14.04.2016 Views

SMKA Segamat 10 April –

edisi-13-14-april

edisi-13-14-april

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SMKA Segamat, 10 April – Seramai 46 pelajar menerima Hadiah Insentif

Kecemerlangan Akademik bagi peperiksaan Penilaian Kurikulum 1 (PK1) bagi tahun

2016 yang disampaikan oleh Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar, Pengetua

SEMANGAT baru-baru ini. Ust. Mohd. Nazom Bin M.Yusof selaku Penyelaras

Program Pengiktirafan turut mengumumkan 5 orang pelajar terbaik terdiri daripada

tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Pelajar terbaik Tingkatan 1 dianugerahkan kepada

Nuraina Fasihah Binti Mohd. Mubarak, 13, dengan memperoleh keputusan 8A 1B,

manakala Asmaa Binti Osman,14, yang pernah mendapat pelajar terbaik Tingkatan 1

pada tahun 2015 terpaksa akur dengan pencapaian Akmal Hafizan Bin Jamil dari

kelas 2 Ibnu Amir dengan keputusannya 5A 4B. Sementara itu, Nur Aleeya Madiha

Binti Mohamad Bahtiar, 15, berjaya mengekalkan keunggulannya di tangga pertama

walaupun pernah tewas kepada Nur Ilya Sakinah Binti Azha dalam peperiksaan akhir

tahun 2015. Muhammad Faizal Bin Miswadi,16, dari kelas 4 Ibnu Hayyan dinobatkan

pelajar terbaik tingkatan 4 manakala Nur Aisyah Binti Ismail,17, berjaya

mengekalkan kedudukannya di tempat pertama dengan memperoleh keputusan 9A

2B. Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat

anugerah 10 terbaik dalam tingkatan serta menyeru kepada semua guru dan pelajar

untuk meneruskan usaha meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik seiring

dengan usaha meningkatkan kualiti sahsiah diri murid yang unggul.

“JANGAN BIARKAN LIDAH ANDA

BERBICARA TENTANG

KEKURANGAN ORANG LAIN

KERANA ANDA SENDIRI TURUT

MEMILIKI KEKURANGAN DAN

INGAT ORANG LAIN JUGA

MEMPUNYAI LIDAH”

BULETIN INSPIRASI SEMANGAT 2016

Penasihat Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed

Mokhtar

Editor Ust. Rumaja Bin Sarmin

Penolong Editor Uzh. Arifah Binti Ayub

Fotografi Ust. Abd. Rauf Bin Abd.Rahim

Promosi Ust. Mohsen Bin Miskam

Terbitan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Smka Segamat, Johor

Penaja Tabung Kebajikan Guru

Jumlah Sumbangan 7 April 2016 RM 129.00

Penyampaian Hadiah Pertandingan PPDa (6 April 2016) Sumbangan Perisian Cari Kata (7 April 2016)

Majlis Penghargaan Peserta Sukan Johor (6 April 2016) Kem Akademik Bahasa Melayu Tingkatan 3 (6 April 2016)

Perkhemahan Kadet Bomba Daerah Segamat (9 April 2016) Gotong-royong Basmi Tempat Pembiakan Aedes (8 April 2016)

Ceramah Program Kitar Semula (12 April 2016) Program Perkongsian Ilmu di SMKA Maahad Muar (12 April 2016)

PENGAWAS PSS BERTUGAS MEMPROSES BUKU MENGIKUT KATEGORI YANG DITETAPKAN

KOLEKSI BAHAN

BACAAN

Koleksi bahan bacaan

adalah semua bahan

sumber maklumat

bercetak

yangdiselenggara dan

disimpan di Pusat

Sumber Sekolah untuk

digunakan oleh pelajar

dan guru. Koleksi bahan

bacaan boleh

diklasifikasikan kepada

beberapa kategori,

antaranya ialah :

1. Buku Fiksyen

2. Buku Bukan

Fiksyen

(Pinjaman)

3. Buku Bukan

Fiksyen

(Rujukan)

4. Bahan Terbitan

Berkala

5. Bahan Khusus.

MENGENAL

JENIS-JENIS

BUKU

BUKU FIKSYEN

Buku Fiksyen merupakan karya sastera yang

diterbitkan daripada rekaan atau khayalan

seseorang pengarang. Buku Fiksyen dapat

diklasifikasikan mengikut bahasa, antaranya :

