13.07.2015 Views

A-05-15-01-2013

A-05-15-01-2013

A-05-15-01-2013

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA(BIDANG KUASA RAYUAN)RAYUAN JENAYAH NO: A-05-15-01/2013ANTARALAI WENG KEAT ... PERAYUDANPENDAKWA RAYA ... RESPONDEN(Dalam Perkara Mahkamah Tinggi TaipingPerbicaraan Jenayah No: 45-09-2005)AntaraPendakwa RayaDanLai Weng KeatCORAM:ABDUL WAHAB PATAIL, JCAMOHTARUDIN BAKI, JCATENGKU MAIMUN TUAN MAT, JCA1

PENGHAKIMAN MAHKAMAH[1] Perayu telah dihadapkan dengan dua pertuduhan di bawahseksyen 302 Kanun Keseksaan. Pertuduhan pertama adalah bahawaperayu telah melakukan suatu pembunuhan dengan menyebabkankematian Wong Mun Kin manakala pertuduhan kedua adalah keranamenyebabkan kematian Kong Poh Chooi. Kedua-dua pertuduhanmerujuk kepada masa dan tempat yang sama iaitu di antara jam lebihkurang 9.30 malam 5.7.2005 sehingga jam lebih kurang 12.40 pagi6.7.2005 di alamat no. 49, Jalan 1, Taman Tasek Indah, Taiping, Perak.Kes pendakwaan[2] Pada 29.6.2005 Kpl Surendran (SP8) mendapat maklumatmengenai lelaki yang mencurigakan berada di Lorong 29, Taman TasikIndah. SP8 melakukan pemeriksaan ke atas lelaki tersebut(kemudiannya dicamkan sebagai perayu) dan mendapati bahawaperayu menunggang motosikal jenis Honda C60 warna hitam dengannombor pendaftaran ACD 2146 dan perayu tinggal di alamat 657,Lorong Aulong, Taiping.[3] Pada 5.7.2005 jam lebih kurang 9.30 malam, V. Sivananthan a/lVeloo (SP7) yang tinggal di alamat No. 55, Jalan 1, Taman Tasik Indah,Taiping mendengar jeritan ‘minta tolong, pencuri’ dari arah rumah No.49, Jalan 1, Taman Tasik Indah. SP7 keluar ke porch dan melihatjirannya Cik Yohana telah berada di pintu pagar rumahnya di No. 53.SP7 keluar dan bergerak ke arah rumah No. 49 dan apabila sampai dihalaman rumah No. 49, SP7 nampak pengawal keselamatan bernamaEn. Rahman (SP6). SP7 meminta SP6 mengawal di belakang rumah2

No. 49. Ketika SP7 sampai di halaman rumah No. 49, beliau tidaknampak sesiapa keluar dari rumah tersebut.[4] SP6 pergi di tempat kejadian selepas mendengar suara orangmenjerit dari salah sebuah rumah di Jalan 1, ketika beliau sedangmeronda. Sebaik sampai di sana dan diminta oleh SP7 untuk mengawaldi belakang, SP6 telah ke bahagian belakang rumah No. 49 di manabeliau mendengar orang mengerang dari tingkat atas rumah tersebut.Sepanjang SP6 berada di bahagian belakang rumah, SP6 tidakmendapati sesiapa pun di situ, namun SP6 ada ternampak kelibatmanusia dari salah satu jerejak tembok (wall gap) rumah tersebut.[5] Bertindak atas maklumat kejadian samun di rumah tersebut,beberapa orang anggota polis (termasuk SP8 dan C/Insp Helmi (SP9)telah ke tempat kejadian. Pemeriksaan oleh anggota polis mendapatipintu pagar rumah No. 49 tertutup tanpa dikunci tetapi pintu-pintu dantingkap-tingkap di bahagian hadapan dan belakang rumah berkunci.SP9 membuat tinjauan ke dalam rumah melalui tingkap dapur. SP9dapati tiada lampu dipasang di tingkat bawah rumah tersebut tetapi adacahaya yang SP9 percaya adalah dari lampu di tingkat atas rumahtersebut. Dengan cahaya tersebut, SP9 melihat seorang lelaki sedangberjalan mundar mandir sambil memegang sebuah beg berwarna gelapdi tangan kirinya dan seorang dalam keadaan tertiarap tidak bergerak.SP9 memecahkan cermin tingkap di bahagian hadapan rumah untukmasuk ke dalam dan membuka pintu hadapan dari dalam rumahtersebut. Di antara ruang tamu dan ruang dapur, SP9 telah menjumpaimayat seorang lelaki (Wong Mun Kin) dalam keadaan tertiarap dengantangan dan kakinya diikat ke belakang dengan tali nylon.3

