30.07.2015 Views

GO BLOCK - Wacana Seni - Universiti Sains Malaysia

GO BLOCK - Wacana Seni - Universiti Sains Malaysia

GO BLOCK - Wacana Seni - Universiti Sains Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

129Safrizal Shahirterpesona dengan gerak bentuk seni pemasangan yang biasa dijayakan oleh seniman sezaman,namun asas wawasan dan matlamat ciptaan karya mereka sebenarnya berada dalam landasaningin mencabar dan meluaskan maksud dan tafsiran kepada konsep dan praktis ‘cetak’ dan‘cetakan’.Sahrul Jamili melalui karyanya seperti RETURNING IN KIND (2008) dan FACE VALUE (2008)telah mengingatkan kita tentang sifat cetakan dan cetak yang amat rapat dan berkitar dalam kehidupankita sehari-hari. Melalui karya RETURNING IN KIND, Shahrul telah menggunakan capjari manusia sebagai imej utama karya. Cap cari yang ditindan secara berlapis di antara warnahitam dan kelabu tersebut telah juga menyedarkan kita bahawa proses cap jari adalah praktisseni cetak yang sebenarnya telah dipraktikkan oleh hampir semua manusia. Wawasan semantikmungkin tidak berlanjutan dalam karya ini namun sifat mantik cap jari adalah amat signifikanmenjelaskan proses dan idea seni cetak itu sendiri. Nada yang sama juga terlihat melalui karyaFACE VALUE, apabila dengan mudah kita boleh menyimpulkan bahawa duit syiling sebenarnyaadalah hasilan cetakan yang dipergunakan secara meluas dengan tidak memberi perhatian kepadaproses pembuatannya yang ‘bercetak’.Kesedaran kepada proses dan idea cetakan yang diketengahkan ini berupaya membuatkan pemerhatisedar dengan wawasan seni cetak yang sebenarnya serta dapat menghayati persoalan danidea penerokaan yang dilakukan oleh seniman-seniman terbabit. Bahkan dalam banyak keadaandengan mengambil contoh-contoh biasa yang terlihat di persekitaran, kita dapat menghayatisecara lebih mendalam dan bermakna berkaitan proses cetak dan cetakan secara lebih luas.Dalam banyak keadaan seni cetak sebagai satu bidang ikhtisas atau genre khusus dalam senihalus telah dikekang dengan sifat eksklusiviti demi untuk menjaga keaslian hasil seni cetak itusendiri. Namun ironinya pula kekangan melalui ciptaan doktrin tersebut telah menyempitkanpula ruang eksplorasi yang lebih luas dalam bidang tersebut.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!