamkan /pelepasan dengan izin,

kursus, opsyen, pengisytiharan harta, hukuman

tatatertib, surcaj, kurniaan, elaun memangku/

menanggung kerja, Cuti Tanpa Gaji, pinjaman

kerajaan dan percantuman perkhidmatan yang

lepas

3. Apakah Rekod Cuti?

Catatan semua jenis cuti dalam Perintah Am Bab C

yang diluluskan kepada staf termasuk Cuti Tanpa Gaji,

tidak hadir bertugas, lucut hak gaji, dan lain-lain.

4. Bagaimanakah jika saya ingin menyemak Rekod

Perkhidmatan/Rekod Cuti?

Anda boleh berhubung dengan Penolong Pendaftar

Kanan, Unit Perkhidmatan bagi tujuan ini

5. Kenapakah terdapat beberapa maklumat kursus

yang telah saya hadiri tidak dikemaskini dalam

Rekod Perkhidmatan?

Ini berlaku kerana pihak Bahagian Pembangunan dan

Pengurusan Sumber Manusia (BPPSM) tiada sebarang

bukti kehadiran anda ke kursus berkenaan. Untuk

mengelakkan perkara ini berlaku, anda dikehendaki

mengemukakan laporan kursus dan salinan sijil

penyertaan kepada pihak Bahagian Pembangunan dan

Pengurusan Sumber Manusia (BPPSM) untuk tujuan

rekod dan kemaskini Rekod Perkhidmatan selepas

kembali dari sesuatu kursus

LAPORAN PRESTASI TAHUNAN

1. Apakah laporan prestasi tahunan?

Penilaian prestasi kerja yang dibuat oleh Ketua Jabatan

mengenai kemajuan staf berdasarkan sasaran kerja yang

telah ditetapkan pada awal tahun

2. Apakah kegunaan laporan prestasi tahunan ini?

Kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat

Kesesuaian dan kelayakan untuk pergerakan dan

anjakan gaji

Mengenalpasti dan merancang keperluan latihan

3. Siapakah yang perlu mengisi laporan prestasi

tahunan?

Semua staf bertaraf tetap, sementara dan kontrak.

4. Bolehkan staf mengubah Sasaran Kerja Tahunan

(SKT) yang telah disediakan pada awal tahun?

Boleh, dengan mengisi borang Kajian Semula

Pertengahan Tahun

5. Berapakah tempoh minimum penyeliaan bagi membolehkan

seseorang staf menilai staf yang berada

di bawah tanggungjawabnya?

6 bulan

6. Apakah tanggungjawab Pegawai Yang Dinilai

(PYD)?

Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pada setiap

awal tahun berdasarkan kepada hala tuju dan matlamat

Universiti

7. Apakah tanggungjawab Ketua Jabatan semasa

membuat penilaian ke atas staf di bawah

seliaannya?

Membincangkan prestasi kerja seseorang staf dengan

cara bersemuka.

8. Apakah terdapat kuota untuk memberi markah

cemerlang (80% dan ke atas) kepada seseorang

staf?

Tidak, semua staf yang telah menunjukkan prestasi cemerlang

dan mencapai sasaran kerja yang ditetapkan

pada tahun penilaian layak diberi prestasi cemerlang.

SASARAN KERJA TAHUNAN

1. Apakah Sasaran Kerja Tahunan (SKT)?

Rancangan kerja tahunan yang perlu dilaksanakan di

peringkat Bahagian/Unit selaras dengan

perancangan kerja tahunan organisasi. Ia juga

merupakan performance contract yang dipersetujui bersama

di antara Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan

Pegawai Penilai.

2. Apakah asas penetapan SKT?

Petunjuk prestasi merujuk kepada kuantiti, kualiti,

masa dan kos

Setiap aktiviti/projek sekurang-kurangnya

mempunyai satu petunjuk prestasi

Mesti realistik dan boleh dicapai setelah

mengambilkira pengetahuan dan kemahiran PYD

dan sumber yang ada di bawah kawalannya

3. Apakah komponen penilaian yang terkandung

dalam borang penilaian prestasi?

Komponen yang dinilai agak berbeza mengikut

kumpulan perkhidmatan. Walau bagaimanapun,

secara keseluruhannya, komponen yang dinilai adalah:

Penghasilan kerja

Pengetahuan dan kemahiran

Kualiti peribadi

Kegiatan/sumbangan di luar tugas rasmi

4. Adakah staf yang mendapat markah prestasi

cemerlang layak mendapat anjakan gaji?

Ya, tertakluk kepada kelulusan Penilaian Tahap

Kecekapan (PTK) Aras IV (Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 4 Tahun 2002 - Sistem Saraan Malaysia)

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!