02.12.2012 Views

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan ... - Syazwan AI

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan ... - Syazwan AI

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan ... - Syazwan AI

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Laman Utama

Sila Pilih IPTA :

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar

Jabatan Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi

Aras 1, Blok E9 Parcel E, Presint 1

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

UPM - Universiti Putra Malaysia

KENALI IPTA

SESI AKADEMIK 2011/2012

NAMA PENUH IPTA : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

ALAMAT : KETUA PENTADBIRAN PENGAJIAN PRA SISWAZAH

BAHAGIAN AKADEMIK

TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

43400 UPM SERDANG

SELANGOR

NO. TELEFON : Talian 1 : +6 03-89466059

Talian 2 : +6 03-89466055

Talian 3 : +6 03-89466060

Talian 4 : +6 03-89466000

NO. FAKS : +6 0389426469

E-MEL : akademik@upm.edu.my

LAMAN WEB : http://www.upm.edu.my

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, sebagai Universiti Pertanian Malaysia melalui penggabungan antara

Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti; Fakulti Pertanian, Fakulti

Perhutanan dan Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan.

Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai 1973 dengan jumlah pelajar seramai 1,559 orang. Mereka mengikuti

program Bacelor Sains Pertanian, Bacelor Sains Perhutanan, Doktor Perubatan Veterinar, Diploma Pertanian, Diploma Teknologi Rumahtangga, Diploma

Sains Peternakan, Diploma Sains dengan Pendidikan dan Program Pendahuluan.

Pada tahun 1994, UPM telah memulakan satu rancangan untuk membina universiti masa hadapan yang menyediakan sistem pendidikan yang lebih baik

dan terkini terutama dalam pendidikan sains dan teknologi. Selaras dengan itu, UPM telah berkembang pesat hingga menjadi kampus tanpa sempadan

dan melangkaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak daripada itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh Tun Dr.

Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Penukaran nama ini merupakan langkah strategik yang mencerminkan kedudukan

UPM selaku sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian dalam menghadapi alaf baru pembangunan masa

hadapan.

Universiti Putra Malaysia kini mempunyai enam belas (16) Fakulti termasuk Kampus Bintulu, Sarawak, lima belas (15) Pusat, sembilan (9) Institut, satu

(1) Akademi, dua (2) Sekolah Pengajian Siswazah, sebuah Taman Pertanian Universiti dan sebuah kampus cawangan di Bintulu, Sarawak.

UPM menawarkan lima puluh enam (56) program Bacelor, tujuh (7) program Diploma, satu (1) program Asasi dan lebih daripada empat ratus (400)

bidang di peringkat Pasca Siswazah.

VISI

Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa.

MISI

Menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama, yang memberikan sumbangan bukan sahaja kepada pembentukan kekayaan dan

pembangunan negara bangsa, tetapi juga kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu sejagat.

MATLAMAT

UPM telah menetapkan sepuluh matlamat untuk merealisasikan wawasannya. Kesepuluh-sepuluh matlamat tersebut adalah seperti berikut:-

1. Melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berusaha untuk terus maju.

2. Memperkasakan pelajar UPM dengan penguasaan kemahiran insaniah.

3. Menjadikan UPM sebagai Universiti Penyelidikan yang terkemuka.

4. Memperkasakan UPM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan pertanian.

5. Meningkatkan jalinan industri dan masyarakat.

6. Mengurus modal insan dan persekitaran kerja dengan cemerlang.

7. Memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti berteraskan amalan terbaik.

8. Menjana dan mengurus sumber kewangan universiti secara cekap dan berkesan.

9. Menjadikan universiti terhubung sepenuhnya dengan berasaskan ICT.

10. Memperkasakan UPM melalui Alumni.

KEMUDAHAN

Adalah menjadi tanggungjawab seluruh warga UPM untuk menjaga kemudahan-kemudahan yang telah disediakan Universiti. Antara kemudahankemudahan

yang ada ialah:-

a) Penginapan

Cetak

Universiti menyediakan sebanyak 17 buah kolej kediaman yang berupaya menampung 600-1,000 pelajar setiap kolej. Kolej-kolej kediaman ini

menyediakan pelbagai kemudahan. Ini termasuklah dewan, bilik rehat, surau dan lain-lain.

Kolej kediaman tidak lagi menyediakan makanan sejak 1996, sebaliknya makanan boleh dibeli dari 4 buah kafetaria dalam kampus. Adalah menjadi

polisi Universiti untuk mengutamakan pelajar baharu dalam pemberian tempat penginapan di kolej kediaman.

b) Perpustakaan

Pelajar boleh berjalan kaki ke Perpustakaan Pusat UPM (Perpustakaan Sultan Abdul Samad). Perpustakaan Pusat UPM terdiri daripada 2 blok, Blok A

dan Blok B yang mempunyai keluasan lantai 17,652 meter persegi. Perpustakaan ini mempunyai lebih kurang 2,000 tempat duduk selain daripada bilik

karel, bilik mesyuarat, auditorium dan sebagainya.

Koleksi Perpustakaan adalah kira-kira 400,000 judul buku dan 6,300 judul bersiri. Ini tidak termasuk koleksi multimedia seperti mikrofilem, pita video,

peta dan lain-lain. Sumber bahan yang benyak dan kepelbagaian perkhidmatan ini adalah amat perlu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan

penyelidikan di UPM.

c) Pengangkutan

Sistem pengangkutan di UPM merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan universiti-universiti lain di Malaysia. Ini bersesuaian dengan

lokasinya yang terletak di antara Putrajaya dan Bandaraya Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan.

d) Perkhidmatan Bas (Dalam dan Luar Kampus)

i. UPM menyediakan kemudahan bas untuk pergerakan pelajar di dalam dan di luar kampus.

ii. Setiap pelajar dikenakan bayaran RM75.00 seorang untuk satu semester untuk mendapatkan kemudahan tersebut. Pelajar yang membayar untuk

perkhidmatan tersebut boleh menggunakan perkhidmatan bas tanpa had selama tempoh berkenaan.

iii. Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa telah menyediakan lebih daripada 20 bas Universiti untuk kemudahan pelajar-pelajar menjalankan aktiviti akademik

dan kurikulum di luar kampus.

iv. UPM juga telah membina beberapa perhentian bas berbumbung yang lengkap dengan kemudahan seperti kipas angin, lampu dan papan kenyataan

untuk memberi keselesaan kepada para mahasiswa ketika menunggu bas.

e) Komuter dan Teksi

i. Mahasiswa UPM boleh mendapatkan kemudahan perkhidmatan komuter dan teksi untuk berulang-alik daripada kampus ke destinasi yang ingin di tuju

dengan harga yang berpatutan.

ii. Terdapat perkhidmatan bas yang menghubungkan Kampus UPM dengan Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Serdang.

iii. Satu lagi alternatif kemudahan pengangkutan ialah perkhidmatan keretapi komuter di stesen Serdang yang memberi perkhidmatan ke Seremban,

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

f) Bank dan Pejabat Pos

i. Terdapat dua buah bank di Kampus UPM, CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional untuk kemudahan warga kampus mengendalikan urusan

kewangan. Pihak bank juga telah menyediakan beberapa buah mesin autoteller di tempat yang strategik dan selamat.

ii. Terdapat sebuah pejabat pos yang ditempatkan di Kolej Mohamad Rashid untuk kemudahan para mahasiswa dan warga kampus mendapatkan

perkhidmatan pos, bayaran bil, memperbaharui lesen memandu dan pelbagai perkhidmatan lain.

g) Laman Web Student Portal http://www.psp.upm.edu.my

i. Bahagian Teknologi Maklumat telah membangunkan Putra Student Portal sebagai gerbang utama bagi pelajar-pelajar UPM mencapai apa juga

maklumat diri mereka sepanjang pengajian di UPM dengan mudah dan cepat melalui satu login sahaja.

ii. Laman web ini diwujudkan atas dasar memberi kemudahan disamping membudayakan ICT dikalangan pelajar.

h) Koperasi dan Kedai Buku

Terdapat sebuah kedai koperasi yang menjual segala kelengkapan alat tulis dan buku-buku rujukan serta keperluan harian mahasiswa.

i) Kemudahan Sukan Bertaraf Dunia

Selama ini, UPM menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif sukan kepada mahasiswa. Hasrat UPM untuk melahirkan atlet yang berpendidikan

tinggi sentiasa menjadi keutamaan. Sebuah Blok Atlet di Kolej Kediaman Keenam disediakan bagi kemudahan penginapan para atlet.

Seterusnya UPM juga memiliki sebuah kompleks sukan yang terdiri daripada stadium utama untuk acara trek dan balapan, dewan serbaguna untuk

pelbagai acara termasuk skuash, bola jaring, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang dan lain-lain sukan dalam dewan. Selain itu dengan memiliki

keluasan kawasan yang tidak terhad, UPM tiada masalah tentang padang-padang permainan untuk keperluan mahasiswa bersukan.

Di UPM juga sukan ragbi menjadi sebutan dalam dan luar kampus. Siapa tidak kenal dengan pasukan Serdang Angel yang sememangnya digeruni

lawan setiap kali menyertai kejohanan peringkat universiti dan jemputan. Sudah tentu kemudahan padang ragbi bertaraf dunia memberi sedikit

kelebihan untuk mahasiswa UPM bergiat aktif dalam sukan ragbi dan kebanyakan mereka mewakili negara di peringkat antarabangsa.

Kolam renang bersaiz olimpik, gelanggang tenis yang berkualiti dan padang hoki yang baru melengkapkan lagi persediaan UPM dalam memberi

kemudahan terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh mahasiswa.

j) Kemudahan Riadah dan Rekreasi Moden

Mahasiswa UPM dikira bertuah apabila memiliki persekitaran kampus yang nyaman dan menyegarkan di sebalik kehijauan pokok-pokok yang

merimbun. Panorama sedemikian boleh menenangkan fikiran setelah penat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Seluruh warga kampus boleh menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi dengan penuh semangat tanpa gangguan dan pencemaran. Pihak Universiti telah

mengeluarkan belanja yang besar bagi menyediakan kemudahan yang serba moden untuk manfaat bersama. Pembinaan trek joging dan kemudahan

riadah lain sepanjang 7 km melalui dusun buah-buahan dan merentasi pemandangan tasik menarik minat warga kampus untuk memulakan gaya hidup

sihat.

Langkah UPM melancarkan program "Gerak Sihat" di kalangan mahasiswa dan staf setiap awal bulan menggalakkan warga kampus mempunyai tahap

kesihatan tinggi dan kecerdasan minda yang boleh meningkatkan prestasi belajar dan bekerja.

UPM juga kaya dengan lokasi rekreasi yang pastinya dapat mengurangkan tekanan dalam mengejar kecemerlangan akademik. Contohnya Bukit Ekspo

yang menawarkan kemudahan satu destinasi yang menarik dan pilihan sekeluarga.

Bukit Ekspo menawarkan kemudahan rekreasi dan riadah untuk sesiapa sahaja menjalankan aktiviti termasuk memancing, bersampan, sukaneka

keluarga, tapak perkhemahan, tapak ekspo dan karnival, flying fox dan lain-lain lagi.

Aktiviti menunggang kuda dengan trek yang selesa dan mencabar adalah sesuatu yang menarik terdapat di UPM.

Bagi penggemar sukan golf, UPM memiliki kemudahan padang golf 18 lubang.

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN PADA PERINGKAT IJAZAH BACELOR, DIPLOMA DAN ASASI

UPM adalah sebuah Universiti yang menawarkan program pelbagai bidang dan disiplin. Program-program yang ditawarkan di peringkat Ijazah Bacelor

dan Diploma mengikut Fakulti adalah seperti berikut:-

Fakulti Pertanian

1. PG11 - Bacelor Sains Pertanian

2. PG14 - Bacelor Sains Hortikultur

3. PG27 - Bacelor Pertanian (Akuakultur)

4. PG32 - Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)

5. PP05 - Bacelor Sains (Perniagaantani)

Fakulti Perhutanan

1. PG12 - Bacelor Sains Perhutanan

2. PG47 - Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

3. PY11 - Bacelor Sains Teknologi Kayu

Fakulti Perubatan Veterinar

1. PM01 - Doktor Perubatan Veterinar

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

1. PE00 - Bacelor Ekonomi

2. PE02 - Bacelor Perakaunan

3. PP06 - Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Fakulti Kejuruteraan

1. PK01 - Bacelor Kejuruteraan (Awam)

2. PK02 - Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)

3. PK03 - Bacelor Kejuruteraan (Kimia)

4. PK05 - Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)

5. PK08 - Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)

6. PK15 - Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)

7. PK16 - Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)

8. PK17 - Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi)

Fakulti Pengajian Pendidikan

1. PP09 - Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

2. PT03 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)

3. PT04 - Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

4. PT05 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)

5. PT06 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)

6. PT07 - Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)

7. PT09 - Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)

8. PT41 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)

9. P020 - Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan

Fakulti Sains

Bacelor Sains (Kepujian)

1. PS02 - Major Biologi

2. PS08 - Major Matematik

3. PS09 - Major Statistik

4. PS15 - Major Fizik

5. PS28 - Major Kimia

6. PS29 - Major Kimia Perindustrian

7. PS30 - Major Kimia Petroleum

8. PS36 - Major Sains Bahan

9. PS37 - Major Sains Instrumentasi

Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian)

10. PT11 - Major Biologi

11. PT12 - Major Fizik

12. PT13 - Major Kimia

13. PT14 - Major Matematik

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

1. PG09 - Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

2. PG17 - Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Fakulti Ekologi Manusia

1. PA05 - Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)

2. PP02 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)

3. PP20 - Bacelor Pengajian Pengguna

4. PP33 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)

5. PP34 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

1. PA02 - Bacelor Komunikasi

Bacelor Sastera

2. PB00 - Bahasa Inggeris

3. PB03 - Bahasa dan Linguistik Melayu

4. PB06 - Kesusasteraan Melayu

5. PB07 - Kesusasteraan Inggeris

Bacelor Sastera (Bahasa Asing)

