16.02.2017 Views

jan17 testupdates FINAL

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA

ISSN 2229-824X

FOKUS JPS 2017:

MENGURUS SUMBER AIR

Sistem Pengurusan Aduan

Awam JPS (SISPAA)

Bengkel dan Cara Penggunaan

Simposium Asia Pasifik di Tokyo,

Jepun

International Flood Initiative (IFI)

Dari Perspektif Ketua

Pengarah JPS Malaysia

‘Pencapaian, Halatuju Jabatan,

dan Harapan bagi 2017’

Banjir di Terengganu

Lawatan kerja rasmi YBhg Menteri

Sumber Asli & Alam Sekitar

facebook.com/Jabatan Pengairan

dan Saliran Malaysia - DID

Follow us on

twitter

twitter.com/JPS Malaysia

http://www.water.gov.my

http://water.spab.gov.my

SIDANG REDAKSI

Duduk dari kiri : Nor Hafizah bt Mohd Suhadis (Penolong Editor), Ir. Hj. Abdullah bin Isnin (Penyelaras),

Dato’ Sri Ir. Hj. Zulkefli bin Hassan (Penasihat), Dato’ Ir. Hj. Mohd Azmi bin Ismail (Ketua Editor), Suriani bt Hassin (Penolong Editor)

Berdiri dari Kiri : Adjwaz bin Roslan (Pereka Grafik), Thayalam a/l Sekaran (Penolong Editor),

Ir. Wan Hasitinaziah bt Mohd Hassan (Editor), Muhammad Hafiz bin Khairon (Pereka Grafik)

m/s

3

m/s

4

m/s

6

m/s

7

Kandungan...

• Dari Tinta Ketua Editor

• Dari Perspektif Ketua Pengarah JPS

• Dimensi Baru Pengurusan Atasan

• Simposium Asia Pasifik di Tokyo Japan

m/s

14

m/s

15

m/s

16

• Projek Pemuliharaan Muara-muara Sungai di

Sarawak

• Mesyuarat Agung PUSPANITA JPS Malaysia

Kali ke-33

• Bengkel Pengumpulan Data-Stakeholder

Engagement NAWABS Lembangan Sungai

Muda

• NRE Management Work Camp Bil 1/2017

• Pameran Projek Penyelidikan ERP System

for Road Construction on Peat Soil

• UNESCO-IHP Malaysia- Technical Talk Bil

1/2017

m/s

8

m/s

9

m/s

10

m/s

12

• Lawatan YB Menteri NRE ke Kawasan Banjir

di Terengganu

• Statistik Lawatan di Pusat Kawalan SMART

• Lawatan BKP ke Pusat Kawalan SMART

• Lawatan Tapak dan Perbincangan Projek

Pemuliharaan Muara Sungai oleh BPZP

• Bengkel RKT JPS Bahagian dan JPS Negeri

• Projek Pemuliharaan Pantai dan Pembaikan

Kualiti Air Laut di Pantai Batu Feringghi,

Pulau Pinang

• Informasi Grafik SISPAA

• SISPAA Menggantikan JPS Careline

m/s

17

m/s

18

m/s

19

• Bengkel Penyediaan Garis Panduan (SOP)

bagi Menangani Pencemaran Sungai

• Kunjungan INSPEM ke Bahagian Pengurusan

Sumber Air dan Hidrologi, JPS

• Kursus MyMesyuarat 2.0 Bahagian Khidmat

Pengurusan

• Program BPMI-TEDTalks Januari 2017 “A

Country with No Water”

• Aktiviti Sharing is Caring BPMI- Taklimat “

Visual Communication”

• Lawatan Pengurusan Tertinggi JPS ke Pusat

Data Sektor Awam (PDSA) Bandar Enstek

• Sudut Maklumat

3

DARI TINTA KETUA EDITOR

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu, tidak terlewat sekiranya saya

mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2017 kepada semua

pembaca yang dikasihi dan dihormati. Semoga dengan kehadiran

tahun 2017 ini, membuka lembaran baru kepada kita semua

agar lebih ke hadapan dan maju jaya serta dipermudahkan

urusan seharian.

Terbitan Buletin JPS UPDATES bagi Januari 2017 tampil dengan

wajah baru yang segar, berkonsepkan korporat, kandungan yang

lebih berinformatif selari dengan lembaran tahun baru 2017.

Bermula Tahun 2016 juga, kami telah mengambil pendekatan

melestarikan alam semulajadi dengan kaedah terbitan

elektronik yang lebih mesra pengguna, dan hanya dicetak

apabila perlu sahaja. Save paper, save trees!

Bertemakan PENCAPAIAN, HALATUJU JABATAN DAN HARAPAN

BAGI TAHUN 2017, ia merupakan manifestasi kepada

kesungguhan dan ketekunan Jabatan Pengairan dan Saliran

Malaysia dalam merealisasikan halatuju dan harapan untuk

meningkatkan imej Jabatan sekaligus menjana perubahan

positif ke arah meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada

pelanggan dan orang awam.

Pemaktuban warkah berupa buletin rasmi ini diharapkan dapat

merakamkan aktiviti-aktiviti penting Jabatan Pengairan dan

Saliran Malaysia sepanjang tahun selain dari menjadi wadah

penyampaian maklumat untuk sebaran dalaman malahan

dikongsi bersama agensi awam yang lain dan media prima.

Artikel berbentuk ilmiah turut dimuatkan dalam buletin ini

dengan harapan ia dapat mencambah serta menjana potensi

dan kompetensi di kalangan warga JPS Malaysia dalam

melaksanakan amanah dan tugas yang telah diberi.

Akhir kata, selamat membaca, selamat berkongsi maklumat dan

Selamat Maju Jaya.

Sekian, terima kasih.

