23.09.2016 Views

E-MAJALAH 4

• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

1

SENARAI KANDUNGAN

Pengenalan 3-4

Penghargaan 5

Aurat Wanita 6-7

Aurat vs Fesyen Wanita 8-19

Aurat vs Fesyen Lelaki 20-21

Jom Tanya Umi 22

Kesimpulan 23

Carta Gantt 24-26

2

PENGENALAN

Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar

tabi’e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol

anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya. Kejadian “Haruan makan anak” adalah kes yang lumrah hingga

tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat. Antara faktor terjadinya perkara di atas,

adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah

dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan

soalsoal agama.

Islam tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua

keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik

yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini

Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat

diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. Di dalam

islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orangorang

yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat

untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan

oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu

kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak

menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan

kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib

sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya. Dengan

menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin

mengambil kesempatan. Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat

dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk

mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah

dari masyarakat tentang diri mereka. Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang

bermaksud :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya

melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai

untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah

adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.”

3

Definisi fesyen menurut Colin McDowell, Pengerusi KumpulanKostum di Britain

“fesyen adalah sesuatu yang berkembang pantas daran zaman. Fesyen juga mengikut

sosial, politik, dan kebudayaan sesuatu tempat”.Keadaan sosial dari segi fesyen ialah cara kita

berada dalam golongan masyarakat. Keadaan politik sesebuah negara juga aian boleh mempengaruhi

yang diperkenalkan dinegara tersebut. Fesyen pakaian di negara Arab contohnya lebih kepada

menuntup aurat. Di Malaysia yang mempunyai pelbagai kebudayaan dapat kita lihat pelbagai

daripada pelbagai bangsa.Fesyen da terdiri pelbagai jenis dan ketegori. Ianya tidak hanya fesyen

pakaian, tetapi juga dari segi dadanan rambut,kasut, beg duit, - lain aksesori lagi. Kita fesyen

mengenakan fesyen mengikut tema yang sesuai dengan keadaan bersesuaian. dan tempat Ini

cara kita berpakaian boleh mengambarkan siapakah kita sebenarnya pada pandangan orang yang

kali mengenali kita sama ada kita senang berkomunikasiboleh didekati atau sebaliknnya.Pada

manusia memilih an untuk mengelakkan diri daripada kesejukkan dan kepanasan, menuntup aurat,

yang kita pakai sebenarnya mempengaruhi keinginan untuk kita menghias diri dan berdandan.

hanya sebagai keperluan tapi pada zaman sekarang ndak ia keperluan

Oleh itu ketahuilah bahawa memakai tudung yang nipis atau yang jarang itu tidak

kehendak sebenar cara bertudung untuk menutup ia masih aurat menampakkan warna

Selain itu, tudung yang terlalu nipis juga dan mudah tersingkap apabila ditiup oleh angin

menyebabkan aurat

Selain itu, terdapat juga telekung yang diperbuat dari material nipis dan jarang serta

kerawang yang besar dan banyak. Telekung sebegini boleh ang menyebabkan tidak sah

syarat menutup aurat masih tidak terlaksana dengan

Fashion dan aurat sebenarnya boleh bersama kalau dilaksanakan dengan cara yang betul

mematuhi ajaran yang diberi.Ini terbanding kepada niat seseorang diri

4

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir POLITEKNIK

IBRAHIM SULTAN kerana memberi sokongan dan peluang kepada kami untuk melaksanakan

Emajalah ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Puan Hafizah Binti Md Yusof dan Puan Dina Binti Abd Khalik selaku

pensyarah Komunikasi Dan Penyiaran Islam kami. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam

memberi tunjuk ajar dan membimbing kami untuk menyempurnakan E-majalah ini.

Terima kasih juga buat ibu bapa kami yang tercinta, kerana memberi sokongan moral dan

kewangan kepada kami sepanjang masa.