6. PB04 - Pengkhususan Bahasa Mandarin

7. PB05 - Pengkhususan Bahasa Arab

8. PB08 - Pengkhususan Bahasa Perancis

9. PB09 - Pengkhususan Bahasa Jerman

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

1. PM00 - Doktor Perubatan

2. PM02 - Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)

3. PM05 - Bacelor Sains (Dietetik)

4. PM09 - Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)

5. PM10 - Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)

6. PM12 - Bacelor Kejururawatan

Fakulti Rekabentuk dan Senibina

1. PH00 - Bacelor Seni Bina

2. PH02 - Bacelor Seni Bina Landskap

3. PH03 - Bacelor Sains Seni Bina

4. PH12 - Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Bacelor Sains Komputer

1. PC04 - Pengkhususan Sistem Komputer

2. PC09 - Pengkhususan Multimedia

3. PC10 - Pengkhususan Kejuruteraan Perisian

4. PC11 - Pengkhususan Rangkaian Komputer

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul

Bacelor Sains (Kepujian)

1. PG07 - Bioteknologi

2. PS26 - Biokimia

3. PS27 - Mikrobiologi

4. PS71 - (Biologi Sel dan Molekul)

Fakulti Pengajian Alam Sekitar

1. PG46 - Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

2. PP43 - Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPM Kampus Bintulu, Sarawak)

1. PG30 - Bacelor Sains Bioindustri

2. P2050 - Diploma Pertanian

3. P2051 - Diploma Perikanan

4. P2052 - Diploma Perhutanan

5. P2053 - Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan

6. P2055 - Diploma Pengurusan Perladangan Makanan

7. P2056 - Diploma Perniagaantani

8. P2450 - Diploma Kejuruteraan Pertanian

Pusat Asasi Sains Pertanian

1. P0050 - Asasi Sains Pertanian

Sekolah Pengajian Siswazah

1. Doktor Falsafah (PhD) - (Pelbagai bidang)

2. Program Master (MS/MA) - (Pelbagai bidang)

Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan

1. Doktor Falsafah (PhD) - (Pelbagai bidang)

2. Program Master (MS/MA) - (Pelbagai bidang)

MAKLUMAT PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN PADA PERINGKAT IJAZAH BACELOR

FAKULTI PERTANIAN

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains Pertanian

2. Bacelor Sains Hortikultur

3. Bacelor Pertanian (Akuakultur)

4. Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)

5. Bacelor Sains (Perniagaantani)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PG11 - Bacelor Sains Pertanian

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains Pertanian yang mengambil masa empat (4) tahun ini adalah program terulung yang dikendalikan oleh Fakulti Pertanian. Program

ini berasaskan sains dan teknologi pengeluaran tanaman, ternakan dan akuakultur. Selain itu ia merangkumi aspek perniagaan, pengurusan,

komunikasi serta kaedah penyelidikan.

Graduan Bacelor Sains Pertanian adalah terlatih dalam perusahaan yang melibatkan tanaman perladangan seperti kelapa sawit, getah dan kelapa atau

tanaman makanan seperti padi, jagung ubi, buah-buahan di samping sistem pertanian yang mengintegrasikan pengeluaran ternakan, akuakultur dan

tanaman. Tumpuan pengajian ialah terhadap prinsip dan sains pengeluaran komoditi tersebut dan graduan akan mampu menyelesaikan masalah

berdasarkan pengetahuan mengenai keperluan tumbuhan terhadap air, nutrien dan cahaya serta prinsip memelihara tanaman dari penyakit dan

perosak.

Antara disiplin yang terdapat dalam sains pertanian termasuklah agronomi, genetik dan pembiakbakaan tanaman, sains tanah, perlindungan tanaman,

sains biji benih, sains rumpai, mekanisasi ladang, sains ternakan dan akuakultur, pengurusan ladang dan keusahawanan pertanian, pengembangan

pertanian dan bioteknologi pertanian.

Peluang Kerjaya:

Graduan mempunyai peluang yang luas untuk mencari kerjaya memandangkan pertanian merupakan sektor yang strategik dan dasar pertanian negara

mensasarkan pertanian sebagai pemacu ekonomi yang ketiga. Dalam sektor swasta graduan diperlukan sebagai pengurus ladang dalam perusahaan

perladangan kelapa sawit yang kian berkembang dengan penerokaan pelaburan ke luar negara. Di samping itu, industri makanan memerlukan pekerja

profesional untuk mengurus ladang pengeluaran tanaman makanan dan industri pemprosesan makanan untuk pasaran tempatan dan eksport.

Perusahaan sokongan pertanian seperti syarikat baja, kimia pertanian dan makanan ternakan juga membuka peluang kepada graduan sains pertanian.

Sektor awam pula memerlukan pegawai di Jabatan Pertanian dan agensi kerajaan lain seperti RISDA, FELDA, FAMA, FELCRA dan LPP untuk

melaksanakan pembangunan dan pentadbiran pertanian. Di samping itu, agensi penyelidikan seperti MARDI, MPOB dan LGM memerlukan pegawai

penyelidik untuk melaksanakan tugas penyelidikan dan pembangunan pertanian. Tidak ketinggalan, pendidikan pertanian di sekolah, institut pertanian

dan institusi pengajian tinggi juga memerlukan tenaga pengajar yang mempunyai ijazah Bacelor Sains Pertanian.

Kod dan Nama Program : PG14 - Bacelor Sains Hortikultur

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Pertanian yang merupakan fakulti terulung diwujudkan di Universiti Putra Malaysia adalah satu-satunya fakulti di Institusi Pengajian Tinggi yang

menawarkan pendidikan formal dan berkurikulum untuk disiplin Hortikultur. Program Bacelor Sains Hortikultur mengambil masa 8 semester dan telah

diberikan pengiktirafan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

Bacelor Sains Hortikultur adalah program pengajian sepenuh masa yang memberi penekanan kepada kefahaman asas saintifik, teknikal dan pengurusan

dalam bidang hortikultur. Horikultur adalah satu bidang pengajian sains mengenai tanaman industri makanan, tanaman hiasan dan perlandskapan yang

merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, rumput turf, herba dan ulam-ulaman.

Pelajar dilengkapkan dengan kemahiran, teknik dan amalan hortikultur. Ini akan membolehkan mereka menterjemah ilmu yang dipelajari kepada

penggunaan teknologi moden dalam industri hortikultur untuk faedah manusia sejagat. Kursus dalam program ini merangkumi sains asas, sains tanah,

pengurusan tanaman termasuk penyakit, serangga perosak dan rumpai, ekonomi serta komunikasi. Aspek pengurusan sumber, perancangan dan

penilaian bisnes hortikultur merupakan komponen penting dalam program ini.

Selain daripada latihan dalam kampus, pelajar juga didedahkan kepada situasi sebenar alam pekerjaan dengan menjalani latihan praktik di industri

berkenaan.

Peluang Kerjaya:

Graduan mempunyai peluang kerjaya yang luas untuk dipilih sama ada dalam sektor awam dan swasta atau menjadi usahawan yang terlibat dengan

industri berasaskan hortikultur atau pertanian secara amnya. Kerjaya melibatkan aspek keusahawanan dalam penghasilan tanaman hortikultur di

lapangan dan di bawah struktur lindungan; merekabentuk dan membangun landskap kediaman; pengurusan taman rekreasi agroteknologi, padang golf,

perhutanan bandar, arboratum dan landskap bandaraya dan perbandaran; eksekutif pemasaran bahan tanaman, kimia dan keperluan industri

hortikultur. Kerjaya dalam jabatan dan institusi kerajaan atau swasta adalah sebagai pendidik, penyelidik, penguatkuasa, perunding dan pakar media

masa hortikultur.

Di antara jawatan yang disandang oleh bekas graduan Bacelor Sains Hortikultur dari fakulti ini adalah sebagai:

Pegawai Penyelidik, Pegawai Pertanian, Pegawai Pemasaran, Pengurus Resort dan Padang Golf, Pengurus Ladang, Pensyarah IPT, Pegawai Tadbir,

Pengurus Taman dan Pengurus Landskap.

Kod dan Nama Program : PG27 - Bacelor Pertanian (Akuakultur)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini memberi kefahaman saintifik serta kemahiran teknikal dan pengurusan dalam bidang akuakultur. Pelajar akan dilengkapkan dengan

pelbagai ilmu sains akuakultur, pengurusan dan pemasaran, keusahawanan serta kemahiran ICT dan insaniah. Penekanan akan diberikan kepada

kaedah pengurusan ladang akuakultur dan pusat penetasan yang lestari dan mesra alam menggunakan teknologi dan maklumat terkini. Program ini

bertujuan melatih graduan yang berpengetahuan, berkemahiran, berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan, berdaya maju dan mampu bersaing

dalam melaksanakan tugas di pelbagai sektor akuakultur termasuk perladangan, perkhidmatan, penyelidikan, pendidikan dan pengembangan.

Peluang kerjaya:

Berpeluang menjadi pengurus, pegawai operasi dan pegawai penyelidik ladang akuakultur, pegawai penyelidik dan pegawai pemasaran kilang makanan

akuakultur, eksekutif syarikat berasaskan akuakultur, pegawai perikanan dan pegawai penyelidik di agensi kerajaan yang terlibat dalam industri

akuakultur dan keusahawanan akuakultur.

Kod dan Nama Program : PG32 - Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Jabatan Sains Haiwan adalah perintis dalam pengajian ilmu peternakan di Universiti Putra Malaysia dan merupakan Jabatan yang pertama menawarkan

pendidikan formal dalam bidang sains haiwan di Malaysia. Program ini mengambil tempoh empat (4) tahun atau 8 semester dan diberi pengiktirifan

oleh pihak Jabatan Pendidikan Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Program ini melahirkan graduan berpengetahuan terkini yang berkaitan dengan pengeluaran ternakan. Ia mengandungi beberapa disiplin sains biologi

untuk memahami aspek ternakan dan kaedah pengeluarannya untuk kepentingan manusia. Ia juga merangkumi aspek amalan penternakan baik yang

mencakupi pengurusan serta pengawasan persekitaran dan kebajikan haiwan.

Peluang Kerjaya:

Graduan Bacelor Pertanian (Sains Ternakan) pada amnya berpeluang mendapat pekerjaan dalam industri yang khasnya berkaitan dengan pengeluaran

ternakan dan penghasilan produk ternakan. Ini termasuk sebagai pegawai eksekutif dan penyelidik dalam perkhidmatan veterinar kerajaan dan swasta,

eksekutif pengurusan, penjualan dan pemasaran di syarikat pengeluaran ternakan dan produk ternakan dan pengurus ladang pengeluaran ternakan

termasuk sumber makanan ternakan. Berpeluang juga bekerja dalam bidang lain yang berkaitan dengan pembangunan peternakan seperti

perniagaantani, perkhidmatan teknikal (makmal analisis, pemprosesan hasil peternakan, khidmat permanian beradas), industri farmaseutikal, industri

bioteknologi, zoo, serta pendidikan dan latihan.

Kod dan Nama Program : PP05 - Bacelor Sains (Perniagaantani)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains (Perniagaantani) [BS(PT)] yang ditawarkan oleh Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat (JPSM) di Fakulti Pertanian adalah

satu program yang menyeluruh selaras dengan perkembangan dan pembangunan sektor pertanian dan asas tani serta aktiviti hiliran semasa negara.

Penawaran kurikulum program BS(PT) ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang berketrampilan yang dapat memenuhi keperluan industri

perniagaantani yang memerlukan kemahiran perniagaantani dan pengurusan serta kemahiran teknikal mengenai pengeluaran, pemprosesan,

pembungkusan dan pengedaran makanan hasil pertanian.

Kurikulum program BS(PT) juga mewajibkan pelajar untuk membuat projek ilmiah tahun akhir supaya pelajar dapat melengkapkan diri dengan

kemahiran penyelidikan dan pembangunan (R&D). Di samping itu, pelajar juga diwajibkan melibatkan diri dalam latihan industri perniagaantani selama

1 semester, untuk mengikuti latihan dalam aspek pengurusan dan perniagaantani, supaya pelajar dapat memperolehi pengalaman situasi dunia

perniagaantani yang sebenar.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program BS(PT) berpeluang untuk memilih bidang kerjaya yang luas. Antara kerjaya utama yang boleh diceburi ialah bidang pertanian

sebagai usahawantani yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, bertugas di bahagian perancangan, pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan

kawalan mutu barangan dalam sektor berasaskan pertanian, berkhidmat dengan badan penguatkuasaan seperti kastam, polis, Kementerian Kesihatan

dan agensi lain, pentadbir, pegawai bank, pegawai hal ehwal ekonomi dan pegawai penyelidik.

FAKULTI PERHUTANAN

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains Perhutanan

2. Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

3. Bacelor Sains Teknologi Kayu

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PG12 - Bacelor Sains Perhutanan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Bacelor Sains Perhutanan yang ditawarkan oleh Fakulti Perhutanan, UPM adalah bertujuan untuk menghasilkan graduan perhutanan profesional dan

berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana, dan menilai sumber hutan serta dapat menceburi bidang keusahawanan. Bacelor Sains Perhutanan

merupakan program pengajian empat (4) tahun dengan jumlah 138 jam kredit. Terdapat tiga (3) opsyen yang ditawarkan di bawah program ini iaitu

Opsyen Pengurusan Hutan, Opsyen Hasil hutan dan Opsyen Rekreasi Hutan.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan merangkumi agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat swasta berkaitan dengan pengurusan hutan, industri perkayuan,

pengurusan hidupan liar dan pengurusan taman dan rekreasi serta eko-pelancongan. Antara agensi awam yang memerlukan khidmat lulusan Bacelor

Sains Perhutanan termasuklah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Perlindungan

Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Lembaga Getah Malaysia

(LGM), Zoo, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan dan Industri

Antarabangsa, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Lulusan Bacelor Sains Perhutanan juga boleh bekerja di agensi swasta seperti syarikat konsesi pembalakan dan perladangan hutan, pengurus ladang

hutan, menceburi industri perbankan, insuran, kesihatan dan juga keusahawanan.

