30.07.2015 Views

GO BLOCK - Wacana Seni - Universiti Sains Malaysia

GO BLOCK - Wacana Seni - Universiti Sains Malaysia

GO BLOCK - Wacana Seni - Universiti Sains Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

130<strong>Wacana</strong> <strong>Seni</strong> Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.8. 2009Dalam persoalan kesempitan nada ekspresi seni cetak itu pula telah wujud peluang kepada eksplorasibertindan demi untuk mencipta kesegaran bentuk tampakan seni cetak. Karya oleh KimNg telah menggemakan semula sifat eksplorasi seni cetak secara bercampur-campur yang bolehdisifatkan sebagai satu strategi demi untuk mewujudkan ketajaman visual. Melalui karyanya yangbertajuk THE FACE OF THE LAND (2008), gemaan sifat seni cetak campuran dan gabunganala Robert Rauschenberg telah bergema dengan tajam dan garing. Namun karya Kim Ng yangbertajuk IN PRESERVING AND CONSERVATION (2008) dilihat lebih bernada eksploratif.Karya ini yang bersifat timbulan cetek telah mewujudkan sifat kedinginan yang menggigit dariaspek visual mahupun teknikalnya. Idea cetakan timbul yang dibuat hasil dari proses cetakanserigrafi keatas plaster, nyata telah memadukan sifat konvensional dan eksploratif yang tajamdan strategik. Keputihan plaster itu sendiri telah memberikan nilai minimalis yang hening danmemukau.Sementera itu Zulkifli Yusoff pula telah tampil dengan karya pemasangan yang bertajukMERDEKA 57 (2009) (gambar 2). Karya ini boleh disifatkan sebagai penting bukan hanyabagi pameran ini bahkan dalam konteks praktis seni sezaman <strong>Malaysia</strong>, kerana karya ini telahmengembleng dengan ‘gagah’ aspek bentuk, konteks dan teknik dalam proses ciptaan seni halus.Dalam karyanya ini Zulkifli Yusoff telah melaraskan ciptaan beliau kepada usaha untuk membinasebuah konstruksi seni pemasangan yang dengan jelas juga memanfaatkan gabungan dan prosessilangan teknik dan proses seni cetakan. Nyata juga bahawa teknik serigrafi telah mendominasikeseluruhan proses cetakan bagi imej yang terhasil tersebut. Gabungan aspek tiga dimensi yangdisusun atur berupa biji getah telah menjelmakan satu sifat keterujaan bentuk berkonteks yangmempersonakan bagi sesebuah karya dalam landasan yang disebutkan tadi. Kekuatan teknik danproses yang wujud dalam karya ini juga telah memberi dampak yang amat mewah dan kental darisegi visualnya. Tahap ketajaman yang paling ketara pula tentunya berdasarkan kepada konteksdan pautan subjek dan idea karya yang dilandaskan melalui sejarah sosio budaya <strong>Malaysia</strong> itusendiri.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!