“JPS Updates sebagai

wadah penyampaian

maklumat untuk sebaran

dalaman malahan

dikongsi bersama agensi

awam yang lain dan

media prima”

Dato’ Ir. Hj. Mohd Azmi bin Ismail

4

“Penguatkuasaan

Rang Undang - Undang

(RUU) Sumber Air di

seluruh Negara mampu

mengukuhkan peranan

JPS di dalam pengurusan

Sumber Air Negara, selari

dengan fokus Jabatan

untuk mengurus sumber air

ke arah Water Security”

DARI PERSPEKTIF KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA,

‘Pencapaian, Halatuju dan Harapan bagi tahun 2017’

Pertemuan team editor JPS Updates bersama YBhg. Dato’ Sri Ir. Haji Zulkefli bin Hassan,

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia bertempat di pejabat beliau merupakan

pertemuan bersejarah di awal tahun 2017 ini. Pertemuan ini menyingkap pencapaian tertinggi

beliau selaku TERAJU UTAMA JPS Malaysia yang akan genap setahun pada 21 Mac 2017 yang

akan datang ini dan juga harapan beliau bagi tahun 2017. Menyifatkan pelantikan beliau

sebagai satu pencapaian tertinggi dalam perjalanan kariernya, peluang tersebut disambut

baik dan digunakan sepenuhnya dalam memacu Jabatan ke arah mencapai hala tuju Jabatan

Towards Water Security.

Pendekatan sesi turun padang ke semua

cawangan di peringkat Negeri dan Daerah

mengeratkan hubungan warga JPS

Berpegang kepada konsep ‘tak kenal maka

tak cinta’, YBhg. Dato’ Sri telah membuat Lawatan

dan Sesi Dialog ke semua cawangan JPS Negeri dan

Daerah seluruh Negara bermula dari perlantikan

beliau pada bulan Mac 2016 sebagai Ketua Pengarah

kerana beliau percaya tidak semua pegawai

berpeluang untuk bertemu muka bersama teraju

utama Jabatan secara dekat. Menyifatkan sesi turun

padang ini sebagai pencapaian peribadi, beliau turut

menyarankan agar budaya ini dikekalkan sehingga

masa-masa akan datang sebagai salah satu usaha

merapatkan lagi jurang di antara semua kakitangan.

Pencapaian lain JPS yang dibanggakan oleh

Dato’ Sri Ketua Pengarah

• Dua orang pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran

Malaysia telah diberikan pengiktirafan kepakaran

bidang kursus (Subject Matter Expert) masing-masing

dalam bidang Hidrologi dan Kejuruteraan Pantai oleh

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

• JPS juga telah berjaya mencapai 99% perbelanjaan

di bawah peruntukan pembangunan bagi tahun 2016

melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan di

seluruh Negara.

• Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dapat

dibangunkan sendiri oleh kakitangan JPS Malaysia

dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam (BPA)

bagi menggantikan perkhimatan JPS Careline yang

ditamatkan pada 31 Disember 2016.

5

Fokus utama dan hala tuju Jabatan dari perspekstif

Ketua Pengarah JPS

Fokus utama JPS adalah untuk menerajui

perkhidmatan kepakaran kejuruteraan dan

pengurusan sumber air negara yang merangkumi

pengurusan lembangan sungai, zon pantai serta

pengurusan banjir dan kemarau secara bersepadu

bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan

memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar.

Ke arah merealisasikan aspirasi untuk

memimpin dan menguasai pengurusan sumber

air, pada usia 85 tahun JPS telah membangunkan

sistem saliran dan infrastruktur pengairan

secara menyeluruh dan disokong sepenuhnya

melalui usaha yang berterusan oleh pengurusan

dan kakitangan JPS sendiri. Usaha-usaha ini

tidak berhenti setakat ini dan masih diteruskan

dan menjadi panduan kepada Jabatan dalam

menentukan hala tuju Jabatan yang seterusnya.

Sebagai pemerkasaan kepada pembangunan yang

mapan ke arah pengurusan sumber air.

Banyak perkara yang boleh dikaitkan selaku

penyebab kepada keadaan banjir dan kemarau

termasuklah pembangunan yang tidak mapan

dan tidak terancang serta pemanasan global yang

menjejaskan kitaran hidrologi dan menyebabkan

perubahan corak taburan hujan. Justeru, pengurusan

sumber air yang bijak dan cekap amat penting bagi

memastikan sumber air ini sentiasa mencukupi,

dalam keadaan yang baik dan terpelihara.

Sehubungan itu, Jabatan juga telah menambahbaik

sistem ramalan dan amaran banjir melalui Program

Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) serta

mewujudkan sistem National Water Balance System

(NAWABS) yang akan berfungsi sebagai Decision

Management Support System.

Fokus Utama dan Hala Tuju Jabatan

1. Program Ramalan dan Amaran Banjir

Negara (PRABN).

2. Jaminan sumber air negara melalui National

Water Balance System (NAWABS).

3. Pengukuhan tadbir urus dan integriti

Jabatan.

4. Merangka kemajuan kerjaya dan

pemantapan organisasi Jabatan.

5. Pelaksanaan projek-projek pembangunan

mencapai sasaran output serta outcome

sebagaimana yang dirancang dan

pencapaian perbelanjaan peruntukan

pembangunan sebanyak 99% dikekalkan.

6. Pembinaan Ibu Pejabat Jabatan Pengairan

dan Saliran Malaysia di Putrajaya.

7. Memperbanyakkan lagi Subject Matter

Expert (SME) di kalangan kakitangan

Jabatan.

YBhg. Dato’ Sri turut menyatakan, adalah

menjadi satu kepentingan dan keperluan kepada

semua kakitangan Jabatan Pengairan dan

Saliran untuk mempelajari dan mendalami ilmu

pengurusan sumber air ini memandangkan ianya

turut akan menjadi fokus utama Jabatan pada masa

akan datang. Pelaksanaan Pengurusan Lembangan

Sungai Bersepadu (IRBM) sebagaimana praktis sedia

ada Jabatan turut dilihat amat membantu dalam

pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan air,

tanah dan sumber yang berkaitan di seluruh sektor

dalam lembangan sungai dengan memaksimumkan

manfaat ekonomi dan sosial di samping memelihara

dan mengembalikan ekosistem air tawar.

