10.03.2016 Views

SECARA MEKANIKAL PADI

1R8NIfH

1R8NIfH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

TEKNOLOGI PENCEDUNGAN

PADI SECARA MEKANIKAL

SECARA MEKANIKAL

PADI

Chan Chee Sheng • Abu Hassan Daud

M A N U A L

TEKNOLOGI PENCEDUNGAN

PADI SECARA MEKANIKAL

M A N U A L

TEKNOLOGI PENCEDUNGAN

PADI SECARA MEKANIKAL

Chan Chee Sheng, PhD

Abu Hassan Daud

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

Diterbitkan oleh:

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Ibu Pejabat MARDI, Serdang

Peti Surat 12301

50774 Kuala Lumpur, Malaysia

Cetakan pertama 2016

©Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2016

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana

bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa juga

bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi,

mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis

daripada MARDI.

Dicetak oleh:

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia

KANDUNGAN

Penghargaan

vi

Prakata

vii

Pengenalan 1

Infrastruktur asas pusat semaian padi 2

Struktur bangunan 3

Jenis-jenis mesin yang diguna dalam penyediaan tikar semaian 4

Tapak semaian 5

Pencedungan padi secara mekanikal 6

Teknologi penghasilan tikar semaian 7

Teknologi penyediaan tanah bendang 12

Teknologi mencedung padi secara mekanikal 13

Faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah keperluan tikar semaian 14

Perbandingan sistem penanaman padi secara pencedungan mekanikal dan tabur terus 16

Masalah yang dihadapi oleh pengusaha perkhidmatan pencedungan secara mekanikal 19

Kesimpulan 19

Bibliografi 19

Gerak kerja penyediaan dan penghasilan tikar semaian padi 21

Alamat perhubungan 27

v

PENGHARGAAN

Penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah dan kakitangan Pusat Penyelidikan

Kejuruteraan, Pusat Penyelidikan Padi dan Beras, Pusat Promosi dan Pembangunan

Perniagaan serta Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti atas initiatif, nasihat dan sokongan

dalam menerbitkan manual ini. Penghargaan dan terima kasih juga turut disampaikan kepada

pihak Pengurusan MARDI Seberang Perai dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung dalam menyediakan manual ini.

vi

PRAKATA

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada

semua pengarang Manual Teknologi Pencedungan Padi

Secara Mekanikal atas daya usaha dalam menghasilkan

manual yang boleh dijadikan sebagai panduan asas bagi

kaedah pencedungan padi secara mekanikal di negara ini.

Penerbitan manual ini amat sesuai dan tepat pada masa ini

selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan benih

yang berkualiti tinggi dan tulen, seterusnya meningkatkan

pengeluaran padi serta mencapai matlamat jaminan

makanan negara.

Kerajaan mewajibkan semua pengeluar benih menghasilkan

Benih Asas dan Benih Berdaftar menggunakan kaedah

mencedung supaya penghasilan benih dapat mencapai

piawaian minimum ladang dan piawaian biji benih padi

Malaysia terutamanya dari segi ketulenan, penyakit, daya

percambahan dan lembapan. Di samping itu, pengeluar

benih Padi Sah juga disyorkan menggunakan kaedah

mencedung supaya kualiti benih dihasilkan lebih terjamin.

Kaedah mencedung secara mekanikal berbanding dengan

manual dapat menjimatkan masa untuk kerja penanaman

selain mendapat penapakan yang lebih sekata. Teknologi

ini mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan sistem

tabur terus terutamanya dalam pengawalan rumpai dan padi

angin, di samping memperoleh hasil biji benih yang lebih

berkualiti dan tulen serta hasil tanaman yang lebih stabil.

Diharapkan manual ini dapat memantapkan lagi penggunaan

teknologi pencedungan padi secara mekanikal oleh

pengeluar benih padi sama ada sektor kerajaan mahupun

swasta dan seterusnya dapat memberi manfaat dan

sumbangan ke arah meningkatkan hasil pengeluaran

padi negara bagi mencapai sasaran tahap sara diri pada

masa hadapan.

Dato’ Dr. Sharif bin Haron

Ketua Pengarah MARDI

vii

PENGENALAN

• Kaedah mencedung padi secara mekanikal adalah dengan menggunakan mesin

jentanam untuk menanam anak benih padi ke petak bendang daripada tikar semaian

padi yang disediakan di tapak semaian.

• Secara tradisional petani mengubah atau mencedung padi secara manual dengan

menggunakan tenaga manusia. Kaedah tradisi ini memerlukan tenaga buruh yang

ramai iaitu 20 – 30 orang sehari untuk mengubah kawasan sehektar bendang.

• Amalan ini tidak dapat diteruskan mengikut peredaran masa kerana memerlukan

kos pengeluaran yang tinggi ditambah pula dengan kekurangan tenaga pekerja yang

semakin meruncing pada masa itu. Oleh yang demikian, kaedah mencedung padi

secara mekanikal diperkenalkan.

• Teknologi mencedung bermula di Jepun dan dibawa ke Malaysia pada awal tahun

1970-an. Bagaimanapun, penerimaan teknologi ini menghadapi sedikit masalah

kerana memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi dan perkembangan infrastruktur

ladang yang kurang sesuai dan lengkap untuk menampung operasi ini.

• Selepas pengenalan pencedungan padi secara mekanikal, penanaman padi secara

sistem tabur terus pula diperkenalkan yang tidak memerlukan tenaga buruh yang

ramai dan berjaya menjimatkan kos pengeluaran.

• Sistem ini hanya memerlukan antara 2 – 4 jam tenaga buruh sehektar untuk menabur

biji benih. Amalan ini mendapat sambutan yang baik dan sangat digemari dalam

kalangan pesawah tempatan dan dapat menggantikan cara kaedah mengubah.

• Walaupun kos pengeluaran untuk kaedah tabur terus lebih murah, mudah

dilaksanakan dan tidak memerlukan ramai tenaga buruh, ia menimbulkan banyak

masalah lain seperti pertapakan anak benih yang kurang sempurna, pengawalan

rumpai dan serangga perosak yang sukar, pokok padi mudah rebah, pertumbuhan

dan kematangan tanaman padi yang kurang seragam. Akibatnya, pengeluaran

padi nasional terjejas sedikit, tidak mampan dan tidak selaras untuk memenuhi

keperluan nasional.

