11.12.2012 Views

SOALAN LAZIM & JAWAPAN ( Frequently Asked ... - Mrsmkm.edu.my

SOALAN LAZIM & JAWAPAN ( Frequently Asked ... - Mrsmkm.edu.my

SOALAN LAZIM & JAWAPAN ( Frequently Asked ... - Mrsmkm.edu.my

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SOALAN LAZIM & JAWAPAN

@ FAQs ( Frequently Asked Questions & Answers )

( Khas Untuk ~ Pendaftaran Pelajar Dari Kementerian Pelajaran )

1. Bagaimana cara dan di mana kami boleh membayar yuran makan?

Dalam sistem MRSM , tiada bayaran yang dipanggil yuran makan . Mungkin yang

dimaksudkan itu adalah wang caruman . . Nilainya RM60.00 sebulan , 12 bulan setahun .

Tuan/puan boleh datang dan membayarnya terus dipejabat atau diposkan . Cek / wang pos

/ kiriman wang hendaklah ditulis atas nama Pengetua MRSM Tun Ghafar Baba .

2. Bolehkah pembayaran yuran ( wang caruman ) dibuat secara ansuran ?

Boleh . Tetapi jika ibubapa mampu membayar ikut semester atau bayaran setahun penuh ,

amat dialu-alukan .Wang caruman ini hendaklah terus dibayar sehingga anak tuan/puan

mendapat bantuan kewangan ( jika layak ) .

3. Adakah semua pelajar MRSM akan diberi biasiswa ?

Biasiswa @ Bantuan Kewangan tidak diberikan kepada pelajar secara automatik .

Ibubapa / pelajar perlu memohon menggunakan borang BKM 01 ( Borang Permohonan

Bantuan Kewangan - yang boleh didapati dalam Buku Panduan Pelajar Baru itu Lampiran

H ) . Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada kami untuk diperoses .

Keputusan bantuan kewangan ini ( berjaya / gagal ) akan dimaklumkan kepada ibubapa .

Ibubapa yang mempunyai ekonomi yang kukuh dan mampu menanggung persekolahan

anak – dinasihatkan supaya tidak memohon untuk memberi peluang kepada pelajar lain

yang benar-benar memerlukan bantuan .

4. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya ingin menukarkan anak saya ke MRSM lain ?

Dapatkan borang pertukaran di pejabat ( isikan dalam 3 salinan ) . Borang yang lengkap

hendaklah diserahkan dipejabat MRSM sebelum April atau September . Permohonan

April akan diproses untuk perpindahan pada semester 2 dan permohonan September akan

diproses untuk perpindahan semester 1 tahun berikutnya – tertakluk kepada kekosongan di

MRSM yang dipohon .

5. Berapa kerap anak saya boleh pulang bermalam ?

Ada 2 jenis pulang bermalam . Pulang wajib adalah bagi cuti pertengahan semester dan

cuti semester . Yang lainnya adalah pulang bermalam tidak wajib ( sila rujuk jadual

pulang bermalam ). Adalah tidak benar pelajar boleh pulang bermalam pada tiap

hujung minggu kecuali pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan .Walaubagaimana pun

tarikh-tarikh yang dinyatakan masih tertakluk kepada perubahan . Untuk pulang bermalam

tidak wajib atau pulang bermalam sebab-sebab khas ( perkahwinan / haji / umrah dll )

suatu permohonan pulang bermalam mestilah dibuat oleh ibubapa ( dalam borang

tertentu ) dan hendaklah sampai ke pejabat selewat-lewatnya 3 hari sebelum pulang . Bagi

pulang bermalam kerana kecemasan – tuan/puan hendaklah menghubungi pihak maktab

terlebih dahulu . Pakaian semasa pulang dan kembali ke maktab adalah pakaian rasmi .

6. Bilakah ibubapa dibenarkan melawat anak-anak mereka ?

( Rujuk Buku Peraturan Maktab ) . Ibubapa adalah dibenarkan ( bahkan digalakkan )

melawat anak-anak mereka pada hari Sabtu – mulai jam 12:30pm dan pada hari Ahad /

cuti am – mulai jam 10:30am sehingga jam 6:00pm . Ibubapa dinasihatkan supaya

1

mematuhi waktu lawatan yang telah ditetapkan . Lawatan yang dibuat diluar waktu

tersebut adalah tidak disenangi kerana ia akan mengganggu aktiviti pelajar / maktab .