6

DIMENSI BARU PENGURUSAN ATASAN

YBhg. Dato’ Sri Ir. Hj. Zulkefli Bin Hassan

Beliau dilahirkan pada 3 Ogos 1957 di Chenderiang, Perak. Memulakan

perkhidmatan beliau di JPS sebagai jurutera di IADP Barat Laut pada 22 Ogos

1980, beliau telah berkhidmat di pelbagai Negeri dan bahagian sebelum beliau

dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia pada

21 Mac 2016. Beliau telah dikurniakan Darjah Kebesaran “SSAP” oleh KDYMM

Sultan Pahang, yang membawa gelaran Dato’ Sri. Sebagai TERAJU UTAMA JPS

Malaysia, beliau merangka, memandu dan memantau pelan pembangunan Jabatan

bagi seluruh Malaysia serta memastikan pelaksanaan khasnya bagi programprogram

dan aktiviti-aktiviti pembangunan serta mengurus JPS Malaysia.

Ketua Pengarah JPS Malaysia

YBhg. Dato’ Dr. Hj. Md Nasir Bin Md Noh

Beliau dilahirkan pada 20 Mac 1963 di Johor Bahru, Johor. Memulakan perkhidmatan

beliau di JPS sebagai jurutera di IADP Johor Barat, Batu Pahat, JPS pada 15 Mac 1989.

Seterusnya, beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran di Tottori

Universiti, Jepun sehingga tamat pada 31 Mac 2002. Pada 1 November 2016, beliau

telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bisnes, JPS Malaysia. Sektor

Bisnes merangkumi 6 Bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi,

Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Bahagian

Pengurusan Banjir, Bahagian Saliran Mesra Alam serta Bahagian Projek Khas.

Timbalan Ketua Pengarah II (Sektor Pakar)

YBrs. Ir. Hj. Ab Qahar Bin Osman

YBrs. Ir. Hj. Abdullah Bin Isnin

Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes)

Beliau dilahirkan pada 15 Ogos 1957 di Batu Kurau, Perak. Memulakan

perkhidmatan beliau di JPS pada 3 April 1978 dan seterusnya berkhidmat di

beberapa negeri dan Ibu pejabat sebelum dilantik sebagai Pengarah Kanan JPS

Malaysia pada 22 Jun 2016. Beliau telah dinaikkan ke lantikan Gred JUSA B pada 15

Mac 2016 dan seterusnya menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah

Sektor Pakar, JPS Malaysia pada 1 November 2016. Sektor Pakar merangkumi

5 Bahagian iaitu Bahagian Rekabentuk dan Empangan, Pusat Serantau Tropika

Lembap (HTCKL), Bahagian Bangunan dan Infrastruktur, Bahagian Perkhidmatan

Mekanikal dan Elektrikal serta Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak.

Beliau dilahirkan pada 8 November 1959 di Batu Pahat, Johor. Memulakan

perkhidmatan beliau di JPS pada 16 Oktober 1986 dan seterusnya berkhidmat

di beberapa negeri dan Ibu pejabat serta pernah berkhidmat di NAHRIM

sebelum dilantik sebagai Pengarah Kanan, JPS Malaysia pada 16 Januari 2017.

Sektor Pengurusan merangkumi 6 Bahagian iaitu Bahagian Korporat, Bahagian

Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan

Maklumat, Bahagian Pengurusan Fasiliti dan GIS serta Bahagian Audit Prestasi.

Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan)

7

Simposium Asia Pasifik di Tokyo, Jepun

Implementation Planning Workshop on International Flood Initiative (IFI)

in Asia-Pacific and the 9th GEOSS Asia-Pacific

Oleh: Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai

Pada 10-13 Januari 2017 yang lalu, Jabatan

Pengairan dan Saliran, Malaysia telah menyertai satu

simposium yang bertajuk “Implementation Planning

Workshop on International Flood Initiative (IFI) in Asia-

Pacific and the 9th GEOSS Asia-Pacific” bertempat

di Tokyo, Jepun. JPS Malaysia telah diwakili oleh

Tuan Hj. Md Khairi bin Selamat, Timbalan Pengarah

Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai yang juga

turut membuat pembentangan pada simposium ini.

Seramai lebih kurang 70 orang peserta

daripada Negara-negara Asia Pasifik telah menyertai

simposium ini yang merupakan medan perkongsian

pengetahuan dan pertukaran pengalaman antara

peserta negara-negara ASEAN mengenai Sustainable

Development Goals dan kerangka antarabangsa

seperti Paris Agreement dan Sendai Framework dalam

pengurangan risiko banjir.

Hasil perkongsian maklumat dan pengalaman

sepanjang simposium Asia Pasifik ini dapat digunakan

oleh JPS Malaysia dalam memperkukuhkan

perlaksanaan pengurusan sumber air mengikut

lembangan sungai serta kaitannya terhadap

perubahan iklim dan pengurangan terhadap risiko

banjir.

Tajuk Pembentangan di Simposium

Tuan Hj. Md Khairi bin Selamat,

Timbalan Pengarah,

Bahagian Pengurusan

Lembangan Sungai

Sesi 1:

Implementation Planning Workshop on

International Flood Initiative (IFI) in Asia-Pacific

“Langat River Basin, Malaysia; Flood Situation in the

River Basin”

Sesi 2:

Earth Observations and Sustainable

Development Goals (SDGs) from the perspective

of Asia Pacific Region “Water Issues, Malaysian

Scenario”

8

Sekitar Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri Sumber Asli dan

Alam Sekitar ke Kawasan Banjir di Terengganu

Oleh: Bahagian Korporat

Lawatan Bahagian Khidmat Pengurusan ke Pusat

Kawalan SMART

Oleh: Safarina binti Suyong, Bahagian Khidmat Pengurusan

Pada 9 Januari 2017 yang lalu, satu sesi

taklimat dan lawatan rasmi Bahagian Khidmat

Pengurusan, JPS Malaysia ke Pusat Kawalan SMART

telah diadakan yang bertujuan untuk mempelajari

dan menambah ilmu mengenai sistem operasi

SMART. Seramai 25 orang kakitangan Bahagian

Khidmat Pengurusan telah menyertai lawatan ini.