[6] Sementara dua daripada 5 anggota polis yang telah memasukirumah tersebut mengawal di tingkat bawah, SP9 dan dua yang lain telahnaik ke tingkat atas. Pemeriksaan di lakukan terhadap bilik-bilik ditingkat atas rumah tersebut yang membawa SP9 kepada bilik yangmempunyai pintu keluar ke bahagian balkoni. Bilik ini tidak berkunci.Daripada bilik ini SP9 bersama dua orang lagi anggota telah keluarmelalui pintu tersebut untuk ke balkoni. Di tepi balkoni, mayat seorangperempuan (Kong Poh Chooi) telah ditemui dalam keadaan terbaringberlumuran darah dengan tangan dan kaki juga diikat. Di balkoni itu SP9menjumpai perayu sedang duduk bertinggung bersembunyi di sebelahcompressor hawa dingin.[7] SP9 memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarah perayusupaya jangan bergerak dan duduk, tetapi perayu tidak mengendahkanarahan SP9. Perayu telah bangun dan meminta polis menembaknya.SP9 telah meniarapkan perayu ke lantai dan memasang gari. MengikutSP9, ketika itu perayu agak agresif dan melawan. Berlaku pergelutan dimana perayu mengalami kecederaaan. Selepas perayu digari, SP9 telahmenjumpai satu beg hitam jenama Reaction (eksibit P24) yang beradadi sisi sebelah kiri perayu ketika perayu duduk.[8] Perayu didapati memakai 2 lapis sarung tangan. Di bahagian luar,perayu memakai sarung tangan warna biru manakala di bahagiandalam, sarung tangan getah berwarna putih. Di bahagian atas keduaduasarung tangan biru, terdapat kesan macam dipotong. Kedua-duasarung tangan yang dipakai di bahagian dalam dan luar mempunyaikesan merah dipercayai darah.4

[9] SP9 membuat pemeriksaan ke atas beg eksibit P24. Di dalampoket depan sebelah kiri beg tersebut, SP9 menjumpai satu beg duitjenama DKNY yang mengandungi:-(i) wang tunai RM3.00;(ii) kad pengenalan No. 590410-08-6920 dengan lesenmemandu atas nama Kong Poh Chooi;(iii) 3 keping kad CITI Bank Mastercard atas nama PC Kong; 1keping kad CITI Bank Visa atas nama PC Kong; dan(iv) 1 kad Public Bank Premium Club atas nama Patrina K.[10] Di dalam poket depan sebelah kanan, SP9 menjumpai:-(i) 1 unit handphone jenama Samsung;(ii) serangkai 11 anak kunci;(iii) 1 kunci kereta berlambang Mercedes;(iv) seutas rantai warna keemasan yang mempunyai kesandarah;(v) sebilah pisau serbaguna yang juga mempunyai kesanseperti darah;(vi) serangkai 4 anak kunci termasuk kunci motosikal Honda;(vii) 1 beg duit jenama Crocodile warna gelap yang mengandungiwang tunai RM273.00; kad pengenalan atas nama WongMun Kin No. 480123-10-5095; kad American Express atasnama MK Wong dan kad keahlian Taiping New Club atasnama MK Wong;(viii) 1 sampul plastik warna merah jambu yang berisi kadpengenalan Lai Weng Kiat No. 720123-08-558; lesenmemandu atas nama Lai Weng Kiat; dua helai kertas putih5

yang mempunyai catatan (eksibit P18A dan P19A) dan wangtunai RM3.00.[11] Eksibit P18A mengandungi catatan-catatan nombor dan hurufkenderaan di mana dua nombor adalah bagi kereta kepunyaan simatiKong Poh Chooi iaitu WEL 9451 dan WBA 8152 manakala eksibit P19Amengandungi catatan nombor kenderaan dan catatan 49 T. Indah, timehome serta Monday to Sunday dalam tulisan seperti berikut:-(i) “Mon – off(ii) Tue – 2100 – 2118(iii) Wed – (2155)-(2107) – 2112(iv) Fri – (2150-2155) 2237(v) Sat – 2059 – 2110(vi) Sun – 31/5-6/6 closed”[12] Di dalam zip tengah beg P24, SP9 menjumpai 1 sarung tanganyang ada kesan dipercayai darah; satu kain yang diikat getah yang jugaada kesan dipercayai darah dan satu jam tangan jenama Quartz.[13] Pada 6.7.2005 SP9 bersama-sama anggota polis yang lain telahpergi ke alamat No. 657, Lorong 40, Aulong, Taiping. Di rumah tersebut,yang dipercayai didiami oleh perayu berdasarkan alamat pada kadpengenalannya, anggota polis bertemu dengan bapa perayu, Lai AhOnn. Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, SP9 menjumpai danmerampas baki bahagian atas sarung tangan getah yang dipotong darisarung tangan getah warna biru yang dipakai oleh perayu ketikaditangkap. Turut dijumpai dan dirampas ialah 2 utas tali nylon yangberbentuk seperti tali pinggang saiz kecil warna hitam, merah, kuningdan hijau yang menyerupai tali yang terdapat pada kedua-dua simati.6

