13.07.2015 Views

6rytt2Qp0

6rytt2Qp0

6rytt2Qp0

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

www.hidupluarbiasa.com


www.hidupluarbiasa.com


www.hidupluarbiasa.com


www.hidupluarbiasa.comAZIZAN OSMAN PUBLICATIONS2015


www.hidupluarbiasa.comHak cipta © Azizan Osman Publications Sdn BhdCetakan Pertama 2015Hak cipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan isi kandungan buku dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun,sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelummendapat izin bertulis Azizan Osman Publications Sdn Bhd.Perpustakaan Negara MalaysiaData Pengkatalogan-dalam-penerbitanAzizan Osman, 1974- :21 Formula Hidup Luar Biasa / Azizan OsmanISBN 978-967-0703-14-51. Motivation (Psychology). 2. Motivation (Psychology)--Religious aspects--Islam3. Success. I. Judul158.1Penerbitan sedaya upaya memastikan buku yang diterbit ini berautoriti dari segi topikyang dibincangkan. Penerbit dan penulis buku tidak boleh menganggap memberikankhidmat perundangan, atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranyamemerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah danberkelayakan.Diterbit / Dicetak / Azizan Osman Publications Sdn BhdDiedar Oleh No 74, Jalan Badminton 13/29,Seksyen 13, 40100 Shah Alam,Selangor Darul EhsanTel : 03 5524 2966 | Fax : 03 5524 1966www.richworks.com.myPengurusEditorSusun AturKulit / GrafikPenulisZafrol Rizal Bin Matjerry@richworks.com.myMohd Fithri Mohd Shahrumfithri@richworks.com.myAizzuan Mohamad Aliaizzuan@richworks.com.myHasnita Ahmadhasnita@richworks.com.myAsraff Ayob / Azizan Osman


www.hidupluarbiasa.comKANDUNGANBAB 1The Power of Sedekah 1BAB 2The Power of Seikhlas 29BAB 3The Power of Serah 45BAB 4The Power of Syukur 67BAB 5The Power of Semangat 91BAB 6The Power of Sabar 107BAB 7The Power of Salam 125BAB 8The Power of Sayang 139BAB 9The Power of Segera 157BAB 10The Power of Sejahtera Jiwa 175ix


www.hidupluarbiasa.comBAB 11The Power of Selawat 189BAB 12The Power of Senyum 203BAB 13The Power of Servicing Others 217BAB 14The Power of Siddiq 235BAB 15The Power of Silaturrahim 249BAB 16The Power of Suasana 261BAB 17The Power of Suci 277BAB 18The Power of Sujud 293BAB 19The Power of Sunnah 317BAB 20The Power of Syafaat 337BAB 21The Power of Submission : Doa 355BAB 22‘Upgrade’ Kedudukan Anda 381x


www.hidupluarbiasa.com21 Formula Hidup Luar BiasaPrakataDisember 2013Seminar IMKK, Stadium Melawati, Shah Alam.‘Ustaz, Doc nak jumpa ustaz sekarang kat belakang’, Puan Reena,pengurus Dr. Azizan Osman memanggil saya yang ketika itu sedangberansur keluar bersama lebih kurang enam ribu peserta seminaryang lain.Dr. Azizan mahu saya menyertainya makan tengahari bersama.Sambil menyantap, kami seronok bercerita dan bertukar pandangantentang keterujaan peserta seminar hari itu.‘Doc, saya fikir poin syukur, sabar dan senyum yang doc huraikantadi paling best’, saya menekankan kandungan paling bermaknadari sesi pagi. Saya tidak tahu apa pandangan peserta lain tetapisungguh, poin yang Dr. Azizan kupas amat mempengaruhi mindasaya sekarang.Dr. Azizan tersenyum dengan tangannya laju menambah juadahsambal udang di hadapannya. Sedap agaknya. Jerry, ‘mastermind’Richworks menambah, ‘betul tu ustaz, baru diorang ni senyum sikit.Kalau tak muka kelat je masuk seminar…’.Sambil mengangguk tanda bersetuju, saya bahagiamemerhatikan wajah ceria Jerry. Tentu beliau lebih faham kuasasenyuman kerana ia jarang lekang dari wajahnya.Kami terus bersembang. Saya mencadangkan, ‘elok semua poinyang Doc kata tadi dibukukan sebab saya rasa, itulah power sebenarnyauntuk kita menarik kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan…’.xi


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comBelum sempat saya meneruskan bicara, Dr. Azizan mencelah,‘Apa kata ustaz yang tulis? Nanti saya support lagi ideanya…’. Suaranyapenuh teruja. Matanya tepat memandang saya dengan air mukayang begitu meyakinkan. Tampak dari renungannya, idea itu amatpenting untuk direalisasikan.‘A ah, ustaz tulislah… Nanti kitorang terbitkan’. Jerry pulamenyokong.‘Saya mahu buku itu nanti mampu menginspirasikan orang. Biarmereka lebih yakin untuk hidup luar biasa…’. Dr. Azizan menambah.Saya memandang mereka berdua. Mulut tiba-tiba berhentimengunyah. Tidak pasti atas dorongan apa, saya terus bersetuju.Insya’ Allah Doc, boleh’.Mereka berdua tersenyum. Jasad saya masih di hadapan merekatetapi fikiran sudah kembali ke perpustakaan rumah menyelongkaridea. Jerry sejak awal lagi meletakkan garisan penamat, ‘lagi cepatlagi bagus ya ustaz….tiga bulan boleh?’Mohon maaf Jerry. Saya terpaksa menambah enam bulan lagiuntuk ia siap sepenuhnya kerana maklumlah, bukan mudah hendakmenyiapkan projek penulisan buku yang lebih sukar dari mengalihgunung. Projek ini bukan sekadar mengumpul idea, menulisnyakemudian dibukukan.Ia bukan semudah itu.‘Gunung’nya terletak kepada pertanyaan ini: mengapa sayaperlu menulis buku ini? Mengapa pula anda perlu menghadamkeseluruhan kandungannya?Jawapannya ada dalam kata Dr. Azizan tadi, ‘Saya mahu bukuitu nanti mampu menginspirasikan orang. Biar mereka lebih yakin untukhidup luar biasa…’.Para pembaca budiman, ini ‘why factor’nya. Inilah tujuan utamapenulisan buku ini. Ia perlu benar-benar bermakna. Kandungannyamestilah mampu menginspirasikan anda untuk hidup lebih luarbiasa.xii


www.hidupluarbiasa.com21 Formula Hidup Luar BiasaDan saya sedar, hidup luar biasa bermula dari hati yang luarbiasa. Bak pesan Junjungan mulia, Rasulullah SAW :’Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging.Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak,maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati’.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Ucapan Rasul ini telah menjadi pusat penulisan buku ini. Sayatertarik untuk memulakan perbincangannya dari hati, dari rohani.Ia adalah pusat ‘connection’ antara kita dengan Maha Agung. Untukmenjadi manusia berprestasi luar biasa, kita perlukan hati yang suci.Hati yang jernih, bersih, kuat dan positif. Hati yang dipenuhi ‘tamanbunga’ di dalamnya.Di sinilah anda akan menemui manfaat buku ini. Mudahmudahania menjawab persoalan di atas, bagaimana hati sucimampu menjadikan kita manusia luar biasa. Dan yang lebih utama,bagaimana hati suci mudah diraih. Begitulah harapan kami.Tetapi di sinilah juga cabarannya bermula. Untuk menjernihkanhati, ia tidak semudah memasukkan perisian Windows ke komputerbaru. Manusia bukannya robot yang boleh diprogramkan untukberfungsi stabil. Kita amat unik kerana memiliki hati yang mampumenyimpan rasa dan emosi. Kerananya juga kita mudah bertukarpendirian. Sesuailah dengan gelarannya, Al-Qolb yang berasal darikata Arab, Qo-la-ba. Maksudnya ‘berbolak-balik’. Pagi kita rajinsemacam, petang kita tersandar malas di sofa.Maknanya, di sebalik segala kelebihan hati untuk merasa, iapunya tabiat unik iaitu ‘taqallub’. Cepat bertukar.Kerana itu hati perlu diluruskan settingnya. Orang putihkata ‘fine tune’. Kita perlu menguasai ilmu dan kaedah yangboleh menghilangkan segala keladak hati, sucikannya seterusnyamenguatkan hati dengan ‘perisian’ khas yang power agar ia kekalxiii


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comstabil berprestasi luar biasa. Sesuai dengan pesan Rasul tadi, apabilahati manusia luar biasa, pasti hidupnya luar biasa. Segalanya dipuncak. Segalanya nikmat. Tuhan redai, manusia sukai.Para pembaca yang dihormati,Disebabkan misinya amat mulia, saya memulakan ‘journey’ penulisanbuku ini dengan penuh semangat walaupun sedar, pendakiannyaamat tinggi. Sejak awal Januari 2014, saya mula menjelajah internet,kedai buku dan perpustakaan, mencari buku dan idea tentangkaedah menata hati. Ribuan ringgit dan ratusan jam dihabiskanuntuk itu. Puluhan individu telah saya temui untuk mendapatkankearifan serta panduan. Tafsir Al-Quran dan kitab hadis tersusuntinggi di tepi meja penulisan buat bekalan idea.Dr. Azizan Osman sejak awal telah menyediakan formulanya.Pada asalnya ia terdiri dari 13 formula sahaja tetapi sepanjangbrainstorming kami, ia bertambah menjadi 21 ‘S’. Kesemua formulaini bukan dikumpulkan atas tekaan kosong. Ia berasal dari kearifanyang kami rangkumkan berdasarkan faktor kejayaan manusia luarbiasa dari Al-Quran serta segala yang diaplikasikan oleh BagindaRasulullah SAW, para sahabat, para auliya’, para solihin dan alimulama’.Berdasarkan kedua sumber utama di atas, kami kemudiannyamengkayakan penerangannya dengan ilmu dan pengalaman hidupkami berguru dari mereka yang alim serta mendalam hikmahnya.Dr. Azizan juga amat banyak berkongsi poin hasil dari pengkajianbeliau tentang pemikiran dan cara hidup mereka yang berjaya,bukan setakat dari sudut kewangan tetapi juga keberkatan hidup.Semua pegangan dan kepercayaan hidup mereka kami soroti.Segala nasihat mereka kami amati. Kemudian kesemua itu kamikongsikan dalam buku ini.xiv


www.hidupluarbiasa.com21 Formula Hidup Luar BiasaSaya juga banyak menyelitkan intipati hikmah yang dipelajaridari Dr. Azizan Osman sepanjang menghadiri dua seminarnya:Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan Rahsia KuasaMinda Jutawan (RKMJ). Ini kerana saya dapati, segala perbincangankedua seminar tersebut amat selari dengan perspektif Al-Quran,sunnah dan hadis yang saya pelajari dari para ulama dan solihinselama lebih sepuluh tahun di Malaysia dan juga di Mesir.Berbekalkan semua input di atas, saya mula menulis bukuini. Kerap juga saya gandingkan kebenaran hikmahnya denganpengalaman diri untuk menunjukkan kepada anda, 21 formuladalam buku ini terbukti berkesan. Jika ia mampu mengubah hidupsaya dan Dr. Azizan, pasti ia juga mampu mendatangkan kesanbesar kepada perubahan hidup anda.Walaupun begitu para pembaca semua, penulisan buku inimengambil masa lebih panjang dari yang disangkakan. Masalahnyabukan kerana tidak cukup idea atau fakta, tetapi soal ‘rasa’. Sayasedar, buku ini ditujukan kepada hati maka ia perlu ditulis darihati. Jika kita ingin ‘menanam bunga’ di taman hati orang lain,hati kita mestilah penuh berbunga. Saya perlu belajar menata danmembersihkan hati dahulu. Kerana itu, apabila saya merasakantulisannya tidak hadir dari kesedaran, ia akan ditulis semula danproses ini sering berulang berkali-kali.Memang secara zahir, ia agak memerihkan. Tetapi benarlah,apabila kita mulakan sesuatu dengan ‘why’ yang jelas, Tuhan pastidatangkan kekuatanNya kerana sungguh aneh, walaupun babnyabertambah dan proses penulisan agak rumit, namun bebanannyaterasa semakin ringan. Nampaknya sepanjang perjalanan penulisanini, ia telahpun membantu saya mencapai tujuannya: erti hidup luarbiasa.xv