• Pencedungan padi mekanikal diperkenalkan sekali lagi pada pertengahan tahun

1980-an bagi mengatasi masalah sistem penanaman padi secara tabur terus,

tetapi kurang mendapat sambutan dalam kalangan pesawah kerana memerlukan

kos pengeluaran yang tinggi. Hanya selepas tahun 2000, sambutan petani untuk

pencedungan padi secara mekanikal mula menampakkan perkembangan yang

positif, khususnya kepada golongan pesawah yang terlibat dalam bidang pengeluaran

benih padi.

• Amalan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila petani menghadapi

masalah serangan padi angin dan siput gondang yang mengakibatkan penghasilan

dan kualiti benih padi nasional merosot.

• Di samping itu, jaminan harga benih padi yang lebih baik dan tinggi juga

mempengaruhi sambutan petani untuk menerima konsep teknologi ini. Ditambah

pula, jentanam jenis pandu yang mengurangkan beban pekerja semasa mencedung

berbanding dengan jenis berjalan kaki pada 1970-an dan 1980-an menambahkan

kecenderungan dan minat petani terhadap sistem ini.

1

• Menaikkan status taraf infrastruktur ladang bagi memudahkan pergerakan mesin dan

pengangkutan ladang untuk pelaksanaan kerja ladang, penambahbaikan teknologi

dengan penyediaan tikar semaian yang lebih baik dengan penggunaan talam semaian

dan faktor-faktor lain menyumbang secara berkesan dalam penerimaan teknologi

pencedungan padi mekanikal di seluruh negara.

• Pada masa kini, pencedungan padi mekanikal masih tidak popular dalam kalangan

pesawah tempatan, tetapi kebanyakan pengeluar benih padi sama ada benih asas,

berdaftar atau sah telah mengamalkan kaedah pencedungan ini untuk penghasilan

benih padi yang lebih berkualiti tinggi dan tulen. Amalan ini juga memudahkan

penjagaan kualiti benih padi yang lebih baik supaya tidak tercemar dengan benih padi

angin, rumpai dan varieti asing.

• Tinjauan luar musim pada tahun 2006 oleh MARDI mendapati kira-kira 2,000 ha

kawasan bendang di Selangor, Perak dan Pulau Pinang mengamalkan pencedungan

padi secara mekanikal.

• Lembaga Pertubuhan Peladang Nasional mempunyai banyak mesin jentanam 6-baris

jenis pandu dan telah diagihkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di

Kedah, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu. Jenama jentanam yang paling

popular dalam kalangan pengusaha tempatan ialah jenis Kubota, Iseki dan Yanmar.

• Kesemua kawasan ini hanya memberi tumpuan pada pengeluaran biji benih padi

untuk pasaran tempatan. Pembekal khidmat penanaman ini pula terdiri daripada

Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pusat Benih Padi FELCRA

Plantation dan pengusaha persendirian. Jenis pakej perkhidmatan yang biasanya

ditawarkan oleh pengusaha persendirian terdiri daripada penyediaan tikar semaian,

mesin jentanam dan perkhidmatan mencedung dengan mesin.

INFRASTRUKTUR ASAS PUSAT SEMAIAN PADI

• Pusat semaian padi ini meliputi kawasan kerja harian dan kawasan tapak semaian

yang merangkumi kawasan tapak kilang pemprosesan pengeluaran tikar semaian dan

tapak untuk memelihara anak benih pokok.

• Keperluan asas pusat semaian termasuklah bangunan operasi, mesin yang berkaitan

dengan penyediaan tikar semaian, kawasan tapak semaian yang dilengkapi dengan

sistem pengairan, sistem pengangkutan, bekalan elektrik dan air.

• Bangunan operasi ini dikenali sebagai kilang semaian.Tapak semaian di pusat

semaian adalah untuk pemeliharaan anak benih padi sehingga umurnya lebih kurang

20 hari selepas benih padi ditabur ke dalam talam semaian.

• Penanaman padi secara pencedungan mekanikal memerlukan modal yang tinggi

kerana kos permulaan yang mahal untuk pembelian jentera menanam, mesin untuk

menabur benih dan sistem pengangkutan ditambah pula dengan sewa tanah untuk

tumbesaran anak semai.

2

STRUKTUR BANGUNAN

• Keluasan tempat bekerja untuk kawasan penanaman seluas 100 ha ialah 10 m x 25

m dengan ketinggian 3 m.

• Ruang kawasan yang diperlukan untuk operasi menabur biji benih dalam proses

penyediaan tikar semaian adalah seperti yang berikut:

a) Tempat menyimpan talam, medium dan biji benih

b) Tempat pemprosesan biji benih (membasuh, merendam dan mengetus)

c) Tempat mesin menabur biji benih dan mesin konveyor (jika ada)

d) Tempat percambahan biji benih

e) Tempat pejabat

Pengangkutan

talam bercambah

ke tapak semai

Ruang

medium

Proses

menabur

benih

Ruang

percambahan

Pintu

masuk

Ruang

talam

kosong

Ruang basuh

rendam dan tus

benih

Pejabat

Ruang

benih

Ruang yang diperlukan untuk operasi

menabur biji benih di pusat semaian

3

JENIS-JENIS MESIN YANG DIGUNA DALAM PENYEDIAAN

TIKAR SEMAIAN

• Mesin asas di dalam kilang pusat semaian adalah jenis mesin menabur biji benih

(seeding machine). Mesin lain yang berkaitan penyediaan tikar semaian adalah seperti

mesin membekal talam, mesin melonggok talam, sistem pam untuk pengurusan

pengairan dan sistem penghantaran talam.

• Konveyor, forklift atau gantri merupakan sistem saluran penghantaran yang paling

popular diguna pakai bukan sahaja untuk menghantar talam semai yang telah

bercambah ke tapak semaian terbuka, tetapi juga tikar semaian yang telah digulung

untuk tujuan penghantaran dan pemasaran.