[14] Pada hari yang sama, SP9 juga menjumpai motosikal Honda C70warna hitam, No. ACD 2146 dalam keadaan berkunci. Denganmenggunakan anak kunci yang telah dirampas dari perayu, SP9 berjayamenghidupkan enjin motosikal itu. Jarak tempat motosikal perayudijumpai dengan rumah tempat kejadian adalah lebih kurang 150 meter.[15] Siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat, ASP Seah Chong Seng(SP13) ke atas rumah tempat kejadian mendapati tingkat bawahbahagian belakang rumah tersebut adalah lebih tinggi daripada lorongbelakang dengan dipisahkan satu tembok setinggi 1 meter daripadaaras tanah tingkat bawah. Bumbung tembok ke lorong belakang adalahsetinggi 4.3 meter ke aras tanah lorong belakang. Ketinggian berandabelakang di atas tanah lorong belakang adalah lebih kurang 7.8 meter.[16] Di tingkat atas, di bilik tidur kedua yang boleh keluar ke beranda dimana mayat simati Kong Poh Chooi di temui dan di mana perayuditangkap, kayu sisi di bahagian kunci pintu didapati rosak atau terkopakdan kerosakan itu nampak baru. Door stopper juga mempunyai kesanpecah yang masih baru. Menurut SP13, kerosakan ini konsisten denganpintu bilik ditendang dengan kuat menyebabkan door stopper pecah dankayu bahagian kunci terkopak.[17] Hasil siasatan SP13 tidak menjumpai cap jari orang lain di rumahtempat kejadian selain kedua-dua simati dan perayu sahaja. SP13 telahcuba untuk mendapatkan contoh tulisan tangan perayu untuk dibuatperbandingan dengan tulisan yang terdapat di helaian kertas putih(exhibit P18A dan P19A) tetapi perayu enggan memberikan spesimentulisan beliau.7

[18] Menerusi keterangan ahli kimia (SP18) yang melakukan ujian DNAprofiling dan juga menyediakan laporan kimia (ekisbit P87), didapatibahawa:-(i)(ii)sarung tangan berwarna biru (eksibit P29B) mengandungiDNA Wong Mun Kin dan sarung tangan (eksibit P29C)mengandungi DNA bercampur iaitu Wong Mun Kin dan KongPoh Chooi.Kasut yang dipakai perayu (eksibit P33A) mengandungi DNAprofiling Wong Mun Kin manakala sebelah lagi kasut yangdipakai oleh perayu mengandungi profile DNA yangbercampur iaitu Wong Mun Kin, Kong Poh Chooi dan perayusendiri.(iii)Pisau (eksibit P28B) yang dirampas dari beg hitam P24mengandungi profile DNA Wong Mun Kin di bahagianmatanya. Di bahagian pemegang pisau mengandungi DNAprofile bercampur Kong Poh Chooi sebagai penyumbangutama dan Wong Mun Kin dan perayu sebagai penyumbanglain.[19] Menurut keterangan Dato’ Dr. Bhupinder Singh, Pakar PerundingKanan Forensik (SP17), sebab-sebab kematian simati Wong Mun Kimadalah asphyxia due to pressure on the neck manakala bagi simati KongPoh Chooi, sebab kematian adalah multiple stab wounds. KeteranganSP17 dan laporan post mortem juga menunjukkan bahawa terdapat8