Sesi taklimat mengenai operasi banjir dan pintu air

serta fungsi terowong SMART telah diberikan oleh

En. Muhammad Zaki bin Mashud dari Pusat Kawalan

SMART kepada peserta lawatan ini.

9 Januari - YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi

bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam

Sekitar telah mengadakan lawatan rasmi beliau

ke Durian Mentangau, Dungun, Terengganu untuk

bersama-sama membantu mangsa banjir di negeri

Terengganu

Memetik petikan berita daripada akhbar

Berita Harian Online, YB Menteri Sumber Asli dan

Alam Sekitar ketika ditemubual pada sesi lawatan

ini memaklumkan bahawa Sistem Program Ramalan

dan Amaran Banjir (PRAB) di seluruh Negara yang

akan dibangunkan oleh Jabatan Pengairan dan

Saliran, Malaysia akan dapat memberikan ramalan

banjir seawal 2 hari berbanding amaran dalam

tempoh 6 jam sebelum ini.

Statistik Lawatan Rasmi Pelawat ke

Pusat Kawalan SMART bagi Tahun

2016

Oleh: Muhammad Zaki bin Mashud, Pusat Kawalan SMART

MALAYSIA

280

ARAB SAUDI

FILIPINA

19

6

ENGLAND

IRAN

3

2

57

INDONESIA

CHINA

NIGERIA

12

4

2

AMERIKA

1

ETHIOPIA

40

KOREA SELATAN

10

BANGLADESH

PAKISTAN

PERU

SUDAN

3

2

1

Sepanjang tahun 2016, Pusat Kawalan SMART

telah menerima sebanyak 442 orang pelawat yang

merangkumi pelawat tempatan yang terdiri daripada

pelbagai agensi kerajaan, swasta, dan institusi pengajian

tinggi dan juga pelawat antarabangsa iaitu daripada

Indonesia, Korea Selatan, China, Arab Saudi, Bangladesh,

Filipina, Nigeria, Pakistan, England, Amerika Syarikat,

Peru, Iran, Ethiopia dan Sudan.

Taklimat akan diberikan kepada pelawat

berkenaan latar belakang projek, sistem operasi SMART

menggunakan sistem SCADA, sistem ramalan banjir,

struktur-struktur kawalan yang digunakan dan statistik

pengaktifan mod operasi banjir . Peserta juga diberi

peluang untuk melihat Kolam Takungan Berembang

dan mendengar penerangan ringkas berkaitan operasi

lencongan air banjir di tapak berhadapan kolam takungan.

Pusat Kawalan SMART telah diwartakan sebagai

kawasan larangan mengikut Akta Kawasan Larangan dan

Tempat Larangan 1959 dan lawatan ke Pusat Kawalan

SMART dibuka pada setiap Hari Rabu.

9

Lawatan Tapak dan Perbincangan Projek

Pemuliharaan Muara Sungai Kerang, Mukim

Sg. Tinggi, Trong, Perak

Oleh: Bahagian Pengurusan Zon Pantai

Satu lawatan tapak dan perbincangan Projek

Pemuliharaan Muara Sungai Kerang, Mukim Sg.

Tinggi, Trong, Perak telah diadakan pada 5 Januari

2017. Lawatan tapak ini telah diketuai oleh Tuan

Hj. Juhaimi bin Jusoh, Pengarah JPS Negeri Perak

bersama Tuan Hj. Mohd Sor bin Othman, Timbalan

Pengarah Bahagian Pengurusan Zon Pantai.

Lawatan tapak ini adalah bertujuan untuk

meninjau, mengenalpasti dan mengatasi masalah

pemendapan di muara Sungai Kerang dan muaramuara

sungai berhampiran bagi memudahkan botbot

nelayan keluar masuk ke muara sungai. Selain itu,

lawatan tapak ini juga membincangkan bagaimana

untuk mengurangkan risiko kemalangan atau

kerosakan pada bot-bot nelayan akibat pemendapan

sedimen yang terbentuk di dasar sungai.

Pada 4 Januari 2017, satu lawatan tapak dan

perbincangan Projek Pemuliharaan Muara Sungai

Kesang, Daerah Tangkak, Johor telah diadakan

dan dihadiri oleh Tuan Hj. Mohd Sor bin Othman,

Timbalan Pengarah Pengurusan Zon Pantai.

Lawatan Tapak dan Perbincangan Projek

Pemuliharaan Muara Sungai Kesang,

Daerah Tangkak, Johor

Oleh: Bahagian Pengurusan Zon Pantai

Lawatan tapak dan perbincangan ini

bertujuan untuk meninjau keadaan persekitaran

muara Sungai Kesang dan mengenalpasti kaedah

untuk mengatasi masalah pemendapan di muara

sungai serta bagaimana langkah penyelesaian yang

boleh diambil untuk memudahkan bot-bot nelayan

keluar masuk ke muara sungai. Perbincangan ini juga

adalah untuk mendapatkan maklumbalas tambahan

daripada penduduk sekitar yang terlibat dalam

pelaksanaan Projek Pemuliharaan Muara Sungai

Kesang.