Penghargaan kepada semua ahli kumpulan iaitu Nuraqilah Nazihah Binti Abas, Nur

Amirah Binti Norsalehin, Nadzratul Ismar Ryaihan Binti Ishak, Nur Hamizah Binti Baharudin dan

Khiew Vun Fung atas kesudian membantu dan memberi kerjasama semasa menghasil Emajalah

ini.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu

kami secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan E-majalah

5

AURAT WANITA

PANDUAN MENUTUP AURAT MENGIKUT

SYAR’IAH

TUDUNG

Tudung mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang.

LENGAN

Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan taupun

memakai stoking tangan.

BAJU

Baju mestilah labuh dan longgar .

KAIN/SELUAR

Kain/Seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali.

SARUNG KAKI

Mesti memakai sarung kaki.

6

PESANAN BUAT WANITA

Pemakaian muslimah

yang sempurna seperti

yang disarankan

didalam AL - QURAN

barulah cantik.!^^

“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya,

mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci

dan kekal dara).” (QS. Ar – Rahman:58)

“Mereka laksana telur yang tersimpan rapi (tidak pernah diganggu oleh sesiapa

pun).” (QS. Ash- Shaffaat:49)

Jadi, ayuhlah kawan-kawan!

Mari kita menutup aurat. ^^

7

8

6 ALASAN WANITA TIDAK MASUK AKAL

TENTANG AURAT

1. Semua yang tutup aurat,pasti masuk syurga ke?

~Yang pasti,tidak menutup aurat,pasti masuk neraka.

2. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

~Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia

sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

3. Pakai jarang ke ketat ke,itu hak kami.Kalau tak suka jangan tengok.

~Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang

tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

4. Sukahati kamilah nak pakai macam ini.Kami tidak susahkan hidup orang lain.

~Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik

mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

5. Kami pakai seksi macam ni,sebab ikut arahan jurugambar/pengarah filem untuk disesuaikan dalam

babak.

~Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

6. Bukan kami tidak mahu menutup aurat,cuma masih belum sampai seru.

~Mati tidak mengenal usia.Anda tidak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat

bertaubat nanti.

nak

9

Bertudung menutup aurat atau sekadar fesyen?

Perkembangan Islam mutakhir ini menyaksikan ramai wanita Muslim memakai tudung. Ini amat

menggembirakan kerana mereka sedar bahawa Allah mewajibkan ke atas wanita Muslim untuk menutup

aurat dan ia adalah suatu fardu bagi mereka yang sudah baligh.

Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi panduan syarak

diutamakan dalam semua keadaan dan mampu mengawal diri supaya tidak melanggar batasan yang di

gariskan dalam Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

Islam juga tidak pernah melarang umatnya untuk berfesyen dan mengikuti aliran fesyen terkini tetapi

pastikan setiap wanita yang bertudung menutup aurat keseluruhannya bukan sekadar melepaskan batuk

ditangga.

Sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang

beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara

kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir

daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan

janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa

mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara

10

mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau

perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak

berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan,

janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan

mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu

berjaya.” (Surah An-Nur, Ayat 31).

Namun, dalam keghairahan bertudung mengikut pembangunan fesyen semasa, masih terdapat segelintir

wanita Muslim yang alpa mengenai aurat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan umat Islam.

Kini, pelbagai fesyen tudung dipakai mengikut proses transformasi dan permodenan semasa. Namun,

pemakaiannya masih dianggap tidak sempurna jika masih menampakkan bahagian leher dan dada. Menutup

aurat bukan sekadar jika kepala sudah kemas diliputi tudung sudah dikira menutup aurat tetapi wajib

menutup seluruh badannya kecuali pada bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan.

Seseorang yang masih tidak dapat diiktiraf sebagai menutup aurat iaitu wanita yang berpakaian tetapi dilihat

“bertelanjang”. Hal ini kerana, masih ramai wanita bertudung tetapi mengenakan pakaian ketat dan nipis

hingga menampakkan bentuk atau susuk badannya dan mampu menaikkan nafsu syahwat lelaki yang bukan

mahram melihatnya. Jika ada sekelumit perasaan megah dan bangga diri dengan apa yang dipakai saban itu

turut mengudang dosa.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka.

Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang

digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang,

berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka

bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau

wanginya.” (Riwayat Muslim).

Dalam isu pemakaian tudung, ia bukan sekadar berfesyen atau budaya untuk dijadikan ikutan semata-mata

tetapi demi menjaga maruah mereka sebagai wanita Islam. Jika wanita itu berpakaian dengan sempurna

pasti dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan mungkar.

Oleh itu, setiap wanita bertudung perlu segera membetulkan prinsip dan niat mereka bertudung hanya

kerana Allah serta menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Jika mereka sentiasa mengikut syariat

setiap masa memakainya dikira sebagai ibadah. Setiap perkara yang diperintahkan itu pasti mempunyai

hikmah dan ganjaran daripada Allah.

11

Antara hikmah menutup aurat ialah dapat menjaga maruah dan kehormatan diri serta menutup peluang

orang lain terbabit dengan dosa akibat melihat aurat yang sengaja didedahkan. Wanita juga diperintahkan

Allah SWT untuk menutup aurat dengan sempurna untuk membezakan antara wanita Islam dan kafir.

Bertudung juga merupakan identiti wanita Islam sebagai suatu benteng untuk melindungi kehormatan diri.

Sebagaimana yang kita tahu, harga diri setiap wanita sangat tinggi nilainya. Disebabkan itulah, Allah

memerintah seseorang wanita yang sudah baligh wajib menutup aurat sehingga menutupi seluruh badannya

kecuali pada bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan.

Namun, apa yang ditonjolkan oleh golongan wanita pada hari ini masih tidak mematuhi garis panduan yang

ditetapkan syariat Islam. Oleh itu, setiap wanita Muslim perlu mengambil serius perkara ini supaya mereka

terlepas daripada fitnah pandangan lelaki bukan mahram selain menjaga maruah wanita Muslim. Wanita

juga perlu mengelak daripada berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan (tabarruj) sehingga menarik

perhatian orang ramai.

Wallahu a’lam bishawab.

12

HIJAB BUKAN SEKADAR FESYEN

BENARKAH fesyen berhijab kebanyakan masyarakat hari ini berlebih-lebihan? Jika diperinci bukan

sahaja kalangan artis, orang biasa kadang kala tidak ketinggalan 'terlebih' dalam hiasan dan aksesori.

Lihat saja gaya bertudung ada yang ala Lady Gaga, penuh dengan hiasan seperti manik dan labuci di

kepala, selain warna 'fancy' yang menarik orang lain untuk melihatnya, hingga nampak seperti

berlumba-lumba ingin lebih cantik.

Tidak kurang pula sesetengah mereka bertudung dengan sengaja menampakkan subang besar

bergayutan di telinga, sanggul terlalu tinggi seperti bonggol unta, hiasan bunga setompok besar di

kepala, serta memakai shawl entah berapa kali lilitan, selain beberapa lapis anak tudung yang diselangselikan

warnanya.

Tudung jenis turban pula dikatakan menjadi pilihan masa kini, dikatakan mudah dipakai, senang

bergerak dan mudah digayakan, biarpun kelihatan agak tebal menutupi kepala.

Kita yang melihat ini pula terasa panasnya melihat fesyen sedemikian rupa apatah lagi dalam iklim

khatulistiwa negara ini.

Sama ada kurang prihatin dengan maksud sebenar berhijab, kelompok ini seakan tidak peduli dan

bangga dengan fesyen tudung digayakan... kononnya mahu mempunyai gaya tersendiri atau mengikut

artis atau idola mereka, seperti dalam hati mereka berkata, "Suka hati akulah" atau mungkin "Biarlah

apa orang nak kata, janji aku tak kacau orang,".

Bagaimanapun salah satu ayat tentang penggunaan jilbab dalam al-Quran, mungkin boleh menjadi

panduan kita iaitu ertinya: "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu

dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.

Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan

ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang". (Surah Al-Ahzab: 59)

Apa pun, biarpun mahu berfesyen, yang penting perlulah menutup aurat, ada cara atau batasan, selain

mengikut kesesuaian agama, iklim, budaya, adab dan adat kita.

Bagi wanita Muslimah, jangan pula terikut-ikut fesyen bertudung, sehingga cara pemakaian menyamai

agama atau budaya luar dari Islam.

Memakai tudung bukan sekadar untuk memenuhi kewajipan tapi haruslah tahu makna sebalik tudung

itu.

Ada yang menggunakan tudung hanya untuk berfesyen, ada pula yang sememangnya tahu hukum

memakainya.

Tudung bukan hanya untuk menutup aurat tapi mendidik kita menjaga akhlak. Jika hanya memakai

tudung tapi tidak menjaga akhlak untuk apakah tudung itu dipakai, umpama hanya mahu

13

mempermainkan agama dan tuntutan serta suruhan ALLAH kepada hambanya. Fahamilah makna

disebalik tudung...

Ada 100 koleksi tudung

Saya agak baru berhijab, seru sudah sampai pada Ramadan tahun lalu. Setakat ini saya dah ada lebih

100 helai tudung. Saya tidaklah simpan terlalu banyak sebab rugi jika tidak pakai. Namun dalam masa

sama saya juga beri pada adik-adik dan ibu saya untuk pakai sama. Jadi sama-sama boleh pakai, tak

baik membazirkan.

Saya lebih suka pakai tudung dan selendang jenis kain kapas. Saya tidak boleh pakai bawal, bukan

kata jenis itu ketinggalan, tapi saya jenis yang tidak pandai guna tudung itu. Tapi kadang kala saya

pakai juga bawal guna kreativiti buat macam pakai shawl.

Harga tudung saya beli itu bergantung kepada keadaan, sebab lihat yang bersesuaian dengan saya

kerana tak boleh pakai jenis kain licin, susah hendak dibentuk. Tudung paling mahal saya beli di

sebuah butik, RM120 sehelai, namun di butik itu selalu buat promosi.

Saya ini peminat fanatik Datuk Siti Nurhaliza, kebanyakan fesyen saya tengok idola satu tu la cara lilit

selendang.

Pada saya, biarpun ikut trend, pakai tudung berfesyen tu kena tengok tempat. Takkanlah misalnya

masa ada kematian kita pakai lebih fesyen pula. Tak hormat dah tu jadinya.

Selain itu, bagi saya hijab bukanlah sekadar fesyen, ia tuntutan agama. Kita semua kan sedia maklum

bahawa bila kita dah akhir baligh, kita diwajibkan tutup aurat. Tapi zaman sekarang, wanita bertudung

pun boleh berfesyen. Semua wanita kan suka cantik.

Tapi jika tudung yang terlalu 'meriah' seperti bermanik-manik saya tak berapa suka. Saya ada satu saja

koleksi yang ada manik. Berat sangat rasa manik ada atas kepala, nak cuci pun susah. Nanti anak kecil

makan pula manik-manik tu. - Norzaliza Rasli, 33, pekerja swasta, Silibin, Ipoh, Perak

Berdakwah melalui perniagaan tudung

Bermula sekadar suka-suka menjual tudung kepada rakan melalui dalam talian, kini saya boleh

berbangga apabila dapat membuka sebuah butik yang lengkap untuk golongan Muslimah bergaya

mengikut fesyen terkini.

Setelah terlibat dalam perniagaan ini, baru saya tahu sebenarnya ramai golongan Muslimah yang

tercari-cari tudung yang bersesuaian untuk mereka sama ada ke pejabat, menghadiri kenduri kahwin

atau majlis tertentu. Antara material kain yang menjadi pilihan pemakai tudung masa kini adalah dari

jenis bawal, lycra, cotton lycra dan sifon.

Setakat ini, setiap koleksi yang dijual sentiasa mendapat permintaan dan ia seolah-olah memberikan

satu kepuasan kepada saya.