kecederaan yang serius di bahagian kepala simati Wong Mun Kin akibatdari kesan hentakan yang kuat.Dapatan Hakim Bicara[20] YA Hakim bicara mendapati bahawa pihak pendakwaanbergantung kepada peruntukan di bawah s 300(c) Kanun Keseksaanyang berbunyi:-“Except in the cases herein after excepted, culpable homicide is murder if it isdone with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodilyinjury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary cause of nature tocause death.”[21] YA Hakim bicara telah membincangkan elemen-elemen yang perludibuktikan oleh pihak pendakwaan di bawah s 300(c) seperti berikut:-(i)(ii)(iii)(iv)(v)Wong Mun Kin dan Kong Poh Chooi telah mati;Simati-simati telah mati akibat kecederaan yang dialami;Kecederaan tersebut dilakukan oleh perayu;Kecederaan tersebut telah dilakukan dengan niat untukmenyebabkan kecederaan tubuh kepada simati;Kecederaan yang dialami itu cukup pada lazimnya untukmenyebabkan kematian.[22] YA Hakim bicara mendapati bahawa pendakwaan telahmembuktikan kematian dua orang tersebut. Mengenai elemen sama adasimati telah mati akibat kecederaan yang dialami, YA Hakim bicaraberpuashati bahawa berdasarkan keterangan SP17, pihak pendakwaantelah membuktikan kecederaan kedua-dua simati menjadi sebab9

langsung kepada kematian mereka dan tiada penyakit lain yangmenyumbang kepada kematian tersebut. YA hakim bicara mendapatibahawa keterangan SP17 yang tidak dicabar menunjukkan tiadapemutusan rantaian atau intervention dari faktor lain yang menyumbangkepada kematian kedua-dua simati.[23] Pendakwaan di dalam kes ini bergantung kepada keterangan ikutkeadaan. Sehubungan dengan itu, YA Hakim bicara telahmempertimbangkan keterangan yang berikut:-(i) Motif;(ii) Sama ada pembunuhan kedua-dua simati danrompakan adalah dalam satu transaksi;(iii) Persediaan (isu sarung tangan, tali, kehadiran perayudi kawasan kejiranan, nota alamat, nombor kereta danlain-lain);(iv) Keterangan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan1950;(v) Keterangan berkaitan kesan darah dan DNA profiling;(vi) Keterangan SP17 iaitu pisau P28B sesuai digunakanuntuk menyebabkan 21 tikaman terhadap simati KongPoh Chooi yang berada di dalam milikan perayu;(vii) Keterangan Pakar Patologi Forensik;(viii) Apakah ada kemungkinan yang munasabah wujudorang lain selain perayu yang menyebabkan kematiankedua-dua simati;(ix) Senjata yang digunakan untuk membunuh dalammilikan perayu;(x) Keengganan perayu memberi spesimen tulisan tangan;10

(xi) Tiada kesan DNA orang lain yang tidak dikenali;(xii) Semasa ditangkap, perayu berada di dalam rumahtempat kejadian dan semua tingkap dan pintu rumahtempat kejadian berkunci dari dalam.[24] Di akhir kes pendakwaan, YA Hakim bicara memutuskan bahawasemua keterangan yang telah dikemukakan menunjukkan hanya perayusahajalah yang melakukan rompakan ke atas harta milik kedua-duasimati dan semasa melakukan rompakan tersebut, perayu telahmelakukan pembunuhan ke atas kedua-dua simati. Setelah berpuashatidi atas penilaian yang maksima bahawa pihak pendakwaan telahberjaya membuktikan suatu kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhanterhadap perayu, perayu telah dipanggil membela diri.Kes pembelaan[25] Berikut adalah keterangan perayu yang diberi secara bersumpah.Pada tarikh dan masa yang berkenaan, perayu sedang berjogging diTaman Lake View apabila beliau mendengar bunyi bising memintatolong. Perayu hendak ke tempat kejadian untuk melihat apa yangberlaku.[26] Sebelum perayu sampai ke tempat itu, perayu nampak seseoranglari keluar dari rumah itu. Pintu rumah itu tidak berkunci lalu perayumasuk ke dalam rumah. Perayu nampak seorang terbaring atas lantaiberlumuran darah. Perayu memeriksa sama ada terdapat orang lain didalam rumah itu. Perayu juga mengatakan beliau takut jika ada oranglain di dalam rumah dan di luar rumah, jadi perayu mengunci pinturumah.11

