11.12.2012 Views

SOALAN LAZIM & JAWAPAN ( Frequently Asked ... - Mrsmkm.edu.my

SOALAN LAZIM & JAWAPAN ( Frequently Asked ... - Mrsmkm.edu.my

SOALAN LAZIM & JAWAPAN ( Frequently Asked ... - Mrsmkm.edu.my

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

mematuhi waktu lawatan yang telah ditetapkan . Lawatan yang dibuat diluar waktu

tersebut adalah tidak disenangi kerana ia akan mengganggu aktiviti pelajar / maktab .

Untuk memudahkan urusan keluar/masuk , ibubapa dimestikan menunjukkan Kad Pelawat

kepada Pengawal Keselamatan semasa memandu masuk . Kad Pelawat akan diberikan

semasa pendaftaran nanti .

7. Jika anak saya sakit ?

Kami akan hantar pelajar-pelajar yang sakit ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan

yang diperlukan . Jadual kehospital pada hari-hari persekolahan adalah jam 9:00am dan

3:00pm . Selepas waktu pejabat / hujung minggu / cuti am – pelajar yang sakit akan

dihantar ke Hospital oleh Guru Asrama . Ibubapa akan dimaklumkan jika anak mereka

dimasukkan ke wad . Pelajar diingatkan supaya memaklumkan segera keadaan kesihatan

mereka kepada rakan sebilik / dorm cap./ blok cap.yang akan memanjangkan kepada

warden / pentadbiran untuk tindakan . Pelajar dinasihatkan supaya tidak ‘menyimpan

penyakit ’ dan untuk mengelakkan salah faham pelajar hendaklah memberitahu pihak

maktab terlebih dahulu sebelum memaklumkan kepada ibubapa masing-masing .

8. Berapa banyak wang yang perlu saya bekalkan/ tinggalkan kepada anak saya sebagai

perbelanjaan harian ?

Terpulang kepada tuan / puan . Pelajar digalakkan menyimpan wang ( yang berlebihan )

pada penasihar homeroom / guru asrama. Wang tersebut boleh dikeluarkan apabila

diperlukan . Wang ditangan – RM10:00 pada satu-satu masa , dikira mencukupi . Mesin

ATM ( BSN ) ada dihadapan Maktab .

9. Penggunaan telefon bimbit ?

Maaf ! Tidak dibenarkan . Kami akui telefon bimbit adalah suatu keperluan tetapi dalam

konteks maktab dan pelajar – keburukan telefon bimbit adalah lebih banyak dari kebaikan

. Bilangan telefon awam ( coin & card ) didalam kampus ini melebihi 30 unit dan

bilangan ini dikira mencukupi !

10. Sembahyang Jumaat ?

Wajib kepada pelajar lelaki Islam yang cukup syarat . Rujuk : Buku Peraturan Maktab

untuk mengetahui pakaian pada hari Jumaat & pakaian ke masjid . Oleh kerana masjid

adalah ‘ dekat ’- pelajar ke masjid adalah dengan berjalan kaki . Ketika pelajar putera ke

masjid , pelajar puteri dikumpul di surau untuk kelas fardu ‘ain dan yang bukan Islam

( jika ada ) akan mengikuti kelas moral .

11. Perkhidmatan Dobi ?

Perkhidmatan dobi adalah dikendalikan oleh Koperasi MRSM Tun Ghafar Baba Melaka

Bhd . Pelajar dibenarkan menghantar pakaian kotor untuk di dobi 2 kali seminggu ( rujuk

jadual penghantaran ). Saya nasihatkan pelajar supaya merebut peluang ini – jangan

habiskan banyak masa kerana membasuh pakaian kecuali ‘ pakaian tertentu ’. Masa yang

terluang boleh digunakan untuk belajar , mengulangkaji pelajaran dan sebagainya . Adalah

rugi jika tidak menggunakan perkhidmatan ini kerana bayaran dobi ( RM10/= sebulan )

tetap dipotong setiap bulan !

12. Kelas Tuition ?

Kelas tuition dikendalikan oleh guru-guru dengan restu Muafakat MRSM Tun Ghafar

Baba . Kelas persediaan ( petang / malam / pagi Sabtu ) adalah terkawal dan pelajar pada

bila-bila masa boleh menetapkan temujanji dengan guru subjek . Guru tertentu sering

2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!