Kod dan Nama Program : PG47 - Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Bacelor Sains Taman dan Rekreasi (BSTR) yang ditawarkan oleh Fakulti Perhutanan, UPM bertujuan untuk menghasilkan graduan terlatih dan

profesional yang berupaya merancang, mengurus, melaksana, menyelidik dan menilai sumber dan aktiviti dalam bidang taman dan rekreasi,

pelancongan eko serta menceburi bidang keusahawanan. Bacelor Sains Taman dan Rekreasi merupakan program pengajian empat (4) tahun tahun

dengan jumlah 137 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan merangkumi agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat swasta berkaitan dengan pengurusan taman dan rekreasi, pengurusan

hidupan liar dan pengurusan perancangan pelancongan eko. Antara agensi awam yang memerlukan khidmat lulusan Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

termasuklah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah,

Jabatan Hutan Sarawak, Zoo Negara dan Negeri, Dewan Bandaraya dan Majlis Tempatan, Wetland International, Institut Penyelidikan Perhutanan

Malaysia (FRIM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran dan

Kementerian Pengajian Tinggi.

Di dalam agensi swasta graduan BSTR boleh bekerja di pusat peranginan dan resort tanah tinggi, pulau dan pusat golf, taman safari serta sebagai

usahawan dalam bidang pelancongan sukan dan rekreasi, pelancongan pelayaran, pelancongan eko, pelancongan agro, pelancongan komuniti dan

homestay, pelancongan kebudayaan dan warisan, pelancongan pendidikan dan kesihatan dan pelancongan kembara.

Kod dan Nama Program : PY11 - Bacelor Sains Teknologi Kayu

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Perhutanan, UPM menawarkan program Bacelor Sains Teknologi Kayu bertujuan untuk melahirkan graduan yang profesional dan berkemahiran

dalam mengurus penggunaan sumber hasil hutan dan berupaya mengurus industri berasas kayu serta dapat menceburi bidang keusahawanan. Bacelor

Sains Teknologi Kayu merupakan program pengajian empat (4) tahun dengan jumlah 135 jam kredit. Terdapat dua (2) opsyen yang ditawarkan di

bawah program ini iaitu Opsyen Teknologi Biokomposit dan Opsyen Pengurusan Industri Perkayuan.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan merangkumi agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat swasta berkaitan dengan industri perhutanan dan industri berasas kayu.

Antara agensi awam yang memerlukan khidmat lulusan Bacelor Sains Teknologi Kayu termasuklah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

(KPPK), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB),

Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak, Perbadanan Kemajuan

Industri Kayu Sarawak (STIDC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Kementerian

Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Graduan BSTK juga boleh bekerja di industri berasas kayu, industri perabot, Majlis Kayu-kayan Malaysia (MTC), konsesi pembalakan dan perladangan

hutan, industri perbankan, insuran dan juga keusahawanan.

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Doktor Perubatan Veterinar

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PM01 - Doktor Perubatan Veterinar

Tempoh Pengajian : 10 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Doktor Perubatan Veterinar (DPV) dibentuk untuk menghasilkan veterinarwan yang berdaya fikir dan berkebolehan mengaplikasikan prinsip

sains veterinar untuk menyumbang ke arah pembangunan negara, penjanaan kekayaan dan peningkatan kualiti hidup melalui diagnosis, rawatan dan

pencegahan penyakit haiwan, pengeluaran ternakan, kebajikan haiwan serta kesejahteraan manusia dan ekosistem. Program ini memberi pengetahuan

dan kemahiran klinikal dan mendiagnosis, merawat, mencegah penyakit haiwan dan yang berkaitan pengeluaran peternakan.

Graduan akan menjadi veterinarwan dan ahli profesional yang sah dan dikawal oleh Majlis Veterinar Malaysia. Jangka masa program lima (5) tahun

atau 10 semester.

Peluang Kerjaya:

Graduan boleh menjadi tenaga kerja sebagai Pegawai Veterinar atau Doktor Veterinar agensi Kerajaan, badan berkanun dan syarikat swasta yang

terlibat dalam industri haiwan. Graduan juga boleh terlibat di dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan penyelidikan yang berkaitan, farmaseutikal, ladang

ternakan dan membuka klinik dan hospital veterinar.

Skop latihan Doktobr Perubatan Veterinar memberi persediaan dan latihan kepada graduan untuk melibatkan diri di dalam pelbagai kerjaya. Peluang

kerjaya boleh didapati dalam sektor awam dan badan berkanun dan persendirian berkaitan veterinar termasuk perubatan dan rawatan, farmaseutikal,

makmal diagnosis, pengeluaran ternakan, hidupan liar, penyelidikan dan akademik. Graduan lazimnya bekerja di dalam sektor awam atau swasta dan

persendirian.

Permintaan terhadap graduan Doktor Perubatan Veterinar buat masa ini adalah sangat tinggi dan melebihi pengeluaran graduan terutama di dalam

bidang industri peternakan dan perubatan. Graduan juga berkelayakan membina perniagaan terutama klinik veterinar dan ladang pengeluaran

ternakan. Graduan juga berupaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master dan PhD. Graduan dengan ini boleh menjadi pakar

klinikal, penyelidik dan peniaga yang lebih berjaya.

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Ekonomi

2. Bacelor Perakaunan

3. Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PE00 - Bacelor Ekonomi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini menawarkan lapan (8) bidang pengkhususan. Setiap pelajar dikehendaki mengambil 21 jam kredit untuk mengkhusus dalam salah satu

daripada bidang-bidang tersebut iaitu Ekonomi Perindustrian, Ekonomi Kewangan, Ekonomi Perniagaan, Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa,

Pembiayaan Awam, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar dan Pengurusan Hospitaliti dan Rekreasi.

Peluang Kerjaya:

Berpeluang mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta sebagai ahli ekonomi, perancang ekonomi, pendidik, penyelidik, pentadbir atau pengurus,

usahawan, ahli perbankan dan sebagainya.

Kod dan Nama Program : PE02 - Bacelor Perakaunan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Kurikulum program ini digubal setelah mengambil kira ciri-ciri penting dalam pembentukan graduan yang sesuai dengan kehendak profesion perakaunan

dan kehendak pelbagai sektor. Ini termasuklah sektor perniagaan, perbankan dan perkhidmatan awam. Untuk mencapai hasrat ini, kurikulum program

yang digubal meliputi bidang-bidang pengajian yang berkaitan dengan sektor tersebut. Matlamat ini dapat dicapai dengan mengadakan program

akademik yang luas ruang lingkupnya.

Peluang kerjaya:

Peluang pekerjaan bagi graduan merangkumi pelbagai bidang:-

a) Bidang profesional, sebagai akauntan bertauliah, juruaudit, penasihat percukaian, perunding pengurusan, setiausaha syarikat dan sebagainya.

b) Sektor perindustrian dan perdagangan dalam bidang kewangan perbadanan, perbankan dan institusi kewangan lain yang memerlukan kepakaran

perakaunan dan kewangan.

c) Sektor awam di jabatan kerajaan dan badan berkanun.

Kod dan Nama Program : PP06 - Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini menawarkan lapan (8) bidang pengkhususan iaitu, Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan, Perdagangan Antarabangsa,

Keusahawanan, Undang-Undang Perniagaan, Pengurusan Am dan Pengurusan Hospitaliti dan Rekreasi.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini mampu:-

a) Bekerja di sektor swasta, sebagai eksekutif dalam bidang pemasaran, kewangan, operasi, sumber manusia dan bidang fungsian yang lain di organisasi

tempatan dan antarabangsa dalam industri perbankan, hartanah, pengeluaran, perdagangan, telekomunikasi dan sebagainya.

b) Bekerja di sektor awam sebagai pengurus di jabatan-jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun.

c) Menjadi usahawan yang berjaya.

FAKULTI KEJURUTERAAN

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Kejuruteraan (Awam)

2. Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)

3. Bacelor Kejuruteraan (Kimia)

4. Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)

5. Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)

6. Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)

7. Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)

8. Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan KomunikasI)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PK01 - Bacelor Kejuruteraan (Awam)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Awam. Jurutera Awam bertanggungjawab di dalam perancangan, merekabentuk, membina dan

menyelenggara kemudahan awam seperti bangunan, jalan raya, lapangan terbang, bekalan air, rawatan airsisa, tebatan banjir, pengairan dan

sebagainya.

Program Bacelor Kejuruteraan (Awam) adalah diiktiraf sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Jurutera Malaysia dan Institusi Jurutera

Malaysia. Program-program (MS dan PhD) juga ditawarkan dalam beberapa bidang penyelidikan. Jabatan ini juga menawarkan program Master Tanpa

Tesis.

Peluang Kerjaya:

Graduan program Bacelor Kejuruteraan (Awam) boleh membina karier di dalam berbagai industri yang berkaitan seperti pembinaan, perunding

rekabentuk, pemaju, agensi kerajaan seperti JKR, JPS, pihak berkuasa tempatan, sektor pembuatan, pembangunan produk, penyelidikan dan

pendidikan.

Skop kerja termasuk jurutera projek, jurutera reka bentuk, pegawai superintenden, jurutera produk, penyelidikan dan pensyarah.

Kod dan Nama Program : PK02 - Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Penawaran program ini adalah sejajar dengan keperluan jurutera elektrik dan elektronik yang telah meningkat seiring dengan peningkatan ekonomi

negara. Jurutera diperlukan bagi mengendalikan perancangan, rekabentuk dan implementasi sistem elektrik dan elektronik. Memandangkan bidang ini

adalah luas, maka UPM menumpukan perhatian kepada pengeluaran jurutera yang mempunyai asas yang kuat di dalam kejuruteraan elektrik dan

elektronik yang mengkhusus sama ada kepada Kejuruteraan Mikro Elektrik, Kejuruteraan Kuasa atau Kejuruteraan Kawalan.

Peluang Kerjaya:

Jurutera elektrik dan elektronik mempunyai peluang kerjaya yang luas sama ada di dalam agensi kerajaan atau sektor swasta. Perkembangan

rekabentuk elektronik dan industri pembuatan di Malaysia dan Asia Tenggara membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan di dalam bidang ini.

Jurutera elektrik dan elektronik diambil bekerja di dalam pelbagai bidang seperti (tidak terhad kepada) industri pengangkutan, telekomunikasi,

pembekalan elektrik, pembuatan kimia, makanan dan petroleum.

Kod dan Nama Program : PK03 - Bacelor Kejuruteraan (Kimia)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Kejuruteraan (Kimia) ditawarkan di jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar. Ia mengintegrasikan pengetahuan matematik, fizik,

kimia dan biologi dengan sains kejuruteraan. Di samping kursus teras berkaitan Kejuruteraan Kimia, skema pengajiannya juga meliputi empat (4)

opsyen teknikal utama iaitu Kejuruteraan Proses, Kejuruteraan Biokimia, Kejuruteraan Alam Sekitar dan Kejuruteraan dan Sains Bahan. Konsep

berkaitan isu serta keperluan semasa seperti pengurusan dan Utlisisasi Sisa, Kejuruteraan Hijau, Pembangunan Lestari, Tenaga Boleh Diperbaharui,

Pembikinan Bahan Nano, Bahan Farmaseutikal, Pembangunan dan Keselamatan Produk serta Konsep Integrasi Tenaga juga diterapkan. Program yang

berorientasikan Hasil Pembelajaran ini mampu untuk menghasilkan jurutera yang boleh mengurus dengan cekap, bekerja sebagai satu kumpulan,

berkomunikasi dengan baik dan berkesan, menganalisa secara kritikal serta kreatif dalam perlaksanaan kerjanya.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini berpeluang menceburkan diri dalam bidang/industri minyak dan gas, petrokimia, oleokimia, farmaseutikal, tenaga, makanan

dan alam sekitar. Di samping itu graduan juga berpeluang berkhidmat di agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (DOE), Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan (DOSH), institut penyelidikan serta institut pengajian tinggi awam dan swasta, Badan Berkanun serta konglomerat tempatan dan

luar negara. Antara skop kerja graduan Bacelor Kejuruteraan (Kimia) adalah jurutera proses, jurutera perunding, jurutera pengeluaran, jurutera

rekabentuk, pegawai penguatkuasa, pegawai tadbir diplomatik, jurutera produk, eksekutif keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pegawai penyelidik,

usahawan dan pensyarah IPT.

Kod dan Nama Program : PK05 - Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Kejuruteraan melalui Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian adalah perintis dan masih lagi merupakan satu-satunya institusi pengajian

tinggi yang menawarkan pendidikan formal dan berkurikulum untuk disiplin kejuruteraan pertanian dan biosistem. Program ini mengambil masa empat

(4) tahun dan diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Institusi Jurutera Malaysia dan Lembaga Jurutera Malaysia.

Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem adalah satu profesion kejuruteraan yang menggunakan asas kejuruteraan serta sains biologi dalam analisis dan

penyelesaian masalah pertanian dan sistem biologi. Ia merangkumi semua kegiatan kejuruteraan yang berkaitan dengan pengeluaran pertanian dan

pemprosesan hasil pertanian serta hasil biologi lain. Ia juga merangkumi pengurusan serta pengawasan sumber asli (termasuk air, tanah, udara dan

tenaga) dan sumber biologi.

Terdapat lima (5) bidang utama yang ditawarkan di bawah program ini, iaitu Kejuruteraan Biosistem, Kejuruteraan Infrastruktur dan Pemeliharaan

Sumber, Kejuruteraan Sistem Jentera, Kejuruteraan Sistem Kawalan dan Pengautomatan dan Kejuruteraan Teknologi Maklumat.

Peluang Kerjaya:

Graduan mempunyai peluang untuk memilih dalam bidang kerjaya yang luas. Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan industri berasaskan makanan, pertanian dan biologi. Peluang yang terdapat meliputi pengurusan,

perundingan dan pembinaan, penyelidikan dan pembangunan, pemantauan dan kawalan, perkhidmatan teknikal, jualan dan pemasaran, pengeluaran

dan pemprosesan, perniagaan dan keusahawanan, serta pendidikan dan latihan.

Kod dan Nama Program : PK08 - Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Objektif utama penawaran program ini ialah untuk mengeluarkan graduan jurutera terlatih dalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan pengetahuan

tambahan dalam bidang kejuruteraan pembuatan.