[27] Selepas perayu mengunci pintu rumah, perayu memeriksa samaada orang yang terbaring itu masih bernyawa. Kemudian perayu naik ketingkat atas untuk melihat sama ada terdapat sesiapa lagi di dalamrumah. Perayu nampak semua bilik di tingkat atas terbuka kecuali satupintu bilik yang tertutup. Perayu cuba membuka pintu bilik yang tertutupitu tetapi tidak berjaya. Perayu mengatakan beliau cuba untuk membukapintu yang tertutup itu kerana perayu nampak ada seorang lelaki diberanda. Perayu menendang pintu bilik itu dan pergi ke beranda dannampak seorang terbaring di beranda berlumuran darah.[28] Perayu bergerak ke tepi beranda dan nampak seseorangmelompat ke bawah melalui tiang lampu. Selepas itu perayu pergikepada orang yang terbaring dan memeriksa sama ada orang itu masihbernyawa. Kemudian perayu mendengar bunyi orang menendang pintudi tingkat bawah. Perayu tidak turun dan hanya duduk di tingkat ataskerana takut orang yang mencederakan kedua-dua penghuni rumah itudatang balik ke rumah tersebut. Perayu tidak tahu berapa orang yangmenyerbu naik ke tingkat atas. Mereka menyuruh perayu menyerah danseorang memegang pistol dan menghala kepada perayu. Perayumengguna jari menunjuk ke belakang dan menyuruh orang yangmemegang pistol menembak ke belakang untuk memberi amarankepada orang yang telah lari ke belakang itu. Mereka meluru kepadaperayu, menekan dan menggari perayu serta menutup kepala perayudengan tuala. Mereka memeriksa badan perayu dan mengambil sesuatudaripada poket seluar perayu. Di dalam poket seluar perayu ada satuplastik diisi dengan kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunaidan kunci motosikal perayu.12

[29] Perayu tidak nampak apa berlaku kepada 2 orang di dalam rumahitu. Setelah perayu sampai, perayu hanya nampak mereka terbaring.Perayu mengakui memakai sarung tangan tetapi mengatakan selapissahaja.[30] Setelah membuat penganalisaan ke atas keterangan pembelaan,YA Hakim bicara merumuskan bahawa pembelaan perayu hanyaberbentuk penafian terhadap penglibatannya dalam pembunuhankedua-dua simati. YA Hakim bicara membuat penemuan fakta bahawahanya perayu sahaja berada di dalam rumah tempat kejadian sewaktusimati wanita Kong Poh Chooi menjerit. Dapatan ini dibuat berdasarkanketerangan SP6 dan SP7 yang merupakan saksi pertama sampai dirumah tempat kejadian yang mana YA Hakim bicara mendapati merekaadalah saksi-saksi yang credible. YA Hakim bicara juga mendapatiketerangan SP6 dan SP7 disokong oleh hasil siasatan SP13 di manaSP13 tidak menjumpai cap jari orang lain di dalam rumah tersebutkecuali cap jari perayu dan kedua-dua simati sahaja.[31] Merujuk kepada kes Parlan bin Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 771, YAHakim bicara mengambilkira kelakuan perayu berkaitan tindakannyayang enggan ditahan dan bergelut dengan SP9 dan anggota-anggotaserbuan sehingga menyebabkan perayu mendapat kecederaan dankeengganan perayu memberikan spesimen tulisannya kepada SP13untuk tujuan perbandingan dengan tulisan yang terdapat di kertas P18Adan P19A yang mempunyai catatan-catatan berkaitan simati.[32] YA Hakim bicara memutuskan bahawa pihak pendakwaan telahberjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah. Perayu13

didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati, justeru rayuan dihadapan kami.Alasan Rayuan[33] Di dalam rayuan ini, isu-isu yang dibangkitkan oleh perayu adalahseperti berikut:-(1) YA Hakim bicara khilaf kerana memindahkan bebanpembuktian kepada perayu untuk memberi penjelasan.(2) YA Hakim bicara gagal menilai keterangan pakar forensikmengenai kemungkinan 2 orang terlibat.(3) YA Hakim bicara gagal mengambilkira soalsiasat yangdijalankan ke atas perayu.(4) Kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan hasilsoalsiasat.(5) Spesimen tulisan perayu.(7) Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Yohana.(8) Kegagalan pihak pendakwaan menghantar beg P24 untukanalisa DNA.Beban pembuktian[34] Isu mengenai beban pembuktian timbul daripada keputusan lisanYA Hakim bicara di akhir kes pendakwaan yang tidak terdapat di dalamalasan penghakiman bertulisnya.14