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comPara pembaca mulia,Saya ingin mohon maaf. Saya terpaksa menghentikan pengalaman‘journey’ penulisan buku ini ketika anda masih menikmatinya. Kitapunya perkara lain yang lebih utama iaitu menggali hikmah buku ini.Walaupun saya sedar bukunya agak tebal, 21 bab semuanya,anda tidak perlu khuatir. Bicaranya segar, mudah dan santai.Anda akan lebih banyak tersenyum berbanding serius. Barangkalijuga, anda akan kerap menangis kerana pencerahannya. Teruskanpembacaan kerana saya jamin, apabila anda selesai membaca satubabnya, hati akan tertarik untuk menghabiskan baki dua puluh powerseterusnya.Bab dalam buku ini tidak disusun mengikut prioriti keranasemuanya penting. Anda wajib menghadam keseluruhannya.Walaubagaimanapun, agar hati cepat terinspirasi, saya cadangkananda baca bab ini dahulu :1. The power of Sedekah, terutamanya poin nombor empat dihujung babnya.2. The power of Seikhlas. Hayati kisah awal dan akhirnya.3. The power of Serah. Anda bakal terpesona dengan kisah bantuanTuhan di tanah suci.4. The power of Syukur, keseluruhannya.5. The power of Semangat. Pelajari sesuatu luar biasa dari seorangmakcik biasa.Kemudian, jangan lupa menyapa saya di :Youtube : AsraffayobFacebook : UstazAsraffTwitter : AsraffAyobEmel : Asraff2@yahoo.comKerana buku ini hanya kupasan awal. Ada banyak lagipencerahan yang akan dikongsikan di sana.xvi


www.hidupluarbiasa.com21 Formula Hidup Luar BiasaPara pembaca budiman,Sejuta kesyukuran dan terima kasih saya sampaikan kepada TuhanAr-Rahman dan Ar-Rahim atas segala nikmat dan kurniaan. Diasentiasa menemani dan mencurahkan idea ketika saya terperangkapdi hujung jalan, tidak tahu apa lagi hendak dicoretkan.Terima kasih dan selawat penuh penghormatan kepadaJunjungan besar, Rasulullah SAW. Pemikiran dan akhlak Bagindabanyak mencorakkan hala-tuju buku ini.Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr. AzizanOsman atas peluang serta dorongan yang diberikan. Dari beliau ideabuku ini tercipta. Dari beliau beribu inspirasi terjana. Juga kepadaseluruh warga Richworks, kalian bertuah kerana banyak menyebarberkah kepada insan.Mak dan Abah, terima kasih atas segalanya. Wahai TuhanAr-Rahman, jika ada pahala amal jariah dari buku ini, janganmasukkannya dalam ‘baggage’ Angah, tetapi sampaikanlah kepadakedua insan mulia ini. Lindungi mereka, kasihi dan kasihaninya sertamasukkanlah mereka dalam daftar senarai penduduk syurgaMu,Amin.Terima kasih yang paling dalam kepada isteriku, bidadaritercinta, Siti Ujila Masuri serta dua buah hati kami, Aliya Altafunnisadan Aqif Furqan. Ketiga mereka mengajar saya bahawa kebahagiaantidak terletak di Mall yang megah dan tinggi tetapi di rumah ‘BaitiJannati’ yang sentiasa bising dengan suara tawa, gaduh teriakan kecildan riuh ceria mereka.Saya juga tidak lupa menyampaikan penghargaan tinggikepada berpuluh manusia mulia lain yang menyumbangkan ideasecara langsung dan tidak langsung. Maaf, nama mereka tidak dapatdisebutkan satu-persatu di sini. Tetapi saya yakin, mereka lebih sukakekal berstatus ‘’unknown’ kerana Tuhan telahpun mengenal pastimereka. Tuhan telah berikan ganjaranNya.xvii


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comJuga kepada anda, saya ucapkan terima kasih kerana sudimembaca buku ini. Maafkan saya atas segala kekurangan dankesilapan. Sampaikan pujian kepada Tuhan apabila manfaatnyamenyapa hati anda.Akhirnya, kepada Allah Ta’ala saya pohon keampunan darisegala kesilapan.“….. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kamijika kami lupa dan kami bersalah. Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan besarsebagaimana Engkau bebankan kepada mereka sebelumkami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepadakami sesuatu yang tidak sanggup kami memikulnya.Maafkanlah kami….’(Surah Al-Baqarah, 286)Selamat membaca dan saya berdoa agar kebahagiaan, kekayaan,kejayaan, kesihatan dan keberkatan sentiasa Tuhan curahkan dalamhidup anda.Wahai Tuhan Ya Arhamar Rohimin, perkenankanlah.Allahumma Amiiin.Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz20 Oktober 2014xviii


www.hidupluarbiasa.comMulakan Di SiniAnda pernah duduk di satu sudut di ruang bilik anda danberfikir merenung diri serta meratapi kehidupan anda yang tidakada perubahan?Anda pernah duduk berfikir apakah sebabnya hidup anda tidaktenang, tidak gembira, tidak bahagia?Anda pernah tidak tidur malam berbaring sambil meletakkanbelakang tangan ke dahi risau tentang tekanan kewangan atautekanan hidup yang anda sedang lalui?Anda rasa hidup anda sangat kucar-kacir, masalah datangbertubi-tubi kepada anda dan anda sudah hampir berputus asadengan diri anda. Dan anda tidak faham kenapa anda sentiasamenjadi ‘mangsa’ kepada keadaan. Kenapa anda sentiasa berada ditempat yang salah pada waktu yang salah? Kenapa anda dianiaya?Itulah apa yang saya pernah lalui.Jalan jauh dan penuh dengan liku yang saya pernah redah satumasa dahulu. Teraba-raba mencari arah dan pegangan umpamaberjalan di malam kelam melalui jalan yang tidak tahu di manapenghujungnya serta apakah ‘surprise’ yang akan datang menjelma.Pernah alami perasaan begitu? Saya pernah laluinya berulangulangkali satu masa dahulu.Perjalanan hidup saya penuh dengan onak dan duri.Perkahwinan saya yang terdahulu adalah porak-peranda. Pernahcuba pelbagai perniagaan tetapi gagal. Pernah hampir jadi bankrap.Tahap kewangan yang melarat dan pelbagai cabaran pada awalwaktu saya mula menceburi perniagaan.xix


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comSaya dahulu percaya bahawa jika aku kaya, aku akan mampubeli segalanya termasuk kasih sayang, masa dan impian. Ia adalahbenar sebahagiannya, tetapi tidak benar jika anda tidak mempunyaikefahaman yang tinggi tentang keseimbangan hidup.Saya melalui fasa hidup jatuh bangun yang ‘intensif’.Masalah tentang perjalanan kehidupan sebelum anda jumpajalan yang benar adalah anda akan cuba bina then jatuh, jatuh, jatuh,bangun sikit, jatuh, jatuh, jatuh, jatuh lagi sampai anda hampirtidak mampu bangkit lagi. Dan hanya yang benar-benar kuat danteguh pegangannya akan mampu untuk bangkit semula walaupunkita tidak tahu apa yang ada di hadapan yang akan buat kita jatuhsemula.Saya mula berniaga sejak di UiTM ketika zaman Diploma lagiuntuk mendapatkan duit belanja. Cukuplah untuk sara diri keranakeluarga saya bukan orang senang.Dulu saya fikir, mak dan ayah saya bukan orang kaya sebabitulah mereka hanya dapat menyara saya, bergolok bergadaimenyekolahkan kami 5 beradik sekadarnya sehingga ke tahap yangkami mampu.Tetapi hari ini saya sedar, bukan mak dan ayah saya yang tidakmampu berikan lebih banyak lagi wang kepada saya kerana ayahsaya bekerja sebagai juruteknik Jabatan Parit dan Tali Air (sekarangJabatan Pengairan dan Saliran), tetapi sebenarnya, Tuhan sengajamenjadikan keadaan saya begitu untuk melihat bagaimana sayabangkit menjadi seseorang yang mengatasi situasi tersebut sertamembanggakan mak dan ayah saya satu masa nanti.Dan hari ini, anak-anak saya tidak diajar bahawa kita kaya danmereka boleh belanja sesuka hati mereka. Anak-anak saya perlumenghabiskan pelajaran di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cinadan Sekolah Agama sebelah petangnya. Mereka perlu score UPSRmereka dengan cemerlang bukan kerana mereka mesti dapat 6Aatau 17A, tetapi ia menunjukkan bahawa mereka adalah komitedxx


www.hidupluarbiasa.com21 Formula Hidup Luar Biasadan bertanggungjawab untuk beri yang terbaik di dalam tugasanmereka.Dan untuk Sekolah Menengah mereka, saya tidak hantar merekake Sekolah Antarabangsa walaupun kami Insya Allah mampu, tetapimereka dihantar ke Madrasah Pondok di kawasan perkampungansusah. Kenapa? Kerana itu namanya proses didikan hati. Dan sayapercaya dengan cara mendidik anak jauh dari kemewahan, supayamereka tahu bahawa mereka bertanggungjawab membina tahapkehidupan yang mereka mahukan satu hari nanti dengan bimbingankami, ibu bapa mereka Insya Allah.Kunci kepada segala kebahagiaan, ketenangan, keberkatan dankejayaan dunia akhirat adalah terletak kepada hati atau bahasa yangsaya selalu sebut di dalam seminar Intensif Magnet Kekayaan danKejayaan (IMKK) saya iaitu Kolam Jiwa.Saya umpamakan Kolam Jiwa atau hati manusia ini adalahumpama Magnet. Bayangkan kolam jiwa ini umpama satu kolamtakungan air dan airnya penuh dengan sampah sarap, kekotoran, baubusuk seperti bangkai dan berkeladak hitam. Apakah jenis makhlukyang akan datang dan tinggal di dalamnya atau mendekatinya? Pastimakhluk yang suka kepada keadaan yang kotor dan busuk bukan?Dan ianya akan dijauhi oleh makhluk dan manusia yang tidak sukakepada bau busuk dan kekotoran serta ia boleh mendatangkanpunca pelbagai jenis penyakit.Tetapi cuba bayangkan jika kolam tersebut airnya adalah bersih,sentiasa bersih dan lagi bagus jika ia merupakan kolam tadahan airbersih yang bakal disalurkan untuk mengairi kawasan pertanian.Ia menjadi punca air kepada ramai manusia. Bukankah kolamtersebut akan menarik banyak kebaikan kepadanya? Sebaik-baikmanusia adalah manusia yang bermanfaat kepada ramai oranglain dan bukan sekadar hidup mementingkan dirinya. Kolamjiwa yang bersih bukan sahaja akan memberikan ketenangan ataukebahagiaan kepada pemiliknya tetapi ia boleh menjadi asbabkepada kebahagiaan ramai orang lain.xxi


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comKebangkitan hidup saya yang sebenar bukanlah ketika sayaberjaya mencapai perniagaan pengiklanan dan pemasaran sayabernilai jutaan ringgit sejak 2001. Itu mungkin kebangkitan dari segikewangan, tetapi belum mencapai tahap kebahagiaan dan merasaikeberkatanNya.Ketika itu, syarikat saya menguruskan projek pengiklanandan pemasaran untuk prinsipal saya bagi pihak syarikat-syarikattelekomunikasi seperti Telekom Malaysia, TMNet (waktu itu),Celcom dan Digi di Malaysia dan Singtel serta Starhub di Singapura.Saya juga menguruskan projek pemasaran untuk syarikat perbankanseperti HSBC Bank dan Standard Chartered serta projek-projek lainyang portfolionya mencecah jutaan ringgit setahun dari 2001-2008.Alhamdulillah, ia adalah kejayaan demi kejayaan bagi saya,travel dalam dan luar negara, bercakap di konvensyen luar negara,duduk di hotel-hotel 6-7 star di banyak negara seperti Dubai,London, Sydney, Melbourne, Jakarta, Hong Kong, Macau, Shenzendan berada di kalangan mereka yang berjaya dari segi kewangan.Ia merupakan fasa lonjakan hidup dan kewangan yang mampumelekakan jiwa yang kurang kuat dekat denganNya.Ketika itu, of course ia berjaya secara lahiriah dan material sertamenjadi breakthrough buat bisnes saya kerana sebelum tahun 2001,perniagaan saya adalah sangat teruk. Itu fasa pertama beberapatahun saya mula menceburi perniagaan secara full-time. Mereka yangpernah membaca kisah saya pasti tahu bagaimana saya mencubapelbagai jenis perniagaan tetapi jatuh bangun bersilih ganti sehinggahampir tergadai rumah mak dan ayah kepada skim cepat kaya Y2Kpada tahun 2000 dan pelbagai skim cepat kayap lain antaranya projekburung unta di Australia katanya. Akhirnya, burung ke mana, untapun ke mana.Fasa kedua perniagaan saya dari tahun 2001 ke awal tahun 2008adalah penuh dengan kesibukan bekerja dari awal pagi sehinggabalik pukul 2 atau 3 pagi dan kemudian keluar semula seawal 6 pagi.xxii


www.hidupluarbiasa.com21 Formula Hidup Luar BiasaKetika itu, rezeki kewangan telah mula menerjah masuk melimpahruah, pengiktirafan prestasi, limpahan kewangan datang denganbanyaknya tetapi jiwa saya merasa kosong. Solat bukan keutamaansaya, bersyukur jauh sekali, sedekah sekali-sekala, berselawat bilaingat dan ia semakin hari semakin parah.Saya dibesarkan dengan didikan awal agama yang agakbagus dari ayah dan mak saya selain dari bersekolah agama Johorwalaupun paginya saya bersekolah Cina.Ketika kecil, solat berjemaah dan menghadiri majlis ilmu adalahsesuatu yang ayah saya akan seret saya untuk lakukan. Ayah sayajuga suka menghadiri majlis-majlis zikir dan ia sedikit sebanyakmenjadi kebiasaan saya ketika kecil dan membesar. Saya juga aktifberguru mendekati ilmu tauhid untuk kenal siapa Tuhan kita danilmu tasawuf untuk kenal siapa diri kita selain ilmu fekah tentangbagaimana untuk beramal.Itulah proses didikan awal saya. Jadi, bila berada di dalamkeadaan yang berjaya secara material tetapi jiwa saya kosong, iasemakin lama semakin menyesakkan jiwa. Hati menangis selalurindu kepadaNya dan kepada Rasulullah SAW.Kemudian, saya mula berfikir-fikir dan berkira tentang ertikejayaan yang saya raih ketika itu. Ia adalah rasa kosong di dalam.Pada tahun 2007, saya telah mencapai antara tahap tertinggi didalam perniagaan saya bila saya mendapat pengiktirafan menjadiKetua Organisasi Malaysia di bawah prinsipal saya menguruskanhampir 1,500 orang di bawah organisasi kami.Ia adalah satu pencapaian yang besar bagi organisasi prinsipalsaya yang memiliki beribu pejabat di United Kingdom sertamempunyai perniagaan di hampir 25 buah negara ketika itu. Sayamenjadi satu-satunya anak Melayu yang pernah mencapai tahaptersebut. Saya hanya ada satu langkah lagi untuk mencapai impiansaya menjadi Vice President Asia untuk organisasi prinsipal saya.Pencapaian yang menjadi impian ramai ketika itu. Dan ia bakalxxiii