Mesin menabur biji benih padi

Sistem penghantaran dan pemindahan semaian

(sistem foklift dan pelet)

4

TAPAK SEMAIAN

• Keluasan sesebuah pusat tapak semaian yang diperlukan bergantung kepada kapasiti

pengeluaran, reka bentuk pusat tapak semaian dan amalan sistem penghantaran tikar

semaian ke tapak semaian terbuka. Lazimnya untuk menampung antara 18,000 –

20,000 talam untuk semusim termasuk dengan jalan ladang, keluasan kawasan tanah

yang paling minimum diperlukan ialah satu ekar.

• Tapak semaian lazimnya dibina di atas tapak tanah, tapak simen dan juga tapak simen

yang berlapiskan tanah di atas. Tapak semaian ini akan terbahagi kepada petak-petak

kecil untuk menampung 1,000 – 2,000 talam untuk kemudahan pemeliharaan anak

benih padi.

• Reka bentuk tapak semaian dan struktur bangunan di pusat semaian perlu mengambil

kira jalan ladang dan sistem penghantaran talam dan tikar semaian ke destinasi yang

ditetapkan.

• Sistem pengairan lembangan (basin) dan pemercik (sprinkler) merupakan pengairan

yang lazimnya diguna pakai. Keperluan lain termasuk langkah awal untuk menghalang

dan mengelak serangan perosak seperti tikus, burung dan binatang lain seperti lembu.

Tapak semaian di pusat semaian

5

PENCEDUNGAN PADI SECARA MEKANIKAL

• Kejayaan dan keberkesanan pencedungan padi secara mekanikal banyak bergantung

pada tiga komponen utama teknologi ladang dan pengurusan yang boleh berinteraksi

dengan komponen teknologi tersebut dengan cara yang teratur. Ketiga-tiga komponen

terbahagi kepada teknologi seperti yang berikut:

a) Teknologi penghasilan tikar semaian

b) Teknologi penyediaan tapak bendang

c) Teknologi pencedungan padi secara mekanikal

• Pesawah dan pembekal perkhidmatan perlu mengintegrasikan ketiga-tiga komponen

ini dengan betul dan terurus supaya mencapai sasaran penanaman yang akan

memuaskan hasrat dan cita rasa petani.

• Penyediaan tanah perlu diselaraskan dengan jadual penanaman supaya apabila

tikar semaian sampai ke tapak bendang, jentanam sudah bersedia untuk memulakan

operasi penanaman dengan serta-merta. Perkara ini memerlukan perancangan

jadual waktu yang rapi dan tepat. Infrastruktur ladang terutamanya jalan ladang amat

mustahak untuk memastikan segala operasi penanaman berjalan dengan lancar

berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.

6

TEKNOLOGI PENGHASILAN TIKAR SEMAIAN

Istilah untuk tikar semaian

• Beberapa istilah tertentu telah digunakan untuk menerangkan berkenaan tikar

semaian. Istilah yang lazimnya digunakan adalah seperti yang berikut:

Ketinggian anak benih

di tikar semaian

Tikar semaian

a) b)

di tapak semai

Anak benih/

semai padi

Ketebalan

tikar semaian

c) d)

Tikar semaian yang

sudah digulung

Talam anak benih yang

sudah bercambah

(talam bercambah)

e)

7

Jenis medium untuk tikar semaian

• Bahan yang sesuai sebagai medium untuk tikar semaian mestilah murah, mudah

didapati dan sesuai untuk merangsang pertumbuhan anak benih. Jenis-jenis medium

yang diguna pakai adalah seperti sekam bakar, tanah serta medium campuran sekam

bakar dan tanah.

1. Sekam bakar

Sekam bakar biasanya menjadi pilihan utama kerana murah, ringan, mudah

diperoleh dan sesuai sebagai medium untuk tikar semaian. Bahan asing di dalam

sekam bakar adalah seperti plastik, batu dan sebagainya perlu diasingkan

terlebih dahulu sebelum digunakan. Kehadiran batu di dalam sekam mengganggu

pengisian sekam ke dalam talam semaian. Semasa pencedungan dengan

jentanam, kehadiran batu di dalam tikar semaian akan merosakkan kuku kambing

jentanam. Sekam padi biasa dan abu sekam (berwarna putih) tidak sesuai

sebagai medium tanaman untuk tikar semaian. Sekam padi biasanya tidak sesuai

kerana tidak berupaya untuk memegang dan menahan air dan nutrien. Manakala

abu sekam mempunyai nilai pH yang tinggi, terlalu halus dan semasa operasi

menyediakan talam semaian, debunya akan mencemar persekitaran tempat

bekerja. Sekam bakar basah juga tidak sesuai kerana melekit dan menyusahkan

proses penyediaan tikar semaian.

2. Medium tanah

Tanah merupakan medium yang paling sesuai kerana mengandungi unsur nutrien

semula jadi yang amat sesuai untuk merangsang pertumbuhan anak benih yang

sihat, tetapi mempunyai beberapa kesukaran apabila diguna pakai. Antaranya

perlu dikering, dihancurkan dan ditapis terlebih dahulu sebelum diguna dan

operasi ini rumit dan memakan masa selain lebih berat dan mahal.

3. Medium campuran tanah dan sekam bakar

Walaupun medium campuran tanah dan sekam bakar boleh mengatasi masalah

berat pada tikar semaian dan kos tanah, tetapi ia melibatkan proses tambahan

percampuran. Operasi ini menimbulkan keadaan berdebu semasa penyelarasan

pelaksanaan dan akan meningkatkan kos pengeluaran.

Penghasilan tikar semaian

• Penghasilan tikar semaian yang baik dan berkualiti merupakan komponen teknologi

utama kejayaan teknologi sistem pencedungan padi mekanikal. Tikar semaian

yang dihasilkan perlu mengikut ukuran piawaian dan kualiti yang ditentukan untuk

memastikan pencedungan padi mekanikal berjalan dengan lancar dan tepat.

• Penyediaan tikar semaian bermula dengan pemilihan jenis biji benih, ujian

peratusan percambahan, proses merendam, proses taburan medium dan biji benih,

penyimpanan untuk percambahan dan diikuti dengan tumbesaran anak benih

di tapak semai pusat semaian dan diakhiri dengan pemasaran tikar semaian yang

sudah digulung.

• Biji benih berkualiti dengan peratus percambahan yang tinggi perlu diguna pakai dan

perlu direndam di dalam air selama 24 jam dan ditus selama 24 jam lagi sebelum

disemai ke dalam talam semaian. Kadar biji benih yang disyorkan ialah 60 – 70 kg/ha

atau 200 – 250 g setalam.