[35] Rekod Rayuan Tambahan menunjukkan bahawa pada 9.11.2012YA Hakim bicara telah membacakan keputusan ‘seperti di Lampiran’.Para 9-11 Lampiran menyatakan:-“9. Asas pembelaan, pihak pembelaan adalah pembunuhan ini dilakukanoleh orang ketiga. Peguambela terpelajar telah membangkitkan isu-isuantara lain:-i) Pegawai penyiasat focus penyiasatan kepada pendakwaan sahajatanpa menyiasat mengenai pihak ketigaii) Pengambilan darah OKT untuk tujuan DNA tanpa keizinan OKTiii) Rampasan barang-barang OKT termasuk tali nylon dan sebahagiansarung tangan di rumah OKT tanpa kehadiran OKT atau penghunirumah tersebut.10. Mahkamah akan memberi penjelasan perkara-perkara di atas dalamalasan penghakiman sama ada keterangan-keterangan itu boleh diterimamasuk atau tidak dan/atau keterangan itu telah memprejudiskan OKT.11. Pada pendapat Mahkamah, jika tanpa keterangan tersebut pun OKTperlu memberi penjelasan menurut s.8 Akta Keterangan berikut:-i) kenapa OKT berada di dalam rumah tersebutii) kenapa semua pintu dan tingkap berkunci dari dalamiii) kenapa beg P24, mengandungi kunci motosikal OKT, kad pengenalanOKT dan lesen memandu OKT, pisau P28B yang mempunyai kesandarah simati wanita berada dalam milikan OKTiv) kenapa OKT meminta SP9 dan kumpulannya menembak dan melawanapabila hendak dipasangkan gari.”[36] Yang menjadi isu adalah perenggan 11 di atas yang menyebutmengenai keperluan perayu memberi penjelasan tetapi perkara yangsama tidak terdapat di dalam alasan penghakiman YA Hakim bicara.15

[37] Walaupun YA Hakim bicara menyatakan di dalam keputusanlisannya bahawa perayu perlu memberi penjelasan, menelitikeseluruhan alasan penghakiman, kami berpendapat isu yangdibangkitkan oleh perayu ini adalah tidak bermerit. Kami dapati tiadasebarang salah arah oleh YA Hakim bicara mengenai beban pembuktianmemandangkan pada akhirnya, YA Hakim bicara telah memberipertimbangan dan penilaian yang sewajarnya kepada keseluruhan kespendakwaan di mana terdapat keterangan yang credible untukmemanggil perayu membela diri. Peruntukan s 180 Kanun AcaraJenayah telah dipatuhi.[38] Berdasarkan penemuan barang-barang simati iaitu beg duit, kadkadkredit, kad-kad bank, wang tunai, kunci kereta Mercedes dan jugajam tangan di dalam beg hitam kepunyaan perayu, YA Hakim bicaraberpendapat perayu mempunyai motif untuk melakukan rompakan keatas harta milik kedua-dua simati. YA Hakim bicara membuat inferens dibawah s 114(a) Akta Keterangan 1950 di mana semasa melakukanrompakan tersebut, perayu telah melakukan pembunuhan ke ataskedua-dua simati. Merujuk kepada kes Krishna Rao Gurumurthi & Anorv PP [2007] 4 CLJ 643, YA Hakim bicara membuat dapatan bahawarompakan dan pembunuhan oleh perayu adalah merupakan bahagianyang sama (integral part) dan berlaku dalam satu transaksi yang sama.Kegagalan menilai keterangan SP17[39] YA Hakim bicara dikatakan gagal menilai keterangan pakarforensik SP17, di mana di dalam pemeriksaan balas telah memberiketerangan berikut:-16

“I was not taken to the scene of the crime. .. I never shown with these photos.If I were to be taken to the scene, looking at the measurement of the house,blood spread body found, I might give my opinion how many perpetratorsinvolved in this crime.Looking at the patent (sic) of killing, photos where the body was found, thetiring (sic) up of the individuals, I would suggest there were one or moreperpetrators involved here.Looking at all the positions of the case through photos, I don’t agree that therewere 2 or more persons involved here. I only say just now of possibilityinvolving one plus one person.”[40] Kami dapati YA Hakim bicara telah menilai keterangan SP17mengenai kemungkinan terdapatnya dua orang yang terlibat dalammelakukan pembunuhan ini. Berikut adalah dapatan YA Hakim bicara:-“61. Bagi menyokong kes pembelaan, peguambela terpelajar berhujahbahawa pembunuhan ini dilakukan oleh lebih daripada seorangberdasarkan keterangan SP17 dimuka surat 203 nota keterangan iaitu:“Looking at the patent of killing, photos where the body was found, thetiring up of the individual, I would suggest there were one or moreperpetrators involved here.”62. Saya tidak dapat bersetuju dengan hujahan peguambela terpelajarkerana SP17 dimukasurat yang sama telah menjelaskan sepertiberikut:“Looking at all positions of the case through phots, I don’t agree thatthere were 2 or more persons involved here. I only say just now ofpossibility involving one plus one person.”[41] Dapatan di atas tidak bertentangan dengan keterangan SP17. Inikerana SP17 tidak menyatakan secara pasti bahawa dua orang terlibat17