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.commenjadikan saya yang pertama di dunia bukan sekadar jutawantetapi pengiktirafan dan kuasa.Pada masa yang sama, jiwa saya semakin kosong dan jauhdariNya.Pada awal tahun 2008, hati saya semakin rindu kepadaNya dankesibukan saya tidak memungkinkan saya mendekatiNya secaratotal. Dan sejak saya berniaga dari tahun 2001 sehingga waktuitu, saya gagal mengimbangkan kehidupan dan perniagaan saya.Perkahwinan saya ketika itu juga sudah hampir ke penghujungnya.Mungkin pasti ada yang membaca ini akan berkata, “Sebab itulahaku tak nak kaya, nanti lupa diri!”, “Sebab itulah aku tak nak berniaga,nanti tidak ada masa dengan keluarga” dan pelbagai persepsi negatifatau salah faham.Itu jugalah persepsi saya ketika itu. Saya merasakan sayaseorang yang gagal. Gagal mengimbangi hidup saya. Dan saya fikir,semuanya ini perlu dibetulkan.Lebih 7 tahun sibuk menjalankan perniagaan ketika itumembuatkan saya tidak pernah bercuti panjang. Dan bagi saya,sesiapa yang bercuti adalah orang yang tidak mementingkan kerjayamereka. Itu persepsi saya. Tetapi pada awal tahun 2008, saya mulamerasa sangat penat, ‘exhausted’. Saya rasa tenaga emosi saya telahkekeringan. Saya rasa jiwa saya sangat jiwa gersang. Saya rasa sayaperlukan sedikit ruang untuk diri saya. Tetapi tekanan perniagaansaya ketika itu adalah membina organisasi saya ke tahap yang lebihtinggi serta melayakkan diri saya menjadi Vice President.Keretakan perhubungan rumah tangga saya ketika itumenambah tekanan saya dan sesuatu telah berlaku ketika itu didalam organisasi saya. Saya difitnah oleh orang kuat saya dan palingparahnya kesetiaan saya di dalam organisasi saya dipersoalkanoleh pihak atasan saya iaitu mentor saya selama saya bersamaorganisasi tersebut. Ia satu perkara yang mengecewakan ketika itubila kesetiaan saya selama beberapa tahun dipersoalkan.xxiv


www.hidupluarbiasa.com21 Formula Hidup Luar BiasaDi situlah antara saat-saat yang tidak dapat saya lupakan.Segalanya berlaku bertimpa-timpa serentak seperti dilanggar trelarberkali-kali. Rasa dikhianati, rasa kecewa, rasa tidak dihargai danpelbagai perasaan yang cukup menghiris hati. Pernah rasa begitu?Dan ketika itu, pertama kali selama saya menguruskanperniagaan pengiklanan dan pemasaran serta sebagai orangyang paling penting mengetuai sebuah divisi yang besar, sayamenghilangkan diri. Sesuatu yang saya tidak pernah lakukan selama7 tahun saya membina perniagaan saya dari kosong hingga ke tahaptersebut. Ia benar-benar mencabar diri saya.Saya menghilangkan diri untuk hampir 4 bulan. Sayabersendirian setiap hari. Saya ‘frust’ seperti seorang yang putus cintadan ditinggalkan oleh seorang kekasih hatinya.Saya rasa kehilangan dan ‘lost’. Setiap hari saya menghisap 2ke 3 kotak rokok. Saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa. Sayatidak mahu menjawab sebarang panggilan.Bila saya menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi,seluruh perniagaan saya dan kewangan saya melibatkan syarikatsaya telah dibekukan oleh prinsipal saya kerana itu terma kontraksyarikat kami. Ini menambah lagi kekecewaan saya. Saya hanyasurvive dengan sedikit duit simpanan yang saya ada.Ketika itu, saya mula mencari diri saya dan mencari erti hidupsaya. Ia satu fasa yang sukar.Saya mula mendekati Allah SWT semula. Saya mula menjagasolat saya serta menghayatinya. Saya mula melakukan solat taubatsetiap malam, menangis, menyesali setiap kesilapan saya. Saya mulabangun sepertiga malam membuat solat tahajud sujud kepadaNya.Saya mula mengamalkan kembali zikir-zikir serta membaca Al-Quran setiap pagi dan petang. Saya mula duduk lama selepassolat fardhu. Saya mula mencari jalan dan cahaya untuk kembalikepadaNya. Saya memohon bimbinganNya.xxv


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comSemakin hari jiwa saya semakin tenang. Semakin hari, hati sayasemakin kuat pertautan dan keyakinan saya kepadaNya. Saya mulamuhasabah perjalanan hidup saya selama ini dan betapa jauhnyasaya denganNya. Saya bukan seorang yang jahat tetapi saya punbukan seorang yang baik kepadaNya sedangkan Dia sangat baikkepada saya.Dalam tempoh 4 bulan tersebut, saya adalah seperti seorangyang bersuluk mengasingkan diri mencari cintaNya. Saya semakinnampak proses didikan hati dariNya kepada saya. Saya semakinnampak kesilapan saya selama ini dan saya semakin jelas perubahanyang saya mahu lakukan agar saya dapat mendekatiNya sentiasa.Ketika itu, saya mula mendisiplinkan diri saya dengan beberapaperkara asas yang saya wajib lakukan setiap hari agar saya menjagahubungan saya denganNya. Kemudiannya, perkara-perkara asastersebut menjadi antara formula penting yang membawa kehidupansaya, perniagaan dan kewangan saya serta kejayaan saya ke tahapyang lebih tinggi lagi tanpa perlu jauh dariNya. Malah, semakinsaya mendekatiNya, saya dapati perjalanan hidup saya semakindipermudahkan.Pada pertengahan tahun 2008, saya telah membuat keputusanuntuk membatalkan kontrak perniagaan saya dengan prinsipalsaya yang selama ini syarikat saya bernaung di bawah mereka. Itumenjadikan saya hampir bankrap. Tetapi saya nekad untuk membinasyarikat agensi pengiklanan dan pemasaran saya sendiri denganpengalaman saya bertahun-tahun membantu meletupkan pelbagaikempen pemasaran strategik di belakang tabir.Ketika itu, saya kembali bermula seorang dan saya perlubermula semula dari kosong sebagaimana pada awal tahun2001. Tetapi berbezanya kali ini ialah Alhamdulillah, saya telahmempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup untuk membinasegalanya semula tetapi kali ini dengan kekuatan perhubungan yanglebih baik serta bimbingan dariNya.xxvi


www.hidupluarbiasa.com21 Formula Hidup Luar BiasaSegalanya berlaku dengan pantas. Selepas 7 tahun ‘tragedi’yang berlaku kepada saya, saya bersyukur Alhamdulillah perniagaankami telah mencapai tahap yang berkali ganda lebih baik dari dulu.Kami mempunyai perniagaan dan pelaburan di dalam pelbagai jenisindustri termasuk agensi pengiklanan berakreditasi 4A, syarikatyang terlibat di dalam pengurusan acara, syarikat latihan dankejurulatihan yang menjadi ‘passion’ saya untuk membantu ramaiusahawan berjaya dunia dan akhirat dengan pengalaman sayaselama ini, syarikat pelaburan hartanah, syarikat pengurusan danperkhidmatan korporat, syarikat penerbitan dan terbaru penubuhanKolej Keusahawanan saya sendiri di mana nilaiannya mencecah 9angka.Bukan itu sahaja, saya hidup lebih bahagia hari ini bersamakeluarga saya. Walaupun perkahwinan pertama saya gagal, tetapiAlhamdulillah Allah SWT beri saya peluang untuk membinakeluarga bahagia dengan isteri saya sekarang bersama anak-anaksaya dari perkahwinan dahulu dan sekarang.Dan perkara yang paling best tentang hidup saya hari ini adalahsaya bersyukur dapat berkongsi manfaat kepada ramai orang lainyang ingin keluar dari kesusahan hidup atau ingin tingkatkan tarafkehidupan dan kewangan seperti saya satu masa dahulu tetapidengan berpegang kepada 21 formula penting yang saya kongsikandi dalam dewan-dewan seminar saya terutamanya seminar IntensifMagnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan seminar Intensif RahsiaKuasa Minda Jutawan (RKMJ).21 formula yang dikongsikan di dalam bab-bab seterusnyadengan olahan bahasa Ustaz Haji Mohammad Asraff Ayob mengikutaplikasi dirinya selepas mempelajarinya dari seminar IMKK adalahagar ia mudah difahami oleh anda. Dan setiap formula ini sebenarnyaberasaskan daripada Al-Quran dan Sunnah serta hadis-hadis NabiSAW dan Ustaz Asraff sebagai seorang yang menghafal Al-Quranserta kefahaman ilmu agama yang tinggi, telah dapat membantuxxvii


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comsaya menjelaskan aplikasi formula-formula ini sebagaimana yangsaya kongsikan tetapi bersandarkan kepada Al-Quran dan hadisInsya Allah.Tetapi apa yang penting adalah bagaimana kita mengaplikasikandi dalam kehidupan seharian agar kita mencapai kejayaan danredhaNya dunia akhirat.Ini bukan buku agama tetapi ia buku formula untukmenghidupkan hati dan memperbaiki serta mencuci kolam jiwa kitaagar hati kita sentiasa mendekati Allah SWT dan lantaran itu akanmenarik lebih banyak kasih sayangNya serta redhaNya.Bila Allah SWT redha dan kasih kepada kita menjadi keutamaanhidup kita, saya dapati hidup kita akan menjadi lebih tenang dankeberkatan akan meluru datang melimpah ruah dalam hidup kitaserta di dalam setiap perkara yang kita lakukan.Saya berharap anda hayati setiap formula ini sehingga habisdan jadikanlah ia pegangan hidup anda dan keluarga anda. Mudahmudahandengan menghayatinya, hidup kita semua akan lebihberjaya dunia dan akhirat Insya Allah.Mari kita bacakan surah Al-Fatihah buat baginda RasulullahSAW, guru-guru yang membimbing saya selama ini, ibu bapakita semua, ahli keluarga kita yang masih hidup atau yang telahmeninggal dunia lebih awal dari kita serta buat diri kita sendiri.Semoga Allah SWT memberkati ilmu ini untuk kejayaan anda duniadan akhirat. Saya halalkan ilmu ini Insya Allah. Al-Fatihah.Semua mereka yang berjaya mempunyai beberapa persamaandan antaranya ialah, mereka mempunyai disiplin atau rutin yangmendekatkan mereka kepada kejayaan mereka serta impian mereka.Formula-formula yang dikongsikan ini jika diamalkan dengankonsisten, Insya Allah mampu membantu anda untuk memperbaikikolam jiwa anda serta menjadikan hidup anda lebih bahagia, sihat,kaya, berjaya dan diberkatiNya.xxviii


www.hidupluarbiasa.com21 Formula Hidup Luar BiasaSemoga berkat istiqomah anda mengamalkan formula-formulaini dan menjadikan ia sebagai kunci pegangan hidup anda. Ia bukansahaja dapat memperbaiki hubungan anda dengan Allah SWTtetapi juga dapat membina kehidupan anda yang luar biasa. Andadapat memberi manfaat serta inspirasi kepada ramai orang lainterutamanya keluarga dan generasi seterusnya.Azizan Osman21 Januari 2015New York, USADapatkan artikel tulisan saya diwww.AzizanOsman.comIkuti saya di :-FB Page : Azizan OsmanTwitter : @drazizanosmanInstagram : drazizanosmanYoutube : Azizan Osmanxxix


www.hidupluarbiasa.com


www.hidupluarbiasa.com2BAB DUAThe Power ofSeikhlas


www.hidupluarbiasa.com


www.hidupluarbiasa.comKata orang, ikhlas itu sukar. Saya juga mulanya percaya begitu, tetapiketika di Mesir saya belajar pengertiannya. Ia bukan dipelajari darisyarahan ulama besar di Masjid tetapi dari seorang ahli konglomeratMesir yang memilih untuk menjadi ’khadam’ masjid.Dari beliau saya memahami, ikhlas mudah dilatih cumaterpulang kepada kita samada ingin melakukannya atau tidak. Kinisaya kongsikan tipsnya dengan anda:Antara hobi saya bersama beberapa rakan ketika menuntutdi Mesir adalah menghadiri majlis zikir setiap malam Jumaat disebuah masjid terkemuka Kaherah. Di sana, akan ada ribuan jemaahmemenuhi masjid bermula dari maghrib hingga ke tengah malamuntuk berzikir, bermadeh, berselawat dan mendengar tazkirah paraulama.Jujurnya, kami tidak mengikuti semua aktivitinya. Kadangkadangkami asyik berlegar di luar, membelek kitab dan minyakwangi yang banyak terjual di kaki lima masjid. Ada juga waktusaya datang lewat, pukul sepuluh baru nampak muka kerana inginmakan percuma. Untuk makluman, masjid ini menyediakan juadahmakan malam kepada semua jemaah yang hadir.Dari ribuan pengunjung yang hadir, saya terfokus kepadaseorang tua. Umurnya lebih kurang enam puluhan. Aktivitinyaagak pelik. Selalunya kami tersua beliau di kawasan tandas masjid,sibuk memastikan kebersihan tandas terjaga. Kadang-kadang diaakan menjadi penjaga rak kasut. Elok tetamu tiba, kasut mereka


