23.04.2016 Views

edisi-12-7-april

edisi-12-7-april

edisi-12-7-april

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Marilah kita bekerja dengan niat yang

ikhlas, semata-mata mencari redha Allah

s.w.t. Didiklah anak murid sebagaimana

kita mendidik anak sendiri. Bukan setakat

menjadikan mereka manusia yang

berjaya dari segi akademik, malahan lebih

lagi menjadi insan mulia yang berbakti

kepada agama, bangsa dan negara. Kita

bekerja bukan untuk mencari nama,

pangkat atau harta semata-mata kerana

ia akan menjadi penghalang ilmu untuk

sampai dengan sebenar-benarnya.

Waktu sedang di puncak kita merasa

ramai teman di sekeliling kita. Waktu

sedang berkuasa kita percaya diri boleh

melakukan apa saja. Waktu sedang tidak

berdaya barulah kita sedar siapa

sebenarnya sahabat sejati yang kita ada.

Waktu sedang sakit kita baru tahu

bahawa sihat itu sangat penting, jauh

melebihi harta. Waktu kita miskin baru

kita insaf pentingnya amalan sedekah

walaupun seringgit dan saling

membantu saudara kita. Allah tidak

pernah menjanjikan bahawa langit itu

selalu biru dan bunga selalu mekar. Tapi

ketahuilah bahawa Allah s,w,t selalu

memberi peluang , rahmat dan berkat

dalam setiap cubaan dan jawapan kepada

setiap doa.Hidup bukanlah suatu tujuan,

melainkan hanya sebuah persinggahan.

Masuk usia tua baru kita tahu rupanya masih

banyak amalan dituntut Allah yang belum

dikerjakan. Saat di ambang ajal kita baru tahu

ternyata begitu banyak waktu yang terbuang siasia.

Oleh itu, jadilah insan mulia saling bantu

membantu. Jauhkan niat jahat mencelakai atau

memfitnah.

Indahnya hidup bukan kerana ramai orang

mengenal kita, tetapi indahnya hidup bergantung

kepada berapa banyak orang yang merasa

bahagia kerana mengenal kita. Berazamlah agar

hari ini lebih baik daripada hari semalam.

Sesungguhnya orang yang hari ini tidak berubah

atau lebih teruk dari hari semalam adalah orang

yang sangat rugi !

OLEH : UZH ARIFAH BINTI AYUB @ UYUB

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!