14

Apa yang menggembirakan saya, ada juga golongan wanita yang tidak bertudung telah mengambil

keputusan untuk bertudung sejajar dengan tuntutan agama setelah melihat koleksi yang ditawarkan.

Insya-ALLAH saya akan cuba menambahkan koleksi tudung terbaru sebagai dakwah untuk mengajak

lebih ramai lagi golongan wanita menutup aurat.

Bukan mudah untuk memberi keyakinan kepada pelanggan dengan kualiti tudung dan fesyen terkini

kerana persaingan daripada penjual tudung yang lain juga makin ramai.

Bagi memastikan tiada persaingan sengit dalam perniagaan ini, saya sedang berusaha mengeluarkan

tudung labuh agar golongan wanita berumur 30 tahun ke atas mempunyai banyak pilihan. Ini

disebabkan kebanyakan fesyen tudung sekarang lebih tertumpu kepada golongan wanita muda. -

Islawati Azahari, 35, Selangor

Tak mahu nampak mak cik- mak cik

Saya baru bertudung baru-baru ini, jika ditanya mungkin kerana mahu mengikut syariat agama, sudah

sampai seru selain faktor usia. Saya bertudung juga kerana anak lelaki berusia sembilan tahun yang

mula menanyakan mengapa saya tidak bertudung.

Apabila mula berhijab, saya berasa menjadi seseorang yang berlainan berbanding sebelumnya.

Misalnya sebelum ini semasa pergi ke sekolah anak, sama ada mengambil kad laporan kemajuan anak

atau ada konsert Islamik di sekolah, saya yang ketika itu tidak berhijab, pergi ke majlis tersebut

dengan perasaan agak janggal.

Rasa seperti ada kekurangan pada diri, sedangkan sebagai ibu saya perlu menunjukkan contoh

sepatutnya kepada anak-anak. Bagaimanapun selepas bertudung, perasaan demikian tidak lagi timbul

apabila pergi ke sekolah anak, malah meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan anak

dan guru di sekolah.

Biarpun bertudung, saya masih penggemar fesyen, tapi ikut cara sepatutnya seperti tidak memakainya

dengan baju terlalu ketat, jarang atau nampak telinga.

Saya tidak mahu memakai tudung sehingga kelihatan seperti 'makcik-makcik'. Namun saya bukan

pakai tudung kerana sebab utama hendak mengikut fesyen. Saya utamakan pakai tudung untuk tutup

aurat dahulu, dalam masa sama baru ikut fesyen.

Sebagai orang baru berhijab, bagi saya terlalu banyak fesyen tudung dalam pasaran masa ini. Yang

penting pemakainya sendiri perlu memilih adakah tudung dipakai mengikut syariat ditetapkan agama

iaitu untuk menutup aurat kita.

Berhijab labuh keranaNya

ALHAMDULILLAH... itulah ungkapan sungguh bermakna buat saya hari ini. ALLAH SWT telah

bukakan pintu hati saya untuk berhijab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada awal tahun 2010.

Pada permulaannya saya hanya berhijab seperti rakan-rakan yang lain. Mencuba pelbagai jenis tudung

15

memandangkan ketika itu, fesyen berhijab dengan gaya yang berbagai diibaratkan seperti cendawan

tumbuh selepas hujan.

Saya tidak terus memilih untuk bertudung labuh. Alasannya, nampak macam ustazah pula nanti susah

pula dalam berurusan.

Lagi pula segelintir masyarakat memberikan stigma kurang elok terhadap individu yang memakai

tudung labuh. Namun setelah semakin mendekatkan diri kepadaNya hati makin terbuka untuk

bertudung labuh untuk memenuhi keperluan seperti mana yang telah disyariatkan agama ALLAH ini.

Syukur kepada ALLAH kerana tidak jemu untuk memimpin diri ini menjadi Muslimah sejati.

Sejujurnya, saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang memberi dorongan untuk menjadi

Muslimah memenuhi tuntutan agama.

Selari dengan perubahan diri, sedikit-sedikit saya mengubah cara berpakaian, tidak lagi memakai baju

lengan pendek walaupun mengenakan inner t-shirt di dalam.

