31.07.2015 Views

Panduan Permohonan Geran - Mysihat.gov.my

Panduan Permohonan Geran - Mysihat.gov.my

Panduan Permohonan Geran - Mysihat.gov.my

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PANDUAN MENGISIBORANG PERMOHONAN GERAN PROJEK________________________________________A. MAKLUMAT PROJEK1. Bidang Keutamaan:Bidang-bidang kesihatan yang telah ditetapkan oleh LPKM yang menjadi pilihanprojek oleh pertubuhan, iaitu:o Pencegahan dan kawalan tembakau dan alkoholo Promosi cara hidup sihat termasuk promosi senaman atau aktiviti fizikaldan makan secara sihat.o Kesihatan persekitarano Kesihatan mentalo Pencegahan kansero Pencegahan diabeteso Pencegahan penyakit kardiovaskularo Pencegahan obesiti (kegemukan)o Kesihatan seksual (termasuk HIV/AIDS)o Penyelidikan di bidang promosi kesihatano Promosi kesihatan melalui aktiviti sukan dan kebudayaano Bidang-bidang lain, contohnya; promosi penyusuan susu ibu, kebersihanmakanan dan lain-lain.2. Penjelasan Projek2.1. Tajuk projek:Nama tajuk sesuatu projek hendaklah ringkas dan jelas tetapi menarikperhatian, contohnya: “Gerak Senang” – projek pengurusan berat badan.2.2. Tarikh pelaksanaan:Tarikh projek hendak dimulakan.2.3. Kawasan projek:Kawasan projek di mana projek/program hendak dilaksanakan dan iamerupakan tempat tinggal peserta atau kumpulan sasar. Ia bukantempat aktiviti projek.2.4. Kumpulan sasar:Mereka adalah peserta projek. Jumlah peserta dan jenis atau gulunganpeserta hendaklah diisi.Contoh jenis/gulungan peserta: keseluruhan masyarakat, atau gulungantertentu seperti warga emas, pekerja, suri rumah tangga, pelajar, remaja,kanak-kanak dan sebagainya.Nota:Sila sertakan Kertas Cadangan Projek di lampiran yang berasingan. Sila lihat panduan dilampiran berikut:• Lampiran A: Format Kertas Cadangan Projek Penyelidikan• Lampiran B: Format Kertas Cadangan Projek Promosi Kesihatan, Kebudayaan, Sukandan Bina Upaya diperlukan jika jumlah geran yang dipohon melebihi RM 100,000.001


2.5. Huraian masalah kesihatan yang dipilih:Ini merupakan kenyataan masalah yang menghuraikan tentangjangkauan masalah (exent of the problem). Berikan penjelasan ringkasmengenai masalah kesihatan yang berkaitan di peringkat nasional (secaraumum), peringkat negeri, daerah atau setempat.2.6. Rasional pemilihan projek:Berikan justifikasi atau kewajaran kenapa projek ini sangat penting danmengapakah pertubuhan anda ingin menjalankan projek ini.2.7. Penjelasan kawasan projek:Jelaskan secara terperinci mengenai kawasan projek di mana projektersebut hendak dilaksanakan. Kawasan ini merupakan tempat di manapeserta projek tinggal. Huraikan dari aspek kedudukan geografinya,seperti di mana ianya terletak, saiz kawasan, jumlah penduduk, komposisikaum/etnik, pekerjaan dan lain-lain.3. Pelan Projek3.1 Objektif AmIni merupakan satu penyataan tentang tujuan projek secara amnya. Iamenghuraikan tentang apa yang hendak dicapai di akhir projek tersebut.(Contoh: “Projek promosi kesihatan untuk menangani masalahkegemukan (obesiti) di Kg. Delima, Bukit Tunggal , Kuala Terengganu.” )3.2. Objektif khususObjektif khusus ini hendaklah ditetapkan mengikut formula SMART(specific,measurable, achievable, realistic within a time frame) iaitu ianyahendaklah spesifik, boleh diukur, realistik dan dapat dicapai dalam jangkamasa tertentu. Jumlah objektif ini bergantung kepada jumlah aktivitiutama sesuatu projek. Ia hendaklah dinyatakan dalan bentukangka/peratus dan boleh diukur.(Contohnya: Di akhir projek ini 60% daripada peserta dapat menurunkanberat badan meraka sekurang-kurangnya 3 kg dalam masa 4 bulan).3.3. Kaedah dan aktiviti projekKaedah yang akan digunakan untuk mencapai objektif projek.(Contohnya: menggunakan media, latihan, perkongsian/kerjasama didalam dan di antara sektor, advokasi, mobilisasi atau penglibatanmasyarakat). Bagi setiap kaedah nyatakan aktiviti-aktiviti yang hendakdijalankan, contohnya: aktiviti ceramah, demonstrasi memasak, khemahperubatan, saringan kesihatan, seminar, pengedaran bahan pendidikandan sebagainya2


