16.02.2017 Views

jan17 testupdates FINAL

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

14

Projek Pemuliharaan Muara-Muara Sungai Di Negeri Sarawak

Oleh: Bahagian Pengurusan Zon Pantai

Pengarah Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Kapt. (B) Ir. Haji Anuar bin Haji Yahya telah menghadiri

Mesyuarat, Lawatan Tapak dan Sesi Perbincangan bersama Stakeholders bagi Projek Pemuliharaan Muaramuara

Sungai Di Negeri Sarawak bertempat di JPS Negeri Sarawak. Lawatan tapak ini melibatkan kawasan

muara Sungai Sematan, muara Sungai Bako dan muara Sungai Buntal.

Mesyuarat dan lawatan tapak ini bertujuan untuk memastikan saluran sungai di muara tidak

terhalang bagi mengelak kejadian banjir pantai disamping menyediakan laluan pelayaran yang selamat.

Selain itu, perbincangan juga dibuat bagi memastikan keselamatan harta benda dan penduduk sekitar tidak

terjejas akibat banjir pantai serta mendapatkan maklumbalas tambahan daripada penduduk yang terlibat

dalam pelaksanaan Projek Pemuliharaan Muara-Muara Sungai di Negeri Sarawak.

Sesi perbincangan bersama Stakeholders di Pejabat

Daerah Kecil Sematan, Daerah Lundu, Sarawak

Bersama Stakeholders di Skim Damai IADP Sungai Buntal,

Kuching, Sarawak

Mesyuarat Agung PUSPANITA JPS Malaysia Kali ke-33

Oleh: Hjh Maslina bt Abdul Kadir Bahagian Pembangunan Modal Insan

Mesyuarat Agung kali yang ke 33 ini telah

dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Md. Nasir bin Md.

Noh, Timbalan Ketua Pengarah I, JPS Malaysia. Turut

hadir adalah YBhg. Datin Sri Norliza binti Zakaria,

Pengerusi PUSPANITA JPS Malaysia, YBhg. Datin

Normah binti Taha, Timbalan Pengerusi 1, PUSPANITA

JPS Malaysia dan YBhg. Datin Noriah binti Abu

Bakar, Ahli Jawatankuasa PUSPANITA JPS Malaysia.

Turut diadakan aneka jualan serta Jualan

Amal Pre Loved Items. Majlis disertai oleh 116

orang ahli PUSPANITA JPS Malaysia. Mesyuarat yang

diadakan setiap tahun ini merapatkan silaturrahim

antara ahli PUSPANITA JPS Malaysia di samping

bertukar-tukar fikiran dan menjalankan aktiviti amal.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!