10.03.2016 Views

SECARA MEKANIKAL PADI

1R8NIfH

1R8NIfH

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PERBANDINGAN SISTEM PENANAMAN PADI SECARA

PENCEDUNGAN MEKANIKAL DAN TABUR TERUS

• Terdapat banyak perbezaan yang nyata dan kritikal antara sistem tanaman padi

secara mekanikal dan tabur terus.

Pertapakan semai

• Pertapakan anak benih padi yang tumbuh lengkap dalam sistem pencedungan

mekanikal lebih seragam dan terurus. Dalam sistem tabur terus, benih yang baru

bercambah mata perlu ditus selama satu atau dua hari. Sistem tabur terus jarang

mencapai keseragaman anak benih kerana sukar mendapat taburan yang sekata dan

kadangkala benih tidak tumbuh. Pencedungan mekanikal lebih terjamin terutamanya

selepas hujan lebat sebab anak benih masih terus dipegang oleh tanah. Sebaliknya,

benih yang ditabur terus berkemungkinan besar akan dihanyutkan oleh air hujan jika

hujan lebat selepas menabur.

Kos pengeluaran

• Kadar kos penanaman antara dua sistem ini amat berbeza. Kos sistem tabur terus

jauh lebih murah berbanding dengan sistem pencedungan secara mekanikal.

Penggunaan jentanam dan penyediaan tikar semaian yang dilakukan oleh pengusaha

kontrak menyebabkan kos penanaman melambung tinggi. Secara umumnya, kos

pertapakan sistem pencedungan mekanikal (penyediaan semai dan penanaman

dengan jentanam) adalah antara RM900 – RM1,000 sehektar, manakala sistem

tabur terus berjumlah RM400/ha termasuk upah menabur benih yang lazimnya

menggunakan mesin penyembur. Walau bagaimanapun, kedua-dua sistem ini

memerlukan sulaman susulan jika proses menanam mempunyai ruang kosong yang

boleh menaikkan kos penanaman.

16

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!