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comcepat-cepat beliau ambil untuk diletakkan di rak. Ada juga waktukami ternampak beliau di dalam masjid, setia menghulurkan ’syai’,teh panas Arab kepada tetamu. Jika tiada di dalam, mungkin kamimenemuinya di ’mat’am’, kafeteria masjid. Laksana general, beliaumenjadi orang kuat mengatur hidangan, memastikan semua jemaahmakan sekenyangnya.Benar, perbuatan orang tua itu pelik tetapi saya lebih pelikreaksi orang lain terhadapnya. Ramai yang menegurnya denganpenuh hormat dan ramah, melayaninya seakan-akan V.I.P. Tetapiada juga yang memperlekehkannya, mengherdik beliau dengankasar bila lambat hidangkan makanan.Anda pasti mengira beliau siak masjid bukan? Saya punmulanya begitu tetapi bila melihat beberapa ulama besar Al-Azhar melayaninya penuh ramah seperti kawan lama, saya fikirjawatannya bukan itu. Apabila mendapati beliau pulang dengankereta Mercedes ’S Class’ siap dengan driver setelah majlis zikirselesai, saya bertambah musykil. Pasti dia ini bukan calang-calangorangnya.Saya bertanya Mun’im, rakan Arab yang selalu bersama kami,’Ya Mun’im, enta a’rif man huwa? Anda tahu siapakah orangtua itu?’’Oooo… dia itu orang besar di Mesir. Namanya Muhammad AliRif’ah (bukan nama sebenar). Enta jangan lihat sebelah matasahaja. Kalau enta baca suratkhabar Al-Ahram, pendapatnyaselalu keluar di bahagian ekonomi...’’Haa? Dia big bisnesman ke?’ Saya terperanjat.’Bukan setakat big bisnesman, tapi dialah antara ketua syarikatpelaburan utama negara. Kira penasihat ekonomi Mesirlah.Orang kuat presiden tu...’32


www.hidupluarbiasa.comThe Power of Seikhlas’MasyaAllah! Tapi kenapa dia seperti orang biasa je?’ Saya cubamenggali lebih dalam.’Haa... itulah yang peliknya. Syeikh Robah (salah seorang tuanguru kami) pernah berbual dengannya bertanya soalan sama...’’Apa katanya?’ Saya memotong kata-kata Mun’im tandarasa ingin tahu terlalu tinggi.’Luar biasa dahsyat Asraff. Dia memang hebat. Seingat saya,katanya kepada Syeikh:’Dalam hidup saya, kemasyhuran sudah menjadi darah-daging.Ketika siang hari, saya sering dijulang dan dihormati manusia.Kadang-kadang saya terasa bersalah dengan Tuhan kerana carahidup begitu banyak menumbuhkan perasaan ria’ dan ujubpada diri.. Kerana itu ketika malam hari, saya mewajibkan dirimelakukan semua ini.....’Mun’im melepaskan nafas. Kemudian dia menyambungkata-kata Syeikh Robah tentang orang tua itu yang masihdiingatinya, ’Saya tidak kisah penghinaan, herdikan dancelaan kerana semua itulah yang menjadikan saya manusiasemula. Semua itulah yang menyedarkan yang saya ini hambaTuhan, tidak layak memiliki hati yang merasa tinggi, bagus dansebagainya....’Mun’im memandang saya, ’Ketika kita datang untuk belajarzikir, dia datang untuk belajar ikhlas Asraff....’33


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comSaya terkesima dengan penjelasasan Mun’im. Subhanallah, diamemang manusia ikhlas kerana sanggup melakukan perkara yangmanusia normal malu melakukannya. Pasti Tuhanlah penyebabnya.Pasti dia telah menghadam betul hikmah ayat ini :’Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu(golongan miskin) kerana Allah semata-mata, dan kamitidak perlukan sebarang balasan atau ucapan terimakasih darimu. Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami,takut ia kenakan kami azab pada hari di mana mukaorang bersalah masam berkerut-kerut’.(Surah Al-Insan, 9 dan 10)Mengapa beliau layak dijadikan contoh ikhlas?Para pembaca semua, saya yakin ketika membaca kisah ini andaterdetik, ’oh ikhlasnya dia’. Pandangan kita serupa kerana sedar, sukardi zaman sekarang untuk kita menemui individu terkenal sanggupmelakukan kerja ’lekeh’ di mata manusia. Lebih sukar untuk kitamenemui manusia melakukannya tanpa mengharapkan sebarangterima kasih, apatah lagi tepukan bahu atau ucapan tahniah.Yang diinginkan oleh ahli konglomerat tadi adalah belajarikhlas. Melakukan sesuatu kerana Tuhan, untuk Tuhan. Lillahi Ta’ala.Yang diutamakannya adalah belajar mensucikan hati. Dia percaya,dengan membersihkan kotoran tandas, Tuhan akan membersihkansegala keladak hatinya. Dia yakin, dengan berlapang dada terhadapsegala kata negatif manusia, Tuhan akan memperbetulkan ’alignment’hatinya.Memperbetulkan hati agar berniat ikhlas kerana Allah Ta’ala.Berita akhir saya dengar dari Mun’im, beliau telahpunmeninggal dunia. Saya doakan rohnya disambut gembira paramalaikat di syurga. Yang penting, kita jadikan kisah beliau sebagaibatu loncatan untuk menyelongkar makna dan manfaat ikhlas sertamempelajari bagaimana ia mampu membersihkan hati.34


www.hidupluarbiasa.comThe Power of SeikhlasApakah ikhlas?Tuhan sering mengingatkan kita untuk hidup ikhlas keranaNya.Ketika membaca doa iftitah di awal solat, kita ulangi berkali-kalipengertian ikhlas : ’Inna solati wanusuki wamahyaya wamamatiilillahi Robbil A’lamin’.Maksudnya, ’Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matikusemuanya kerana Allah Tuhan sekelian alam’.Saya tertarik dengan analogi yang Allah SWT gunakan dalamAl-Quran untuk menjelaskan maksud ikhlas. Jika anda rujuk SurahAn-Nahl ayat 66, ada perkataan ’khooliso’ di dalamnya. Ia adalahkata dasar bagi perkataan ikhlas yang kita gunakan. Melalui ayatitu Tuhan mengibaratkan susu sebagai ’labanan kholiso’: minumanyang suci murni. Ia dianggap ’kholiso’ kerana, meskipun tempatnyadalam badan haiwan bercampur dengan najis dan susu, ia tetapmengekalkan kesuciannya. Kita tidak akan terjumpa susu bercampurdarah atau susu yang tercemar dengan kotoran najis.Amati ayatnya:’Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamuberoleh iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripadaapa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dariantara hampas makanan dengan darah (iaitu) susu bersih,mudah diminum, lagi sedap rasanya.’(Surah An-Nahl, 66)Dari situlah datangnya maksud ikhlas. Sesuatu yang kekalbersih tidak bercampur dengan elemen lain. Apabila melakukansesuatu, anda tidak mencampuradukkan niat selain dariNya.Semuanya kerana Allah Ta’ala sahaja.Semak maksud ikhlas yang disampaikan secara langsungmenerusi ayat ini:35


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.com’Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembahAllah dengan ikhlas kepadaNya dalam (menjalankan)agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solatdan menunaikan zakat, dan itulah agama yang lurus.’(Surah Al-Bayyinah, 5)Kerana itu jika anda perasan, kandungan Surah Al-Ikhlasyang sering kita baca, kandungannya berlegar tentang Allah SWTsahaja. Allah itu tunggal. Jika kita kesusahan, minta tolong dariNya.Dia tidak memiliki anak dan tiada ibu-bapa. Dan tiada yang samasepertiNya.Keempat-empat ayat mengarah kita kepada fokus utama:Lillahi Ta’ala. Ikhlaskan niat hanya kerana Dia, tidak yang lain.Jika ada niat berkembar, menurut Imam Ghazali dalam kitabnyaIhya Ulumiddin, anda dianggap sedang melakukan dosa syirikkecil kerana menduakan Allah secara tidak langsung. Dalambanyak-banyak dosa, Dia amat murka dengan dosa syirik keranaberdasarkan ’common sense’, anda pun tidak suka diduakan. Bukan?Saya yakin anda mengangguk setuju. Bayangkan jika kitamelakukan kebaikan bukan keranaNya, pasti Dia akan menolaksemua kebaikan itu kerana tiada ’Lillahi Ta’ala’ di dalamnya.Saya datangkan contoh apakah maksud melakukan amalanbukan kerana Allah Ta’ala. Jika kita merengus kerana penerimasedekah tidak berterima kasih atas wang yang kita hulurkan, itumenunjukkan kita tidak ikhlas. Amalan kita amat dipengaruhi olehreaksi orang lain. Kita bersemangat melakukan kebaikan ketikaorang lain menghargai atau paling tidak tersenyum. Namun ghairahkita hilang bila dicemuh atau tidak mendapat apa-apa balasan.Nampaknya niat kita membantu kerana mengharapkan pujianmanusia, bukan reda Ilahi.Kerana itu ulama sering menasihatkan, perhatikan motif danniat yang menggerakkan tindakan anda. Pastikan ia menuruti tigaperkara yang diperincikan oleh ulama besar, Dzunun al-Misri ini:36


www.hidupluarbiasa.comThe Power of SeikhlasPertama, pujian dan cacian yang diterima dianggap sama, tidakada bezanya.Kedua, perbuatan yang telah dilakukan tidak dipedulikan lagi.Anda telah melupakan segalanya.Ketiga, anda tidak mengharap balasan pahala di akhirat. Yanganda tahu, terserah pada Tuhan untuk mengadili semua itu.Jelas di sini, rahsia ikhlas itu hanya anda dan Tuhan sahaja yangtahu kerana tempatnya di hati. Tiada sesiapapun yang memilikiakses untuk menyelongkar hati selain anda dan Allah Ta’ala.Disebabkan ia terlalu sukar dikesan, ulama sering mengibaratkanikhlas seperti anda mencari semut hitam di atas batu hitam padamalam hari yang amat gelap-gelita. Dalam satu ceramah, saya pernahmendengar seorang ulama tasauf mengatakan, sesuatu perbuatandianggap ikhlas apabila malaikat sebelah kanan pun tidak sempatmenulis kebaikannya, apatah lagi malaikat sebelah kiri. Apatah lagimanusia. Ia hanya rahsia antara anda dan Tuhan sahaja.Begitulah lebih kurang yang saya ingat.Anda sedang garu kepala?Mungkin sesetengah pembaca garu kepala bila mendapati, ikhlasamat sukar dicapai. Barangkali ada yang terfikir ’Aduhai...pasti semuayang saya kerjakan selama ini tidak ikhlas.... cari rezeki pun kerana nakmenyara keluarga. Belajar pun kerana nak cari kerja bagus...’Kalau begitu, benarkah langsung tidak tersisa walau sedikitpunrasa ikhlas dalam amalan kita?Para pembaca budiman, jangan cepat bersedih hati. Saya punyaerti ikhlas kedua. Ia lebih mudah untuk anda dan juga saya.Ulama menjelaskan lagi, suatu amalan dianggap ikhlas apabilaia dilakukan berdasarkan acuan yang Tuhan sarankan.37


