10.08.2016 Views

buku pemerkasaan kk 2013-2015

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

sepanjang hayat yang menekankan TVET. Pendekatan kepada pembelajaran yang berpaksikan akademik semata-mata tidak

lagi mencukupi untuk memenuhi kehendak pasaran industri di masa depan. Malah suatu kajian oECD pada tahun 1999

telah menyatakan;

“Too often the education and training that they are participating in fails to motivate or interest them, and its

connections to working life are too tenuous...too many do not receive either real learning opportunities in work

settings while they are students or effective information and guidance to help them to chart their futures.”

Perenggan di atas jelas memaparkan pendekatan pembelajaran disediakan oleh kolej komuniti yang menekankan TVET

merupakan alternatif yang terbaik kerana menghasilkan graduan berpengetahuan dan terlatih sepertimana dituntut oleh pihak

industri. Laluan kerja seperti ini membantu masyarakat untuk keluar daripada lingkaran kemiskinan dan pengangguran.

Sehubungan dengan ini, pendidikan dan latihan yang disediakan oleh kolej komuniti akan kekal relevan dalam sistem

pengajian tinggi negara. Dapatan kajian Kenneth King dan Robert Palmer mendebatkan isu ini dan menegaskan:

“….TVET links skill development policies to employment needs and labour market requirement, especially

because the majority of new work opportunities are increasingly found in productive self-employment and work

in the informal economy rather than in formal employment.”

UNICEF-WBI Course on Strategic Choices for Education Reform, July 14-25 2008

Hubungkait TVET dengan pekerjaan sesungguhnya akan memperkukuhkan motivasi pelajar daripada pelbagai latar belakang

untuk meneruskan pembelajaran di kolej komuniti sepertimana yang telah berlaku di negara-negara maju seperti Kanada

dan Amerika Syarikat. Pelbagai pendekatan latihan yang bertujuan untuk menerapkan para pelajar dengan kemahiran dan

ketrampilan untuk bekerja akan terus memberi insentif dan berimpak besar kepada kehidupan para graduan kolej komuniti

di masa depan. Dengan ini jurang permintaan daripada pihak industri dan penawaran daripada kolej komuniti akan

dikurangkan. Dalam erti kata lain kolej komuniti akan memenuhi tuntutan industri secara cekap dan berkesan.

86 Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013 - 2015

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!