30.04.2017 Views

Info Konvo Bil 84

Majlis Konvokesyen ke-58 UTM

Majlis Konvokesyen ke-58 UTM

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Konvokesyen Ke-58

Sesi I & II

30 APRIL 2017

3 SYAABAN 1438H

Bil. 84/2017

BACAAN ILMIAH

MENCETUS PEMIKIRAN MATANG

TEROKAI PELUANG

ANTARABANGSA

PAKAR BIDANG

MEMBRAN

PROFESOR EMERITUS TAKESHI MATSUURA

TERIMA ANUGERAH

IJAZAH KEHORMAT DOKTOR KEJURUTERAAN

SENTIASA

BERFIKIRAN

POSITIF

KUNCI KEJAYAAN

PENCIPTA

‘SMART STETHOSCOPE’

Dr. Mohamed Amin Alias

Terima Anugerah Profesor Emeritus

'JUARA INOVASI'

Dr. Md. Nor Musa

Dianugerahkan Profesor Emeritus

PEGAWAI POLIS

PENERIMA IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

ANUGERAH

TERTINGGI UTM

MILIK GRADUAN SYARIFUDDIN

LIMA JAM PERTAMA

DALAM SEHARI PENENTU KEJAYAAN

UTM TERUS CEMERLANG

BACAAN ILMIAH

MENCETUS PEMIKIRAN MATANG

Johor Bahru, 29 April – Dalam zaman yang penuh cabaran

dan berdaya saing kini, seseorang graduan bukan sahaja perlu

mempersiapkan diri dengan segulung ijazah serta berkemahiran

baik dalam bahasa Inggeris, namun para graduan juga perlu

mempunyai penguasaan ilmu yang tinggi yang lahir daripada

amalan membaca pelbagai bahan ilmiah.

Menurut DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan

Idris Shah, Canselor UTM dalam titah baginda semasa Majlis

Konvokesyen ke-58 UTM, “Sesungguhnya, penguasaan ilmu dan

pengalaman yang luas merupakan suatu kelebihan kepada seseorang

individu itu. Oleh itu, untuk menjadi seorang yang tinggi ilmunya

serta berkebolehan adalah dengan membaca. Saya percaya amalan

membaca pelbagai bahan bacaan ilmiah dapat menjadikan seseorang

itu berfikiran matang, terbuka serta tidak mudah percaya dengan

berita dan maklumat yang tidak berasas.” Justeru itu, baginda juga

menyeru agar pihak universiti dapat menerbitkan buku-buku

umum yang dapat memupuk dan menarik minat membaca dalam

kalangan generasi muda kini.

Selain itu, para graduan juga diingatkan akan kepentingan

menguasai bahasa Inggeris untuk menjadikan mereka lebih

menyerlah dalam dunia pekerjaan. Baginda seterusnya

merakamkan ucapan syabas kepada UTM atas usaha

menganjurkan UTM Chancellor English Language Club bagi

membuka ruang dan peluang kepada para pelajar untuk

memperbaiki kemahiran bahasa Inggeris.

Dalam kesempatan yang sama, DYMM Raja Zarith Sofiah turut

merakamkan rasa dukacita baginda berserta DYMM Tuanku

Sultan Johor akan tragedi kemalangan jalan raya melibatkan

lapan orang remaja lelaki berbasikal yang maut dirempuh kereta

di Jalan Lingkaran Dalam, di Johor Bahru beberapa bulan yang

lalu. Baginda menyeru agar semua pihak mengambil berat akan

peri laku anak-anak muda zaman kini tanpa mengira bangsa dan

agama kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama. Anakanak

muda dinasihati agar mengisi masa lapang dengan aktiviti

berfaedah. Pengisian aktiviti berfaedah pelajar UTM selaku anak

muda dengan program universiti seperti Generasi Mahasiswa

Proaktif 2017 di Gelang Patah dan Sungai Sebulong Kampung

Melayu Majidee merupakan satu contoh yang membuktikan

pelajar universiti mampu menyumbang bakti demi masa depan

pembangunan negara Malaysia.

Sebelum mengakhiri titah ucapan, baginda berdoa ke hadrat

Allah Subhana Wa Taala agar dikurniakan taufik dan hidayah

kepada semua warga Universiti Teknologi Malaysia. Semoga

universiti ini terus maju dan dilimpahi dengan segala keberkatan

dan perlindungan-Nya.

