10.03.2016 Views

SECARA MEKANIKAL PADI

1R8NIfH

1R8NIfH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

• Menaikkan status taraf infrastruktur ladang bagi memudahkan pergerakan mesin dan

pengangkutan ladang untuk pelaksanaan kerja ladang, penambahbaikan teknologi

dengan penyediaan tikar semaian yang lebih baik dengan penggunaan talam semaian

dan faktor-faktor lain menyumbang secara berkesan dalam penerimaan teknologi

pencedungan padi mekanikal di seluruh negara.

• Pada masa kini, pencedungan padi mekanikal masih tidak popular dalam kalangan

pesawah tempatan, tetapi kebanyakan pengeluar benih padi sama ada benih asas,

berdaftar atau sah telah mengamalkan kaedah pencedungan ini untuk penghasilan

benih padi yang lebih berkualiti tinggi dan tulen. Amalan ini juga memudahkan

penjagaan kualiti benih padi yang lebih baik supaya tidak tercemar dengan benih padi

angin, rumpai dan varieti asing.

• Tinjauan luar musim pada tahun 2006 oleh MARDI mendapati kira-kira 2,000 ha

kawasan bendang di Selangor, Perak dan Pulau Pinang mengamalkan pencedungan

padi secara mekanikal.

• Lembaga Pertubuhan Peladang Nasional mempunyai banyak mesin jentanam 6-baris

jenis pandu dan telah diagihkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di

Kedah, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu. Jenama jentanam yang paling

popular dalam kalangan pengusaha tempatan ialah jenis Kubota, Iseki dan Yanmar.

• Kesemua kawasan ini hanya memberi tumpuan pada pengeluaran biji benih padi

untuk pasaran tempatan. Pembekal khidmat penanaman ini pula terdiri daripada

Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pusat Benih Padi FELCRA

Plantation dan pengusaha persendirian. Jenis pakej perkhidmatan yang biasanya

ditawarkan oleh pengusaha persendirian terdiri daripada penyediaan tikar semaian,

mesin jentanam dan perkhidmatan mencedung dengan mesin.

INFRASTRUKTUR ASAS PUSAT SEMAIAN PADI

• Pusat semaian padi ini meliputi kawasan kerja harian dan kawasan tapak semaian

yang merangkumi kawasan tapak kilang pemprosesan pengeluaran tikar semaian dan

tapak untuk memelihara anak benih pokok.

• Keperluan asas pusat semaian termasuklah bangunan operasi, mesin yang berkaitan

dengan penyediaan tikar semaian, kawasan tapak semaian yang dilengkapi dengan

sistem pengairan, sistem pengangkutan, bekalan elektrik dan air.

• Bangunan operasi ini dikenali sebagai kilang semaian.Tapak semaian di pusat

semaian adalah untuk pemeliharaan anak benih padi sehingga umurnya lebih kurang

20 hari selepas benih padi ditabur ke dalam talam semaian.

• Penanaman padi secara pencedungan mekanikal memerlukan modal yang tinggi

kerana kos permulaan yang mahal untuk pembelian jentera menanam, mesin untuk

menabur benih dan sistem pengangkutan ditambah pula dengan sewa tanah untuk

tumbesaran anak semai.

2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!