Jurutera Mekanikal bertanggungjawab dalam rekabentuk mekanikal, teknologi pembakaran dan bahan bakar, pemindahan haba, bahan pemprosesan

pembuatan, kawalan automatik, keselamatan produk dan kesan teknologi terhadap masyarakat. Jurutera Mekanikal juga harus memastikan rekabentuk

sesuatu alat dibuat dengan cekap, berkesan, boleh harap dan ekonomik. Di samping itu, mereka mengilhamkan, merancang, merekabentuk dan

mengarah pembuatan, pengagihan dan operasi pelbagai jenis peranti, mesin dan sistem untuk pemprosesan bahan, pengangkutan, penyelenggaraan

dan tujuan-tujuan lain. Terdapat dua (2) opsyen yang ditawarkan iaitu Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Pembuatan.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan bagi graduan Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal) adalah luas dan majikan-majikan merangkumi dari syarikat kecil dan sederhana

kepada organisasi multinasional dan jabatan-jabatan kerajaan. Industri mekanikal menyediakan peluang pekerjaan dalam rekabentuk, pembangunan,

pembuatan, pengurusan, pemasaran, penyelenggaraan, jualan dan perkhidmatan teknikal. Rekod terdahulu menunjukkan bahawa para graduan dari

jabatan ini sering mendapat pekerjaan yang relevan.

Kod dan Nama Program : PK15 - Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) ditawarkan adalah untuk membantu membangunkan industri aeroangkasa negara sepertimana yang telah

dilancarkan dalam “National Blueprint for the Development of the Aerospace Industry in Malaysia.”

Kejuruteraan Aeroangkasa adalah hasil gabungan dua (2) disiplin ilmu pengetahuan iaitu Kejuruteraan Aeronautik dan Kejuruteraan Astronautik. Setiap

disiplin membawa makna seperti berikut:

• Kejuruteraan Aeronautik - Cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang aerodinamik, bahan aeroangkasa, struktur, pendorongan, mekanik

pesawat, kawalan dan kestabilan pesawat.

• Kejuruteraan Astronautik - Cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang mekanik orbit, persekitaran angkasa lepas, penentuan dan

kawalan ketinggian, telekomunikasi, struktur aeroangkasa, dan pendorongan roket.

Program empat (4) tahun Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) dihasilkan dari pelbagai disiplin kejuruteraan dengan penekanan pada kapal terbang,

kapal angkasa dan teknologi satelit. Program ini menggabungkan pengetahuan daripada pelbagai bidang seperti Aeronautik, Astronautik, Mekanikal,

Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Kejuruteraan Bahan, Pengaturcaraan Komputer dan Latihan Industri.

Peluang Kerjaya:

Industri Aeroangkasa sentiasa mendapat galakan dan sokongan daripada kerajaan, badan ketenteraan dan sektor swasta. Graduan Bacelor

Kejuruteraan (Aeroangkasa) akan diserap dalam industri aeroangkasa mengikut sub-sektor yang khusus, iaitu sub-sektor Pengilangan Komponen

Aeroangkasa, Senggaraan, Baik-pulih dan Rombak-rawat (MRO), Operasi Aeroangkasa, Integrasi Sistem dan Avionik dan lain-lain sub-sektor yang

berkaitan.

Kod dan Nama Program : PK16 - Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini membekalkan pelajar dengan prinsip-prinsip kejuruteraan proses dan kegunaannya yang khusus kepada pemprosesan bahan pertanian dan

biologi bukan sahaja untuk menghasilkan barangan makanan tetapi juga untuk mengeluarkan barangan Industri Pemprosesan Makanan, Industri

Berasaskan Pertanian/Biologi dan Industri Pembuatan Peralatan Pemprosesan. Kurikulum program ini mengandungi dua (2) opsyen untuk pilihan

pelajar tahun 3 dan 4 (akhir) iaitu Kejuruteraan Makanan dan Kejuruteraan Pemprosesan Bio-Bahan.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini boleh mendapat pekerjaan dan pembangunan kerjaya dalam industri yang berkaitan seperti pembuatan dan pemprosesan,

operasi dan pengendalian dan pentadbiran kilang, rekabentuk kejuruteraan (rekabentuk proses, alat dan sistem), pembangunan produk dan

penyelidikan. Rekod terdahulu telah menunjukkan bahawa graduan daripada program ini mempunyai prospek kerjaya yang tinggi.

Kod dan Nama Program : PK17 - Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini diwujudkan untuk menyahut keperluan industri yang pesat berkembang kini. Program ini menumpukan kepada gabungan teknologi

komputer dan komunikasi serta memberi kemahiran yang diperlukan untuk memahami, merekabentuk, membekal dan menggunakan sistem komunikasi

dan komputer dalam pelbagai aplikasi.

Terdapat dua (2) opsyen yang ditawarkan untuk pelajar tahun akhir di bawah program ini, iaitu Kejuruteraan Komputer dan Kejuruteraan Komunikasi.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini mempunyai peluang pembangunan kerjaya dalam pelbagai industri berkaitan seperti telekomunikasi, teknologi maklumat,

komputer dan pembuatan produk, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta setiap organisasi yang mempunyai rangkaian komunikasi dan

kemudahan teknologi maklumat.

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

2. Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)

3. Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

4. Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)

5. Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)

6. Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)

7. Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PP09 - Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Progam ini ditawar dan dikendalikan oleh Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan. Program ini mengambil masa selama tiga (3) tahun

dengan keperluan minimum 100 kredit. Pelajar yang mengikuti program ini dikehendaki mengikuti kursus teras seperti Pembangunan Sumber Manusia,

Latihan dan Pembangunan, Andragogi, Penyelidikan dan kursus-kursus spesifik berkaitan dengan masyarakat dan penggunaan ICT.

Peluang Kerjaya:

Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia, Pengurus Latihan, Pegawai Latihan, Pegawai Perancang Personel, Pegawai Tadbir, Pegawai Pembangunan

Komoditi dan Pegawai Pembangunan Masyarakat.

Kod dan Nama Program : PT03 - Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini berfokus kepada sains pergerakan manusia yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang berteraskan pendidikan jasmani dan sains sukan.

Kursus-kursus dalam program ini melibatkan pengetahuan teknikal dalam bentuk sains gunaan, sains sosial serta pendidikan perguruan. Sebahagian

besar kursus yang ditawarkan mempunyai pemberatan teori dan amali yang mampu mendidik calon pelajar menjadi guru serta jurulatih sukan peringkat

permulaan dan ‘intermediate’ yang mantap.

Peluang Kerjaya:

Pegawai perkhidmatan pendidikan dengan Kementerian Pelajaran, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dengan Majlis Amanah Rakyat secara mengajar

subjek Pendidikan Jasmani di Maktab-maktab Rendah Sains MARA, Pegawai Sukan di Majlis Sukan Negara dan institusi-institusi pendidikan dan tenaga

terlatih dalam kelab-kelab sukan swasta.

Kod dan Nama Program : PT04 - Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Matlamat program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) adalah untuk menyediakan graduan yang berketerampilan dalam bidang bimbingan

dan kaunseling sama ada di sektor awam atau swasta. Walaupun program ini bertujuan untuk menyediakan kaunselor sepenuh masa di sekolah,

namun lepasan program pengajian ini juga boleh bekerja dalam setting lain di samping berkeupayaan untuk mengajar sekurang-kurangnya satu mata

pelajaran di sekolah menengah.

Program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) yang ada di UPM ketika ini telah mengalami penambahbaikan berterusan selaras dengan

perkembangan tuntutan semasa. Kurikulum program pengajian yang ada sekarang selaras dengan tuntutan badan penilaian dan pengiktirafan

antarabangsa iaitu Council for the Accreditationo Counseling and Related Educational Programs (CECREP) dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). Oleh

sebab itu lepasan program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) diiktiraf bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

Peluang Kerjaya:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah), Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa, Kaunselor Profesional, Pegawai Latihan, Pakar Motivasi.

Kod dan Nama Program : PT05 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini ditawarkan pada peringkat Ijazah Pertama yang dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan. Program ini bertujuan

untuk melahirkan guru Bahasa Melayu yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengajar Bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah.

Peluang Kerjaya:

Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) membuka peluang kepada graduan untuk menjadi Guru, Pensyarah,

Penulis, Penterjemah, Pegawai Pendidikan, Pegawai Penyelidik Pendidikan, Pembentuk Kurikulum (Curriculum Planner).

Kod dan Nama Program : PT06 - Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini yang lebih dikenali sebagai program Bacelor Pendidikan TESL dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan. Pelajar yang

mengikuti program ini akan didedahkan kepada kursus-kursus teknikal bidang Linguistik dan Bahasa Inggeris dan juga kursus-kursus pedagogi dalam

pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Program ini bertujuan melahirkan graduan yang cekap dan terlatih dalam mengajar mata pelajaran

Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Bahasa Inggeris, terutamanya di peringkat sekolah menengah.

Peluang Kerjaya:

Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) membuka peluang kepada graduan untuk menjadi Guru, Pensyarah,

Penulis, Penterjemah, Pegawai Pendidikan, Pegawai Penyelidik Pendidikan, Pembentuk Kurikulum (Curriculum Planner).

Kod dan Nama Program : PT07 - Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini ditawarkan di peringkat Ijazah Pertama dan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal. Pelajar yang mengikuti program ini

akan didedahkan kepada kursus pendidikan Teknikal Sains Rumahtangga sebagai tumpuan pertama dan pelajar boleh memilih tumpuan kedua mengikut

pilihan mereka. Pakej program ini ditawarkan bagi melahirkan pendidik yang berpengalaman dan berkemahiran dalam Pendidikan Sains Rumahtangga.

Peluang Kerjaya:

Selain guru, graduan program ini berpeluang berkhidmat di sektor kerajaan sebagai Penolong Pengarah dan Pegawai Pengembangan. Manakala sektor

swasta banyak peluang dalam bidang Perhotelan, Industri (Hiasan Dalaman), Pakaian dan Tekstil dan Pra Sekolah.

Kod dan Nama Program : PT09 - Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini ditawarkan di peringkat Ijazah Pertama dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal. Pelajar yang mengikuti program ini akan

didedahkan kepada kursus pendidikan, teknikal pertanian sebagai tumpuan pertama dan pelajar boleh memilih tumpuan kedua mengikut pilihan

mereka. Pakej program ini ditawarkan bagi melahirkan guru yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengajar sains pertanian. Semestinya

graduan daripada program ini akan berkhidmat sebagai guru di sekolah-sekolah.

Peluang Kerjaya:

Selain guru, graduan program ini berpeluang khidmat di sektor kerajaan sebagai Penolong Pengarah dan Pegawai Pengembangan.

FAKULTI SAINS

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

Bacelor Sains (Kepujian)

1. Major Biologi

2. Major Matematik

3. Major Statistik

4. Major Fizik

5. Major Kimia

6. Major Kimia Perindustrian

7. Major Kimia Petroleum

8. Major Sains Bahan

9. Major Sains Instrumentasi

Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian)

10. Major Fizik

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : Bacelor Sains (Kepujian)

1. PS02 - Major Biologi

2. PS08 - Major Matematik

3. PS09 - Major Statistik

4. PS15 - Major Fizik

5. PS28 - Major Kimia

6. PS29 - Major Kimia Perindustrian

7. PS30 - Major Kimia Petroleum

8. PS36 - Major Sains Bahan

9. PS37 - Major Sains Instrumentasi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini menawarkan sembilan (9) bidang major pengajian yang berkaitan dengan biologi, fizik, sains bahan, sains instrumentasi, kimia

perindustrian, kimia petroleum, matematik dan statistik. Semua bidang major dalam program ini mengandungi kursus latihan industri sebagai elektif

yang memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam suasana pekerjaan yang sebenar.

Objektif program ini adalah bertujuan bagi menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sains asas dan gunaan bagi

bidang biologi, fizik, kimia, matematik dan statistik serta dapat menggunakan kaedah saintifik untuk meneroka ilmu dan mempunyai pemikiran kritis

yang oleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi kecekapan pngurusan informasi, kemahiran teknikal

yang tinggi dan kualiti kepimpinan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik serta berkemampuan berinteraksi dengan masyarakat dan

bertanggungjawab, mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan etika yang murni. Graduan mampu menceburi diri dalam kerjaya berkaitan

bidang sains asas, gunaan dan teknologi samada dalam sektor awam, swasta, badan berkanun atau menjadi usahawan dan bersedia untuk melanjutkan

pengajian di peringkat yang lebih tinggi untuk memperolehi kepakaran tertentu.

Peluang Kerjaya:

Graduan program Bacelor Sains (Kepujian) berpeluang bekerja di sektor awam dan swasta seperti pegawai penyelidik, guru, pegawai sains, jurutera

pengeluaran, eksekutif pemasaran, pegawai insurans dan sebagainya.

Kod dan Nama Program : Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian)

1. PT12 - Major Fizik

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Sains dengan kerjasama Fakulti Pengajian Pendidikan, menawarkan kursus untuk program Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) dengan

major fizik.

Latihan mengajar yang diwajibkan kepada para pelajar adalah untuk melahirkan graduan professional dalam bidang pendidikan bagi memenuhi

keperluan Negara. Objektif program ini adalah bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang biologi, fizik,

kimia atau matematik dan dapat menggunakan kaedah saintifik untuk meneroka ilmu serta mempunyai pemikiran kritis yang boleh diaplikasikan dalam

pelbagai situasi.

Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran berkomunikasi (dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang

diperlukan oleh guru serta mempunyai kecekapan pegurusan informasi, kemahiran teknikal dan kepimpinan, berkemampuan berinteraksi dengan

masyarakat malahan bertanggungjawab dan mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan etika yang murni. Graduan mampu menceburkan diri

dalam kerjaya dan bersedia untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi untuk memperolehi kepakaran tertentu serta berpotensi dalam

bidang keusahawanan.

Peluang Kerjaya:

Graduan program Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) berpeluang menjadi guru sains di peringkat sekolah menengah yang akan ditawarkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik mengikut keperluan

negara.

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

2. Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PG09 - Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) menawarkan lima (5) pengkhususan iaitu Pemprosesan dan Kejuruteraan Makanan, Keselamatan

Makanan dan Pemastian Kualiti, Makanan Fungsian dan Pemakanan, Bioteknologi Makanan dan Keusahawanan.