TEROKAI PELUANG

ANTARABANGSA

Johor Bahru, 29 April – Dunia yang penuh saingan dan

cabaran bukan sahaja dari aspek penguasaan ilmu akademik,

malah dari aspek mendapatkan pekerjaan merupakan antara

dilema yang dihadapi oleh para graduan yang saban tahun

semakin meningkat jumlahnya. Yang Berbahagia Tan Sri Dato’

Seri Dr. Salleh bin Mohd Nor, Pro-Canselor UTM dalam

ucapan Majlis Konvokesyen ke-58 UTM, berkata “Dunia

ini terbentang luas untuk saudara-saudari terokai. Jangan

sesekali hadkan apa yang hendak dicapai. Carilah peluang di

mana-mana sahaja, bukan setakat di tanah air ini. Cabarlah

diri saudara-saudari untuk meneroka potensi diri. Jadikanlah

seluruh dunia ini sebagai pentas utama persembahan peribadi

buat mengukur kecemerlangan diri pada masa hadapan.” Beliau

juga mengingatkan para graduan agar sentiasa berikhtiar

untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi

menyediakan diri menangani cabaran globalisasi yang berlaku

masa kini tanpa mengabaikan adab dan nilai agama, etika,

integriti dan akauntabiliti, serta sifat toleransi.

Sebagai seorang yang mencintai dunia hijau dan alam

sekitar, beliau turut memuji UTM kerana telah berusaha

memastikan kelestarian suasana kampusnya yang hijau,

bersih dan semula jadi serta memberikan persekitaran yang

kondusif untuk menghayati budaya ilmu. Terkini dengan

inisiatif Car Free Day merupakan antara contoh pelaksanaan

Kampus Lestari. Beliau juga turut mencadangkan agar UTM

mengharamkan penggunaan plastik dan polystyrene di dalam

kampus UTM. Namun begitu, usaha ini tidak akan memberi

kesan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada semua

warga UTM.

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan dan

syabas kepada UTM kerana telah memperbaiki pencapaian

kedudukan dalam QS World University Rankings by Faculty

menduduki tempat ke-90 dan QS World University Rankings

by Subject dengan enam subjek dalam Top 100, iaitu alam

bina/arkitek, kejuruteraan kimia, kejuruteraan elektrik dan

elektronik, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam dan

struktur serta sains komputer dan sistem maklumat.

PAKAR BIDANG

MEMBRAN

PROFESOR EMERITUS TAKESHI MATSUURA

TERIMA ANUGERAH

IJAZAH KEHORMAT DOKTOR KEJURUTERAAN

Johor Bahru, 29 April – Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) amat berbangga kerana pada

Majlis Konvokesyen kali ini menyaksikan

penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor

Kejuruteraan kepada Profesor Emeritus Takeshi

Matsuura atas sumbangan besar beliau dalam

bidang membrane kepada UTM dan komuniti

global. Profesor Emeritus Takeshi Matsuura

menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan

daripada Canselor UTM, Duli Yang Maha Mulia,

Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris

Shah, Permaisuri Johor dalam sesi pertama Majlis

Konvokesyen ke-58 UTM yang berlangsung pada

29–30 April di Dewan Sultan Iskandar.

Profesor Emeritus Takeshi Matsuura pernah

dilantik sebagai Pengerusi Penyelidikan Industri

bagi British Gas/Natural Sciences and Engineering

Research Council of Canada (NSERC) di University

of Ottawa, Kanada. Beliau juga merupakan

Pengarah Industrial Membrane Research Institute

di Universiti of Ottawa sehingga tahun 2002, dan

seterusnya dilantik sebagai Profesor Emeritus

di universiti berkenaan. Sumbangan Profesor

Emeritus Takeshi Matsuura dalam bidang

akademik dan penyelidikan diteruskan apabila

beliau turut dilantik sebagai Lembaga Penyunting

dan Lembaga Penasihat kepada jurnal-jurnal

berimpak tinggi seperti Desalination (Faktor Impak

4.412), Journal of Membrane Science (Faktor Impak

4.359), malahan masih aktif sehingga ke hari ini.