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comSaya berikan contoh, jika anda mencari rezeki bersungguhsungguhdengan rasa tanggungjawab untuk menyediakankehidupan yang lebih bermakna untuk keluarga, anda dianggapikhlas.Niat anda itu, walaupun tidak menyertakan ’Lillahi Ta’ala’ padazahirnya, ia tetap termasuk dalam makna ikhlas kerana selari dengansaranan Rasulullah SAW :’Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) denganjalan yang halal dan menahan dirinya dari memintaminta(tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencarinafkah untuk keluarganya serta bersikap belas kasihan,kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di harikiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah denganmukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktumalam’.(Hadis riwayat Tabrani)Tetapi, janganlah pula usaha mencari wang melalaikan anda darimengingati Allah. Dalam kata lain, walaupun anda ikhlas mencarirezeki hingga ke tengah malam kerana hendak membesarkan anak,itu tidak bermakna anda bebas meninggalkan solat.Tidak. Bukan begitu sifirnya, kerana anda telah melanggarperintah Tuhan:’Wahai orang beriman, jangan kamu dilalaikan oleh(urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripadamengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya) daningatlah sesiapa yang melakukan demikian, maka merekaitulah orang yang rugi’.(Surah Al-Munafiqun, 9).38


www.hidupluarbiasa.comThe Power of SeikhlasMalah, anda dianggap lebih teruk jika dari awal lagi sudahtidak ikhlas. Anda bersungguh mencari wang kerana ingin puaskannafsu beli kereta mewah untuk tujuan berlagak, menunjuk-nunjukkejayaan depan bekas kekasih.Ketika itu yakinlah tiada ikhlasnya tindakan anda. Bukansetakat itu, yakinlah tiada keberkatan dalam rezeki anda. Bersedialahuntuk bersedih kerana malaikat sebelah kiri sedang berlumbamenulis segala dosa riak anda.Oleh itu, pastikan semuanya ikhlas dari awal hingga akhir.Pastikan segalanya menuruti formula ikhlas yang Rasulullah SAWterangkan:’Jika dia keluar mencari rezeki kerana anak kecil, makadia berada di jalan Allah. Jika dia keluar mencari rezekiuntuk kedua ibu bapanya, maka dia berada di jalan Allah.Jika dia mencari rezeki untuk dirinya sendiri, maka diaberada di jalan Allah, dan jika dia mencari rezeki denganperasaan riak dan membangga diri, sesungguhnya diaberada di jalan syaitan’.(Hadis riwayat Tabrani)Berdasarkan kefahaman di atas kita boleh membuat satukesimpulan, segala amalan yang kita lakukan dikira ikhlas bila iadiniatkan kerana kebaikan.Anda dianggap ikhlas bila menderma sepuluh ringgit denganniat kasihankan anak kecil kelaparan. Anda dianggap ikhlas bilabersengkang mata mencari rezeki kerana ingin anak berjaya dalamhidup. Anda dianggap ikhlas bila bersungguh menelaah pelajarandemi sekeping sijil agar masa depan lebih bermakna.Saya fikir, kita mula menarik nafas lega dengan penjelasankedua ini. Tetapi masih ada lagi perkara yang memeningkan kita.Benarkah ikhlas mampu membersihkan keladak hati?39


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comBagaimana ikhlas mampu membersihkan hati?Saya akui, walaupun dengan penjelasan kedua, ikhlas masih kekokmenduduki hati kita kerana ia dipenuhi ’gangsters’ keladak hatiseperti riak, ujub, bangga, rasa bagus dan sebagainya.Saya rasa, dari memikir-mikir bagaimana hendak mencariikhlas kerana Allah, lebih baik kita tumpukan langkah pertama, iaitubagaimana menjadikan ikhlas sebagai sarana membersihkan hati.Para pembaca budiman, mengapa perkara ini perlu ditumpukandahulu?Saya percaya, semua perkara bila diikhlaskan kerana AllahSWT, hasilnya pasti suci. Mungkin selama ini usaha kita kurangmenjadi kerana kita kurang ikhlas kepadaNya. Kita campurkan niatmencari rezeki dengan perkara-perkara mengotorkan hati sepertiriak, ingin dipandang hebat dan sebagainya. Alih-alih dari keranaAllah, ia bertukar kerana ’show-off’.Cerdik-pandai menasihatkan, jika awalnya tidak betul,hujungnya pasti hancur. Kerana itu, segala usaha kita dalamperniagaan sering tersekat kerana Tuhan tahu, kita bakal menjadilebih teruk jika jutaan ringgit mencurah. Dia sedar, kita semakin jauhdari mengunjungi rumahNya apabila mahligai mewah kita siap.Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh buat pusingan’U’. Dalam Islam ada banyak cara untuk kembali ke pangkal jalan.Pintu taubat masih terbuka luas. Dengan beristighfar dan kembalimengikhlaskan niat, Tuhan pasti mensucikan hati anda dengankeikhlasan yang ditunjukkan. Tuhan pasti menempatkan anda dalam’highway’ rezekiNya semula. Ini janji Tuhan:’Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Diaakan mengadakan baginya jalan keluar (makhroja), danmemberinya rezeki dari sumber yang tidak ia sangka.’(Surah Al-Talaq, 2-3)40


www.hidupluarbiasa.comThe Power of SeikhlasMalah, silap-silap Tuhan turut datangkan rezeki ’makhroja’kepada anda.Apakah rezeki ’makhroja’? Ia bermaksud, rezeki yang tidak andasangka. Jalan keluar kepada segala kepayahan. Perkara ini tidakmustahil, bahkan pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Kisahtiga pemuda yang Allah SWT perkenankan hajat utamanya keranamanfaat ikhlas yang dilakukan sebelumnya.Hadisnya sahih riwayat Bukhari. Namun, disebabkan ia amatpanjang, saya pendekkan dengan berkongsi fakta pentingnya sahaja.Pada zaman Rasulullah SAW, ada tiga lelaki terperangkapdalam gua kerana ada batu besar menutupi pintunya. Mereka buntukerana setelah segala usaha fizikal dilakukan, batu itu langsung tidakbergerak. Ia tetap di tempatnya.Seorang darinya mencadangkan, ’apa kata kita berdoa bersungguhkepada Allah dengan menyebut amal paling soleh dan ikhlas yang pernahkita lakukan?’Semuanya bersetuju. Lelaki pertama memulakan kisahnya.Dahulu dia pernah menahan dari memberikan susu kepadaanaknya yang menangis kerana ingin dahulukan orang tuanya. Diapun berdoa, ’Ya Allah, jika saya berbuat begitu kerana mengharapkankeikhlasanMu, maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.’Dengan izin Tuhan, batu itu bergerak tetapi sedikit sahaja.Lelaki kedua mengambil-alih bercerita. Dahulu dia pernah mencintaisepupunya sendiri dan dalam satu kesempatan, mereka berpeluangmelakukan zina. Ketika ia hampir terjadi, tiba-tiba ia tersedar danbertaubat. Lalu terselamatlah dia dan sepupunya, wanita cantik itudari perbuatan yang akan dikutuk Tuhan berzaman-zaman.Dia menyambung, ’Ya Allah, jika saya meninggalkan zina keranatakut kepadaMu dan mengharap redaMu, maka gerakkanlah batu yangmenutupi gua ini.’Batu itu bergerak sedikit namun masih belum mencukupi untukmereka lepas keluar.41


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comLelaki ketiga meneruskan. Dia pernah memiliki pekerjayang tiba-tiba menghilangkan diri, tidak mengambil gajinya. Laluwangnya itu diuruskan dalam bentuk pelaburan lain. Alhamdulillah,hasilnya amat lumayan. Tiba-tiba suatu hari pekerja itu datang danmenuntut segala haknya. Dia dengan ikhlas memberikan segalanya,gaji pokok termasuk segala hasil pelaburan tanpa menuntut walausedikitpun.’Ya Allah, sesungguhnya saya lakukan itu kerana mengharapkanredaMu, maka gerakkanlah batu itu.’Maka dengan izin dan rahmat Tuhan, batu itu pun bergeraksepenuhnya dan mereka dapat keluar dari gua tersebut.Para pembaca budiman, mata anda pasti bersinar dengan kisahini bukan? Inilah kuasa ikhlas, anda akan dibantu Tuhan bukansetakat di akhirat, malah di dunia lagi.Begitulah manfaat ikhlas, ia ibarat peluru yang sedia digunakanketika anda di saat genting. Simpanlah banyak-banyak pelurutersebut. Cari segala jalan untuk memilikinya kerana kita sedar,ia amat berguna di saat genting, saat anda tersekat dengan ’batu’masalah kehidupan.Jika ikhlas masih sukar,cuba belajar dari kanak-kanak pula ....Semua cerita di atas memang menginspirasikan kita untuk ikhlas,cuma saya khuatir masih ada ’tapi’ dalam minda kita. Ada yangbertapi, ’ahli perniagaan yang ustaz ceritakan tu bolehlah ikhlas. Dia dahkaya. Saya ni motor pun belum mampu beli lagi....’Mungkin ada yang beralasan ’ustaz, tiga pemuda itu hidup dizaman Rasul. Zaman segalanya mungkin. Zaman Rasul ada depan matauntuk kita belajar ikhlaskan hati.....’Jika segala ayat Al-Quran, hadis Rasul dan cerita kecil sayadi atas sukar kita hadam, saya akan bawakan contoh lebih mudah.Contoh lebih kecil agar kita tiada alasan lain selepas ini untuk belajarmempraktikkan ikhlas.42


www.hidupluarbiasa.comThe Power of SeikhlasKisahnya datang dari seorang murid saya, pelajar darjah duasahaja. Saya berpeluang mengajarnya ketika menjadi guru sementarapada tahun 2004 di Sekolah Kebangsaan Berisu, Melaka.Sekolah itu kecil sahaja. Murid darjah dua hanya dua belasorang. Antara mereka ada seorang pelajar lelaki yang amatnakal. Jika saya menulis di papan hitam, dia pasti tidak dudukdiam di belakang. Ada sahaja rakan menangis diganggunya.Geram saya dibuatnya. Bila dihukum atau dimarahi, dia hanyatersenyum sahaja. Kerja rumah pula jarang disiapkan. Asyik-asyik’saya lupa ustaz’, itulah alasannya. Rasanya sepanjang saya mengajardi situ, dialah murid yang paling banyak ditegur dan dimarahi.Dialah pelajar yang paling banyak menaikkan darah saya.Tetapi dalam nakalnya itu, dialah murid paling rajin membantuguru. Jika kapur habis, tanpa disuruh pun dia akan berlari ambilkandi pejabat. Kalau papan hitam kotor, belum sempat saya beri arahandia sudah berebut hendak tolong padamkan. Habis kotor seluar birupekatnya dengan habuk papan hitam itu. Dia tetap tersengih sahaja.Paling mengharukan bahkan sampai sekarang saya ingati,peristiwa sambutan hari guru. Ketika itu saya baru sahaja tiba sekolah.Belum sempat hendak keluar dari kereta, dari jauh dia melurudatang, menjerit nama saya ’Ustaz Asraaaff, selamat hari guruuu!’Semua rakannya melopong. Guru lain pun terperanjat.Dia dengan tersenyum terus hulurkan saya hadiah hari guru.Saya mengambilnya dan dia terus berpaling, lari ke arahrakannya untuk menyambung ’tugasan’ biasa: mengusik mereka.Wallahi, saya amat terharu dengan kejadian itu. Sungguhterharu. Mendapat hadiah hari guru dari anak murid yang langsungtidak disangka. Hadiahnya biasa sahaja. Mug air terukir tulisan’selamat hari guru’ yang nilainya tidak sampai lima ringgit.43


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comTetapi sampai sekarang saya simpan cawan itu. Nilailebih mahal dari lima juta ringgit kerana ia mengajar saya ertiperkataan ikhlas dan hati suci. Walaupun kerap dimarahi, pelajarini tidak pernah menyimpan benci. Hatinya amat suci dan mulia.Saya doakan anak murid ini berjaya dalam hidupnya. Saya jugadoakan anda selaku pembaca mendapat pengajaran sama: erti hatiyang ikhlas dan suci.Semoga kisah anak kecil ini membantu kita mencapai kebesaranerti ikhlas kerana Allah Ta’ala.44


www.hidupluarbiasa.com4BAB EMPATThe Power ofSyukur


www.hidupluarbiasa.com


www.hidupluarbiasa.comDan ingatilah pesan Tuhanmu ‘Sesungguhnya,jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKukepadamu, dan jika kamu kufur dan ingkar,Sesungguhnya azabKu amatlah keras.(Surah Ibrahim, 7)Pesan para bijaksana - Rasa kebahagiaan jiwa mudah dicapai apabilakita bersyukur atas segala nikmatNya.Pagi tadi saya mulakan hari dengan markah cemerlang. Bangunpukul lima pagi untuk solat tahajud dan taubat. ‘Berdua-duaan’bersamaNya, berdoa mengharapkan hari berjalan lancar penuhbarakah. Kemudian saya menguak fajar pagi, keluar ke masjid solatsubuh berjemaah. Di situ semua aktivitinya barakah: sesi tazkirah,bacaan Quran serta bersilaturrahim sesama jiran. Setelah semuanyaselesai, saya pulang dengan motorsikal yang dipandu perlahanuntuk menikmati keindahan matahari yang baru menjengukkandirinya, diiringi decitan puluhan burung yang ceria keluar mencarirezeki di pagi hari.Alhamdulillah, permulaan hari yang positif.Walau bagaimanapun, episod berbeza menanti sebaik kakimenjejak rumah. Aqif, anak yang baru mencecah setahun merengektanpa henti sementara Aliya pula ‘tantrum’ bila dikejutkan ibunya.