8

Mula

Tamat

Medium

Benih

bercambah

Bekalan talam

Loggok talam

v

v

v

v

Bersih talam

v

Proses

penaburan

biji benih

Pemasaran

Pusingan kedua

atau simpanan

v

v

Bekal talam

v

Percambahan

v

Semaian tikar

yang bergulung

v

v

Pindah

ke tapak semai

v

Pemeliharaan anak

semai (pembajaan,

sembur racun,

siram air dll.)

v

Gulung

semaian tikar

Susun atur pengeluar semaian tikar di pusat semaian

Proses penghasilan tikar semaian di pusat semaian

Medium Biji benih Medium

Pembekal

Pengairan

Pengairan

v

talam

(1)

(2)

v

v

v

v

Pelonggok

talam

v

v

v

v

v

v

Proses penaburan biji benih

Operasi menabur biji benih dengan mesin penabur benih padi

• Operasi menabur medium dan biji benih dilaksanakan di dalam bangunan pusat

semaian. Talam kosong dibekalkan di sebelah kiri mesin menabur dan bergerak

ke sebelah kanan mesin dengan menggunakan tali pinggang konveyor. Proses

menabur biji benih bermula dengan mengisi sekam bakar yang sama rata untuk

lapisan pertama di dalam talam dan diikuti dengan siraman air pertama. Kemudian

biji benih berpecah mata tunas ditabur dan diikuti dengan liputan lapisan nipis

sekam bakar untuk kali kedua di atas taburan tadi sebelum siraman air kali kedua

dilaksanakan.

• Talam yang sudah siap akan keluar di sebelah hujung kanan mesin menabur, disusun

bertingkat dan disimpan di kawasan yang sesuai selama 2 atau 3 hari supaya biji

benih dapat terus bercambah. Selepas itu, talam bercambah akan dipindahkan

ke tapak semaian terbuka untuk proses tumbesaran anak benih.

• Proses ini memakan masa antara16 – 20 hari. Ketinggian anak benih pada masa

ini adalah lebih kurang 18 cm dengan pertapakan akar yang kukuh. Anak benih

yang sudah membesar di dalam talam berbentuk tikar boleh digulung untuk dihantar

ke tapak destinasi penanaman dengan lori.

9

• Talam kosong yang ditinggalkan selepas anak benih digulung dikutip, dibasuh dan

dibasmi kuman sebelum diguna semula pada pusingan atau musim berikutnya.

• Proses pengendalian menabur biji benih dengan mesin penabur dapat menghasilkan

600 – 2,000 talam sejam bergantung kepada keupayaan mesin menabur.

• Talam bercambah biasanya dipindahkan pada waktu petang untuk mengelak daripada

terjadinya masalah ‘chlorosis’ iaitu daun anak benih akan menjadi kuning untuk satu

tempoh yang tertentu. Serangan kulat dapat dihindar melalui semburan racun kulat

pada peringkat rendaman ataupun ketika penyiraman air untuk kali kedua pada proses

menabur.

• Kawalan serangga perosak tanaman hanya perlu dilaksanakan jika timbul sebarang

masalah. Pertumbuhan anak benih yang sihat hanya boleh dicapai melalui

penggunaan baja foliar pada peringkat awal tumbesaran benih padi.

• Penghantaran talam ke pusat tapak semaian terbuka dijalankan dengan

menggunakan forklift dan pelet, gantri atau konveyor. Sistem yang sama digunakan

untuk penghantaran tikar semaian yang sudah digulung ke tapak kilang semula untuk

tujuan pemasaran. Kemudahan pengangkutan di dalam bangunan semaian biasanya

banyak menggunakan forklift dan konveyor untuk melaksanakan kerja-kerja harian

seperti penghantaran talam kosong atau talam bercambah, sekam bakar, benih dan

lain-lain lagi.

Sistem gantri digunakan untuk penghantaran tikar semaian di pusat

semaian

10

Tikar semaian yang sesuai untuk pencedungan mekanikal

• Kualiti tikar semaian yang bermutu rendah akan mengakibatkan dua masalah

kritikal. Pertama ialah ruang kosong ‘missing point’ di petak bendang disebabkan

tikar semaian yang tidak turun dengan licin daripada papan penanaman di belakang

jentanam semasa proses penanaman. Masalah kedua ialah bilangan anak benih yang

ditanam setiap perdu mempunyai bilangan pokok yang berbeza.

• Tikar semaian yang berkualiti mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

1. Kepadatan anah benih

Kepadatan anak benih yang baik adalah antara 3 – 4 anak semai setiap

sentimeter persegi. Kurangnya keseragaman anak benih pada tikar semaian

akan mengakibatkan ruang kosong atau anak benih yang terlalu kurang semasa

proses penanaman di petak bendang. Ketulan anak benih dari papan penanaman

jentanam yang biasanya diambil oleh jejari jentanam berdimensi 1.5 cm x 1.5 cm

dalam keadaan biasa. Bilangan anak benih seperdu yang sesuai adalah antara

4 – 6 pokok setiap perdu. Tikar semaian yang diserang penyakit kulat tidak sesuai

kerana mempunyai jurang atau tiada anak benih.

2. Ketinggian dan umur anak benih

Ketinggian anak benih yang paling sesuai adalah antara 16 – 20 cm. Anak benih

yang terlampau tinggi akan menimbulkan masalah seperti anak benih tersangkut

pada papan penanaman jentanam dan sebaliknya anak benih yang terlalu

rendah akan menyebabkan anak benih terbenam ke dalam tanah selepas proses

penanaman terutamanya tanah jenis berlumpur. Umur anak benih yang paling

sesuai untuk pencedungan adalah antara 19 – 23 hari selepas biji benih direndam.

Keupayaan beranak berkurangan jika umur anak benih terlalu tua digunakan dan

seterusnya akan menjejaskan hasil padi.

3. Ketebalan tikar semaian

Ketebalan tikar semaian yang sesuai ialah 25 mm. Tikar semaian yang tebal

akan menyebabkan ia tersangkut di papan menanam semasa proses menanam,

manakala tikar semaian yang nipis akan menjadi lembik. Apabila diletak di atas

papan menanam, tikar semaian yang nipis akan melerai, roboh dan hancur.