Baju yang ketat dan seluar yang melekat saya buang dan gantikan dengan pakaian jubah serta blaus

yang longgar. Suami juga sangat menggalakkan dan suka dengan penampilan saya yang baru. Kata

suami, inilah imej sebenar Muslimah profesional, bergaya selari dengan syariat.

Hujung tahun 2011, kami sekeluarga memulakan BinNurdin iaitu kedai kelengkapan haji dan umrah,

busana Muslim dan kitab-kitab.

Saya semakin seronok dan lebih berkeyakinan bertudung labuh. Malah, saya sendiri mula mereka

rekaan tudung labuh yang selesa dan sesuai untuk para jemaah wanita dalam mengerjakan haji atau

umrah. Beberapa pilihan kami sediakan agar terjaga aurat para Muslimah serta selesa ketika

memakainya.

Sesungguhnya, fitrah yang ALLAH ciptakan dalam diri seorang wanita sememangnya ingin kelihatan

cantik dan bergaya. Maka langsung tidak dinafikan masyarakat ramai yang mengenakan tudung seakan

berfesyen.

Pada pandangan saya, tidak salah jika berfesyen tetapi haruslah berpakaian dan berhias menurut al-

Quran dan sunnah. Islam tidak melarang umatnya untuk berhias dengan sebaiknya. Malah Islam

membolehkan umatnya untuk berhias dengan syarat disertakan niat yang baik dan bersikap sederhana

serta tidak melampaui syariat ditetapkan ALLAH - Nur Azlin Nordin, 34, Shah Alam

Puas hati pakai tudung jahitan sendiri

MATA saya bersinar dan bercahaya apabila melihat butiran manik yang cantik dan berkilau. Setiap

apa yang saya pakai pasti mempunyai manik walaupun tidak banyak tetapi asal ada. Tudung adalah

objek yang pertama orang akan pandang selepas melihat muka, jika kita memakai tudung yang senget

pasti ramai yang terkekeh-kekeh gelakkan kita.

Saya meminati jahitan manik, labuci dan kuntuman bunga pada tudung kerana ia nampak cantik dan

mewah. Sejujurnya, saya berasa gembira dan seronok menyarung tudung yang lain daripada orang

lain. Perasaan puas hati merajai diri memandangkan hasil penat lelah sehingga sakit pinggang berbayar

16

dengan hasil yang sungguh unik.

Saya mempunyai banyak koleksi tudung daripada berbagai jenis kain antaranya lycra, chiffon, satin,

bawal, selendang, pashmina, syiria, jeans dan banyak lagi.

Saya gemar membeli tudung yang tidak bercorak kerana saya akan menghiasinya dengan rekaan

manik mengikut gaya tersendiri. Kebiasaan corak yang saya lukis adalah berdasarkan imaginasi dan

gambar yang saya lihat daripada majalah atau di mana sahaja.

Namun, kekadang saya gemarkan tudung yang mempunyai corak kerana senang pada saya untuk terus

menjahit manik di permukaan bunga itu.

Majalah dan internet menjadi medan utama saya dalam mengikuti trend fesyen tudung yang terkini.

Tidak dinafikan kali pertama saya menjahit manik dan labuci tangan saya tercucuk jarum sehingga

berdarah, tetapi disebabkan minat mendalam saya teruskan juga.

Puas sungguh puas hati apabila melihat tudung yang asalnya kosong menjadi berkilau penuh dengan

manik-manik dan labuci. Benar! Ramai yang bertanya daripada mana saya beli tudung ini kata mereka

ia sangat cantik. - Ainawaty Hanany Yusoff,

36, Taman Sentosa, Klang

Kongsi dengan pelanggan rekaan tudung terkini

SAYA seorang yang gemar melihat gaya-gaya lilitan tudung yang digayakan orang lain. Sementelah

lagi, saya seorang yang simple jadi setiap lilitan yang cuba dipraktikkan perlulah mudah dan simple

tetapi masih nampak menarik dan menepati syariat.