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comKetika kecoh melayani mereka, bunyi ‘paang’ pula kedengaran.Bibik pecahkan pinggan tanpa sengaja. Isteri saya apa lagi, mulalah‘berceramah’ – ‘hati-hati bibik. Pinggan tu mahal!’. Saya tidak mahumelanjutkan isi ceramahnya. Anda pasti dapat meneka.Sarapan masih belum siap. Perut lapar. Saya fikir lebih baikbawa mereka sarapan di luar. Elok enjin kereta hendak dihidupkan,musibah lain datang. Tayar belakang pancit. Bila pula ia terkenapaku?Saya menepuk dahi yang mula berdenyut. Mati akal.Segalanya tiba-tiba serba tak kena. Tetapi itulah kehidupan.Saya, anda bahkan sesiapa sahaja pasti melalui dua sisi yang telahTuhan pasangkan: bahagia dan bencana, mudah dan sukar, sukadan duka. Allah SWT berfirman:‘….Dan masa (senang dan susah) itu Kami gilirkan diantara manusia ..’(Surah A’li Imran,140)Namun ramai manusia tidak hiraukan sifir kehidupan ini.Mereka ingin segalanya lancar belaka. Kalau boleh mereka mahusemua hari cerah: saham naik, tiada traffic jam, air kopi yang dipesantidak terlebih manis, anak bangun pagi ceria, boss setiap hari belanjamakan, (anda tambahkan lagi senarainya…).Maaf, kehidupan yang Allah SWT tetapkan tidak demikian.Selagi kita hidup di dunia, kita tidak akan menemui kehidupan ‘fullcontrol’ kerana kita hanyalah hamba bukannya Tuhan yang Maha‘Kun Fayakun’.Namun adakah kita terpaksa menuruti arus? Bila sedihberduka, bila senang kita ketawa?Tidak semestinya, kerana Tuhan telah kurniakan beberapakaedah untuk mengendalikan diri. Kita tidak mungkinmengendalikan ‘dunia luar’ sepenuhnya, tetapi kita berupaya70


www.hidupluarbiasa.comThe Power of Syukurmengendalikan ‘dunia’ di dalam. Dunia dalaman atau ‘kolam hati’,jika dikendali dan dibekalkan dengan kepercayaan yang betul, andaakan kekal positif dan bahagia tidak kira sekuat mana pun taufandunia luar melanda.Dan salah satu kaedahnya adalah rasa SYUKUR.Bagaimana syukur mampu menjadikanhidup anda bahagia?Rasa syukur menyimpan rahsia terbesar bagaimana menjalanikehidupan yang ‘wonderful’. Hidup penuh cinta, kesihatan luar biasadan fikiran positif walaupun masalah menerpa setiap hari. Keranaitu para ulama menasihatkan kita bahawa sikap syukur adalahaspek utama penataan hati yang perlu kita hadirkan jika inginkankehidupan yang penuh dengan ‘mukjizat’.Mukjizat berbentuk ‘exit door’ seperti tongkat Nabi Musa yangamat berkuasa ketika anda dikepung sejuta ‘tentera firaun’ masalah.Saya pernah berpengalaman menghadapi masalah besar sebegini.Situasi di mana kita sedang berhadapan masalah yang tidak mampudiselesaikan walaupun kita punya wang berjuta dan kepintaran luarbiasa.Saya akan memperincikan lagi situasinya. Suatu hari ketikasedang duduk membaca akhbar, saya tiba-tiba merasa sakit didada. Ia menyucuk-nyucuk. Datangnya secara mengejut dan selepasseminit dua ia hilang. Kemudian pada malamnya ia menyerangkembali.Perkara ini berulang beberapa hari dan ketika itu sayamembayangkan ‘sakit jantung ke?’.Ia belum disahkan lagi tetapi saya sudah berfikir bukan-bukan.‘Agaknya lagi 6 bulan sahaja hidup lagi...’. Akibatnya, seminggu itusaya berkelakuan agak pelik. Aliya amat gembira kerana apa yangdiinginkannya di kedai semuanya dipenuhi. Isteri saya semakin71


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comkerap dibelai. Ketika ini, saya amat merasakan bahawa segalayang ada di sekeliling seperti insan tersayang, rumah kecil comeldan kereta buruk yang bising enjinnya ketika dihidupkan tiba-tibabertukar menjadi nikmat paling besar.Apabila sebentar lagi anda menjadi ‘nothing’, segala perkaranormal dianggap penting.Isteri saya menyedarinya. ‘Abang, ada masalah ke?’ Dia bertanya.Sambil mengusap wajahnya, saya menjawab, ‘Abang rasa macamsakit jantung sebab dada rasa sakit menyucuk beberapa hari ni….’Dia kelihatan terperanjat, tetapi fikiran logiknya bertanya ‘betulke? Abang dah pergi check doktor?’‘Belum. Abang agak-agak je sebab internet kata begitu….’‘Hmm....’ dia tersenyum menggeleng. ‘Apelah abang ni. Internetitu bukannya betul sangat sebab ia tak dapat jalankan diagnosis. Dariberfikir bukan-bukan, lebih baik abang jumpa doktor esok untuk pastikanpenyakitnya...’.Esoknya saya bertemu doktor dan benar telahan isteri. Berfikirnegatif, merujuk sumber kurang autoriti serta membuat kesimpulansalah bukanlah teknik penyelesaian yang baik. Setelah menjalanimedical check-up, doktor menerangkan sesuatu yang melegakan hati:‘Encik Asraff, sebenarnya ini hanya sakit otot dada sahaja. Ia mungkindisebabkan anda mengangkat sesuatu yang berat sebelum ini. Jangan risaukerana dalam dua ke tiga minggu ia akan hilang….’Saya tersenyum sendirian. Rasa kurang cerdik pun ada. Rasalega pun ada. Tetapi para pembaca semua, peristiwa ini benar-benarmengubah diri saya. Ia banyak mengajar erti BERSYUKUR. Rasaberterima kasih terhadap segala yang Tuhan kurniakan walaupunsekecil satu helaan nafas.Saya insaf dan faham benar kata cerdik-pandai: nikmat akanmula dihargai apabila ia hilang dari genggaman. Saya tidak mahusampai ke tahap itu. Bersyukur bila nikmat hilang dan Alhamdulillah,peristiwa ini benar-benar mengubah pandangan hidup: menjadi72


www.hidupluarbiasa.comThe Power of Syukurseorang yang menghargai apa yang dimiliki, mengatakan hal-halbaik mengenainya dan menjaganya dengan sempurna.Kebahagiaan rupanya tidak perlu dicari. Ia sudah ada depanmata. Kita sekurangnya memiliki beberapa perkara yang jikadirenungkan akan membuat kita merasa bahagia dan selalu ceria.Yang penting kita perlu belajar mengubah pandangan hidup: darimelihat segalanya dari kacamata ‘tiada’ kepada melihatnya menerusiteropong ‘syukur’.Jika ia sudah dikuasai, kita akan mudah faham mengapa NabiSulaiman meminta Tuhan ‘ajari’ Baginda cara bersyukur:’…. Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetapbersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakankepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya akutetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, danmasukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalamkumpulan hambaMu yang soleh’.(Surah Naml, 19)Tetapi, mengapa manusia jarang bersyukur?Normalnya, setiap manusia akan mensyukuri perkara baik yangdiperolehinya. Inginkan anak mendapat ‘full A’ dalam peperiksaan,ia berdoa bersungguh dan Alhamdulillah doanya dikabulkan, iabersyukur.Tetapi dalam kehidupan, ‘full A’ tidak sering berlaku. ‘Result’yang kerap diperolehi adalah ‘2A 4B 2C dan 1E’. Maka ketika ituramai yang akan bersungut, menyalah dan bersikap negatif. Soalnyamengapa kita begitu mudah lupa bersyukur?Jika diselidiki, ia berpunca dari dua perkara iaitu apa yang kitafokuskan dan keinginan untuk membanding diri.73


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comThe law of focus adalah satu tabiat umum di mana manusia akanfokuskan perhatian, tenaga serta fikiran terhadap suatu perkarasamada positif atau negatif. Selalunya, minda manusia yang kurangbersyukur akan menumpukan perkara negatif. Contohnya dalamkeputusan peperiksaan tadi, mereka lebih suka memfokuskan hurufB, C dan E, bukannya A.Jika kita bersembang dengan manusia sebegini, kita dapati apasahaja yang keluar dari mulut mereka semuanya malang, nasib tidakbaik, negatif dan duka sahaja. Mereka fikir, hidup ini tiada yangpositif: merekalah paling tidak hensem, punya isteri paling cerewet,anak tidak menjadi, pemerintah tidak adil, jalan asyik jam hatta wangdi bank pun negatif! Tiada yang baik keluar dari mereka, seolahnyahidup di dunia sudah bertukar menjadi neraka.Kebahagiaan tampaknya sudah tidak sudi mendekati.Berita buruknya, jika kita terus-menerus memikirkan perkaranegatif, ia akan automatik bertambah. Ini merupakan aturan Ilahi:‘.....jika kamu mengingkari nikmatKu, sesunguhnyaazabKu amat pedih.’(Surah Ibrahim, 7).Semakin kita ingkarkan nikmat, semakin banyak masalahtimbul. Apa nak buat. Apa yang difokuskan, itulah yang akandatang.Kerana itu para bijaksana menasihatkan, control your mind.Ajarinya untuk fokuskan perkara baik kerana ia banyak terpapardepan mata. Memang, kadangkala ketika menggunakan tandasawam, kita mendapati air di sinki tidak bertutup dan tandas tidakdi’flush’. Tetapi bukankah anda punya banyak pilihan lain? Masuklahtandas lain yang lebih bersih. Benar air sinki lupa ditutup, tetapi apasalahnya jika kita ringankan tangan menutupnya? Dapat juga pahala‘free of charge’.74


www.hidupluarbiasa.comThe Power of SyukurAlihkan perhatian dari melihat negatif kepada positif. Tidakkahanda perasan tandas itu cukup kemas? Tisunya cukup, lantainyadilap dan sabun tangan masih ada? Atau at least, anda masih sempatke tandas untuk melepaskan hajat. Itu perkara paling besar harusdisyukuri berbanding anda tidak bertemu tandas langsung.Kalau itu berlaku, anda memang malang berganda!Oleh itu, belajarlah untuk bersyukur walaupun hikmahnyamasih belum diketahui. Sebab ia akan membuka fikiran anda untukkekal melihat jauh ke depan dengan penuh rasa optimis.Perkara kedua yang selalu menggagalkan kita untuk bersyukuradalah sikap suka membandingkan diri dengan orang lain.Jiran ada kereta besar, kita beriya hendak menukar kereta besarpadahal kereta yang baru dibeli tahun lepas masih elok. Hutangnyamasih belum langsai. Rakan mengubahsuai rumah, kita punmenuruti mereka hingga sanggup berhutang di luar kemampuandiri hanya untuk membandingkan rumah kita tidak kalah hebatnya.Kepada manusia sebegini, ada baiknya mereka merenungkata ini: ‘Kebahagiaan tidak akan pernah dimiliki jika kita hanya melihatkebahagiaan milik orang lain dan selalu membandingkan hidup kita denganhidup orang lain’.Pernah dalam satu sesi kaunseling yang saya kendalikan,seorang pelajar menangis kerana baru putus cinta. Ia bukantertekan kerana cintanya tidak kesampaian tetapi tekanan itudatang dari perasaan malu dianggap tiada ‘couple’ sedangkanrakan lain semuanya telah berpunya. Saya cuba tenangkannya danmencadangkan beberapa solusi tetapi setiap kali sesi berikutnyaberlangsung, keadaannya masih sama. Akhirnya saya mencubasesuatu yang baru.‘Kakak, cuba berdiri’.‘Mengapa ustaz?’ ia yang asyik mengesat air mata tiba-tibahairan.75


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.com‘Berdiri sebelah kaki dan tolong jalan keluar dari bilik ini sekarang’.Saya menyambung arahannya.Ia yang dalam kehairanan menuruti sahaja cadangan itu.Memang agak kekok bila berjalan terloncat-loncat sebelah kaki.Hampir sahaja ia terjatuh melanggar pasu bunga jika ustazah yangmenemani sesi kami tidak menyambar tangannya.Saya memanggilnya semula dan berkata, ‘apa kata jika perkaratadi benar-benar terjadi? Sebelah kaki awak benar-benar tiada. Sempatkahawak melayani perasaan malu tiada couple?’Air mukanya berubah. Agak terperanjat dengan kesimpulanyang saya datangkan. Kemudian, dengan muka yang menundukdia menjawab ‘tidak ustaz.’‘Tiada guna jika awak fokuskan perkara ini hingga abaikan seribusatu nikmat lain depan mata. Awak abaikan harapan ibubapayang mahukan awak cemerlang. Khianati nikmat yang Tuhankurniakan kerana tidak bersyukur. Lebih baik awak banyakkantaubat dan fokuskan untuk belajar bersungguh-sungguh. Usahfikirkan soal couple terlalu awal kerana Allah pasti menjodohkanawak dengan insan lebih baik suatu hari nanti. Itu janjinya.Attoyyibuuna lit Toyyibaat....’Alhamdulillah, pelajar ini kembali normal. Peristiwa tersebutmengingatkan saya kepada Nick Vujicic, seorang warga Australiayang tiada tangan dan kaki tetapi hidupnya lebih gembira darimanusia biasa. Ia bermula apabila beliau memutuskan untukmenjalani hidup dengan pemikiran ‘gelas setengah penuh’ bukannya‘setengah kosong’. Bagi Nick, kehidupan ini boleh dilalui denganpenuh kegembiraan walaupun no arms and no legs.No worries!76


www.hidupluarbiasa.comThe Power of SyukurBenar sungguh kata Tuhan: laa yukallifullahu nafsan illa wus’aha.‘Kami tidak pernah membebani manusia melebihikemampuannya…’(Surah Al-Baqarah, 286)Moga kita mempelajari sesuatu dari Nick. Moga kita diberikanhati yang pandai bersyukur. Moga kita diizinkan Tuhan untukdigolongkan dalam kumpulan yang ‘sedikit’.Apa maksud golongan sedikit?Anda akan memahaminya dari kisah ini: pada zaman Saidina UmarAl Khattab, ada seorang pemuda sering berdoa di sisi Baitullahdengan doa agak pelik: ’Ya Allah! Masukkanlah aku ke dalam golonganyang sedikit.’Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika sedangmelakukan tawaf di Kaabah. Beliau hairan dengan permintaanpemuda itu lalu selesai tawaf, beliau memanggilnya dan bertanya,’Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa? Tidak adakah permohonan lainyang engkau pinta?’Pemuda itu menjawab, ‘Wahai Amirul Mukminin. Saya membacadoa itu kerana saya takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’rafayat 10: ’’Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekaliandi muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber)penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur.’’ Sayamemohon agar Allah memasukkan saya dalam golongan yang sedikit itu,kerana terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah....’.Anda mahu masuk ke golongan ini? Belajarlah bersyukursekarang.77