4. Keupayaan pemegangan akar anak benih

Pemegangan akar yang baik dan kukuh menjadi faktor utama yang akan

memudahkan kerja-kerja penggulungan tikar semaian untuk dihantar ke destinasi

penanaman. Tikar semaian akan dibuka semula di tapak penanaman sebelum

diletak di atas papan penanaman di jentanam.Tikar itu akan terbentuk semula

seperti asal sebelum digulung di tapak semaian. Tikar semaian yang mudah

terlerai apabila digulung tidak sesuai untuk pencedungan mekanikal.

11

TEKNOLOGI PENYEDIAAN TANAH BENDANG

• Penyediaan tanah yang sempurna menjadi syarat utama dalam sebarang usaha untuk

menjayakan penanaman padi secara mekanikal. Proses penyediaan tanah adalah

sama dengan proses sistem tanaman tabur terus.

• Untuk melancarkan proses pencedungan secara mekanikal, jerami dan tunggul pokok

perlu dibuang dari petak penanaman. Pertumbuhan seragam tanaman padi amat

bergantung pada penyediaan tanah bendang yang baik dan sama rata.

• Lazimnya kawasan lopak pada petak bendang akan menjadi masalah kerana air

sentiasa bertakung dan mengakibatkan operasi pencedungan tidak dapat berjalan

dengan lancar dan mengakibatkan anak benih rebah atau tercabut.

• Masalah ini biasanya diatasi dengan sulaman secara manual yang memakan masa

dan akan meningkatkan kos penanaman. Justeru, disyorkan supaya penyediaan tanah

bendang disiapkan selewat-lewatnya satu atau dua hari sebelum penanaman dengan

jentanam bermula.

• Ini bagi memastikan tanah bendang mendap dan permukaan tanah menjadi mampat

dan stabil supaya penanaman yang seragam dapat dilaksanakan serta anak benih

semaian tidak rebah apabila ditanam.

• Jika bendang tidak dapat ditanam dalam tempoh yang dijadualkan disebabkan

oleh mesin, cuaca atau kontraktor, air perlu dimasukkan semula ke dalam bendang

dan meliputi keseluruhan bendang supaya tanah tidak menjadi keras dan untuk

kawalan rumpai.

• Tanah bendang perlu lembut, tetapi tidak berlumpur supaya apabila apabila satu

gumpalan tanah sebesar bola golf lepas daripada satu meter tinggi akan tenggelam

sedikit ke dalam permukaan tanah.

Sesuai Terlalu lembut Terlalu keras

Kekerasan optimum tanah bendang untuk pencedungan mekanikal

• Permukaan tanah yang terlalu keras akan menyebabkan anak semaian tidak dapat

dicedung. Anak semaian akan terapung atau terletak di atas permukaan tanah sahaja.

Sebaliknya tanah yang terlalu lembut dan berlumpur akan mengakibatkan pokok padi

tertimbus dalam lumpur atau rebah.

• Keadaan bendang yang sesuai untuk pencedungan ialah tanah dalam keadaan tepu

atau tanah bendang mempunyai sedikit air dan tidak melebihi 1 cm. Air bertakung

yang melebihi 1 cm tidak sesuai kerana pergerakan jentanam akan menghasilkan

gelombang air yang akan menyebabkan anak benih yang ditanam tercabut dan rebah.

12

• Proses penyelenggaraan penanaman dengan jentanam sesuai di tanah bendang

yang mempunyai kon indeks tanah melebihi 2.0 kg/cm 2 pada 20 – 30 cm di bawah

permukaan tanah.Tanah bendang yang terlalu lembut boleh mengakibatkan kerosakan

teruk pada jentanam dan petak bendang jika jentanam tersangkut di tengah-tengah

bendang yang memerlukan jentera berat untuk menariknya keluar.

TEKNOLOGI MENCEDUNG PADI SECARA MEKANIKAL

• Untuk menghasilkan keputusan prestasi yang terbaik dalam proses pencedungan padi

secara mekanikal, tikar semaian yang berkualiti, seragam ketinggian dan berbentuk

sama saiz diperlukan pada peringkat semaian.

• Kedudukan tikar semaian perlu terjamin di belakang papan jentanam supaya

mekanisme mencedung dengan lengan dan jejari jentanam dapat menggenggam

empat hingga enam anak benih padi daripada tikar semaian setiap kali dan

melaksanakan penanaman secara berkesan dan berterusan.

• Kedalaman mencedung yang sama dapat dikekalkan dengan roda jentanam bergerak

di atas lapisan keras dan penampung untuk papan penanaman bergerak di atas

permukaan tanah sawah dengan lancar.

• Kadar tempoh penanaman untuk jentanam jenis enam baris sekali tanam adalah

lebih kurang 4 jam/ha. Jarak di antara setiap barisan tanaman yang ditanam ialah

30 cm. Jarak ini ditetapkan oleh pengeluar jentanam dan tidak boleh diubah mengikut

keperluan tempatan.

• Berdasarkan masa bekerja selama 6 jam sehari, sesebuah jentanam dapat

mencedung antara 1.2 – 1.5 ha pada satu-satu masa. Kadar yang lebih tinggi

sehingga 2.4 ha sehari dapat dicapai sekiranya penyediaan tanah sempurna,

berbentuk segi empat dan mempunyai jalan sawah yang baik dan memuaskan.

• Proses menanam dengan menggunakan jentanam akan menjadi sukar untuk petak

sawah yang tidak mempunyai kemudahan jalan yang baik untuk mengangkut

tikar semaian.

Pencedungan mekanikal dengan

jentanam jenis enam barisan

sekali tanam

13

Ketepatan masa untuk pencedungan

• Waktu yang paling sesuai dan tepat untuk mencedung tikar semaian adalah sebaik

sahaja selepas digulung dari tapak semaian. Masalah pengangkutan timbul jika jarak

di antara tapak semaian dan lokasi penanaman adalah jauh.

• Tikar semaian yang sudah digulung perlu ditanam dalam tempoh 24 jam. Pelbagai

masalah akan dihadapi jika pencedungan dilaksanakan selepas 48 jam kerana tikar

semaian menjadi kuning, kering, lembik, terlerai dan kemungkinan besar bentuk tikar

semaian tidak kembali ke bentuk asal sebelum gulungan.