Untuk memudahkan urusan keluar/masuk , ibubapa dimestikan menunjukkan Kad Pelawat

kepada Pengawal Keselamatan semasa memandu masuk . Kad Pelawat akan diberikan

semasa pendaftaran nanti .

7. Jika anak saya sakit ?

Kami akan hantar pelajar-pelajar yang sakit ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan

yang diperlukan . Jadual kehospital pada hari-hari persekolahan adalah jam 9:00am dan

3:00pm . Selepas waktu pejabat / hujung minggu / cuti am – pelajar yang sakit akan

dihantar ke Hospital oleh Guru Asrama . Ibubapa akan dimaklumkan jika anak mereka

dimasukkan ke wad . Pelajar diingatkan supaya memaklumkan segera keadaan kesihatan

mereka kepada rakan sebilik / dorm cap./ blok cap.yang akan memanjangkan kepada

warden / pentadbiran untuk tindakan . Pelajar dinasihatkan supaya tidak ‘menyimpan

penyakit ’ dan untuk mengelakkan salah faham pelajar hendaklah memberitahu pihak

maktab terlebih dahulu sebelum memaklumkan kepada ibubapa masing-masing .

8. Berapa banyak wang yang perlu saya bekalkan/ tinggalkan kepada anak saya sebagai

perbelanjaan harian ?

Terpulang kepada tuan / puan . Pelajar digalakkan menyimpan wang ( yang berlebihan )

pada penasihar homeroom / guru asrama. Wang tersebut boleh dikeluarkan apabila

diperlukan . Wang ditangan – RM10:00 pada satu-satu masa , dikira mencukupi . Mesin

ATM ( BSN ) ada dihadapan Maktab .

9. Penggunaan telefon bimbit ?

Maaf ! Tidak dibenarkan . Kami akui telefon bimbit adalah suatu keperluan tetapi dalam

konteks maktab dan pelajar – keburukan telefon bimbit adalah lebih banyak dari kebaikan

. Bilangan telefon awam ( coin & card ) didalam kampus ini melebihi 30 unit dan

bilangan ini dikira mencukupi !

10. Sembahyang Jumaat ?

Wajib kepada pelajar lelaki Islam yang cukup syarat . Rujuk : Buku Peraturan Maktab

untuk mengetahui pakaian pada hari Jumaat & pakaian ke masjid . Oleh kerana masjid

adalah ‘ dekat ’- pelajar ke masjid adalah dengan berjalan kaki . Ketika pelajar putera ke

masjid , pelajar puteri dikumpul di surau untuk kelas fardu ‘ain dan yang bukan Islam

( jika ada ) akan mengikuti kelas moral .

11. Perkhidmatan Dobi ?

Perkhidmatan dobi adalah dikendalikan oleh Koperasi MRSM Tun Ghafar Baba Melaka

Bhd . Pelajar dibenarkan menghantar pakaian kotor untuk di dobi 2 kali seminggu ( rujuk

jadual penghantaran ). Saya nasihatkan pelajar supaya merebut peluang ini – jangan

habiskan banyak masa kerana membasuh pakaian kecuali ‘ pakaian tertentu ’. Masa yang

terluang boleh digunakan untuk belajar , mengulangkaji pelajaran dan sebagainya . Adalah

rugi jika tidak menggunakan perkhidmatan ini kerana bayaran dobi ( RM10/= sebulan )

tetap dipotong setiap bulan !

12. Kelas Tuition ?

Kelas tuition dikendalikan oleh guru-guru dengan restu Muafakat MRSM Tun Ghafar

Baba . Kelas persediaan ( petang / malam / pagi Sabtu ) adalah terkawal dan pelajar pada

bila-bila masa boleh menetapkan temujanji dengan guru subjek . Guru tertentu sering

2

menganjurkan kelas-kelas tambahan . Yang penting adalah pelajar harus bijak

menggunakan masa yang ada dengan berfaedah .

13. Kelas Al-Quran ?

Diajar dalam kelas formal . Kami juga melaksanakan program penghayatan Al-Quran .