10

Bengkel Rancangan Kerja Tahunan JPS

Bahagian dan Negeri Tahun 2017

Oleh: Wan Zaidi bin Wan Mahamood, Bahagian Audit Prestasi

Bertempat di Institut Pembangunan Modal Insan

Zon Tengah, JPS Ampang, Bengkel Rancangan Kerja Tahunan

JPS Bahagian dan Negeri Tahun 2017 telah diadakan

pada 10-11 Januari 2017 dan telah dipengerusikan

oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Nor Hisham bin Mohd Ghazali,

mantan Pengarah Kanan JPS Malaysia. Seramai 61 orang

kakitangan JPS mewakili bahagian dan negeri telah hadir

pada bengkel dan seterusnya mengikuti objektif bengkel

selama 2 hari iaitu pembentangan pencapaian RKT Tahun

2016, memurnikan RKT 2016 sebelum dimuktamadkan

oleh Ketua Sektor dan membincangkan cadangan

penambahbaikan pelaksanaan RKT di Jabatan bagi tahun

2017.

Rancangan Kerja Tahunan (RKT) merupakan Key

Performance Indicator atau Penunjuk Prestasi Utama (KPI)

yang melibatkan semua Pengarah Bahagian dan Negeri.

Selain melalui pelaksanaan KPI, prestasi perkhidmatan

JPS juga dinilai melalui Indeks Penarafan Bintang MAMPU

yang juga dikenali sebagai Indeks SSR. Pada tahun 2015,

MAMPU telah menambahbaik kriteria penilaian Indeks SSR

dengan menerapkan elemen keberkesanan pelaksanaan

program/projek Jabatan melalui pendekatan Transformasi

dan Inovasi. RKT Jabatan perlu dirangka dengan

mengambil kira semua elemen di dalam senarai semak

SSR bagi memastikan Jabatan mencapai tahap prestasi

perkhidmatan yang cemerlang iaitu 5 bintang. Bagi

mencapai perkhidmatan berprestasi tinggi, pembentukan

RKT juga hendaklah seiring dengan Perancangan Strategik

Jabatan melalui Pelan Strategik 2016-2020.

“RKT merupakan Key Performance

Indicator atau Penunjuk Prestasi Utama

(KPI) yang melibatkan semua Pengarah

Bahagian dan Negeri”

Majlis Perasmian Projek Pemuliharaan Pantai

dan Pembaikan Kualiti Air Laut di Pantai Batu

Feringghi, Pulau Pinang

Oleh: JPS Pulau Pinang

Pada 12 Januari 2017, bertempat di Muara Sungai

Batu Feringghi, Pulau Pinang, YB Datuk Ir. Dr. Hj. Hamim

bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam

Sekitar telah merasmikan Projek Pemuliharaan Pantai dan

Pembaikan Kualiti Air Laut di Pantai Batu Feringghi, Pulau

Pinang. Lanjutan daripada isu pencemaran di pantai,

masalah penutupan muara di kedua-dua sungai Batu

Feringghi dan Sungai Satu serta masalah hakisan pantai

yang sangat aktif di Batu Feringghi, Projek Pemuliharaan

Pantai dan Pembaikan Kualiti Air Laut di Pantai Batu

Feringghi, Pulau Pinang dan Projek Pembinaan Struktur

Wetland di Sungai Satu dilaksanakan.

Kedua-dua projek ini merupakan projekprojek

yang unik dan pertama seumpamanya di bina di

Malaysia dengan penerapan inovasi struktur outfall yang

direkabentuk secara multi-fungsi oleh jurutera-jurutera

Bahagian Pengurusan Zon Pantai, JPS Malaysia secara

dalaman. Dengan adanya struktur outfall dan wetland

ini, masalah seperti pencemaran sungai dan pantai di

Batu Feringghi, penutupan muara kedua-dua sungai dan

hakisan pantai dapat diselesaikan di samping memulihara

sungai dan pantai sedia ada di Batu Feringghi.

11

INTEGRITY CORNER

Warga Integriti, Organisasi berkualiti

Selamatkah anda jika tidak...

INTEGRITI

ISYTIHAR HARTA ANDA!

Walaupun Kini semua orang boleh terbang,

tetapi anda sebagai Penjawat Awam...

Pesanan daripada Unit Integriti JPS

SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM JPS (SISPAA)

water.spab.gov.my

Kaedah pengunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi

pengaduan berbentuk isu banjir monsun, hakisan pantai, runtuhan

tebing sungai, pengurusan sungai, hidrologi dan yang berkaitan

dengan Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia.

Tolong bantu

selesaikan masalah

saya

Laman Utama SISPAA

Scan QR

Code ini

untuk ke

SISPAA

11. Pengguna boleh melayari di url

water.spab.gov.my dan klik “Maklumbalas Baharu”

untuk memulakan maklumat aduan.

33. Selepas hantar maklumat aduan, pengguna

akan terima satu paparan yang disertakan

dengan ID TIKET sebagai no rujukan kes aduan.

2

2. Kemudian masukkan maklumat aduan

daripada pengguna mengikut aturan

sistem. Pastikan ruangan yang bertanda “ * ”

diisikan untuk memastikan sistem dapat

menerima maklumat pengguna sepenuhnya.

4. Pengguna boleh semak maklumbalas

aduan yang telah diberikan dengan

memasukkan Id Tiket “cth : TRWATER.000103”

ke ruangan Id Tiket dan masukkan kata laluan

& No Pengenalan ( jika ada).

4

5. Pengguna akan menerima maklumbalas aduan diterima daripada JPS dalam tempoh 24 jam

dalam waktu bekerja. Pihak JPS akan hubungi pihak pengadu dari semasa ke semasa untuk

mendapatkan maklumat lokasi secara lebih terperinci supaya siasatan tapak dapat dilakukan

sehingga masalah pengadu dapat diselesaikan.