• Tikar semaian yang kering akan menghadapi masalah menggelongsor di atas papan

penanaman jentanam. Kaedah yang paling sesuai ialah tikar semaian yang dihantar

oleh lori dari tapak semaian terus diambil dan dihantar ke jentanam untuk proses

pencedungan tanpa sebarang penangguhan kerana tikar semaian yang dipindah

berkali-kali akan menjejaskan kualitinya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JUMLAH

KEPERLUAN TIKAR SEMAIAN

• Jumlah tikar semaian yang diperlukan untuk mencedung bergantung pada keluasan

petak bendang. Ini merupakan faktor penting bagi pembekal perkhidmatan untuk

menyediakan jumlah tikar semaian yang diperlukan. Jumlah tikar semaian yang

diperlukan untuk pencedungan sesuatu petak kawasan bergantung kepada faktorfaktor

seperti yang berikut:

Tetapan mesin (machine setting)

• Terdapat tiga jenis penetapan paiwaian untuk mengawal pengambilan anak benih padi

dari papan penanaman mesin jentanam yang akan menentukan jumlah tikar semaian

yang diperlukan. Penetapan pada jentanam adalah seperti yang berikut:

i. Kawalan bilangan perdu seunit kawasan (berbeza antara 50 – 90/3.3 m 2 ). Ini

bersamaan dengan jarak anak benih perdu antara 12 – 22 cm di dalam barisan

ii. Kawalan penyaluran menegak tikar semaian di papan penanaman

iii. Kawalan penyaluran mendatar tikar semaian dipapan penanaman

30 cm

16 cm atau

18 cm

Jarak di antara anak semai yang

biasa digunakan adalah antara

16 cm atau 18 cm dan di antara

baris ialah 30 cm

14

• Lazimnya, tetapan pada setiap jentanam yang ditentukan oleh pembekal

perkhidmatan adalah lebih kurang 250 tikar semaian untuk satu hektar petak bendang

yang berbentuk segi empat.

Keadaan kualiti tikar semaian

• Jika kualiti tikar semaian kurang memuaskan, tikar semaian yang lebih banyak

diperlukan untuk pencedungan. Antara sebab utama yang mengakibatkan masalah

ini ialah tikar semaian tersangkut pada papan penanaman jentanam, tikar semaian

terlerai atau terputus dan tikar semaian tidak dapat ditanam dengan sepenuhnya.

Keadaan jentanam

• Jentanam lama yang digunakan selalunya menimbulkan masalah seperti pengawalan

tetapan pada mesin yang menentukan jumlah tikar semaian yang diperlukan. Untuk

mengelak masalah ruangan kosong pada petak bendang, penetapan mesin untuk

mengambil lebih banyak anak benih seperdu diperlukan.

Rupa bentuk bendang

• Rupa bentuk fizikal bendang yang paling sesuai dan menjimatkan keperluan jumlah

tikar semaian ialah bendang bersegi empat panjang, besar serta penanamannya

mengikut panjang petak tersebut.

• Ini akan mengurangkan masalah anak benih bertindih dalam proses menutup petak

(menyempurnakan penanaman).

• Dibandingkan dengan petak bukan berbentuk segi empat, banyak anak benih akan

bertindih pada penjuru petak. Petak yang bersaiz kecil memerlukan anak benih yang

lebih banyak disebabkan tindihan yang banyak.

Pemandu jentanam

• Sikap, kecekapan dan keprihatinan pemandu jentanam merupakan faktor penting

dalam menentukan jumlah bilangan tikar semaian yang diperlukan pada satu petak

bendang.

• Pemandu yang cekap dan berpengalaman boleh mengurangkan masalah anak benih

bertindih semasa proses penanaman.

• Terdapat pemandu yang suka mengundur jentanam bila terdapat ruang kosong.

Justeru, akan menyebabkan anak benih ditanam dua kali pada barisan yang sama.

• Pemandu yang berpengalaman dapat memastikan anak semai yang ditanam dekat

dengan batas bendang dengan baik, jarak di antara barisan penanaman sama dan

ruangan kosong yang minimum dengan barisan tanaman yang lurus.

15

PERBANDINGAN SISTEM PENANAMAN PADI SECARA

PENCEDUNGAN MEKANIKAL DAN TABUR TERUS

• Terdapat banyak perbezaan yang nyata dan kritikal antara sistem tanaman padi

secara mekanikal dan tabur terus.

Pertapakan semai

• Pertapakan anak benih padi yang tumbuh lengkap dalam sistem pencedungan

mekanikal lebih seragam dan terurus. Dalam sistem tabur terus, benih yang baru

bercambah mata perlu ditus selama satu atau dua hari. Sistem tabur terus jarang

mencapai keseragaman anak benih kerana sukar mendapat taburan yang sekata dan

kadangkala benih tidak tumbuh. Pencedungan mekanikal lebih terjamin terutamanya

selepas hujan lebat sebab anak benih masih terus dipegang oleh tanah. Sebaliknya,

benih yang ditabur terus berkemungkinan besar akan dihanyutkan oleh air hujan jika

hujan lebat selepas menabur.

Kos pengeluaran

• Kadar kos penanaman antara dua sistem ini amat berbeza. Kos sistem tabur terus

jauh lebih murah berbanding dengan sistem pencedungan secara mekanikal.

Penggunaan jentanam dan penyediaan tikar semaian yang dilakukan oleh pengusaha

kontrak menyebabkan kos penanaman melambung tinggi. Secara umumnya, kos

pertapakan sistem pencedungan mekanikal (penyediaan semai dan penanaman

dengan jentanam) adalah antara RM900 – RM1,000 sehektar, manakala sistem

tabur terus berjumlah RM400/ha termasuk upah menabur benih yang lazimnya

menggunakan mesin penyembur. Walau bagaimanapun, kedua-dua sistem ini

memerlukan sulaman susulan jika proses menanam mempunyai ruang kosong yang

boleh menaikkan kos penanaman.