Program ini melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas dalam bidang sains dan teknologi makanan serta kemahiran teknikal dalam bidang

berkenaan. Graduan dari program ini berupaya memenuhi keperluan tenaga mahir dan mempunyai kepakaran di dalam bidang pengeluaran makanan,

pembangunan produk baru, pengurusan mutu makanan, mendapatkan penemuan-penemuan baru dan meneroka bidang perniagaan yang berkaitan

dengan makanan.

Kandungan kursus di gubal selaras dengan perkembangan terkini dalam teknologi makanan yang melibatkan penggunaan pengetahuan seperti

bioteknologi makanan, undang-undang piawaian antarabangsa dan pengurusan air dan sisa industri. Program ini juga menghasilkan graduan yang

dapat memenuhi ekspektasi pasaran kerja, aspirasi negara, versati serta mempunyai kelebihan berdaya saing. Ini dapat memangkin pembangunan

industri makanan melalui penglibatan graduan BSTM dalam sektor pekerjaan.

Peluang Kerjaya:

Graduan Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) mempunyai banyak peluang pekerjaan sama ada dalam sektor swasta atau awam. Antaranya

karier sebagai Penganalisis Makanan, Pegawai Keselamatan Makanan, Pegawai Penyelidik, Nutritionist, Pegawai Penguatkuasa Makanan Halal, Usahawan

Makanan, Pegawai Pengeluaran, Pegawai Pemasaran Makanan, Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Produk Makanan dan lain-lain.

Selain itu, terdapat juga graduan BSTM yang sedang berkhidmat di kilang-kilang pembuatan makanan seperti Nestle, Ajinomoto, UPALI, Dewina Foods,

Yeo Hiap Seng, Gardenia, Ramly Burger serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam pengeluaran dan perkhidmatan makanan seperti Mc Donalds dan

KFC. Ramai juga graduan yang berkhidmat di sektor awam seperti di Kementerian Kesihatan sebagai pakar teknologi makanan dan di MARDI, PORIM,

LKIM serta LKM sebagai ahli penyelidik makanan.

Kod dan Nama Program : PG17 - Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains (Pengajian Makanan) merupakan kurikulum komprehensif yang bakal menghasilkan graduan terlatih dan profesional dalam

bidang pemprosesan, pengeluaran makanan, pengurusan dan pemasaran. Program ini juga memberi tumpuan terhadap sektor pembuatan makanan.

Di akhir pengajian ini, pelajar dapat menguasai ilmu yang mencukupi dalam bidang yang berkaitan, menguasai kemahiran teknikal dalam bidang yang

berkaitan, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan cekap dan bekerja dalam pasukan, mempunyai akauntabiliti sosial serta mempunyai

tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku yang beretika untuk industri pembuatan makanan.

Peluang kerjaya:

Program ini telah berjaya menghasilkan graduan yang diinginkan oleh pasaran kerja. Sejak program ini ditawarkan, para graduan telah berjaya

mendapat pekerjaan di sektor swasta seperti syarikat pengeluaran makanan dan sektor awam seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Asas Tani

dan lain-lain.

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)

2. Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)

3. Bacelor Pengajian Pengguna

4. Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)

5. Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PA05 - Bacelor Muzik (Persembahan Muzik)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Muzik (Persembahan Muzik) mencakupi pelbagai kursus dengan penekanan kepada Persembahan Muzik, Teknologi Muzik dan

Pendidikan Muzik dengan tujuan melahirkan pemuzik profesional yang berkemahiran dan berpengetahuan.

Selain itu, pelajar juga berpeluang menganggotai Orkestra Simfoni, Koir dan pelbagai kumpulan muzik. Jabatan Muzik menyediakan makmal

multimedia, makmal teknologi muzik, studio rakaman, makmal pendidikan muzik, makmal gamelan, makmal piano, makmal alat muzik bass, makmal

perkusi dan dewan latihan orkestra serta bilik latihan instrumental bagi memudahkan pembelajaran muzik memenuhi kehendak pembelajaran semasa.

Peluang Kerjaya:

Bakal graduan Bacelor Muzik (Persembahan Muzik) boleh memegang jawatan seperti Ahli Orkestra Simfoni, Pemain Konsert Klasikal, Pencipta Muzik,

Penerbit Muzik, Penggubah Muzik, Juruteknik Muzik, Pakar Akustik, Pensyarah Muzik serta Guru Muzik.

Kod dan Nama Program : PP02 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) [BS(PM)] direncanakan berdasarkan falsafah bahawa perkembangan dan pembangunan manusia

dipengaruhi oleh proses interaksi dan transaksinya dengan pelbagai elemen dalam sistem mikro dan makronya. Perspektif ekologi ini menegaskan

kepentingan memahami manusia mengikut konteks dari peringkat awal kejadiannya sehingga akhir hayat bagi melahirkan manusia yang bukan sahaja

cemerlang, resilien dan dapat menyumbang kepada kebaikan diri dan ummah sejagat, malah hubungan dan tanggungjawabnya dengan penciptanya.

Terdapat beberapa pakej minor yang ditawarkan untuk memantapkan kurikulum selaras dengan perkembangan semasa di dalam dan di luar negara

dalam bidang pembangunan manusia. Lima (5) minor yang ditawarkan adalah Program Kanak-kanak Peringkat Awal, Psikologi Perkembangan,

Bimbingan dan Penasihatan, Undang-undang Keluarga, Pengurusan Sumber, Pembangunan Komuniti dan Kerja Sosial.

Peluang Kerjaya:

Prospek kerjaya bagi graduan program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) [BS(PM)] merangkumi sektor awam dan swasta. Mereka boleh

berkhidmat di agensi media massa, organisasi perdagangan, institusi kewangan dan perbankan, penasihatan kewangan dan sektor peruncitan,

pentadbiran dan pengurusan serta terlibat dalam bidang kerjaya penyelidikan sosial. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program BS

(PM) juga membolehkan graduan menjadi usahawan. Di antara jawatan yang pernah di sandang oleh graduan BS(PM) ialah Pegawai Penyelidik Sosial,

Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan Pengurus Syarikat (Bahagian Latihan dan Pendidikan).

Kod dan Nama Program : PP20 - Bacelor Pengajian Pengguna

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Pengajian Pengguna (BPP) adalah berlandaskan kepada falsafah untuk mewujudkan masyarakat madani yang bermaklumat,

bertanggungjawab, beretika dan proaktif terhadap aspek kepenggunaan bagi meningkatkan keadilan pasaran dalam konteks pembangunan lestari ke

arah peningkatan kehidupan berkualiti. Bidang Pengajian Pengguna mengintegrasikan pelbagai disiplin sains tulen dan gunaan seperti Ekonomi dan

Perlakuan Pengguna, Pengurusan, Pemasaran, Sains dan Teknologi, Psikologi Sosial, Komunikasi dan Undang-Undang. Program ini menyediakan

graduan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepenggunaan untuk menjadi penghubung antara pengeluar, pengguna dan pembuat dasar.

Terdapat tiga (3) pilihan minor yang boleh diikuti oleh pelajar Bacelor Pengajian Pengguna iaitu Kewangan Pengguna, Advokasi dan Pendidikan

Pengguna serta Produk Pengguna.

Peluang Kerjaya:

Program Bacelor Pengajian Pengguna (BPP) menyediakan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja secara efektif di pelbagai

organisasi kerajaan dan swasta. Kursus seperti Perlakuan Pengguna, Perlindungan Pengguna, Undang-undang Pengguna dan Etika Peniaga dan

Pengguna membantu menyediakan pelajar dengan kemahiran yang membolehkan mereka mengkaji isu berkaitan pasaran dari perspektif pengguna,

peniaga dan kerajaan. Dengan ini, graduan BPP berpotensi untuk memilih kerjaya yang melibatkan hubungan pelanggan (customer relations),

pemasaran, pendidikan dan perlindungan pengguna. Pelajar BPP juga didedahkan dengan kemahiran menganalisis interaksi keluarga dan kerajaan

serta perniagaan bagi menyediakan mereka untuk pekerjaan yang melibatkan analisis polisi awam dan perhubungan awam.

Kod dan Nama Program : PP33 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Ekologi Manusia menawarkan program dwi-major iaitu Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan) [BS(PMP)] yang merupakan hasil

gabungan daripada dua (2) bidang utama iaitu Pembangunan Manusia dan Pengurusan. Penggabungan dua (2) bidang memberikan peluang kepada

pelajar mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembangunan manusia dan mengintegrasikan ilmu berkenaan dalam arena

pengurusan.

Era globalisasi, industrialisasi dan dunia maya memerlukan sebuah institusi pengajian tinggi yang menjana graduan yang bersifat bukan sahaja

knowledge worker malah mempunyai kemahiran yang berpadanan dengan transformasi pasaran sumber tenaga negara. Program BS(PMP) ini di jangka

dapat melahirkan pekerja yang terlatih dalam bidang pengurusan di samping berperanan efektif sebagai insan, ahli keluarga dan ahli dalam masyarakat.

Peluang Kerjaya:

Prospek kerjaya bagi graduan program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Pengurusan) [BS(PMP)] terbuka luas dalam perkhidmatan di sektor

awam dan swasta. Peluang-peluang pekerjaan bagi program ini seperti perunding pengurusan, setiausaha syarikat, pengurus kewangan, pemasaran

dan penjualan dan juga pentadbir di sektor awam dan swasta. Graduan BS(PMP) juga dilatih untuk bekerja sebagai usahawan.

Kod dan Nama Program : PP34 - Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat) [BS(PMTM)] merupakan program dwi-major yang ditawarkan oleh Fakulti

Ekologi Manusia. Ia memberi penekanan kepada kemahiran asas dan teknikal dalam bidang Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat. Program

ini selaras dengan matlamat pembangunan ke arah negara maju yang memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi maklumat dalam

pembangunan. Melalui gabungan ilmu antara disiplin sains sosial terapan dan teknologi, program ini mampu melahirkan graduan yang lebih versatile,

multi dan antara disiplin. Komponen teknologi maklumat mampu memberi kelebihan kepada para graduan BS(PMTM) untuk lebih berdaya saing

berbanding graduan sains sosial yang lain.

Peluang Kerjaya:

Prospek kerjaya bagi graduan program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia dan Teknologi Maklumat) [BS(PMTM)] merangkumi sektor awam dan

swasta. Program ini menyediakan kursus-kursus untuk pelajar menguasai bidang kemanusian dan sistem rangkaian komputer. Graduan yang memilih

bidang ini boleh memilih pekerjaan seperti Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Program Pembangunan Manusia, Penyelidik dan Pegawai Tadbir di

agensi kerajaan dan swasta.

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Komunikasi

Bacelor Sastera

2. Bahasa Inggeris

3. Bahasa dan Linguistik Melayu

4. Kesusasteraan Melayu

5. Kesusasteraan Inggeris

Bacelor Sastera (Bahasa Asing)

6. Pengkhususan Bahasa Mandarin

7. Pengkhususan Bahasa Arab

8. Pengkhususan Bahasa Perancis

9. Pengkhususan Bahasa Jerman

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PA02 - Bacelor Komunikasi

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi melalui Jabatan Komunikasi adalah perintis kepada institusi pengajian tinggi lain yang menawarkan pendidikan

formal dan berkurikulum untuk disiplin Komunikasi dengan major dalam Komunikasi Korporat. Selain major Komunikasi Korporat, Jabatan Komunikasi

juga menawarkan tiga major lain, iaitu Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi Kemanusiaan. Program Bacelor Komunikasi ini mengambil masa 3½

tahun (7 semester) dan diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak tahun 1999 lagi.

Komunikasi sebagai profesyen merangkumi perspektif penulisan, tuturan, visual dan juga komunikasi digital yang diaplikasikan di tempat kerja. Disiplin

komunikasi mengandungi jalinan prinsip-prinsip yang dinamik yang berfokus kepada kajian tentang bagaimana maklumat dicipta, diurus, disebarkan

dan digunakan. Dalam masyarakat moden dan dinamik, komunikasi menjadi salah satu disiplin ilmu yang sentiasa melalui proses perubahan. Kesan

keadaan ini menyebabkan kemajuan teknologi komunikasi sering mengatasi ketrampilan pengamal komunikasi. Ini mengakibatkan permintaan untuk

komunikator yang berkemahiran terus meningkat dan mengatasi kadar bekalan komunikator yang terlatih melalui program komunikasi di institusi

pengajian tinggi.

Peluang Kerjaya:

Graduan mempunyai peluang untuk memilih dalam bidang kerjaya yang amat luas. Terdapat banyak peluang pekerjaan di sektor awam atau pun sektor

swasta yang berteraskan industri komunikasi. Peluang tersebut, antara lain meliputi pekerjaan yang berkaitan dengan pengurusan, perundingan,

latihan, publisiti, periklanan, perniagaan, keusahawanan, penerbitan, pendidikan dan penyelidikan.

Antara jawatan yang disandang oleh bekas graduan Bacelor Komunikasi, Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM adalah:

Pengarah Syarikat, Perunding Perhubungan Awam, Pengarah Agensi Awam/Swasta, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pengarah/Pengurus Komunikasi

Korporat, Pengurus Pemasaran dan Publisiti, Pengurus Jenama, Perunding/Agen Periklanan, Penerbit Rancangan, Pensyarah IPT, Penilai Kandungan

Rancangan Penyiaran, Wartawan dan Editor Berita.

Akreditasi:

a. Dalam Negara: Institut Perhubungan Raya Malaysia.

b. Luar Negara: -

Kod dan Nama Program : PB00 - Bacelor Sastera Bahasa Inggeris

Tempoh pengajian : 7 Semester

Semeter : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sastera Bahasa Inggeris menawarkan kursus-kursus yang dapat membantu mengukuhkan ketrampilan berbahasa Inggeris di kalangan

pelajar dari aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berkomunikasi dalam pelbagai ragam, gaya, laras, wacana dan suasana

untuk memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi nasional. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja mempelajari Bahasa Inggeris sebagai major,

mereka juga berpeluang mengikuti minor dalam bidang lain seperti hospitaliti dan komunikasi yang sememangnya kritikal untuk pembangunan negara.

Selain Bahasa Inggeris, pelajar juga berpeluang untuk mempelajari bahasa lain dan ini bukan sahaja membuka ruang yang lebih luas untuk mereka

mendapatkan pekerjaan, malah menyediakan mereka untuk pelbagai bidang karier.

