10.03.2016 Views

SECARA MEKANIKAL PADI

1R8NIfH

1R8NIfH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Tikar semaian yang sesuai untuk pencedungan mekanikal

• Kualiti tikar semaian yang bermutu rendah akan mengakibatkan dua masalah

kritikal. Pertama ialah ruang kosong ‘missing point’ di petak bendang disebabkan

tikar semaian yang tidak turun dengan licin daripada papan penanaman di belakang

jentanam semasa proses penanaman. Masalah kedua ialah bilangan anak benih yang

ditanam setiap perdu mempunyai bilangan pokok yang berbeza.

• Tikar semaian yang berkualiti mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

1. Kepadatan anah benih

Kepadatan anak benih yang baik adalah antara 3 – 4 anak semai setiap

sentimeter persegi. Kurangnya keseragaman anak benih pada tikar semaian

akan mengakibatkan ruang kosong atau anak benih yang terlalu kurang semasa

proses penanaman di petak bendang. Ketulan anak benih dari papan penanaman

jentanam yang biasanya diambil oleh jejari jentanam berdimensi 1.5 cm x 1.5 cm

dalam keadaan biasa. Bilangan anak benih seperdu yang sesuai adalah antara

4 – 6 pokok setiap perdu. Tikar semaian yang diserang penyakit kulat tidak sesuai

kerana mempunyai jurang atau tiada anak benih.

2. Ketinggian dan umur anak benih

Ketinggian anak benih yang paling sesuai adalah antara 16 – 20 cm. Anak benih

yang terlampau tinggi akan menimbulkan masalah seperti anak benih tersangkut

pada papan penanaman jentanam dan sebaliknya anak benih yang terlalu

rendah akan menyebabkan anak benih terbenam ke dalam tanah selepas proses

penanaman terutamanya tanah jenis berlumpur. Umur anak benih yang paling

sesuai untuk pencedungan adalah antara 19 – 23 hari selepas biji benih direndam.

Keupayaan beranak berkurangan jika umur anak benih terlalu tua digunakan dan

seterusnya akan menjejaskan hasil padi.

3. Ketebalan tikar semaian

Ketebalan tikar semaian yang sesuai ialah 25 mm. Tikar semaian yang tebal

akan menyebabkan ia tersangkut di papan menanam semasa proses menanam,

manakala tikar semaian yang nipis akan menjadi lembik. Apabila diletak di atas

papan menanam, tikar semaian yang nipis akan melerai, roboh dan hancur.

4. Keupayaan pemegangan akar anak benih

Pemegangan akar yang baik dan kukuh menjadi faktor utama yang akan

memudahkan kerja-kerja penggulungan tikar semaian untuk dihantar ke destinasi

penanaman. Tikar semaian akan dibuka semula di tapak penanaman sebelum

diletak di atas papan penanaman di jentanam.Tikar itu akan terbentuk semula

seperti asal sebelum digulung di tapak semaian. Tikar semaian yang mudah

terlerai apabila digulung tidak sesuai untuk pencedungan mekanikal.

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!