di dalam pembunuhan ini. Apa yang dinyatakan oleh pakar forensik ituadalah one or more perpetrators involved here. Justeru, kami dapati isumengenai penilaian keterangan SP17 adalah tidak bermerit.Soalsiasat ke atas perayu[42] Berdasarkan keterangan SP8 dan SP9 yang menyatakan bahawasoalsiasat telah dijalankan ke atas perayu dalam masa lebih kurang 2jam dan soalsiasat dijalankan bagi mendapatkan, antara lain maklumatrakan sejenayah, dihujahkan oleh peguambela bijaksana bahawa YAHakim bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan fakta apabilagagal mengambilkira keterangan soalsiasat mengenai kewujudan rakansejenayah dan bahawa pihak pendakwaan cuba mengekang (suppress)keterangan dengan tidak membuat catitan mengenai soalan danjawapan bagi soalsiasat itu.[43] Adalah pendapat kami bahawa ketiadaan catitan mengenaisoalsiasat bukanlah suatu cubaan oleh pihak pendakwaan untuksuppress keterangan dan bukan juga suatu yang membawa padahkepada kes pendakwaan. Kami seterusnya berpendapat bahawaseksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah tidak terpakai terhadappihak pendakwaan bagi kegagalan mengemukakan hasil soalsiasat.Mengambilkira pembelaan perayu bahawa beliau tidak terlibat denganjenayah yang dipertuduhkan, isu mengenai rakan sejenayah tidaktimbul.[44] Demikian juga berkenaan isu kegagalan memanggil Yohanasebagai saksi. Berdasarkan keterangan SP7, Yohana hanya berada didepan rumahnya sendirinya dan bukannya di depan rumah tempat18

kejadian. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perananYohana selain daripada namanya disebut oleh SP7 sebagai dilihat telahberada dipintu pagar rumahnya. Dalam keadaan itu kami berpendapatYohana bukanlah saksi yang material dan kegagalan pihak pendakwaanmemanggil Yohana tidak menjejaskan kes pendakwaan (lihatMunusamy v PP [1987] 1 MLJ 492).Keterangan bad character perayu dan keengganan perayu memberispesimen tulisan tangan[45] SP8 telah memberi keterangan tentang maklumat yang diterimamengenai kehadiran perayu di kawasan kejiranan tempat kejadian pada29.6.2006 manakala SP13 pula ada memberi keterangan tentangkeengganan perayu memberikan spesimen tulisan tangannya kepadaSP13. Merujuk kepada s 54 Akta Keterangan dan kes PP v Dato’ SeriAnwar Ibrahim & Anor [2001] 3 CLJ 313 dan Kiew Foo Mui v PP [1996]1 CLJ 14, dihujahkan oleh peguambela bijaksana bahawa YA Hakimbicara khilaf apabila menerima dan membenarkan kemasukanketerangan propensity ataupun bad character terhadap perayu.[46] Sekali lagi kami berpendapat isu yang ditimbulkan ini tidakbermerit. Keterangan mengenai kehadiran perayu di kejiranan tempatkejadian pada pendapat kami bukanlah keterangan mengenai badcharacter perayu di bawah s 54 Akta Keterangan. Dilihat bersamaketerangan mengenai helaian kertas catatan yang mempunyai nomborkereta simati dan alamat tempat kejadian yang didapati daripada milikanperayu pada masa beliau ditangkap di tempat kejadian, kamiberpendapat YA Hakim bicara tidak khilaf dalam membuat dapatanbahawa kehadiran perayu di kawasan kejiranan seminggu sebelum19