16

Perbandingan kos pengeluaran tanaman pencedungan mekanikal dan tabur terus

kawasan Seberang Perai Utara

Komponen Aktiviti Tabur terus Pencedungan

mekanikal

Penyediaan tanah (RM/ha)

Peringkat semaian dan

penanaman (RM/ha)

Peringkat penjagaan

tanaman (RM/ha)

Pengurusan tuaian

Kos pengeluaran (RM/ha)

Hasil padi

Pendapatan

Pusingan 1 – traktor 4 roda

Pusingan 2 – traktor 4 roda

Pusingan 3 – traktor 2 roda

Mencedung berjentera

Menyulam

Tabur terus 7 beg benih

Upah membaja

Kawalan rumpai

Kawalan serangga/penyakit/kulat

Kawalan tikus/siput dan lain-lain

Penuaian (RM/ha)

Pengangkutan padi (anggap 7 t/ha)

Jumlah kos operasi

Sewaan tanah

220.00

200.00

160.00

50.00

280.00

150.00

350.00

600.00

280.00

360.00

140.00

2,790.00

1,125.00

220.00

200.00

160.00

950.00

50.00

150.00

270.00

600.00

280.00

360.00

140.00

3,380.00

1,125.00

Jumlah kos keseluruhan 3,915.00 4,505.00

Hasil (t/ha)

7.0 7.0

Potongan lembapan dan kotoran (%) 18

13

Hasil bersih (t/ha)

5.74 6.09

Harga padi (RM/t)

Harga benih (RM/t)

Pendapatan daripada jualan

Pendapatan daripada subsidi harga

padi (RM248.10/t)

1,150.00

6,601.00

1,424.10

1,300.00

7,917.00

1,510.90

Jumlah pendapatan (RM) 8,025.10 9,427.90

Pendapatan bersih (RM) 4,110.10 4,922.90

17

Penyelenggaraan tanaman

• Pertumbuhan anak benih padi pada peringkat awal penapakan agak lambat dalam

sistem tabur terus berbanding dengan pencedungan mekanikal. Oleh itu, terdapat

banyak ruangan kosong pada peringkat awal penapakan yang menggalakkan

pertumbuhan rumpai dalam sistem tabur terus.

• Selain itu, ketiadaan air bertakung di peringkat awal penapakan juga memberi

kesan kepada pertumbuhan rumpai yang lebih serius berbanding dengan sistem

pencedungan mekanikal yang lebih awal dibekalkan air bertakung selepas proses

menanam. Keadaan ini akan mengurangkan hasil jika masalah rumpai tidak dikawal

dengan segera dan berkesan.

• Tanaman padi yang berbaris dan tersusun dalam sistem pencedungan mekanikal

dapat memudahkan pelaksanaan kerja-kerja asas seperti meracun rumpai, mengawal

serangga perosak dan menabur baja. Dalam sistem tabur terus pula, pertumbuhan

anak benih padi tertumpu secara berselerak dan kepadatan anak benih bergantung

pada kadar benih yang digunakan. Untuk mendapat kesan yang sama seperti

penanaman secara mekanikal, lorong kerja dalam sistem tabur terus perlu dibina

dengan membuang sebaris anak padi.

• Tanaman mekanikal berbaris memudahkan pengenalan jenis rumpai dan serangan

perosak tanaman. Ini membolehkan tindakan susulan dapat diambil dengan segera

untuk membendung dan mengatasi masalah ini yang akan menjimatkan kos untuk

kawalan rumpai, padi angin dan serangga perosak.

• Dalam pencedungan mekanikal, pengairan boleh dimulakan sejurus selepas proses

penanaman selesai. Dalam sistem tabur terus pula, pengairan hanya boleh dibekalkan

seminggu selepas siap menabur dan ketinggian aras air bergantung pada ketinggian

anak benih padi yang tumbuh. Kemasukan air pada peringkat awal ke bendang dan

bertakung dapat mengawal masalah rumput dengan berkesan.

• Beberapa amalan agronomi khususnya pembajaan untuk pencedungan mekanikal

mengalami perubahan ketara berbanding dengan sistem amalan tabur terus.

Pembajaan awal amat penting supaya anak benih padi dapat beranak dengan cepat

dan mencukupi supaya tidak menjejaskan hasil. Amalan kawalan lain seperti kawalan

rumput dan serangga perlu berubah mengikut keadaan supaya sumber input tidak

dibazirkan.

• Tarikh penanaman untuk kaedah tabur terus boleh diputuskan oleh pesawah, tetapi

untuk kaedah pencedungan mekanikal pula, pesawah perlu berbincang dengan

pembekal perkhidmatan untuk menentukan tarikh penanaman.

Prestasi tanaman

• Prestasi hasil kedua-dua sistem penanaman tidak banyak berbeza, tetapi keputusan

hasil secara umum, pencedungan mekanikal lebih stabil dari musim ke musim

berbanding dengan amalan tabur terus. Dalam sistem tanaman tabur terus, prestasi

hasil berubah-ubah dari musim ke musim dan banyak dipengaruhi oleh tahap

pengurusan tanaman.

• Dengan pengurusan tanaman yang baik terutamanya dalam pengawalan rumpai dan

padi angin, hasil padi yang lebih tinggi dapat diperoleh dengan sistem mekanikal. Hasil

yang melebihi 7 t/ha boleh diperoleh oleh mereka yang mengamalkan pencedungan

mekanikal untuk pengeluaran biji benih.

18

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENGUSAHA

PERKHIDMATAN PENCEDUNGAN SECARA MEKANIKAL

• Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha perkhidmatan pencedungan padi

mekanikal adalah seperti yang berikut:

1. Jadual pengairan banyak bergantung kepada musim hujan. Jadual penanaman

pula bergantung pada jadual pengairan yang tidak tepat yang akan menjejaskan

jadual pencedungan.

2. Pelanggan tidak dapat mengambil tikar semaian yang disediakan pada masa yang

telah ditetapkan.

3. Masalah dalam mendapatkan pemandu jentanam dan pekerja tetap untuk

menyediakan tikar semaian kerana kerja menanam adalah bermusim dan menurut

jadual waktu yang ditetapkan.

KESIMPULAN

• Pencedungan padi secara mekanikal mempunyai banyak kelebihan berbanding

dengan sistem tabur terus terutamanya dalam pengawalan rumpai dan padi angin,

hasil biji benih yang berkualiti dan tulen serta hasil tanaman yang lebih stabil.

• Kelebihan ini telah mengakibatkan pihak berkuasa mengesyorkan pengeluar biji benih

berdaftar dan sah menggunakan kaedah pencedungan mekanikal.

