12.07.2015 Views

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

21.2 Latar Belakang MasalahBerdasarkan kajian soal selidik yang telah dijelaskan dalam Bab 4, pihakpentadbiran sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengahmenyampaikan maklumat tentang sesuatu kejadian di sekolah kepada ibu bapapelajar dengan menggunakan helaian kertas atau menghubungi ibu bapamenggunakan telefon. Kaedah ini tidak begitu efektif daripada beberapa segi.Pertama kepantasan maklumat kejadian diterima oleh ibu bapa pelajar dan keduapeningkatan bil telefon sekolah. Penggunaan helaian kertas tidak menjaminmaklumat kejadian di sekolah diterima oleh ibu bapa dengan segera. Manakalapenggunaan telefon untuk menghubungi ibu bapa pelajar akan meningkatkan kospenggunaan telefon sekolah dan memerlukan tenaga guru yang ramai untukmenghubungi ibu bapa semua pelajar.Oleh itu, perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel digunakansebagai salah satu alternatif yang lebih efektif berbanding sistem sedia ada sekarang.Lebih-lebih lagi penggunaan telefon bimbit pada masa kini begitu meluas danmampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat. Begitu juga dengan penggunaansistem surat elektronik (e-mel), kebanyakan penduduk Malaysia tahu menggunakankomputer malah mempunyai sebuah komputer di rumah. Berdasarkan RancanganMalaysia Kelapan (RMK8), Prasarana IT di Malaysia menunjukkan lebih daripadalima puluh peratus rakyat Malaysia mempunyai komputer peribadi. Kaedah PesananRingkas (SMS) dan e-mel ini menjimatkan masa malah maklumat dapat disampaikandengan tepat kepada penerimanya. Justeru itu, kedua-dua sistem ini sangat sesuaidiimplikasikan di sekolah bagi mengatasi masalah sistem sedia ada. Jadi ibu bapadapat mengikuti aktiviti sekolah yang telah dirancang dan dapat menerima maklumattentang sesuatu kejadian atau kecemasan di sekolah serta masalah ketinggalanmaklumat sekolah juga dapat dielakkan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!