10.08.2016 Views

buku pemerkasaan kk 2013-2015

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RINGKASAN EKSEKUTIF

PEMERKASAAN KOLEJ KOMUNITI

Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015 merupakan satu komitmen bagi memperkukuh asas yang telah

lama diperkenalkan, dipupuk dan dibina oleh kolej komuniti. Ianya berfokus kepada enam teras untuk

memacu kemajuan kolej komuniti dengan memantap dan menambahbaik kualiti penyampaian dan perkhidmatan

kolej komuniti sebagai penyedia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang utama di

Malaysia.

Buku ini juga merupakan satu dokumen yang disediakan bagi menjelaskan hala tuju dan peranan Jabatan

Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) serta warga kolej komuniti bagi tempoh 3 tahun (2013-2015) dan akan

digunakan sebagai garis panduan utama bagi perancangan pelaksanaan program. Teras yang telah dikenalpasti

bertujuan memperkasa kolej komuniti dalam penyediaan menghadapi pelbagai senario dan cabaran masa

hadapan yang tidak menentu.

Menyedari persaingan, cabaran dan aspirasi yang sentiasa meningkat dan seiring dengan transformasi

pendidikan dan dasar-dasar negara sepertimana yang terdapat di dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara (PSPTN), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru

Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), teras pemerkasaan kolej komuniti adalah untuk

memartabatkan kolej komuniti sebagai sebuah institusi TVET yang disegani dan dihormati serta relevan dalam

memainkan peranan penting untuk melonjakkan Malaysia ke arah negara maju.

Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013 - 2015

xvii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!