• Faktor lain yang menpengaruhi penggunaan teknologi ini secara meluas termasuk

taraf infrastruktur kawasan bendang, jentanam, teknologi penghasilan tikar semaian,

kesediaan pembekal perkhidmatan, umur petani dan harga padi.

BIBLIOGRAFI

Chiu, Y.C., Fon, D.S. dan Chen, L.H. (1998). A simulation model of a seeding system for rice nursery.

Jour. of Agr. Eng. Res. 69: 239 – 248

Fon, D.S. (1995). Recent developments in agricultural mechanization in Taiwan. AMA 26: 58 – 62

Hussain, M.D. dan Abu Hassan, D. (1993). Menanam padi dengan jentera model 6 baris jenis pandu

di atas. Teknol. Padi 9: 35 – 37

Sariam, O., Hussain, M.D., Azmi, M., Abu Hassan, D., Alias, I. dan Mohamad, H. (2008). Potensi

penanaman (menggubal) padi berjentera di Malaysia. Bul. Teknol.Tanaman Bil. 5: 21 – 31

19

20

GERAK KERJA

PENYEDIAAN DAN

PENGHASILAN TIKAR

SEMAIAN PADI

21

22

GERAK KERJA PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN TIKAR SEMAIAN PADI

Aktiviti 1 (35 hari sebelum tikar semaian digulung)

Ujian percambahan

• Mengambil 100 biji benih untuk ujian percambahan

daripada setiap stok pembelian

• Direndam dan disusun di dalam piring percambahan

selama 14 hari

• Selepas itu, peratus percambahan ditentukan

Sasaran

• Memastikan kadar peratus percambahan biji benih melebihi

80%

• Jika sasaran percambahan pada kadar 80% gagal dicapai,

maka penambahan kadar biji benih perlu dilakukan

• Jika kadar percambahan bawah 50%, maka stok sedia ada

yang diuji perlu diganti

Aktiviti 2 (25 hari sebelum tikar semaian digulung)

• Penyediaan tapak semaian

• Mencuci rumpai, memeriksa prasarana tapak semaian,

sistem pengairan dan saliran yang sedia ada dan

mengumpan tikus atau memeriksa/pasang pagar tikus

• Penyediaan mesin-mesin dalam kilang semaian

• Servis mesin menabur biji benih, sistem penghantaran

talam kosong dan talam berisi (sekam dan benih)

dan lain-lain

Sasaran

• Memastikan penyediaan tapak semaian sedia untuk

diguna pakai

• Mamastikan semua penyediaan asas di dalam kilang

semaian siap sedia

23

Aktiviti 3 (20 hari sebelum tikar semaian digulung)

Membasuh biji benih

• Biji benih perlu dibasuh dengan air supaya segala bahan

asing dan hampas dapat diasingkan

• Kemudian benih padi direndam dalam air bersih selama

24 – 48 jam

• Kadangkala penggalak akar dicampur bersama air tadi

Sasaran

• Biji benih yang bersih dan bebas daripada bahan asing

dapat menghindarkan serangan kulat

• Keadaan ini dapat merangsang pertumbuhan akar yang

sihat dan cergas

Aktiviti 4 (19 hari sebelum tikar semaian digulung)

Mengetus biji benih

• Biji benih yang sudah direndam dan dituskan selama 24

jam sehingga pecah mata dan kemudian diikuti dengan

kepastian percambahan

Sasaran

• Mengetus untuk memastikan biji benih pecah mata

(bercambah) dan cukup kering supaya mesin menabur biji

benih (seeding machine) dapat berjalan lancar

24

Aktiviti 5 (18 hari sebelum tikar semaian digulung)

Proses menabur biji benih

• Proses bermula dengan membekal talam bersih yang

kosong pada sebelah kiri hujung mesin. Talam diisi dengan

sekam padi serta diratakan dan diteruskan dengan siraman

air pertama diikuti dengan taburan biji benih

• Kemudian diteruskan dengan menabur selapis sekam nipis

dan diakhiri dengan siraman air kedua di sebelah hujang

kanan mesin. Ketinggian sekam di dalam talam tidak boleh

melebihi tiga suku inci

Sasaran

• Memastikan proses menaburkan biji benih untuk

penyediaan tikar semaian disempurnakan dengan baik

Aktiviti 6 (16 hari sebelum tikar semaian digulung)

Penghantaran talam biji benih yang sudah bercambah

ke tapak semaian

• Waktu yang paling sesuai untuk menghantar keluar

talam biji benih yang sudah bercambah adalah pada

sebelah petang

• Pastikan air disiram serta-merta selepas talam siap disusun

Sasaran

• Memastikan tumbesaran anak benih padi sihat dan subur

Aktiviti 7 (1 – 15 hari sebelum tikar semaian digulung)

• Pemeliharaan anak benih padi

• Anak benih padi perlu disiram dengan air setiap hari pada

sebelah pagi atau petang

• Baja foliar, penggalak akar dan racun kulat atau serangga

perlu diguna pakai jika keadaan memerlukan

Sasaran

• Memastikan supaya anak benih padi sihat dan senang

diguna pakai oleh jentanam dalam proses penanaman

secara mekanikal

25

Aktiviti 8 (0 hari menggulung tikar semaian)

Penggulungan tikar semaian

• Menggulung tikar semaian dilakukan dan diisi ke dalam lori

untuk dipasarkan

Sasaran

• Memastikan pengisian ke dalam lori untuk penghantaran

dan pemasaran dilaksanakan dengan lancar dan baik

Aktiviti 9 (Hari selepas menggulung tikar semaian)

Penggunaan semula atau penyimpanan talam semaian

terpakai

• Talam terpakai perlu dikutip, dibersihkan dan disusun

dalam longgokan untuk diguna semula atau disimpan untuk

musim depan

Sasaran

• Memastikan talam terpakai diguna semula atau disimpan

26

ALAMAT PERHUBUNGAN

Untuk maklumat lanjut tentang teknologi dan khidmat perunding, sila hubungi:

Pusat Penyelidikan Kejuruteraan

Pusat Promosi dan Pembangunan Perniagaan

Ibu Pejabat MARDI,

Persiaran MARDI-UPM

43400 Serdang, Selangor

www.mardi.gov.my

27

Penerbit MARDI

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!