Selamat Menggunakan SISPAA

13

SISPAA Menggantikan Perkhidmatan JPS Careline

beRmula 1 Januari 2017

Oleh: Bahagian Korporat

Menjelang 1 Januari 2017 yang lalu perkhidmatan JPS Careline telah ditamatkan sepenuhnya

kesan daripada kekangan peruntukan memandangkan pembiayaan bagi operasi JPS Careline

memerlukan komitmen bajet yang agak tinggi. Justeru, Bahagian Korporat telah bekerjasama

dengan Biro Pengaduan Awam bagi mewujudkan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang

lebih robust, menyeluruh, lebih cekap, responsif dan mesra rakyat sebagai alternatif baru bagi

saluran aduan di JPS. Sistem ini secara rasminya telah pun digunakan sepenuhnya di Ibu Pejabat

JPS Malaysia serta seluruh negeri bermula Januari 2017 yang lalu.

Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) ini boleh dilayari melalui pautan water.spab.gov.my yang

disokong oleh semua pelayar internet seperti Internet Explorer 10, Chrome, Mozilla Firefox, Safari

dan lain-lain. Bukan hanya boleh dilayar melalui desktop PC namun ianya turut boleh dilayari

melalui telefon pintar. Sistem ini juga turut mesra pengguna dengan berpegang kepada prinsip

‘No Wrong Door Policy’. Sistem ini turut boleh dicapai melalui Portal rasmi Jabatan Pengairan dan

Saliran Malaysia di alamat www.water.gov.my.

SESI LATIHAN SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) JPS

Bagi tujuan memahami penggunaan sistem SISPAA

dan menguruskan pelbagai aduan yang diterima oleh

JPS Malaysia, satu sesi latihan telah diadakan selama 2

hari iaitu pada 18 - 19 Januari 2017 di Bilik Komputer

Seroja, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPS

Ampang. Sesi latihan yang telah disampaikan oleh

En. Mohd Firdaus bin Ishak dan pembantunya Pn

Herdayu binti Hamid dari Biro Pengaduan Awam ini

diberikan secara intensif kepada pentadbir bagi

Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di peringkat

JPS Negeri. Sesi latihan ini juga telah memberikan

pendedahan serta latihan secara ‘hands–on’ kepada

semua Pegawai Perhubungan Awam JPS Negeri

beserta pegawai penyelaras aduan masing-masing.

14

Projek Pemuliharaan Muara-Muara Sungai Di Negeri Sarawak

Oleh: Bahagian Pengurusan Zon Pantai

Pengarah Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Kapt. (B) Ir. Haji Anuar bin Haji Yahya telah menghadiri

Mesyuarat, Lawatan Tapak dan Sesi Perbincangan bersama Stakeholders bagi Projek Pemuliharaan Muaramuara

Sungai Di Negeri Sarawak bertempat di JPS Negeri Sarawak. Lawatan tapak ini melibatkan kawasan

muara Sungai Sematan, muara Sungai Bako dan muara Sungai Buntal.

Mesyuarat dan lawatan tapak ini bertujuan untuk memastikan saluran sungai di muara tidak

terhalang bagi mengelak kejadian banjir pantai disamping menyediakan laluan pelayaran yang selamat.

Selain itu, perbincangan juga dibuat bagi memastikan keselamatan harta benda dan penduduk sekitar tidak

terjejas akibat banjir pantai serta mendapatkan maklumbalas tambahan daripada penduduk yang terlibat

dalam pelaksanaan Projek Pemuliharaan Muara-Muara Sungai di Negeri Sarawak.

Sesi perbincangan bersama Stakeholders di Pejabat

Daerah Kecil Sematan, Daerah Lundu, Sarawak

Bersama Stakeholders di Skim Damai IADP Sungai Buntal,

Kuching, Sarawak

Mesyuarat Agung PUSPANITA JPS Malaysia Kali ke-33

Oleh: Hjh Maslina bt Abdul Kadir Bahagian Pembangunan Modal Insan

Mesyuarat Agung kali yang ke 33 ini telah

dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Md. Nasir bin Md.

Noh, Timbalan Ketua Pengarah I, JPS Malaysia. Turut

hadir adalah YBhg. Datin Sri Norliza binti Zakaria,

Pengerusi PUSPANITA JPS Malaysia, YBhg. Datin

Normah binti Taha, Timbalan Pengerusi 1, PUSPANITA

JPS Malaysia dan YBhg. Datin Noriah binti Abu

Bakar, Ahli Jawatankuasa PUSPANITA JPS Malaysia.

Turut diadakan aneka jualan serta Jualan

Amal Pre Loved Items. Majlis disertai oleh 116

orang ahli PUSPANITA JPS Malaysia. Mesyuarat yang

diadakan setiap tahun ini merapatkan silaturrahim

antara ahli PUSPANITA JPS Malaysia di samping

bertukar-tukar fikiran dan menjalankan aktiviti amal.

15

NRE Management Work Camp Bil 1/2017

Oleh: Bahagian Korporat

NRE Management Work Camp merupakan

program tahunan yang menjadi platform untuk

menentukan keutamaan dan sasaran NRE bagi

tahun 2017. Permulaan tahun 2017 dibuka

dengan penganjuran NRE Management Work

Camp Bil.1 Tahun 2017 yang telah diadakan

pada 22 – 24 Januari 2017 di Institut Tanah

dan Ukur Negara (INSTUN). Sesi Work Camp

ini diadakan bagi menyelaras perancangan

kerja tahunan, KPI Jabatan/Agensi/Bahagian

serta merangka pelan tindakan bagi mencapai

sasaran kementerian bagi tahun 2017 untuk

mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Pelan

Strategik NRE.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

telah diwakili oleh YBhg. Dato’ Sri Ir Hj. Zulkefli

bin Hassan, Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBhg.

Dato’ Dr Md Nasir bin Md Noh, Timbalan Ketua

Pengarah I JPS Malaysia, YBrs. Ir Hj Ab. Qahar bin

Osman, Timbalan Ketua Pengarah II JPS Malaysia

dan YBhg. Dato’ Ir Hj Mohd Azmi bin Hj Ismail,

Pengarah Bahagian Korporat JPS Malaysia ke

sesi tersebut. Menerusi sesi ini, semua Jabatan

dan Bahagian dibawah NRE diberi peluang

untuk menentukan keutamaan dan sasaran NRE

bagi tahun 2017 serta merangka pelan tindakan

bagi mencapai sasaran tersebut.