3.4. Tempoh projekJangka masa sebenar yang akan diambil untuk melaksana danmenyempurnakan projek. Bermula daripada perancangan hingga keperingkat penilaian.3.5. Jadual PelaksanaanJadual untuk melaksanakan projek yang dinyatakan dalam bentuk GanttChart .Contoh Gantt ChartAKTIVITI JANUARI FEBRUARI MAC*M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M41. Penubuhan jawatankuasakerja2. Mesyuarat Jawatankuasabersama pemimpinmasyarakat2. Latihan untuk anggotamasyarakat yang dipilih3. Menjalan Kajian Pra KAPProgram* M = minggu3.6. Kaedah pemantauan dan penilaianIa merupakan proses yang berterusan tentang bagaimana projek tersebuthendak diawasi atau dipantau bagi memastikan kaedah dan aktiviti yangdilaksanakan itu berjalan mengikut perancangan. Nyatakan kaedahpenilaian dan kriteria yang akan digunakan. Penilaian hendaklahmengandungi penilaian proses, impak dan hasil (process, impact andoutcome evaluation).Penilaian proses: iaitu menilai input dari segi aktiviti (proses) . Adakahianya dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih cepat dan murah?Adakah kualiti input dan output itu memuaskan seperti yang dikehendaki?Adakah ianya telah sampai kepada mereka yang disasarkan?.Contoh: - Berapa jenis aktiviti yang telah dijalankan- Berapa ramai peserta yang hadir bagi sesuatu aktiviti/sesi- Berapa jumlah risalah/buku kecil telah diedarkanPenilaian impak: Mengukur semua hasil kerja projek promosi kesihatan(termasuk kesan yang tidak dirancang) yang tertumpu kepadapencapaian objektif-objektif khusus yang telah anda tetapkan untukprojek berkenaan. Ini termasuk peningkatan tahap pengetahuan dansikap, perubahan tingkah laku, pembentukan polisi-polisi baru, perubahanpersekitaran, perubahan organisasi dan lain-lain.3


Penilaian hasil. Ia mengukur pencapaian keseluruhan matlamat danobjektif projek dengan menumpukan perhatian terhadap kesan kesihatanjangka panjang. Biasanya, diukur dari segi penurunan kadar sesuatupenyakit.(Nota: Bagi projek-projek penyelidikan yang melibatkan isu-isu etika,pertimbangan dan syarat-syarat yang berkaitan dengan hal tersebut perludiambil kira dan diselesaikan sebelum penyerahan borang/kertas cadangankepada LPKM).3.7. Sumber yang diperlukanNyatakan sumber-sumber yang diperlukan untuk projek berkenaan darisegi kewangan, tenaga manusia, pengurusan, bahan dan sebagainya.3.8. Rakan kongsi projek (jika ada)Catatkan nama rakan kongsi anda yang akan turut terlibat melaksanakanprojek berkenaan secara bersama, seperti jabatan/agensi kerajaan,institusi pengajian tinggi atau pertubuhan profesional kesihatan dansebagainya.4. Organisasi Projek4.1. Jawatan kuasa atau badan-badan yang diwujudkan untuk melaksanakanprojek (jika ada).5. Ringkasan anggaran perbelanjaan projek yang dipohon:Berikan maklumat secara ringkas mengikut butiran yang tercatat di dalam jadualbagi mewajarkan jumlah permohonan yang dikemukakan.Senarai yang berperinci mengikut aktiviti hendaklah dikemukakan di lampiranyang berasingan.5.1. Bayaran: upah/elaun/sagu hati/yuran/khidmat khasIni merupakan bayaran yang tidak kekal yang diberikan kepada seseorang yangmemberi khidmat kepada pelaksanaan projek mengikut tugas kerja yangdilakukan (mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan). Ia bukan gaji tetaptetapi diberi mengikut jam/hari bagi sesuatu tempoh sahaja. Ini termasukkhidmat perundingan, latihan, bayaran khidmat pungutan data atau memprosesdan menganalisis data atau bayaran untuk khidmat kepakaran ataquperundingan di bidang tertentu seperti perubatan, pemakanan, aktiviti fizikal dansebagainya.5.2. Perjalanan dan PengangkutanIni termasuk semua jenis perbelanjaan perjalanan dan pengangkutan domestikyang berkaitan dengan projek secara langsung sahaja. Perjalanan hendaklahdibuat mengunakan laluan yang paling dekat dan termurah.4