Peluang Kerjaya:

Kebolehan berbahasa Inggeris sememangnya amat diperlukan dalam pelbagai bidang di negara ini. Graduan program ini mempunyai peluang yang

cerah untuk memilih dalam bidang kerjaya yang luas. Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung. Peluang pekerjaan meliputi pengurusan, perniagaan dan keusahawanan, perhubungan awam, pendidikan dan latihan, penyelidikan dan

pembangunan, serta jualan dan pemasaran. Firma yang telah diceburi oleh siswazah program B.A. (Bahasa Inggeris) mencakupi pelbagai bidang,

termasuk firma penyuntingan bagi bahan bercetak dalam bidang elektronik, firma pengiklanan, firma media massa, agensi kerajaan, industri perhotelan

dan pelancongan, firma pemasaran, industri perbankan, industri telekomunikasi dan badan penerbitan lain.

Di antara jawatan-jawatan yang di sandang oleh bekas B.A. (Bahasa Inggeris) fakulti ini adalah:

Pegawai Perhubungan Awam, Eksekutif Pemerolehan, Pemberita, Eksekutif Jualan, Penyelidik, Pegawai Maklumat, Usahawan, Penterjemah, Guru,

Pensyarah IPT, Editor, Juruacara, Pegawai Pemasaran, Penulis, Eksekutif Pemasaran, Pegawai Tadbir dan Pengurus.

Kod dan Nama Program : PB03 - Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Makumat Ringkas Program:

Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di iktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Ogos 1997 sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana

Muda peringkat Kepujian (Bacelor Sastera bertaraf Kepujian).

Program ini menggalakkan dan melestarikan budaya ilmu dalam usaha mendepani alaf baru dengan jayanya. Dengan membimbing pelajar untuk

memajukan diri, menggunakan ilmu sebagai kuasa dan bahasa, komunikasi serta teknologi sebagai kuncinya dan mempermantap ilmu itu dengan cara

menggerakkan sepenuhnya potensi diri pelajar, serta mendorong mereka memahami dan menghargai budaya serta memperkasakan ketrampilan

insaniah.

Struktur kurikulum program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu berasaskan pendekatan bersepadu, iaitu kursus dikategorikan sebagai kursus

universiti, kursus teras dan kursus minor. Kursus universiti membekalkan kemahiran asas dan kemanusiaan seperti tamadun, kenegaraan, kemahiran

bahasa dan komunikasi. Kursus teras ditawarkan untuk pelajar memperdalam dan memperluas kefahaman dalam bidang pengkhususan demi

pencapaian ilmu dasar dan seterusnya memupuk ketrampilan yang cukup dalam aspek kebahasaan. Kursus minor memperlengkap pengetahuan dan

kemahiran yang berpada dalam bidang pengkhususan kedua. Pelajar ditawarkan beberapa kursus minor untuk menyokong bidang pengajian

programnya atau memenuhi minatnya.

Peluang kerjaya:

Graduan program ini dapat memenuhi keperluan sumber tenaga kerja yang ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi serta memahami budaya ilmu

dan memupuk integrasi nasional. Mereka berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya yang luas seperti pengurusan dan pentadbiran, sektor awam dan

swasta, penyuntingan, penulisan, penerbitan, kewartawanan, periklanan, perhubungan awam, penyiaran, perkhidmatan diplomatik, perhubungan

antarabangsa, pemasaran, politik, perhubungan korporat, pelancongan dan hospitaliti, pendidikan dan industri rekreasi.

Antara jawatan yang boleh di sandang oleh graduan program ini ialah Penyelidik Bahasa, Ahli Bahasa, Pendidik, Penerbit, Editor, Pegawai Perhubungan

Awam, Setiausaha Syarikat, Pentadbir, Perancang Bahasa, Pegawai dan Pengurus Budaya.

Kod dan Nama Program : PB06 - Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Makumat Ringkas Program:

Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu di iktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Ogos 1997 sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda

peringkat Kepujian (Bacelor Sastera bertaraf Kepujian).

Program ini menggalakkan dan melestarikan budaya ilmu dalam usaha mendepani alaf baru dengan jayanya. Dengan membimbing pelajar untuk

memajukan diri, menggunakan ilmu sebagai kuasa dan bahasa, komunikasi serta teknologi sebagai kuncinya dan mempermantap ilmu itu dengan cara

menggerakkan sepenuhnya potensi diri pelajar serta mendorong mereka memahami dan menghargai budaya serta memperkasakan ketrampilan

insaniah.

Struktur kurikulum program Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu berasaskan pendekatan bersepadu, iaitu kursus dikategorikan sebagai kursus

universiti, kursus teras dan kursus minor. Kursus universiti membekalkan kemahiran asas dan kemanusiaan seperti tamadun, kenegaraan, kemahiran

bahasa dan komunikasi. Kursus teras ditawarkan untuk pelajar memperdalam dan memperluas kefahaman dalam bidang pengkhususan demi

pencapaian ilmu dasar dan seterusnya memupuk ketrampilan yang cukup dalam aspek kesusasteraan. Kursus minor memperlengkap pengetahuan dan

kemahiran yang berpada dalam bidang pengkhususan kedua. Pelajar ditawarkan beberapa kursus minor untuk menyokong bidang pengajian

programnya atau memenuhi minatnya.

Peluang kerjaya:

Graduan program ini dapat memenuhi keperluan sumber tenaga kerja yang ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi serta memahami budaya ilmu

dan memupuk integrasi nasional. Mereka berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya yang luas seperti pengurusan dan pentadbiran sektor awam dan

swasta, penyuntingan, penulisan, penerbitan, kewartawanan, periklanan, perhubungan awam, penyiaran, perkhidmatan diplomatik, perhubungan

antarabangsa, pemasaran, politik, perhubungan korporat, pelancongan dan hospitaliti, pendidikan, dan industri rekreasi.

Antara jawatan yang boleh di sandang oleh graduan program ini ialah Penyelidik Bahasa dan Sastera, Pendidik, Penerbit, Editor, Pegawai Perhubungan

Awam, Setiausaha Syarikat, Pentadbir, Perancang Bahasa dan Sastera, Pegawai dan Pengurus Budaya.

Kod dan Nama Program : PB07 – Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris

Tempoh pengajian : 7 Semester

Semeter : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris di bawah Jabatan Bahasa Inggeris ini mula ditawarkan pada tahun 1999 dan tempoh pengajiannya

mengambil masa selama tiga(3) tahun dan enam(6) bulan. Program yang telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam ini

memberikan tumpuan kepada aspek kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris dan penerapannya dalam pelbagai disiplin ilmu. Semua aspek ini diterapkan

melalui pengajaran, penyelidikan, pengembangan serta perundingan.

Antara kursus-kursus utama yang ditawarkan di bawah program ini adalah A Survey of Prose Form and Poetry in English, Literature in Malaysia, Studies

in Comparative Literature, Play Production and Creative Writing.

Peluang Kerjaya:

Peluang kerjaya bagi graduan program ini adalah meluas dan mencakupi pelbagai bidang dan melibatkan kedua-dua sektor awam dan swasta.

Sebahagian besar graduan program ini memperoleh pekerjaan tanpa menunggu terlalu lama selepas bergraduat dan mereka turut di beri kepercayaan

untuk menjawat jawatan tetap di kedua-dua sektor. Walaupun secara amnya graduan lebih cenderung untuk memilih bidang pendidikan, terdapat juga

sebilangan besar yang terlibat dalam bidang pengurusan, perundingan, penyelidikan dan pembangunan, jualan dan pemasaran, di samping perniagaan

dan keusahawanan. Keterlibatan graduan dalam bidang-bidang seperti yang tersebut telah secara langsung dan tidak langsung memartabatkan

kedudukan negara di peringkat antarabangsa.

Di antara jawatan-jawatan yang di sandang oleh bekas graduan Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris ini adalah:

Penyelidik Bahasa dan Budaya, Pakar Bahasa, Pendidik, Penerbit, Penyunting, Wartawan, Pegawai Perhubungan Awam, Pegawai Pemasaran, Setiausaha

Syarikat, Pentadbir, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Khidmat Pelanggan, Perancang Bahasa, Pegawai dan Pengurus Budaya.

Kod dan Nama Program : Bacelor Sastera (Bahasa Asing)

1. PB04 - Pengkhususan Bahasa Mandarin

2. PB05 - Pengkhususan Bahasa Arab

3. PB08 - Pengkhususan Bahasa Perancis

4. PB09 - Pengkhususan Bahasa Jerman

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) menerusi Jabatan Bahasa Asing menawarkan program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) dengan

pengkhususan dalam empat (4) major, iaitu Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman. Program ini mula ditawarkan di FBMK

pada tahun 1995. Kurikulum program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) telah digubal berdasarkan konsep asas yang menyeluruh untuk menghasilkan

individu yang seimbang dan mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bahasa di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin

ilmu. Jangka masa pengajian bagi program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) ialah tujuh (7) semester dengan jumlah kredit minimum 122. Kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang utama ialah kuliah, tutorial, amali, seminar, lokakarya, kajian lapangan dan latihan industri.

Peluang Kerjaya:

Graduan program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) akan berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya yang luas seperti pengurusan dan pentadbiran

sektor awam dan swasta, penyuntingan, penulisan, penerbitan, kewartawanan, pengiklanan, perhubungan awam, penyiaran, perkhidmatan diplomatik,

perhubungan antarabangsa, pemasaran, politik, perhubungan korporat, pelancongan dan hospitaliti, pendidikan, dan industri rekreasi.

Di antara jawatan yang di sandang oleh bekas graduan Bacelor Sastera (Bahasa Asing) fakulti ini adalah:

Pensyarah Bahasa Asing di IPTA dan IPTS, Guru Bahasa Asing, Pegawai Kerajaan dan Swasta, Eksekutif Syarikat Multinasional, Penterjemah,

Jurubahasa, Pegawai Diplomatik, Pegawai Perhubungan Awam, Pegawai Perancang Bahasa, Pegawai Pembangunan Sumber Manusia, Pemandu

Pelancong, Perundingcara Perniagaan dan Kebudayaan, Usahawan, Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Penulis, Editor dan Wartawan.

Akreditasi:

a. Dalam Negara: MQA

b. Luar Negara: -

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Doktor Perubatan

2. Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)

3. Bacelor Sains (Dietetik)

4. Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)

5. Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)

6. Bacelor Kejururawatan

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PM01 - Doktor Perubatan

Tempoh Pengajian : 10 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Objektif program ini adalah untuk melahirkan doktor perubatan yang terlatih, berpengetahuan, mahir, penyayang dan beretika untuk berkhidmat

kepada masyarakat dan negara. Jangka masa program adalah selama lima (5) tahun dan ia dibahagikan kepada tiga (3) fasa.

Fasa 1 merupakan pengajaran asas perubatan di dalam bidang sains perubatan (contoh, anatomi, fisiologi, farmakologi, biokimia), patologi (termasuk

mikrobiologi dan parasitologi perubatan), kesihatan awam, komunikasi dan profesionalisme. Kaedah pengajaran adalah menerusi kuliah, amali, tutorial,

pengajaran berasaskan masalah, seminar dan sebagainya.

Fasa 2 merupakan pengajaran klinikal asas selama setahun. Ia merangkumi bidang perubatan, surgeri, otorhinolaringologi, oftalmologi, dermatologi

dan radiologi. Pelajar akan diajar di hospital menerusi kaedah pengajaran kumpulan kecil.

Fasa 3 dan terakhir merupakan pengajaran klinikal yang merangkumi pengambilan riwayat pesakit, pemeriksaan fizikal dan perancangan pengurusan

(rawatan) pesakit. Pelajar akan didedahkan kepada posting seperti perubatan, surgeri, ortopedik, pediatrik, sakit puan dan perbidanan, kemalangan

dan kecemasan, perubatan masyarakat, psikiatri dan post-mortem.

Peluang Kerjaya:

Selepas berjaya menjadi doktor perubatan, mereka dikehendaki menjalani perkhidmatan wajib dengan kerajaan selama empat (4) tahun. Tahun

pertama merupakan latihan siswazah atau housemanship. Selepas itu, mereka akan di lantik sebagai pegawai perubatan dan akan ditempatkan di

hospital besar, hospital daerah atau pusat kesihatan di seluruh negara.

Pegawai perubatan yang telah berkhidmat selama tiga (3) tahun berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana kepakaran perubatan

yang ditawarkan oleh universiti tempatan tertentu. Kursus sarjana ini adalah selama empat (4) tahun. Selepas lulus mereka akan di lantik sebagai

pakar perubatan dan kemudiannya pakar perunding selepas kira-kira lima (5) tahun. Selain itu, pegawai perubatan juga boleh menduduki peperiksaan

luaran seperti Royal College di United Kingdom, Ireland atau Australia untuk menjadi seorang pakar perubatan. Pakar perubatan juga boleh menyertai

universiti tempatan untuk menjadi pensyarah perubatan di fakulti perubatan universiti tempatan.

Kod dan Nama Program : PM02 - Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini ialah kombinasi kajian sains praklinikal dan paraklinikal. Struktur program terdiri daripada anatomi, fisiologi, bioteknologi, biologi molekul,

sitogenetik, farmakologi, toksikologi, mikrobiologi dan lain-lain sub-bidang sains bioperubatan.

Program ini menitikberatkan penggunaan teknologi bioperubatan terkini dalam kajian manusia dengan kursus-kursus seperti diagnosis makmal ke atas

penyakit-penyakit, keselamatan dan kawalan ke atas mutu makanan dan produk farmasuetikal. Selain dari melatih mahasiswa supaya berkeupayaan

menjalankan penyelidikan dalam bidang sains bioperubatan, ia juga bertujuan menyediakan graduan yang terlatih dan mahir dalam penyelidikan terkini,

kaedah diagnostik di makmal-makmal dan pengurusan makmal di hospital dan industri. Objektif program ini ialah untuk memberi pengetahuan terkini

tentang proses normal kehidupan manusia melalui anatomi, fisiologi, biologi sel dan biokimia.