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comLima teknik berlatih bersyukurBerteori tentang syukur memang mudah, tetapi mengamalkannyatidak semudah membaca bab ini. Disebabkan mindset kita rataratanyamasih meletakkan ‘setting’ ‘suis’ syukur di kedudukan ‘off’,kita sering lalai melakukannya.Lalu bagaimana cara terbaik untuk ‘on’kan suis syukur? Sayaada beberapa cadangan :1. Latih diri untuk bersyukur setiap saat,hatta nikmat terkecilApakah maksud bersyukur terhadap nikmat terkecil?Saya akan berkongsi perspektifnya melalui pengalaman ini:sewaktu saya menghadiri satu seminar antarabangsa di Singapura,penceramahnya mengadakan satu aktiviti yang memberi impakamat besar. Kata-katanya dalam bahasa Inggeris, tetapi biarlah sayaterjemahkannya dengan bahasa buku ini sahaja:’Para penonton sekelian, sila ambil duit syiling satu sen yangpetugas kami berikan kepada anda sekarang..’Antara lima ribu peserta seminar, ramai yang mengambilnya.Tetapi ada juga yang buat acuh-tak-acuh.’Sekarang, sila campakkan duit syiling satu sen itu ke lantai.’Maka berdenting-dentinglah dewan seminar dengan bunyi duitsyiling dicampakkan. Saya akui ia agak mengujakan, cuma masihtertanya-tanya apa hikmah aktiviti mudah ini.Penceramah utama berceloteh sebentar. Membuat satudua’mild jokes’ untuk menceriakan suasana. Kemudian beliaumemberikan arahan baru:78


www.hidupluarbiasa.comThe Power of Syukur’Dalam satu minit, sila kutip semula duit syiling satu sen tadisekarang!’Katanya dengan diiringi muzik ringan untuk menceriakanaktiviti.Selalunya apabila beliau memberikan arahan, 5,000 peserta akanmenurutinya tanpa banyak soal. Tapi kali ini lain pula berlaku. Tidakramai yang mengutip syiling tersebut. Lebih ramai yang bersembangtanpa mempedulikan arahannya.’Now stop.’ Kata penceramah. Muzik dihentikan. Beliaumeneruskan kata-kata:’Berapa ramai antara anda yang mengutip duit syiling tadi?Sila angkat tinggi-tinggi duit syiling yang telah dikutip......’Saya mengangkat duit syiling perlahan-lahan sambil melihatke kiri ke kanan. Rupanya dalam barisan saya, mungkin 6 dari 20peserta sahaja yang mengutipnya. Begitulah ratio umum untuksemua peserta. Lebih kurang seribu ke seribu setengah peserta sahajayang ambil peduli arahannya. Bagi yang tidak mengutip, merekabarangkali berfikir, ’alahai, satu sen. Apa yang boleh dilakukannya padazaman sekarang? Nak masuk tandas pun tak lepas....’Kemudian, beliau dengan air muka agak serius ’menghentak’kami dengan kata-kata yang cukup tegas: ’Tahukah anda, mengapaselama ini anda broke (pokai)? Sebab anda semua tidak menghargainikmat kecil. Benar, ia hanya duit satu sen sahaja tapi duit tetap duit. IaBERHARGA. Bagaimana Tuhan akan kurniakan nikmat besar kepada andajika nikmat kecil pun tidak pandai dihargai? Tidak pandai jaga?...’Saya benar-benar tersedar dari kata-katanya terutamanyayang terakhir: ’bagi mereka yang miskin, anda memang layak miskin.Tuhan bukan sengaja miskinkan anda tetapi mentaliti anda yang miskinmenyebabkan wang besar sukar masuk ke dalam kolam rezeki anda...’79


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comPara pembaca semua,Pengalaman di atas mengajar saya bahawa selama ini kita kurangpeka terhadap berbagai nikmat yang Allah berikan. Jika nikmatbesar pun dilayani secara ’take for granted’, apatah lagi nikmat kecil.Kini, saya mula mengajar diri untuk meningkatkan KEPEKAAN,dan ia bermula dari nikmat remeh, perkara kecil dan nikmat yangbiasa dinikmati tanpa sedar. Dan cara meningkatkan kepekaan untukbersyukur mudah dilakukan dengan menekan butang ’pause’ kepadaaktiviti harian anda. Saya namakannya sebagai ’teknik muhasabah 10saat sejam’. Berhenti sebentar dan lihat sekeliling anda. Semua yangdilihat itu nikmat. Hargainya walau sekecil pensel sekalipun.Lakukanlah aktiviti setiap hari dan anda akan terperanjatdengan perubahan sikap yang berlaku pada diri. Anda akan dapati,senyuman mudah sahaja dijelmakan walaupun anda baru tersekatlebih sejam di lebuh raya.Jangan terperanjat jika anda sering melakukannya, rezekilebih besar akan datang kerana ketika itu Tuhan barangkali sudahmenganggap ’hambaku ini layak mendapat rezeki lebih besar kerana iapandai mensyukuri nikmat kecil’.Moga-moga begitu hasilnya. Itu yang saya doakan.2. Latih diri untuk mudah berterima kasih.Berterima kasih adalah perkara mudah tetapi amat berat keluar darimulut kita, padahal ia adalah aktiviti penting untuk mengekalkanrasa syukur. Saya banyak belajar perkara ini ketika menetap di NewZealand.Di sana, saya sering terperanjat kerana ucapan ‘thank you’ biasakeluar dari mulut masyarakat sana. Kadang-kadang ketika sayamenghantar troli supermarket kembali ke tempatnya, penjaga troliberiya berkata terima kasih.Tidaklah saya bermaksud mengagungkan mereka tetapi inilahkenyataan. Ia telah menjadi budaya masyarakat Kiwi hingga saya80


www.hidupluarbiasa.comThe Power of Syukurbergurau dengan rakan, mereka yang tidak mengucapkan terimakasih di sini bukannya manusia tetapi ’alien’!Maka kita perlu belajar berterima kasih. Perlu ringan mulutuntuk berkata ‘thank you’. Dan ia sepatutnya dimulakan denganberterima kasih kepada Allah Ta’ala sebelum dipanjangkan sesamamanusia.Untuk itu, saya sering mengajar diri, malah dalam beberapakesempatan, saya sering ‘memaksa’ diri untuk bersyukurkepadaNya. Ia kerap saya lakukan terutamanya ketika membacadoa solat duha.Jika diperhatikan, isi doa solat duha mengajar kita kuncimendapatkan rezeki halal, berkat, berganda dan sebagainya. Sayasering menuturkan doa ini kerana ia diajarkan Nabi, tetapi adakalanya ia ditukar kepada doa bersyukur sahaja seperti:• terima kasih Ya Allah, pagi ini Engkau bangunkan sayadengan anak yang memeluk sambil mengucapkan kata palingbermakna: ‘babah, yaya sayang babah’.• terima kasih Ya Rahman, Engkau bangunkan saya di sebelahbidadari, isteri tercinta,• terima kasih Ya Rahim, Engkau masih setia bekalkan sayadengan nikmat yang tidak mampu dihitung,• terima kasih Ya Syakur, Engkau telahpun anugerahkan sayaberjuta rezeki walaupun saya tidak pernah berdoa memintanya,• Ya Allah, bantulah dan ajarilah saya cara terbaik untuk menjadihamba yang bersyukur, Amin.Saya mengajar diri untuk mengalunkan doa syukur. Doaterima kasih. Ia perkara yang perlu dilakukan kerana tidak adilrasanya jika saya asyik meminta sedangkan Allah ’already’ - telahpunanugerahkan rezeki banyak luar biasa depan mata.Dan saya tidak risau ‘nanti terlepaslah rezeki jika tidak dimintadalam doa’, kerana ulama telah pun mengajar kunci memahami81


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.com‘sifir rezeki’ Tuhan: banyakkan bersyukur, nescaya Tuhan akandatangkan segala rezeki yang kita fikirkan dengan jumlah dan caratidak terhitung. Rezeki dihadapkan kepada kita, bukan kita yangmengejar rezeki. Begitu maksud tersirat perkataan ‘la’aziidannakum’dalam ayat tujuh Surah Ibrahim: ’Kami pasti akan menambah rezekikamu’.3. Latih diri untuk mudah memberiCara seterusnya untuk menumbuhkan pohon syukur dalam hatiadalah dengan melatih diri untuk mudah memberi, bersedekah,bermurah hati serta melayani orang lain. Dengan banyak memberi(bukan setakat wang, tetapi masa, tenaga serta apapun), anda sedangmengajar minda untuk bersyukur terhadap apa yang telah Tuhankurniakan.Seorang rakan menyampaikan kisah luar biasa hasil dariperbualan beliau dengan seorang pak kiyai dari Indonesia. Katapak kiyai, di tempatnya ada satu pesantren khas yang dibiayaisekumpulan golongan kaya dan dermawan di mana pesantrentersebut hanya mengambil anak gelandangan, atau bahasa yangmudah kita fahami, anak ’super’ miskin sebagai pelajar.Antara aktiviti mingguan pelajar pesantren ini adalah setiapJumaat (jika tidak salah), setiap pelajar akan diberikan sedikit wang.Ia bukan untuk dibelanjakan tetapi mereka diminta keluar mencarianak gelandangan, anak jalanan serta anak miskin seperti mereka.Kemudian, pelajar ini diajar untuk menyedekahkan wang itu kepadaanak miskin yang ditemuinya.Rakan saya bertanya, ’Pak kiyai, apa sih tujuan sebenarnya?’’Begini.... gunanya untuk melatih anak-anak ini bersedekah. Gunanyauntuk mengajar mereka bahawa kaya bukannya syarat untuk membantuorang lain. Semua manusia punya peluang untuk berbagi kerana Tuhanmenjadikan setiap manusia pada asalnya kaya. Punya kelebihan tersendiri.Makanya dengan aktivitas ini, kami mengajar anak miskin supaya tahu82


www.hidupluarbiasa.comThe Power of Syukurbersyukur sejak kecil, kerana tidak mahu mereka bilang ’kami ni kan miskin,lalu bagaimana bisa membantu? Bagaimana bisa bersyukur?’Cerita di atas amat sesuai untuk dijadikan sebagai ’benchmark’latihan memberi. Memberi, dalam apa jua bentuk sekalipun adalahlatihan terbaik untuk mengungkapkan rasa syukur kepada Tuhan.Ia perlu kita latih setiap hari agar menjadi rutin kerana bersedekahdan membantu bukan aktiviti yang dilakukan sekali-sekala atau ’bilaada duit lebih’.Ia adalah habit. Ia adalah karakter yang perlu dipupuk setiaphari. Karakter ’berfikir kaya’ yang terhasil dari perasaan syukurkepada Tuhan.Kembali melihat diri kita. Cuba lihat di mana ’tangan’ kitasekarang? Adakah ia sering terbuka dan terhulur? Atau ia seringdikepalkan dan bersilang di dada?Mudah-mudahan saya salah. Tangan anda tidak bersilang didada. Tetapi jika syaitan cuba keruhkan hati kita dengan ’tanganyang dikepal’, cepat-cepatlah kita menadah tangan berdoa mogadijauhkan Tuhan.4. Latih diri untuk mudah menyantuni merekayang kurang bernasib baikJika diperhatikan, segala teknik yang dikongsikan sebelum iniberbentuk ajakan kerana ia sesuai untuk kebanyakan manusia.Namun, ada juga tidak terkesan dengan pujukan. Mereka tidakakan terjaga dari tidur jika kita sekadar menggerakkan badan untukmengejutkannya. Kita perlu menyimbah sebaldi air, baru merekaterjaga.Perkara ini berlaku kepada anak seorang rakan saya.Beliau adalah seorang kaunselor yang agak berjaya. Walaupunpunya daftar panjang senarai klien yang berjaya dipulihkan, beliautetap punya masalah tersendiri yang masih tidak dapat ditangani.Anaknya ’super’ nakal.83