5.3. SewaanIni merupakan bayaran ke atas penggunaan kemudahan/peralatan/khidmatpihak ketiga seperti caj atau bayaran ruang bangunan untuk projek, tapakpameran, peralatan perubatan/pameran, pengangkutan dan lain-lain perkarayang berkaitan dengan projek sahaja. Sewaan kenderaan pengangkutan untuktujuan projek hendaklah menggunakan syarikat pengangkutan berlesen yang sahsahaja.5.4. Alat tulis/bahan pendidikan/promosi kesihatan :Bahan-bahan yang akan digunakan untuk melaksanakan sesuatu aktivititermasuk bahan-bahan pendidikan yang dicetak atau dibeli.5.5. Jamuan ringan/minumanPerbelanjaan ini hendaklah dibuat mengikut keperluan sahaja bukan diadakanbagi setiap aktiviti projek.5.6. Koleteral (cenderamata/baju T dan lain-lain pemberian hadiah)Perbelanjaan untuk pembelian cenderahati kepada orang tertentu, hadiahpertandingan dan pembelian baju T untuk para peserta projek.5.7. Lain-lainPerbelanjaan atau pembayaran untuk sesuatu yang tidak termasuk dalam kiraandi atas, seperti bahan makanan/masakan dan sebagainya.6. Sumber kewanganSebutkan sumber-sumber lain yang memberi peruntukan kepada projek iniseperti kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan lain, pertubuhan atau organisasiantarabangsa dan sebagainya.7. Jumlah geran yang dipohon daripada LPKM untuk projek iniIni merupakan jumlah sebenar yang hendak dipohon dari LPKM setelah ditolaksumbangan atau peruntukan yang diperolehi dari sumber-sumber lain, jika ada.B. MAKLUMAT KETUA PROJEK8. Ketua ProjekIa merujuk kepada orang utama yang boleh dihubungi dan bertanggung jawabkepada projek.Curriculum vitae atau resume merupakan catatan latarbelakang Ketua Projek darisegi kelayakan, kerjaya atau pengalaman kerja beliau. Ia perlu disediakan didalam lampiran yang berasingan. Curriculum vitae hendaklah mengandungi:i. Namaii. Alamatiii. Kelayakan akademik/profesionalvi. Pengalaman yang berkaitan seperti di bidang bina upaya, latihan,penyelidikan, penganjuran aktiviti/projek.5


C. MAKLUMAT PERTUBUHAN9. Nama pertubuhanIsikan nama pertubuhan anda sepertimana yang tercatat pada sijil pendaftaranyang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti, Pendaftar Pertubuhan atauSuruhanjaya Syarikat Malaysia (atau ROC) , Suruhanjaya Sukan dan lain-lain.Sila sertakan salinan fotostat sijil yang sah bersama borang permohonan anda.Nota: Pertubuhan yang dimaksudkan di sini ialah pertubuhan bukan kerajaanatau badan-badan sukarela yang tidak bermotifkan keuntungan (non-profitorganisations). Pertubuhan yang telah dibatalkan atau digantungpendaftarannya oleh agensi pendaftaran, TIDAK LAYAK memohon geran,sehinggalah kes mereka telah selesai.10. Pendaftaran pertubuhan10.1. Nombor pendaftaran pertubuhanIsikan nombor dan tarikh pendaftaran seperti yang tercatat di dalam sijilpendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti, PendaftarPertubuhan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan lain-lain.10.2. Nombor rujukan dokumen lainIsikan nombor dan tarik pendaftaran bagi mengesahkan status sesebuahorganisasi masyarakat.11. Alamat pertubuhan11.1. Alamat surat menyuratAlamat pertubuhan yang terkini11.2. No. telefonTalian tetap/atau nombor telefon bimbit11.3. No. faksTalian tetap untuk faks.11.4. Alamat e-mail pertubuhan (jika ada).11.5. Laman web rasmi pertubuhan (jika ada).12. Jumlah keahlianBerikan jumlah ahli yang berdaftar dengan pertubuhan secara rasmi.13. Jawatankuasa terkiniIsikan nama bagi semua jawatan yang terdapat di dalam jadual.14. Nama orang yang boleh dihubungiIanya merujuk kepada orang yang ditugaskan oleh pertubuhan untukmemudahkan perhubungan antara pertubuhan dan LPKM, bila perlu. Berikanmaklumat lengkap bagi membolehkan orang ini dihubungi seperti nombortelefon, termasuk telefon bimbit dan alamat e-mail.15. Bilangan cawangan/badan gabunganJika persatuan anda merupakan badan induk yang mempunyai beberapacawangan atau badan gabungan lain sama ada di peringkat negeri atau daerahnyatakan jumlah cawangan atau gabungan tersebut.6