1. Buku Fiksyen Melayu

2. Buku Fiksyen Inggeris

3. Buku Fiksyen Cina

4. Buku Fiksyen Tamil

5. Buku Fiksyen Arab

Kebiasaannya cerita- cerita yang

terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah :

1. Cerita Sains

2. Cerita Nasihat

3. Cerita Dongeng

4. Cerita Khayalan

5. Cerita Binatang

6. Cerita Rakyat

TUNTUTLAH ILMU SEJAK DARI BUAIAN SEHINGGA KE LIANG LAHAD (H.R. MUSLIM)

SUMBER : MAJALAH MAHIR, ARAS MEGA SDN.BHD.

Mari kita contohi sifat-sifat orang bertaqwa antaranya :

Orang bertaqwa, dia tidak terlalu gembira dengan kejayaan, tidak terlalu sedih dengan

ujian atau kehilangan. Dalam semua keadaan, dia hanya nampak Tuhan. Orang yang

bertaqwa, dia solat dengan penuh khusyuk, berpuasa dan berzakat. Apabila cukup

syaratnya dia menunaikan fardhu haji. Dia redha dengan ketentuan Allah serta sabar

dengan ujian daripada Allah. Dia bersyukur pula atas nikmat-nikmat Allah.

Dia menjauhkan diri daripada melakukan maksiat seperti berzina, minum arak, berjudi

dan membunuh. Dia sentiasa menjaga tutur kata dengan tidak menipu atau

berbohong dan tidak bercakap kotor, mengumpat dan mengeji. Dia menjauhkan diri

daripada sifat-sifat keji seperti bakhil, pemarah, ingin dipuji, takabbur, sombong, riya’,

‘ujub, hasad dengki serta berdendam. Sifat taqwa merupakan ibu atau punca bagi

segala sifat terpuji seperti Hikmah (bijaksana), Syaja’ah (berani), ‘Iffah (menjaga

maruah diri) dan ‘Adl (keadilan).

OLEH : UZH ARIFAH BINTI AYUB @ UYUB

Maka daripada empat sifat inilah lahirnya sifat-sifat mahmudah dalam dirinya. Orang

yang bertaqwa adalah pemurah, sabar, suka meminta maaf, jujur, mulia, redha,

tawadhuk, tawakal, sentiasa merendah diri, bertolak ansur, pemaaf, lemah lembut,

berkasih sayang, berkorban, lapang dada, zuhud, amanah, berlaku benar, membela

orang yang terzalim, tahan menerima ujian, takut dan cinta kepada Allah, taat kepada

Allah dan takut pada seksa Allah.

Kehidupan orang bertaqwa amat sederhana sekali dan dia tidak suka bermewahmewah.

Hidupnya sentiasa tenang dan dia tidak mudah putus asa. Dia sering

memikirkan tentang kebesaran Allah. Dia sentiasa membetulkan dan memperbaiki diri

serta nasihat-menasihati dengan penuh bijaksana dan kasih sayang. Orang bertaqwa

sering berjuang dan berjihad serta banyak membuat kebajikan sesama manusia

terutama terhadap sanak saudara, kaum kerabat dan sahabat handai.

‏(حفص عن عاصم ( A’SIM ) MENGIKUT RIWAYAT HAFS ‘AN غريب ( GHARIB BACAAN

CELIK JAWI

IBDAL HURUF SHAD DENGAN HURUF SIN

Imam A’sim mengganti huruf shad dengan

huruf sin pada perkataan يبصط (al-Baqarah:245)

dan بصطة (al-A’raf:69).

Sedangkan pada بمصيطر (al-Ghasyiyah:22),

Imam Ashim membaca sebagaimana tulisan

mushaf.

Manakala di ayat المصيطرون (al-Thur:37)

boleh dibaca dengan mengganti shad dengan

sin atau dibaca tetap sebagaimana tulisannya

Kaedah Bacaan Ibdal Huruf Shad Dengan

Huruf Sin Ini Dibimbing Oleh

Ust. Hj. Ismail Bin Rosli Al-Hafiz

(Guru KKQ SMKA Segamat)

TERJEMAHAN

(99) Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai)

bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan

ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di

padang mahsyar.

(100) Dan Kami perlihatkan neraka jahannam pada hari itu kepada orangorang

kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;

(101) (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat

tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak

dapat mendengar sama sekali.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!