pembunuhan berlaku adalah merupakan perancangan dan persediaanyang rapi yang dilakukan oleh perayu sebelum melakukan rompakan keatas kedua-dua simati.[47] Kami selanjutnya berpendapat bahawa YA Hakim bicara tidakkhilaf dalam memutuskan bahawa kelakuan perayu yang bergelutdengan anggota polis ketika ditangkap dan keengganan perayumemberikan spesimen tulisannya untuk dibuat perbandingan dengantulisan pada eksibit P18A dan P19A adalah keterangan yang bolehditerimamasuk di bawah s 8 Akta Keterangan. YA Hakim bicara tidaktersasar dari segi fakta atau undang-undang dalam menyatakan bahawakeengganan perayu memberikan spesimen tulisannya memberi petunjukbahawa perayu adalah orang yang menulis P18A dan P19A.[48] Dalam apa keadaanpun, kehadiran perayu di kawasan kejirananseminggu sebelum kejadian dan catatan-catatan di dalam P18A danP19A bukanlah satu-satunya keterangan ikut keadaan yang menjadiasas dapatan bersalah dan sabitan terhadap perayu oleh YA Hakimbicara. Kehadiran perayu di tempat kejadian pada waktu yang materialbersama barang-barang milik kedua-dua simati di dalam beg perayuberserta penemuan cap jari dan DNA perayu adalah merupakanketerangan ikut keadaan yang lebih penting.[49] Akhirnya mengenai kegagalan menghantar beg P24 untuk analisaDNA. Kami berpendapat kegagalan pihak pendakwaan untukmenghantar beg tersebut kepada ahli kimia untuk dianalisa juga tidakmenjejaskan kes pendakwaan. Perayu tidak menafikan kewujudan begjenama Reaction yang ditanda P24 itu. Borang bongkar (eksibit P73)yang ditandatangani perayu jelas menunjukkan beg hitam jenama20

Reaction adalah salah satu barang yang dirampas daripada perayu.Kesahihan borang bongkar tidak dicabar oleh perayu. Di dalampemeriksaan balas ke atas SP13, apa yang dicadangkan olehpeguambela bijaksana adalah bahawa jika sarung tangan yang dipakaiperayu mempunyai kesan darah, sudah pasti beg yang dipegang perayujuga mempunyai kesan darah. Pemeriksaan balas tidak mengatakanbahawa beg P24 tidak pada bila-bila masa berada dengan perayu.[50] Berdasarkan keterangan yang ada, kami bersetuju dengan YAHakim bicara bahawa perayu gagal menimbulkan keraguan yangmunasabah ke atas kes pendakwaan. Perayu mengatakan sebelumbeliau sampai ke tempat kejadian, beliau nampak seseorang lari keluardari rumah itu. Persoalannya ialah, bagaimana perayu boleh nampakseseorang lari keluar dari rumah itu apabila perayu sendiri belumsampai ke rumah tersebut. Adalah juga tidak munasabah untuk perayuyang hanya mendengar jeritan minta tolong dari tempat beliauberjogging mengetahui secara pasti jeritan datang dari rumah yangmana. Perlu diberi perhatian bahawa keterangan jiran simati iaitu SP7dan pengawal keselamatan SP6 adalah bahawa sebaik mendengarjeritan, mereka terus menuju ke tempat kejadian. SP7 mahupun SP6tidak nampak sesiapa masuk atau keluar dari rumah tersebut semasamereka sampai di sana.[51] Seterusnya perayu mengatakan beliau mengunci rumah keranatakut orang yang mencederakan kedua-dua penghuni rumah tersebutdatang kembali. Alasan yang sama diberikan untuk perayu terus dudukdi tingkat atas walaupun mendengar ada orang menendang pintu ditingkat bawah. Perasaan takut yang dinyatakan oleh perayu ini, jikabenar, adalah tidak konsisten dengan tindakan perayu memecah pintu21

ilik di tingkat atas dengan alasan perayu nampak seorang lelaki diberanda. Amatlah tidak munasabah untuk perayu yang ketakutan daningin menyembunyikan diri daripada orang yang mencederakan itu, dimasa yang sama bertindak membuka pintu seolah-olah ingin melihatdan bersemuka pula dengan orang yang berkenaan.[52] Selanjutnya adalah juga tidak munasabah bahawa perayu, jikabenar pergi ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku, tidakpula mengambil sebarang tindakan seperti meminta tolong kepada jiranjiransetelah mendapati keadaan kedua-dua simati di rumah tersebut.[53] Kesimpulannya, kami berpendapat sabitan terhadap perayuadalah selamat. Keterangan ikut keadaan yang ada adalah cukup kuatuntuk mengaitkan perayu dengan kematian kedua-dua simati (lihatMagendran Mohan v PP [2011] 1 CLJ 805). Oleh yang demikian, kamisebulat suara menolak rayuan perayu dan mengekalkan sabitan danhukuman oleh Mahkamah Tinggi.Bertarikh: 20hb Januari 2014Sgd.(TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT)HakimMahkamah Rayuan Malaysia.22

Peguamcara:Bagi pihak Perayu:Ranjit Singh Sandhu bersama G KiruTetuan Ranjit Singh Sandhu & Co.No. 87, Jalan IstanaTaman Istana30000 Ipoh.Bagi pihak Responden:Muhamad Iskandar bin AhmadTimbalan Pendakwa RayaBahagian Perbicaraan dan RayuanJabatan Peguam NegaraPutrajaya.23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!