Bengkel Pengumpulan Data-

Stakeholder Engagement NAWABS

Lembangan Sungai Muda

Oleh: Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi

Bertempat di Pure Hotel Sungai Petani,

Kedah, satu Bengkel Pengumpulan Data/

Stakeholder Engagement NAWABS Lembangan

Sg. Muda telah diadakan selama 2 hari iaitu

pada 21-23 Januari 2017. Tujuan bengkel

ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan keperluan

data, pengoperasian NAWABS dan System Flow

daripada agensi dan Jabatan berkaitan bagi

pembangunan NAWABS Lembangan Sg. Muda.

Selain itu, peserta bengkel ini juga telah dibawa

melawat tapak Pejabat Lembangan Sungai

Muda (PLSM), barrage dan water intake yang

terlibat dalam Lembangan Sg. Muda.

16

Pameran Projek Penyelidikan “Development of

Foam Concrete and Eco Raft Pile (ERP) System for

Road Construction on Peat Soil”

Oleh: Khairulnizam bin Md Yasin, Bahagian Pengurusan Zon Pantai

Kolaborasi Bahagian Pengurusan Zon Pantai,

JPS Malaysia dan Cawangan Kejuruteraan Geoteknik

JKR telah menyertai pameran poster dan booth bagi

projek penyelidikan Development of Foam Concrete

And Eco Raft Pile (ERP) System for Road Construction

on Peat Soil sempena Hari Terbuka Perasmian CREaTE

pada 24 Januari 2017. Pasukan kolaborasi JPS-JKR

ini telah diberi peluang untuk menerangkan projek

kolaborasi berkenaan kepada warga JKR yang hadir.

Secara tidak langsung perkongsian info berkaitan

teknologi-teknologi terkini dalam pelbagai aspek

teknikal dapat dimanfaat.

Pameran ini disertai oleh pelbagai

Cawangan/Bahagian di JKR dan juga disertai oleh

Institut Pengajian Tinggi Awam. Pada akhir program

ini, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, JKR yang

dibantu oleh pihak JPS telah berjaya merangkul

tempat ke-3 keseluruhan bagi penilaian oleh Panel

JKR. Tahniah diucapkan kepada pasukan kolaborasi

JKR-JPS ini.

UNESCO-IHP Malaysia- Technical Talk Bil 1/2017

Oleh: Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi

Pada 25 Januari 2017 bertempat di Bilik

Mesyuarat Bahagian Pengurusan Sumber Air dan

Hidrologi, JPS, UNESCO-IHP Malaysia – Technical Talk

Bil 1/2017 telah diadakan dan telah dipengerusikan

oleh Tuan Ir. Hj. Mohd Razali bin Husain, Timbalan

Pengarah Seksyen Sumber Air, BPSAH JPS Malaysia.

Technical talk ini adalah anjuran UNESCO-IHP

Malaysia dengan kerjasama Malaysia Hydrological

Society (MHS) dan diadakan sebanyak 3 kali setahun.

Penceramah yang dijemput adalah terdiri daripada

professional dalam pelbagai bidang terutamanya

berkaitan Sumber Air. Sepanjang program ini, para

peserta yang terdiri daripada pelbagai stakeholder

telah didedahkan dengan isu-isu semasa berkaitan

sumber air serta dapat bertukar pandangan dan

pendapat.

Program

‘CREaTE The Future’

di Alor Gajah,

Melaka,

24-26 Januari 2017

Bengkel Penyediaan Garis Panduan (Standard Operating Procedure) bagi Menangani

Pencemaran Sungai

Oleh: Bahagian Korporat

Pada 25 Januari 2017 yang lalu, satu

bengkel Penyediaan Garis Panduan (Standard

Operating Procedure) bagi Menangani

Pencemaran Sungai telah berlangsung di

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan

(NAHRIM). Bengkel ini telah dirasmikan oleh

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad.

Bengkel ini bertujuan untuk menetapkan

saluran komunikasi dan peranan setiap Jabatan

serta menyelaraskan tindakan yang seharusnya

diambil ketika berlakunya pencemaran di

sungai yang berpotensi menyebabkan operasi

bekalan air domestik terganggu.

Pada bengkel ini juga, Tuan Hj. Md.

Khairi bin Selamat, Timbalan Pengarah

Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai telah

membentangkan deraf Standard Operating

Procedure bagi Menangani Pencemaran Sungai.

“Menetapkan saluran

komunikasi dan peranan setiap

Jabatan serta menyelaraskan

tindakan yang seharusnya

diambil ketika berlakunya

pencemaran di sungai”

17

Kunjungan INSPEM ke Bahagian Pengurusan

Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia

Oleh: Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi

Bahagian Pengurusan Sumber Air dan

Hidrologi JPS Malaysia telah menerima kunjungan

rasmi daripada Pengurusan Institut Penyelidikan

Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia

pada 25 Januari 2017 yang lalu. Kunjungan ini

bertujuan untuk membincangkan skop kerja bagi

jalinan usahasama di dalam khidmat pakar runding,

penyelidikan, penerbitan, permohonan geran dan

penempatan pelajar. Perbincangan pada pertemuan

INSPEM-JPS ini juga turut menyentuh skop kerja

di Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi

terutama senarai model yang telah dan sedang

dibangunkan.