Saya mendapat banyak pendedahan mengenai fesyen berhijab kerana sebelum ini saya bekerja dalam

bidang yang banyak mengetengahkan elemen wanita Muslimah berhijab. Kebanyakan fesyen

bertudung hari ini tidak menepati syariat sebaliknya lebih kepada penggayaan. Berikutan itu, saya

mengambil keputusan berhenti kerja dan menceburi perniagaan menjual tudung secara dalam talian,

Tirooz Annisa. Saya menjual tudung berbidang besar dan sesuai untuk individu yang bertubuh besar.

Pernah juga pelanggan saya mengadu bahawa ramai peniaga tudung hanya memfokuskan rekaan

tudung untuk individu yang kecil molek menyebabkan mereka yang bertubuh besar sukar mencari

tudung sesuai.

Disebabkan itu, saya mencabar diri mencari pembekal tudung yang besar dan labuh. Apa yang saya

jual akan saya pakai dan peragakan setiap kali keluar berjalan-jalan atau memenuhi jemputan kenduri.

Saya berpegang kepada kata-kata ini, bergaya perlulah dalam keadaan yang sopan dan usah bersikap

melebih-lebih. Kita tidak tahu adakah pemakaian kita diterima ramai, mana tahu jika ada yang memuji

tetapi sebenarnya mengeji kita. - Norlizaina Mohd Ali, 28, PUNCAK ALAM

17

TUTORIAL HIJABISTA

Antara tutorial tudung berfesyen yang labuh dan menepati syari’at Islam ialah:-

FESYEN PERTAMA

CANTIKKAN!^^

18

FESYEN KEDUA

Stail dan mudah je

FESYEN KETIGA

Bawal pun ayu.

Jadi pelbagai fesyen hijab yang boleh kita buat asalkan mengikut syari’at Islam dan cantik.Hehehehe.^^

19

9

21

22

KESIMPULAN

Kesimpulannya,janganlah kita sentiasa ingin menghalalkan sesuatu yang haram di sisi Islam.Selain

itu,mememng tidak salah untuk kita bergaya atau berfesyen kerana sudah menjadi lumrah seorang wanita

mahupun lelaki yang ingin menampakkan dirinya kacak atau anggun,tetapi biarlah kita membawa nama

Islam itu dengan suci dan sebersih-bersihnya supaya agama dan umat Islam tidak dipandang rendah dan

diperlekehkan.Bak kata pepatah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.

Kami juga percaya bahawa kebanyakan wanita muslimah yang bertudung adalah kerana niatnya yang

ingin menutup aurat dan mungkin cara kta sahaja yang salah kerana faktor ingin mengikuti perkembangan

fesyen terkini.Masih tidak terlambat juga untuk kita bersama-sama untuk mengubah cara pemakaian

kita.In shaa ALLAH

23

CARTA GANTT

BIL MINGGU PROSES

1. SATU

• Proses pemilihan tajuk.

• Kumpulan kami mendapat tajuk

aurat vs fesyen bagi emajalah.

2. DUA • Proses pembahagian kerja antara

ahli kumpulan.

• Antara senarai kerja ialah:

Mengkaji selidik tajuk.

Mencari pelbagai info mengenai

tajuk majalah di internet.

Menulis artikel majalah.

24

Proses menyiapkan kerja yang telah

dibahagikan.

• Proses menambahbaik majalah.

3. TIGA

• Proses membuat carta

gantt.

• Proses mengemaskini e-majalah.

4. EMPAT

• Penghantaran emajalah dalam portal

cidos.

25

PENERBIT

NURAQILAH NAZIHAH BINTI ABAS - 09DKM14F1029

NUR AMIRAH BINTI NORSALEHIN- 09DKM14F1030

NADZRATUL ISMAR RYAIHAN BINTI ISHAK-O9DKM14F1032

NUR HAMIZAH BINTI BAHARUDIN-09DKM14F1056

KHIEW VUN FUNG-09DKM14F1065

26

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!