Program ini dijalankan pada malam / subuh Sabtu dimana seorang Ustaz akan mengetuai

bacaan dan diikuti oleh jemaah dan seterusnya diikuti dengan terjemahan . Program ini

adalah anjuran Kerajaan Negeri Melaka .

14. Bolehkah pelajar membawa komputer peribadi ke Maktab ?

Tidak boleh – kerana ini akan menimbulkan banyak masalah lain terutamanya

penyalahgunaan komputer . Kami menyediakan dan mengawasi 80 buah komputer di

makmal untuk kegunaan pelajar . Kami berharap pelajar akan menggunakan komputer ini

dengan bertanggungjawab .

15. Siapakah yang bertanggungjawab dalam soal pembelian tiket untuk pulang ?

Sudah menjadi kelaziman di Maktab ini iaitu pembelian tiket untuk pulang diuruskan oleh

Biro Kebajikan Badan Wakil Pelajar (BWP) . Anak tuan/puan hanya perlu menyatakan

destinasi dituju dan wang tambang secukupnya . BWP akan menguruskan tempahan tiket

di Melaka Sentral .

16. Apakah pihak maktab menyediakan perkhidmatan bas untuk outing / balik kampong ?

Tidak !

Untuk outing ke Bandar Jasin , pelajar lazimnya menaiki kenderaan awam . Dan untuk

pulang kekampong , pelajar menaiki bas ekspres ( bas mengambil pelajar di Maktab ) atau

kami akan menghantarnya ke Melaka Sentral . .

17. Pemakaian Tudung .

Wajib bagi pelajar puteri yang beragama Islam . Tudung yang dibenarkan adalah tudung

‘kosong ’ i.e tanpa renda .

18. Apakah fungsi sebenar guru penasihat homeroom ?

Dari segi takrifnya , homeroom adalah satu kumpulan pelajar yang sebaya , tinggal dan

menjalankan aktiviti bersama , dibawah bimbingan dan tunjuk ajar seorang guru yang

dipanggil penasihat dalam ruang dan waktu yang tidak terbatas . Oleh itu fungsi guru

penasihat homeroom antaranya ialah : -

- sebagai ‘ ketua ’ keluarga ( bapa/ibu angkat ) ,

- mengesan dan membantu pelajar menyelesaikan masalah ,

- membentuk sikap pelajar ,

- membentuk personaliti pelajar ,

- mengembangkan minat dan bakat pelajar ,

- menjaga kebajikan pelajar .

- dan lain-lain.

19. Mohon penjelasan tentang uniform yang wajib dipakai pada waktu rasmi dan tidak rasmi

Upacara rasmi / kelas hari Isnin : set pakaian warna coklat , berkasut hitam & berstokin ,

memakai tanda nama dan bertali leher ( lelaki ) .

Kelas hari Selasa hingga Jumaat : set pakaian warna biru , berkasut hitam & berstokin ,

3

memakai tanda nama dan bertali leher ( lelaki ) . Kecuali – hari Jumaat , pelajar lelaki

dimestikan memakai pakaian baju Melayu lengkap – warna putih ( songkok dan

bersampin ) .

20. Apakah spesifikasi pakaian outing bagi pelajar lelaki dan perempuan ?

Lelaki : Pakaian rasmi maktab / batik rasmi maktab. Kasut hitam & berstokin .

Puteri : Pakaian rasmi maktab / batik rasmi maktab . Kasut hitam & berstokin .

Urusan outing adalah menggunakan Smart card .

21. Apakah Skop Perlindungan atas premium insuran yang telah dibayar ?

Bayaran insuran sebanyak RM 5.00 ( Setahun ). Wajib bayar.

Ada 5 Skop Perlindungan dan amaun manfaat dinyatakan dalam kurungan :a.

Kematian akibat kemalangan ( RM5,000.00 ) .

b. Lumpuh berkekalan seluruh badan akibat kemalangan ( RM 15,000.00 ) .

c. Terpisah / putus anggota / hilang penglihatan akibat kemalangan

( RM7,500 – RM15,000.00 ) .

d. Khairat kematian – mati akibat sakit biasa ( RM1,000.00 ) .

e. Elaun tunai hospital awam / swasta ( RM25.00 / hari – tidak melebihi 60 hari

berturut-turut dari tarikh masuk wad ) .

4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!