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comSudah banyak kem motivasi dihantar, sudah berpuluh teknikkaunseling digunakan tetapi nakalnya bukan kepalang. Bawa basikallaju-laju. Cakap ibu tidak dituruti. Di sekolah asyik mengganggukawan sahaja. Boros pun boleh tahan. Diberi lima ringgit pagi,tengahari sudah meminta duit tambah.Suatu hari dalam satu pertemuan, saya mencadangkannya satuperkara; ’cubalah bawa ia ke hospital. Biar ia tengok betapa merananyaorang patah kaki, terkehel tangan. Nanti tahulah ia bawa basikal perlahan...’Rakan saya pun merencanakan ’lawatan sambil belajar kehospital’ untuk anak bertuah itu. Dan benar, bila ia melihat jeritanpesakit yang terpekik-terlolong menyeringai menahan sakit akibatkemalangan, baru ia berubah. Basikal di rumah seminggu tidakdisentuhnya.’Aman sikit hati saya, Asraff....’Ia bukan proses menakutkan, tetapi anda tentu pernahmendengar pendekatan ’stick and carrot’ bukan? Manusia memangfitrahnya begitu. Ada yang cepat menuruti bila diberi ’carrot’, tetapiada juga yang terpaksa dikejutkan dengan’stick’. Patutlah Tuhanmencipta neraka bukan setakat syurga untuk memperingatkan kita.Dan hospital adalah satu tempat terbaik untuk melahirkanperasaan syukur. Kita mudah insaf, kurang menggerutu dan lembuthati untuk mensyukuri nikmat bila melihat ramai manusia yanglebih teruk dari kita. Syukur kerana masih dapat bernafas di kalaramai orang yang perlukan bantuan mesin hanya untuk bernafas.Syukur kerana kaki masih sempurna di saat ramai orang lainmenunggu giliran dipotong kaki.Patutlah Rasulullah SAW memberikan merit besar kepadamereka yang suka mengunjungi orang sakit, kerana denganmengunjungi mereka, kita sedang belajar ’hikmah’ dari Tuhan:’Siapa yang menjenguk orang sakit, ia berada dalamtaman syurga sehingga ia pulang’.(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)84


www.hidupluarbiasa.comThe Power of SyukurSelain itu, antara cara mudah untuk kita belajar bersyukuradalah dengan menyantuni anak yatim. Saya mempelajarinya dariustaz yang pernah mengajar suatu ketika dahulu. Keluarganya hidupsederhana sahaja. Punya anak lima orang. Tetapi jika kita ke rumahbeliau, kita mengira ustaz ini punya 10 anak.Suatu hari, saya memberanikan diri bertanya ’Ustaz ada 5 anakke 10 anak?’’Asraff confuse ya?’Saya mengangguk. Beliau menjawab ’sebenarnya anak sayahanya lima orang sahaja. Lagi lima itu anak angkat kami. Mereka asalnyaanak yatim. Ada yang ibubapanya telah meninggal dunia. Ada juga yangibubapanya masih ada tetapi kita tidak tahu siapa. Mereka sejak bayi telahdibuang....’Tambah ustaz lagi ’kami membela mereka seperti anak sendiri keranamahu mengejar satu perkara, moga Allah sudi mengasihi kami pada harikiamat.....’Mulia sungguh hatinya bukan?Rasulullah SAW bersabda :’Mereka yang memelihara anak yatim, sama ada anakyatimnya sendiri atau anak yatim orang lain, aku dan diaseperti dua jari ini di dalam syurga.’ Perawi hadis iaituMalik Bin Anas mengisyaratkan dengan jari telunjuknyadan jari tengah.’(Hadis riwayat Muslim)Sebenarnya ada banyak hadis dan kelebihan menyantunimereka yang kurang bernasib baik, tetapi semuanya membawa kitakepada satu kesimpulan: ia baik untuk menumbuhkan hati yanglembut serta meningkatkan kepekaan untuk bersyukur.85


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.com5. Latih diri untuk bersyukur denganmemperbanyakkan ibadah dan amal soleh.Ketika di Mesir, saya sering mengikuti seorang rakan Arab kegymnasium. Asad namanya. Di sana, ramai pemuda obses denganbadan berketul sasa. Mungkin mereka mengira, dengan memilikibadan berbentuk ‘V’, keyakinan diri semakin tinggi dan ya, peluanguntuk meningkatkan saham di hadapan gadis disukai semakin cerah.Begitulah alasan kebanyakan lelaki tetapi tidak bagi Asad. Jikaanda bertemu beliau, anda mungkin mengira Asad adalah pelajarPh.D Universiti Al-Azhar. Bakal syeikh besar, kata orang. Ini keranajanggutnya panjang, jubahnya kembang, dahinya hitam bertandasementara tasbih di tangan tidak lepas. Apabila bersembang, ayatAl-Quran, hadis serta kata ulama lebih banyak keluar.Saya pernah bertanya Asad apa sebab beliau bersungguhmengangkat besi berat di gymnasium itu. Ini alasannya. Janganterkejut dengan penjelasan beliau. Saya sudah lama terkejut sebelumanda:‘Asraff, ana bersungguh bersenam kerana dua sebab. Pertamauntuk menunjukkan syukur kepada Allah dengan menjaganikmat kesihatan tubuh sebaiknya. Bukankah tubuh inipinjaman? Satu bentuk amanah? Pasti Allah akan bertanyasuatu hari nanti apa yang kita lakukan untuk menjaga amanahini….’Para pembaca sekelian. Jawapan pertama itu walaupunmengujakan tetapi tahap terperanjatnya masih rendah. Semakjawapan kedua:‘Sebab kedua dan ini lebih utama, ana bersenam untukmengekalkan stamina dan tenaga agar mudah qiamullail malamnanti…..’86


www.hidupluarbiasa.comThe Power of SyukurBersenam untuk tujuan ibadah. Jarang kita dengar bukan?Dan untuk makluman anda, hobi sebenar Asad adalah solat malamhingga tiga jam setiap hari. Oh ya, saya tertinggal satu perkara,Asad juga seorang hafiz. Dengan kelebihan itu, beliau mudahmemanjangkan solat dengan membaca satu juzuk setiap rakaat.Para pembaca semua,Di sebalik semua cara melatih syukur yang telah kita bincangkan,poin ini paling utama untuk kita amalkan. Bersyukur denganmeningkatkan ibadah dan amal soleh. Manusia yang benar-benarbersyukur, ia tidak akan menggunakan nikmat Tuhan ke jalanmaksiat. Ia pasti mengarahkannya ke jalan taqwa sahaja. Mata hanyamelihat perkara baik, mulut tidak akan bertutur kecuali perkaramanfaat dan kakinya tidak diarahkan kecuali ke tempat yang Allahredai. Begitulah seterusnya.Dan cara termudah untuk bersyukur telah Rasulullah SAWajarkan. Perbanyakkan zikir ‘Alhamdulillah’: segala puji, puja dansyukur bagi Allah:‘Barangsiapa yang membaca Subhanallah setiap selesaisolat 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 33x hinggamenjadi 99, lalu disempurnakan menjadi seratus denganLaa ilaha illallah wahdahu’ laa syarikalah, lahul mulkuwalahul hamdu wahuwa ala kulli Syaiin qadir, diampunidosanya sekalipun sebanyak buih lautan’.(Hadis riwayat Muslim)Ucaplah Alhamdulillah dengan keadaan sedar. Ucapkannyadengan fikiran yang turut bersyukur tidak kira apapun situasi anda:senang atau susah. Banyak atau sedikit. Menang atau kalah.87


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comKembali kepada cerita saya di awal bab ini, selepas kejadian sakitdada itu, saya bersungguh amalkan kehidupan bersyukur. Setiapkali mengucapkan ‘Alhamdulillah’, ia tidak lagi diucapkan laju-lajuhanya untuk mengisi kuota 33 kali. Saya akan mengungkapkannyadengan penuh kesedaran. Setiap kali kalimah mulia itu dituturkan,saya akan hubungkan dengan segala nikmat: Alhamdulillahkerana hidup, Alhamdulillah kerana ada anak yang mendatangkansenyuman walaupun letih mengadap karenahnya culas mandi pagi,Alhamdulillah kerana sebentar lagi boleh berjalan-jalan dengan keretaburuk yang bising enjinnya, Alhamdulillah kerana masih ada peluangbaca Quran.Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah Ya Rahman. AlhamdulillahYa Syakuur. Begitulah seterusnya.Ketika itu, Wallahi para pembaca semua, berkat penangan rasasyukur, terasa kehidupan ini seperti di syurga. ‘So wonderful!’.Akhir kata, bersyukurlah.Bicara kita tentang bersyukur sampai ke penghujungnya. Dankita bersyukur kerana melalui buku ini, kita dikurniakan Tuhankesempatan untuk berkongsi ilmu syukur. Saya doakan semogaAllah Azza Wa Jalla akan terus membantu anda menjalani hiduppenuh syukur. Saya doakan anda berjaya menemui kebahagiaandalam setiap ungkapan syukur yang dilakukan.Namun, jika hari anda masih malap walaupun syukur telahdiamalkan, saya nasihatkan, teruskan bersyukur. Kita masih belumsampai ke tali penamat putus asa, kerana Tuhan menyatakan tali itutidak pernah ada. Dia pasti akan memberi ganjaran kepada merekayang berusaha untuk bersyukur:‘….dan kami akan memberi balasan kepada orang-orangyang bersyukur.’(Surah A’li Imran, ayat 145)88


www.hidupluarbiasa.comThe Power of SyukurSaya akan tutup bab ini dengan satu kisah syukur yang amatekstrem untuk kita amati, bagaimana tahap seorang hamba yangrasa syukur telah bersebati dengan dirinya:Al-Asma’ie, menteri yang bertugas pada zaman Khalifah Al-Mansur memiliki hobi unik iaitu berburu di tengah padang pasir.Suatu hari, beliau telah keluar berburu dan kerana asyik mengejarburuannya, Al-As’maie terpisah dari kumpulan rakannya.Sudah pasti di gurun sahara, kita akan mudah tersesat dankata orang, jika bantuan tidak ditemui, malaikat mautlah yang akandatang menghampiri. Begitulah yang berlaku pada As’maie. Beliauterus berjalan dalam keadaan menderita, menahan haus luar biasa.Detik demi detik, ia terasa tenaga yang tersisa semakin merosot.Hidupnya dirasakan semakin dekat ke penghujung nyawa.Namun begitu, Tuhan masih mensisakannya peluang kedua.Tidak beberapa lama, dari kejauhan beliau terlihat sebuah khemah.Tanpa menunggu, ia terus ke sana dengan harapan menemui sesuatuyang akan menyambung talian hidupnya iaitu air. Setibanya dikhemah, Al-As’maie terperanjat apabila menemui penghuninyayang cukup memukau: seorang perempuan muda yang amat jelita.Ia terus meminta air kepadanya tetapi perempuan itu menjawab, ‘airkami ada sedikit tetapi maaf, ia hanya dikhaskan untuk suamiku. Beginilah.Ambil sahaja baki air minumanku….’Al-As’maie terus mengambilnya dan minum dengankeadaan agak laju. Terasa air yang diteguk memberikan tenagabaru kepadanya. Dalam pada itu, perempuan yang sedangmemerhatikannya dari dalam khemah tiba-tiba berubah tindaktanduknya.Ia berdiri dengan muka yang agak cemas bercampurceria kerana dari jauh, kelihatan debu berterbangan tanda seseorangsedang menuju ke khemah itu.‘Suamiku pulang’, katanya. Ia sudah tidak mempedulikanAs’maie, terus menyiapkan air minuman dan kain untuk kegunaansuaminya.89


21 Formula Hidup Luar Biasawww.hidupluarbiasa.comLelaki yang pulang itu rupanya seorang tua yang berwajahbengis serta menakutkan. Sesampainya di khemah, mulutnya tidakhenti menggerutu isterinya, perempuan jelita itu. Yang ajaibnya,tiada satu pun perkataan yang keluar dari perempuan itu. Ia tetaptenang dan sabar. Ia membuka serban suaminya, membersihkanbajunya dari habuk, menuangkan air dengan penuh cermat danmenarik tangan suaminya dengan mesra ke dalam khemah.Sebelum pulang, Al-As’maie sempat bertanya, ‘wahai perempuanjelita... Engkau kan muda, cantik dan setia. Kombinasi yang jarang sekalididapati. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tuayang berperangai buruk?’Jawaban perempuan itu mengejutkan, ‘Rasulullah SAWbersabda, agama itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Akubersyukur kerana Tuhan telah menganugerahkan kepadaku kecantikandan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak mulia. Aku telahmelaksanakan setengah agamaku. Disebabkan itu, aku ingin melengkapiagamaku dengan setengahnya lagi, iaitu bersabar....’Barangkali cerita ini benar. Barangkali juga ia ditambah perisauntuk kelihatan sempurna. Apapun asalnya, hikmah cerita ini amatluar biasa. Ia mengingatkan kita kepada pesanan penting, jika kitaingin hidup bahagia, jalaninya dengan rasa syukur dan sabar.Pesanan tersebut benar, kerana ia datang dari Rasulullah SAW:‘Sungguh mengkagumkan melihat urusan orang mukminkerana baginya, semua masalah adalah baik. Dan sikapsedemikian tidak dimiliki kecuali orang yang benar-benarberiman sahaja. Jika dia mendapatkan kebahagiaandia bersyukur kerana ia baik baginya, dan jika diamenghadapi keburukan dia bersabar, kerana itu baikbaginya.”(Hadis riwayat Muslim)90

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!