Kursus MyMesyuarat 2.0 untuk Bahagian Khidmat

Pengurusan

Oleh: Bahagian Khidmat Pengurusan

Seramai 26 orang kakitangan Bahagian

Khidmat Pengurusan, JPS Malaysia telah mengikuti

Kursus MyMesyuarat 2.0 yang diadakan pada 25-26

Januari 2017 bertempat di Institut Pembangunan

Modal Insan, JPS Ampang. Kursus yang dianjurkan

sendiri oleh bahagian ini diadakan untuk mengetahui

kaedah penggunaan Sistem MyMesyuarat 2.0

dalam pelaksanaan mesyuarat secara online dan

mempelajari peranan dan fungsi sebagai ahli dan

Urusetia Sistem MyMesyuarat 2.0.

18

Program BPMI-TEDTalks Januari 2017

“A Country with No Water”

Oleh: Sayed Yazid, Bahagian Pembangunan Modal Insan

Bagi memenuhi keperluan pembelajaran

terkini yang seiring dengan kecanggihan teknologi

maklumat (IT), BPMI telah mengorak langkah

pertama bagi melaksanakan keperluan sumber

manusia di Bahagian dengan melaksanakan kaedah

pembelajaran terkini iaitu Program BPMI “Program

TEDTalks”.

Program BPMI - TEDTalks Januari 2017 telah

berlangsung pada 25 Januari 2017 bertempat di

Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan Modal

Insan. TED adalah singkatan daripada perkataan

‘Technology, Entertainment, Design’ ialah sebuah

organisasi yang menyediakan platform untuk

menyampaikan idea daripada pelbagai tokoh-tokoh

inspiratif dari pelbagai bidang dalam bentuk sebuah

‘simple presentation’ sesuatu persidangan. Pada

program tersebut, satu tayangan video TEDTalks

bertajuk “A Country With No Water” yang berdurasi

selama 9 minit telah ditonton bersama-sama oleh

warga BPMI.

Aktiviti Sharing is Caring BPMI

Taklimat “ Visual Communication”

Oleh: Sayed Yazid, Bahagian Pembangunan Modal Insan

Seksyen Operasi, BPMI buat pertama

kalinya telah menganjurkan program ‘Sharing is

Caring’ pada 27 Januari 2017 lalu di Dewan Dahlia,

JPS Ampang. Program ‘Sharing is Caring’ adalah

merupakan salah satu daripada dua (2) akitiviti

pembelajaran berterusan yang dilaksanakan di BPMI

selain Program Pembelajaran Sepanjang Hayat dan

Program TedTalks.

Taklimat ‘Visual Communication’ telah

disampaikan oleh Dr. Ruzaimi Mat Rani,yang

merupakan Pengasas Drawzania.com. Menurut

beliau, komunikasi visual atau komunikasi

melalui penglihatan bukanlah suatu perkara

yang baru dalam dimensi sistem penyampaian

malah telah dipraktikkan sejak daripada zaman

penciptaan manusia lagi. “Visual Communication”

ini menggabungkan teknik kombinasikan seni,

lambang, topografi, gambar, grafik, ilustrasi dan

warna dalam penyampaiannya.

Lawatan Pengurusan Tertinggi JPS ke Pusat Data Sektor Awam (PDSA)

Bandar Enstek

Oleh: Siti Sarah Bt Ismail, Bahagian Pengurusan Maklumat

YBhg. Dato’ Sri Ir. Haji Zulkefli bin Hassan,

Ketua Pengarah JPS Malaysia bersama rombongan

pengurusan tertinggi JPS telah mengadakan

satu lawatan tapak ke Pusat Data Sektor Awam

(PDSA) Bandar Enstek pada 26 Januari 2017 bagi

Pemantauan Projek Sistem Ramalan dan Amaran

Bajir Negara Fasa 1.

Pada lawatan ini, YBhg. Dato’ Sri Ketua

Pengarah melihat sendiri ketersediaan infrastruktur

yang disediakan oleh pihak MAMPU di PDSA Bandar

Enstek serta penempatan peralatan ICT bagi Sistem

Pengurusan Maklumat Sistem Ramalan dan Amaran

Banjir Negara Fasa 1.

SUDUT

MAKLUMAT

LAWnet

Apa itu LAWNet ?

LawNet merupakan salah satu pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan JPS

Malaysia. Ia mengandungi Akta Persekutuan dan Warta Kerajaan Negeri Di Malaysia.

Ia juga merupakan koleksi undang-undang atas talian ‘authoritative’ yang dikeluarkan

oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), iaitu pencetak rasmi Warta

Kerajaan Malaysia

CARA-CARA UNTUK AKSES

LAWNet.

1. LawNet boleh diakses

www.lawnet.com.my atau

melalui web Perpustakaan

JPS.

2. Kemudian akses dengan

masukkan username dan

password yang boleh didapati

daripada pihak Perpustakaan

JPS. Sila hubungi pihak Perpustakaan

JPS bagi mendapat

akses.

Apakah ciri-ciri pilihan LAWNet

Law Library

3. Pencarian maklumat boleh

dilakukan mengikut keperluan

dan kesesuaian pilihan

samada menggunakan Law

Library, E-Gazette, Index,

Latin Dict. , Istilah, Forum.

Pencarian akta boleh dilakukan mengikut turutan abjad, nombor Akta, tahun Akta

ataupun menggunakan kata kunci Akta tersebut.

Mengandungi:

• Akta-akta Parlimen yang dikemaskini, Akta-akta Utama (asal), Akta-akta pindaan,

Ordinan-ordinan, Rang Undang-undang, Perintah dan Peraturan yang dikemaskini

• Pemberitahuan Undangan ‘A’, Pemberitahuan Undangan ‘B’

• Perlembagaan Persekutuan • Kod-kod prosedur (Jenayah, Penal code, National land

code)

• Peraturan Mahkamah

• Perintah Am , Arahan Perbendaharaan

E-Gazette : Carian mengikut Warta Kerajaan disusun mengikut Persekutuan dan

nama negeri

Selamat Melayari LAWNet

DEPARTMENT OF IRRIGATION AND DRAINAGE, MALAYSIA

WATER SECURITY IS NATIONAL SECURITY

ISSN 2229-824X

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!