Peluang Kerjaya:

a. Sektor Penyelidikan Bioperubatan

• Universiti dan Hospital

• Institut/Pusat Penyelidikan

• Penyelidikan dan Pembangunan Industri

• Penyelidik

• Penyelidik berasaskan Pertanian

• Pegawai Penyelidik

b. Sektor Industri

• Perunding Makmal dan Diagnostik

• Perunding Perubatan Molekular

• Perunding Mikrobiologi

• Perunding Toksikologi

• Perunding Sitogenetik

• Juruteknik Patologi

• Juruteknik Forensik

• Industri Farmaseutikal dan Vaksin

c. Industri Penjagaan Kesihatan

• Perunding Pembangunan Polisi dan Nasihat Kesihatan

• Perunding Promosi Kesihatan Negara

d. Sektor Maklumat

• Bioinformik dan ICT

• Medical Underwriter

• Sains Kewartawanan

e. Pendidikan dan Latihan

• Guru di peringkat Menengah

• Pensyarah

Kod dan Nama Program : PM05 - Bacelor Sains (Dietetik)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang pemakanan klinikal, pengurusan perkhidmatan makanan institusi dan

pemakanan komuniti. Graduan akan dapat mengenal pasti sumbangan diet kepada penjagaan pesakit secara keseluruhan.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini sangat diperlukan sebagai Pakar Diet (Dietition) bagi mengisi kekosongan kira-kira 1,121 jawatan di seluruh negara. Selain itu,

sebagai tenaga pengajar di IPT, penyelidik, pakar kaunseling pemakanan di IJN, ATM dan MSN.

Kod dan Nama Program : PM09 - Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program selama empat (4) tahun ini menggabungkan kursus-kursus dalam bidang sains asas, sains pemakanan dan kesihatan komuniti. Program ini

memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan teori berlandaskan teknologi sains yang sesuai dengan menangani isu-isu berorientasikan

manusia dalam pemakanan dan kesihatan dengan menggunakan pengetahuan sains fizikal, sains gunaan dan sains sosial. Objektif am kursus ini adalah

untuk melahirkan graduan yang dilengkapi dengan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam bidang pemakanan dan kesihatan komuniti.

Peluang Kerjaya:

Peluang kerjaya kepada graduan dalam bidang Pemakanan dan Kesihatan Komuniti amat meluas di Malaysia dan juga luar negara. Antaranya ialah

sebagai Penyelidik Pemakanan di Universiti dan Hospital, Saintis di Institut/Pusat Penyelidikan dan Pegawai Penyelidik. Selain itu, graduan program ini

juga berupaya menjadi Perunding Pemakanan di sektor awam dan swasta.

Kod dan Nama Program : PM10 - Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini merupakan bidang pencegahan dan promosi kesihatan. Kesihatan Persekitaran adalah satu disiplin Sains Kesihatan yang berkaitan dengan

pengawalan terhadap proses-proses biologi, kimia, fizik dan sosial yang berlaku dalam persekitaran yang boleh menimbulkan kesan mudarat secara

langsung atau tidak langsung kepada kesihatan fizikal, mental dan kesejahteraan manusia. Kesihatan Pekerjaan pula adalah satu daripada skop bidang

Kesihatan Persekitaran. Ia memberi tumpuan kepada pengenalpastian, pengawalan dan penilaian kepada proses-proses biologi, kimia, fizikal, sosial dan

tekanan yang berpunca daripada persekitaran tempat kerja yang boleh menyebabkan kecederaan, kecacatan, penyakit dan ketidaksejahteraan di

kalangan pekerja.

Peluang Kerjaya:

Program ini diwujudkan dengan tujuan melahirkan graduan yang profesional dan memenuhi permintaan sektor kerajaan dan swasta. Program ini

menyediakan peluang kerjaya yang amat meluas. Antaranya Pegawai Sains, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan,

Inspektor Kesihatan, Jururunding, Pegawai Kualiti, Pegawai Penyelidik, Pensyarah, Pegawai Penyelaras Projek, Ahli Perniagaan, dan lain-lain.

Kod dan Nama Program : PM12 - Bacelor Kejururawatan

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini menyediakan pendidikan kejururawatan komprehensif yang diperkukuhkan dengan pengenalan ke bidang kemahiran, informasi teknologi

dan penyelidikan. Ia juga memenuhi kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia dan sektor swasta untuk melahirkan tenaga jururawat profesional yang

beretika, memegang prinsip moral/keagamaan, adat resam dan kerohanian serta berusaha meningkatkan taraf pencapaian pendidikan kejururawatan.

Peluang Kerjaya:

Peluang kerjaya kepada graduan dalam kejururawatan amat meluas di Malaysia dan juga luar negara. Antaranya adalah di hospital kerajaan atau

swasta sebagai Jururawat Klinikal, Pakar Kejururawatan, Pengurusan Kejururawatan, Penasihat Kejururawatan di Kementerian Kesihatan, Pengurus

Makmal Kemahiran ‘Occupational Health Nurse’, Jururawat Rehabilitasi, Kaunselor, Pendidik Kesihatan dan juga sebagai Pegawai Sains atau Pegawai

Penyelidik di IPT, hospital dan makmal diagnosis kerajaan serta swasta.

Selain itu, graduan kejururawatan juga boleh berkhidmat di bahagian pengeluaran, pentadbiran ataupun jualan di dalam industri atau syarikat

farmaseutikal dan lain-lain yang berkaitan dengan kesihatan. Berkhidmat di rumah kebajikan, rumah warga tua dan lain-lain organisasi kesihatan atau

NGO. Berkhidmat di dalam perkhidmatan forensik polis dan Pusat Rehabilitasi Dadah. Berkhidmat sebagai tutor/pembantu pensyarah di IPTA/IPTS

ataupun sebagai calon ijazah lanjutan serta bakal tenaga pengajar.

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Seni Bina Landskap

2. Bacelor Sains Seni Bina

3. Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Kod dan Nama Program : PH02 - Bacelor Seni Bina Landskap

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Seni Bina Landskap di bentuk untuk melahirkan akritek landskap yang profesional dan peka kepada keperluan pembangunan serta

keupayaan menyesuaikan keperluan ini dengan batasan semula jadi. Graduan yang lahir dari program ini diharapkan dapat memberi khidmat kepada

masyarakat dari segi perancangan landskap, wilayah, pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan semulajadi atau tapak bersejarah, perancangan taman

serta persekitaran yang selamat, selesa dan indah. Program ini juga mampu melahirkan graduan berkemahiran tinggi dalam selok belok perancangan,

reka bentuk pelaksanaan, pengurusan serta penilaian landskap yang di iktiraf bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat

antarabangsa.

Peluang Kerjaya:

Peranan dan reputasi arkitek landskap menjadi semakin penting dan mencabar selari dengan kepesatan pembangunan negara dan ia membuka peluang

kepada graduan untuk mempraktikkan kemahiran mereka di sektor awam, sektor swasta dan badan berkanun.

Di antara sektor awam yang membuka ruang peluang pekerjaan ialah Jabatan Landskap Negara, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Alam

Sekitar, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kerja Raya, Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis

Kerajaan Tempatan, Lembaga Pembangunan Bandar, Perbadanan Kemajuan Negeri, Institusi Penyelidikan dan sebagai tenaga akademik Institusi

Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Di sektor swasta, peluang kerjaya terbuka bagi graduan dalam firma Perunding Seni Bina Landskap, firma Arkitek

dan Perancangan Bandar, firma Pengurusan Projek, firma Pengurusan Ameniti dan Fasiliti dan sebagai Kontraktor Landskap dan Seni Taman.

Akreditasi:

a. Dalam Negara: Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dan MQA.

b. Luar Negara: Tiada.

Kod dan Nama Program : PH03 - Bacelor Sains Seni Bina

Tempoh Pengajian : 7 Semester

Semester : Semester 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains Seni Bina menyediakan kurikulum separa profesional yang bersepadu bagi melahirkan sumber tenaga separa profesional yang

membantu di dalam perkembangan kemajuan sektor pembinaan negara. Program yang ditawarkan ini memakan masa selama 7 semester (3 tahun

setengah) dengan jumlah 120 jam kredit termasuk 24 minggu Latihan Industri. Program ini di olah untuk memberi tumpuan kepada penyelesaian seni

bina yang bersesuaian dengan keperluan iklim, ekonomi dan sosio-budaya tempatan dan serantau. Sebagai kursus profesional, kurikulum bagi program

ini telah mendapat pengiktirafan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bahagian I.

Peluang Kerjaya:

Graduan dari program ini adalah layak untuk menjawat jawatan separa profesional seperti Penolong Arkitek dan jawatan berkaitan di sektor awam. Di

antara sektor awam dan swasta yang memberikan peluang pekerjaan kepada graduan Bacelor Sains Seni Bina ialah Jabatan Kerajaan dan Pihak

Berkuasa Tempatan, Pusat Penyelidikan dan Reka Bentuk, Institusi Pengajian dan Pendidikan (tenaga pengajar), Industri Pembinaan, Firma Konsultan,

Syarikat Pemaju Perumahan dan Institusi Pengajian Tinggi (pegawai akademik).

Akreditasi:

a. Dalam Negara: Lembaga Arkitek Malaysia (LAM Bahagian I)/Majlis Pengajian Seni Bina Malaysia (MPSM) dan MQA.

b. Luar Negara: Tiada.

Kod dan Nama Program : PH12 - Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Semester 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) di bentuk untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang

reka bentuk perindustrian bagi memenuhi keperluan negara dalam bidang berkenaan. Program ini mengambil masa selama 4 tahun (8 semester)

dengan jumlah 110 jam kredit. Ianya bertujuan untuk menghasilkan tenaga profesional dalam bidang reka bentuk perindustrian yang mempunyai

kemahiran dan daya kreatif dalam reka bentuk barangan teknologi pembuatan dan pemasaran produk. Program ini mampu melahirkan graduan yang

peka terhadap isu dan penyelesaian dalam meningkatkan kualiti dan kesejahteraan alam sekitar.

Peluang Kerjaya:

Graduan dalam bidang ini mempunyai peluang pekerjaan di sektor awam dan anak syarikat kerajaan seperti Jabatan Kerajaan dan Penguasa Tempatan,

Pusat Penyelidikan (berasaskan reka bentuk), Institusi Pengajian Tinggi (tenaga akademik) dan Pendidikan. Manakala di sektor swasta pula

menyediakan peluang kerjaya di dalam Industri Pembuatan dan Perkilangan, Industri Otomotif, Syarikat Perunding Reka Bentuk dan Institusi Pengajian

Tinggi Swasta.

Akreditasi:

a. Dalam Negara: MQA.

b. Luar Negara: Tiada.

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains Komputer Pengkhususan Sistem Komputer

2. Bacelor Sains Komputer Pengkhususan Multimedia

3. Bacelor Sains Komputer Kejuruteraan Perisian

4. Bacelor Sains Komputer Rangkaian Komputer

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PC04 - Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Sistem Komputer)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini merangkumi perkakasan dan perisian, bagaimana pun dalam program ini penekanan diberikan kepada perisian. Sistem Komputer

menitikberatkan reka bentuk dan pembangunan komputer, teknik perkomputeran dan penggunaannya dalam pemprosesan maklumat.

Pengkajian terhadap seni bina komputer akan memberi kefahaman terhadap struktur fizikal komputer, komponen dan fungsinya. Kefahaman ini sangat

penting supaya komputer sebagai alat menyimpan dan memproses maklumat, dapat digunakan secara berkesan. Untuk memproses maklumat, suatu

notasi atau formalisme untuk memerihal struktur maklumat dan tatacara pemprosesan perlu disediakan. Ini membawa kepada pembangunan bahasa

pengaturcaraan yang bertujuan untuk memerihalkan struktur data, algoritma dan seterusnya menulis atur cara.

Dalam kehidupan yang sebenar, aplikasi komputer adalah kompleks dan agak sukar untuk dihasilkan. Justeru itu, teknik pengaturcaraan tertentu telah

dipakai untuk menjamin kejayaan. Sistem pengoperasian dan pengkompil juga digunakan untuk memudahkan tugas dalam penghasilan atur cara atau

perisian. Maklumat yang banyak dan kerap diproses membawa kepada pembentukan teori struktur fail, pangkalan data dan dapatan semula maklumat.

Perkembangan semasa menyaksikan komputer menjadi media komunikasi yang sangat penting. Sebahagian maklumat adalah rahsia dan perlu dikawal.

Dalam konteks ini, keselamatan komputer memainkan peranan yang amat penting. Beberapa aspek lanjutan mengenai pelbagai masalah juga dikaji di

bawah tajuk kecerdasan buatan, pemodelan dan simulasi sistem, teori pengiraan dan penggunaan pangkalan data lanjutan. Aspek ini menyediakan

asas yang kukuh kepada mereka yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Peluang Kerjaya:

Graduan pengkhususan Sistem Komputer mempunyai peluang pekerjaan yang cerah sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta terutamanya

yang terlibat dengan industri komputer. Jawatan yang boleh di isi oleh graduan ini termasuklah:

• Juruanalisis Sistem atau Pegawai Sistem Maklumat

• Pentadbir Pangkalan Data

• Jurutera Sistem

• Perunding Perisian

• Jurutera Pangkalan Pengetahuan

• Perunding Keselamatan Sistem Komputer

• Pentadbir Sistem Komputer

Graduan juga boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan.

Kod dan Nama Program : PC09 - Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Multimedia)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ijazah ini akan menumpukan kepada konsep sains komputer bersama multimedia, industri maklumat elektronik, konsep hiperteks dan

hipermedia, aplikasi multimedia dalam pendidikan dan latihan, aplikasi multimedia dalam perniagaan dan bidang profesional, aplikasi multimedia dalam

permainan komputer dan hiburan, sistem pencapaian maklumat multimedia, pendigitan audio tampak dan lain-lain. Di samping itu, pelajar juga akan

didedahkan kepada penggunaan dan pembangunan multimedia dalam penerbitan dan psikologi manusia. Pelajar juga akan menguasai ilmu yang cukup

dalam bidang Komputeran Multimedia; mencapai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku beretika; mencapai akauntabiliti sosial; menguasai

kemahiran teknikal Komputeran Multimedia; menguasai kecekapan berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan; menguasai kecekapan mengurus

maklumat dan berkebolehan belajar sepanjang hayat; mencapai keupayaan berfikir secara kritis; mencapai kemahiran mengurus dan keusahawanan;

dan mencapai nilai-nilai kepemimpinan.