16. Matlamat pertubuhanNyatakan matlamat utama pertubuhan anda dan sertakan satu salinanperlembangaan pertubuhan anda bersama borang permohonan ini.17. Objektif pertubuhanSenaraikan objektif-objektif pertubuhan sepertimana yang tercacat di dalamPerlembagaan/Memorandum Pertubuhan.18. Senaraikan projek-projek yang berkaitan dengan kesihatan yangpernah dijalankan dalam tempoh 5 tahun yang lepas (jika ada).Jika pertubuhan anda pernah menjalankan projek-projek yang berkaitan dengankesihatan sebelum ini isikan jadual di ruang yang berkaitan.(Penjelasan teks jadual)- Tajuk projek:Merujuk kepada nama projek-projek yang berkaitan dengankesihatan sahaja yang pernah dilaksana dalam tempoh 5 tahun.- Penjelasan projek:Meliputi objektif, aktiviti, kesan atau hasil projek.- Status projek:Merujuk kepada sama ada projek berkenaan masih berjalan atautelah selesai dilaksanakan.- Penerbitan hasil projek:Merujuk kepada hasil atau penemuan projek berkenaan sama adaditerbitkan (secara bercetak) atau tidak dalam mana-manapenerbitan seperti laporan tahunan, jurnal, akhbar ataudibentangkan dalam mana-mana seminar/ persidangan.- Tarikh/tahun:Merujuk kepada bila sesuatu projek itu bermula dan selesai,contohnya, Jun 2006 – Mei 2007.Catatan: Sila sertakan lampiran, jika ruang tidak mencukupi.D. MAKLUMAT KEDUDUKAN KEWANGAN19. Jumlah pendapatan tahun lepasIa merujuk kepada jumlah keseluruhan pendapatan yang diterima olehpertubuhan dari pelbagai sumber seperti yang dilaporkan di dalam akaunberaudit tahunan yang terkini.19.1. Batuan dari agensi kerajaanNyatakan nama jabatan/agensi kerajaan sama ada di peringkatpersekutuan, negeri atau daerah yang memberi bantuan kewangankepada persatuan anda.19.2. Sumbangan wang dari pertubuhan antarabangsaNyatakan nama pertubuhan berkenan dan jumlah yang diterima19.3. Kutipan dermaNyatakan jumlah yang diperolehi jika berkaitan7


19.4. Hasil pelaburanNyatakan jumlah jika berkaitan19.5. lain-lain sumber kewanganNyatakan sumber-sumber lain selain dari yang tercatat di atas, jikaberkaitan.20. Maklumat kewangan yang lain20.1. Jumlah wang Simpanan TetapNyatakan jumlah wang dalam akaun Simpanan Tetap di bank, jika ada.20.2. Wang dalam bank pada 31 Disember tahun lepasNyatakan jumlah wang simpanan dalam semua bentuk simpanan yangtersimpan di dalam akaun pertubuhan sehingga 31 Disember pada tahunlepas.21. Jumlah perbelanjaan tahun lepasIa merujuk kepada jumlah perbelanjaan yang dilakukan pada tahun lalu sepertiyang dilaporkan di dalam akaun tahunan beraudit, yang terkini.22. Akaun Semasa pertubuhanIni merujuk hanya Akaun Simpanan pertubuhan sahaja yang akan digunakandalam urusan dengan LPKM.22.1. Nama Akaun SemasaNyatakan nama yang tercatat pada akaun tersebut.22.2. No. akaunNombor Akaun Semasa pertubuhan di bank tersebut22.3. Nama BankNama bank di mana akaun tersebut dibuka.22.4. Alamat bankNama cawangan dan alamat bank berkenaanE. PERISYTIHARANBorang permohonan ini adalah merupakan sebahagian daripada dokumenkontrak, oleh yang demikian ia hendaklah ditandatangani oleh orang yang mempunyaikuasa dalam pertubuhan iaitu Pengurusi/Presiden pertubuhan sahaja dan isikan namadan nombor kad pengenalan beliau dan seterusnya dimeteraikan dengan cop rasmipertubuhan.<strong>my</strong>m/1308108

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!