Peluang Kerjaya:

Jabatan Multimedia bersedia untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang pengaturcaraan, pembangunan dan pengurusan multimedia. Di antara bidang

pekerjaan yang boleh diceburi oleh bakal-bakal graduan jabatan ini adalah seperti berikut:

• Pembangun Perisian Multimedia

• Pembangun Alat Perisian Multimedia

• Ahli Teknologi Multimedia

• Pengaturcara Penganalisis

• Pengurus Projek Perisian Multimedia

• Perunding Multimedia

• Usahawan Perisian

• Ahli Akademik

• Penyelidik

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Kod dan Nama Program : PC10 - Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Kejuruteraan Perisian)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini memfokuskan kepada kemahiran pembangunan perisian dan juga mereka bentuk perisian komputer serta penggunaanya dalam memproses

maklumat.

Pengajian dalam seni bina komputer menyediakan pemahaman asas terhadap struktur fizikal, komponen dan fungsi komputer. Pemahaman tersebut

adalah sangat penting bagi menggunakan komputer sebagai mesin yang berkuasa untuk menyimpan dan memproses maklumat. Tatanda dan

formalisasi maklumat perlu tersedia rapi sebelum maklumat diproses. Ini bergantung kepada struktur maklumat dan aliran proses yang menuju kepada

pembangunan aplikasi perisian yang melibatkan struktur data, algoritma dan pendekatan pengaturcaraan yang diperlukan.

Dalam dunia nyata, penghasilan aplikasi komputer adalah kompleks dan amat mencabar. Dengan yang demikian, teknik algoritma perlu diperkenal dan

diaplikasikan. Maklumat yang bertimbun dan perlu diurus dengan sebaik mungkin memerlukan pengetahuan dalam teori struktur fail, pengkalan data

dan kemahiran dapatan maklumat. Kemahiran pengurusan maklumat disediakan dengan alternatif penyelesaian masalah dengan kecerdasan buatan,

permodelan sistem dan simulasi, teori pengiraan dan pengkalan data.

Oleh kerana komputer sudah menjadi alat komunikasi yang semakin penting, pelajar didedahkan juga dengan kemahiran keselamatan komputer bagi

melindungi dan mengawal maklumat.

Program ini menekankan prinsip utama kejuruteraan perisian, kaedah dan alat perisian bagi pembangunan sistem perisian termasuk pengurusan projek

perisian, penggunaan alat perisian seperti CASE Tools serta kualiti perisian. Ini dapat menyediakan asas yang kukuh untuk pelajar melanjutkan

pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.

Peluang Kerjaya:

Graduan Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Kejuruteraan Perisian) dapat menceburi pelbagai bidang pekerjaan, khususnya berkaitan industri

komputer sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta. Antara jawatan yang boleh dipenuhi oleh graduan program ini ialah:

• Jurutera Perisian

• Pengurus Projek Perisian

• Ahli Pasukan Jaminan Kualiti Perisian

• Juru Analisis Sistem

• Pentadbir Sistem Aplikasi

• Penguji Perisian

• Penyenggara Perisian

• Perunding Pembangunan Perisian

• Pentadbir Pengkalan Data

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Kod dan Nama Program : PC11 - Bacelor Sains Komputer (Pengkhususan Rangkaian Komputer)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ijazah ini menekankan pelajar kepada prinsip-prinsip utama kejuruteraan komputer dan perisian dalam mereka bentuk sistem komunikasi dan

telekomunikasi. Ini termasuk teknik mereka bentuk sistem rangkaian, teknik pengurusan dan penyelenggaraan sistem rangkaian, penggunaan

persekitaran rangkaian setempat (LAN), rangkaian kawasan luas (WAN) dan isu-isu penting dalam mereka bentuk sistem persekitaran rangkaian.

Peluang Kerjaya:

Graduan pengkhususan Rangkaian Komputer boleh memilih pekerjaan seperti:

• Pengurus Rangkaian dan Sistem Teragih

• Pengaturcara Rangkaian, Sistem Teragih dan Selari

• Jurureka Bentuk dan Pembangunan Rangkaian dan Sistem Teragih

• Jurutera Rangkaian dan Perisian

• Perunding Rangkaian

• Penganalisis Rangkaian dan Sistem Teragih

• Penyelidik

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

Bacelor Sains (Kepujian)

1. Bioteknologi

2. Biokimia

3. Mikrobiologi

4. (Biologi Sel dan Molekul)

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PG07 - Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini merangkumi berbagai disiplin bioteknologi meliputi sistem-sistem biologi, sama ada mikroorganisma, tumbuhan, haiwan dan manusia dan

penggunaannya di dalam bidang pertanian, kesihatan, industri dan alam sekitar bagi penghasilan produk atau perkhidmatan. Matlamat program ini

ialah untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan saintifik serta kemahiran teknikal selaras dengan keperluan tenaga mahir negara untuk

membangunkan industri yang berasaskan bioteknologi. Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan praktik di industri bagi memperkukuhkan tahap

pembelajaran serta boleh memahami dan menyelesaikan masalah dalam keadaan sebenar di tempat kerja.

Kod dan Nama Program : PS26 - Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Biokimia merupakan satu disiplin asas bagi bidang terkini terutamanya bioteknologi, biologi molekul, kejuruteraan gen dan protein serta bidang

tradisi seperti sains perubatan, sains veterinar dan sains kaji hayat. Kurikulum mampu menyediakan keperluan tenaga mahir dalam bidang bioteknologi

yang sedang berkembang pesat. Graduan lulusan program ini diyakini mampu membina kerjaya di sektor awam dan swasta.

Kod dan Nama Program : PS27 - Bacelor Sains (Kepujian) Mikrobiologi

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Mikrobiologi merupakan satu disiplin asas bagi bidang terkini terutamanya bioteknologi, biologi molekul, kejuruteraan gen dan protein serta

bidang tradisional seperti sains perubatan, sains veterinar dan sains kaji hayat. Kurikulum mampu menyediakan keperluan tenaga mahir dalam bidang

bioteknologi yang sedang berkembang pesat. Graduan lulusan program ini diyakini mampu membina kerjaya di sektor awam dan swasta.

Kod dan Nama Program : PS71 - Bacelor Sains (Kepujian) (Biologi Sel dan Molekul)

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Peluang Kerjaya:

Graduan kesemua program di atas layak dan sesuai untuk industri berasaskan bioteknologi dan sains biomolekul (Biokimia dan Mikrobiologi), Institusi

Penyelidikan, Jabatan Kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi. Antara syarikat dan institusi yang terlibat ialah Unilever, Ajinomoto, NOVO Nordisk,

B.Braun, Guinness, Glaxo, Setron, Asiagreen, Green Note, MPOB, MARDI FRIM, RRIM, MINT, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sains Teknologi dan

Inovasi, Kementerian Perdagangan Luar dan Industri, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Antara jawatan yang sesuai ialah Pegawai Akademik, Pegawai Pendidikan, Pegawai Sains, Pegawai Penyelidik, Pegawai Eksekutif dan Pengusaha

Sendiri. Bilangan industri berasaskan bioteknologi akan meningkat di masa akan datang kerana bidang bioteknologi adalah bidang utama dalam

Rancangan Malaysia Ke-9.

FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

2. Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Maklumat ringkas program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PG46 - Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program ini bercirikan pelbagai disiplin yang melibatkan komponen sains asas, ekonomi dan kemasyarakatan, perancangan, pengurusan, teknologi dan

kejuruteraan. Latihan profesional amat dititikberatkan dalam program ini di mana pelajar ditempatkan di pelbagai agensi awam dan swasta bertujuan

untuk memberi pendedahan dan pengalaman menyelesaikan masalah secara lebih praktik dalam keadaan sebenar. Ijazah ini telah di iktiraf oleh

Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai ijazah profesional di dalam bidang alam sekitar.

Sistem semester digunakan dan satu (1) tahun terdiri daripada dua (2) semester yang bermula pada bulan Julai (Semester 1) dan bulan Disember

(Semester 2). Setiap semester adalah sepanjang 18 minggu termasuk seminggu cuti semester dan 3 minggu masa Peperiksaan Akhir. Penuntut perlu

menunaikan pengajian kerja kursus sebanyak 100 kredit termasuk latihan praktikum profesional (3 kredit) dan projek kajian (6 kredit) sendirian.

Satu (1) kredit adalah merupakan kuliah satu (1) jam atau kelas amali tiga (3) jam seminggu. Untuk bergraduat dalam masa empat (4) tahun, beban

kursus setiap semester adalah 15-18 kredit. Ini bermakna penuntut mengambil lima (5) hingga tujuh (7) kursus dalam satu (1) semester. Universiti

mengamalkan sistem penilaian berterusan. Kira-kira 60% daripada jumlah gred keseluruhan dinilaikan melalui ujian atau tugasan yang diberikan dalam

semester. Peratusan yang seterusnya adalah dinilaikan melalui Peperiksaan Akhir pada hujung semester.

Program ijazah ini dinilaikan setiap tahun oleh Pemeriksa Luar daripada universiti lain. Sebagai contoh pada tahun-tahun yang lepas Pemeriksa Luar

telah datang daripada Imperial College, London, UK; University of Virginia, Charlottesville, USA; dan University of East Anglia, Norwich, UK.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini layak dan sesuai menjadi Pegawai Kawalan di Jabatan Alam Sekitar, Pegawai Penyelidik dan Eksekutif Alam Sekitar di Jabatan

Kerajaan, Badan Berkanun dan pihak swasta seperti MACRES, FRIM, Kerajaan Tempatan, SIRIM, ESSO, Petronas, Shell, syarikat bekalan air, pakar

runding alam sekitar dan sebagainya. Graduan program ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat MS dan PhD sama ada di dalam

atau di luar negara.

Kod dan Nama Program : PP43 - Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar di bentuk dengan matlamat untuk melahirkan graduan berkemahiran dan terlatih dalam bidang pengurusan

alam sekitar; berkemampuan mengurus penggunaan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan pembangunan mapan; di samping mempunyai etika,

sikap prihatin, proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang.

Diantara kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Pengurusan Sumber Asli, Perancangan & Pengurusan, Sains Fizikal & Biologi, Kaedah Kuantitatif, Ekonomi Alam Sekitar, Amali Sains & Geografi,

Undang-undang, Sistem Maklumat, Studio Alam Sekitar, Pengurusan Sisa Pepejal, Kualiti Air & Udara, Polisi & Pentadbiran, Ekonomi & Pengurusan,

Penilaian Kesan, Operasi Projek, Etika Alam Sekitar, Pengurusan Pantai, Sistem Pengurusan Kualiti, Perubahan Alam Sekitar, Perancangan

Pengangkutan, Kerja Lapangan dan Latihan Industri.

Peluang Kerjaya:

Graduan program ini layak dan sesuai menjadi Pegawai Kawalan di Jabatan Alam Sekitar, Pegawai Penyelidik dan Eksekutif Alam Sekitar di Jabatan

Kerajaan, Badan Berkanun dan pihak swasta seperti MACRES, FRIM, Kerajaan Tempatan, SIRIM, ESSO, Petronas, Shell, syarikat bekalan air, pakar

runding alam sekitar dan sebagainya. Graduan program ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat MS dan PhD sama ada di dalam

atau di luar negara.

FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN (UPM KAMPUS BINTULU, SARAWAK)

Program Pra Siswazah yang ditawarkan

1. Bacelor Sains Bioindustri

Maklumat ringkas program bacelor yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kod dan Nama Program : PG30 - Bacelor Sains Bioindustri

Tempoh Pengajian : 8 Semester

Semester : Pertama 2011/2012

Maklumat Ringkas Program:

Program Bacelor Sains Bioindustri memberi penumpuan khusus kepada ilmu berkenaan sumber biologi utama negara terutama dalam bidang pertanian

serta integrasinya dengan industri melalui teknologi terkini. Kurikulumnya meliputi pelbagai aspek sains yang berkaitan bioindustri dengan keutamaan

kepada tiga (3) opsyen iaitu pengeluaran primer, pengurusan dan utilisasi sisa dan pemprosesan hiliran. Pendidikan am turut diberikan kepada pelajar

bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan pengurusan serta kemanusiaan untuk memupuk nilai etika dan moral serta tanggungjawab. Pelajar di

beri peluang menjalani latihan industri dengan agensi luar selama 1 semester sebagai pendedahan kepada keadaan sebenar dunia pekerjaan.

Pada akhir tahun pengajian, pelajar akan melaksanakan projek ilmiah tahun akhir yang berasaskan sains bioindustri. Pendedahan yang menyeluruh

diberikan kepada graduan Bacelor Sains Bioindustri untuk menyediakan diri bagi menampung pasaran gunatenaga negara, sama ada dalam sektor

kerajaan atau swasta atau persendirian.

Bacelor Sains Bioindustri adalah program empat (4) tahun dengan jumlah 134 jam kredit.

Peluang Kerjaya:

Setelah mengikuti program ini selama empat (4) tahun, graduan program ini bakal menceburi kerjaya dalam sektor pengeluaran (ternakan dan

tanaman), industri pemprosesan, industri yang berkaitan dengan pengurusan sisa industri dan sebagai pegawai di sektor pertanian, perikanan serta ahli

penyelidik berkaitan dengan pengeluaran primer, pengurusan dan utilisasi sisa serta pemprosesan hiliran. Graduan berpotensi untuk melanjutkan

pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master Sains atau Doktor Falsafah (PhD).

KETERANGAN LANJUT

Bagi mendapat keterangan lanjut mengenai Universiti Putra Malaysia, sila hubungi:-

Alamat : KETUA PENTADBIRAN PENGAJIAN PRASISWAZAH

BAHAGIAN AKADEMIK

TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

43400 UPM SERDANG

SELANGOR DARUL EHSAN

Pejabat Am, : 603 - 8946 6059

Bahagian Akademik 603 - 8946 6055

603 - 8946 6060

603 - 8946 6000

Faksimili : 603 - 8942 6469

E-Mel : akademik@upm.edu.my

Laman Web : http://www.upm.edu.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!