Selain UTM, beliau juga pernah berkhidmat

sebagai profesor pelawat di beberapa universiti

termasuklah National University of Singapore

(NUS); McMaster University, Kanada; dan Nihon

University, Jepun. Ketika di UTM, beliau turut

menjadi mentor kepada lebih daripada 20 orang

staf akademik di FKKKSA/FPREE/FKT. Beliau

juga dilantik sebagai penyelia bersama kepada

lebih 10 orang pelajar pascasiswazah sejak

2007, malah masih aktif menyelia pelajar di UTM

sehingga kini.

Sumbangan beliau dalam bidang penerbitan

di UTM juga amat membanggakan, iaitu jumlah

penerbitan penulis bersama dalam jurnal

berimpak tinggi adalah melebihi 150 naskhah.

Jumlah keseluruhan pemetikan (citation) kertas

kerja beliau pula melebihi 12,000 dan seterusnya

menyumbang kepada H-indeks beliau mencecah

57. Selain itu, beliau juga giat dalam penghasilan

buku, iaitu karya asli (empat), buku suntingan

(sembilan), dan penerbitan jurnal edisi terhad

(tiga).

Atas kecemerlangan dan sumbangan besar

beliau dalam bidang akademik dan penyelidikan,

beliau telah menerima pelbagai anugerah di

peringkat tempatan dan global. Antaranya

ialah Anugerah Penyelidikan oleh International

Desalination and Environmental Association

(1995), Fellow Chemical Award oleh Chemical

Institute of Canada (1989), Dedikasi Khas

sumbangan sepanjang hayat kepada bidang Sains,

Teknologi Membran di 8 th Annual Meeting oleh

North American Membrane Society (1996), G.S.

Glinski Award for Excellence in Research, Faculty

of Engineering oleh University of Ottawa (1998),

A Special Issue in Honour of Prof. Matsuura pada

hari lahir beliau ke-75 oleh Desalination, Elsevier

(2012) dan anugerah Life Time Achievements

in Material Science and Membrane Technology

di 11 th International Conference on Membrane

Science and Technology oleh ASEAN Membrane

Society (2013).

PENCIPTA

‘SMART STETHOSCOPE’

Dr. Mohamed Amin Alias

Terima Anugerah Profesor Emeritus

Johor Bahru, 29 April - Sempena Majlis Konvokesyen ke-58 UTM, Dr.

Mohamed Amin bin Alias telah dianugerahkan Profesor Emeritus sebagai

menghargai sumbangan dan jasa beliau kepada UTM dan negara. Anak

kelahiran Kota Bharu ini, mendapat pendidikan awal di Sultan Ismail Primary

School dan Sultan Ismail College. Beliau kemudiannya melanjutkan pendidikan

di Technical Institute Kuantan dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Diploma

Kejuruteraan Perhubungan di Institut Teknologi Kebangsaan. Berkat usaha gigih,

beliau dianugerahkan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Perhubungan di

University of Salford, United Kingdom pada 1973. Beliau juga telah ditawarkan

biasiswa Fulbright-Hayes untuk mengikuti pengajian Sarjana Kejuruteraan

Elektronik di Syracuse University New York (1978) dan melanjutkan

pengajian peringkat kedoktoran di University of Wales (Swansea) dalam

bidang Laser Technology pada tahun 1981.

Dr. Mohamed Amin bin Alias telah berkhidmat di UTM selama 31 tahun

(September 1976-Jun 2007). Beliau memulakan kerjayanya di UTM

sebagai Penolong Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Kemudian

pada tahun 1984, beliau dilantik menjadi Dekan Unit Penyelidikan dan

Perundingan UTM yang bertanggungjawab untuk membangunkan

aktiviti penyelidikan dan pembangunan di UTM. Pada ketika itu,

pembudayaan penyelidikan dan pembangunan masih baru di UTM

dan Kerajaan Malaysia telah melancarkan program Industrial Master

Plan (IMP:1985-1990), di mana semua universiti tempatan dikehendaki

mengikut IMP bagi semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Semasa menyandang jawatan Dekan Unit Penyelidikan dan

Perundingan UTM, beliau telah berjaya menubuhkan Unit Penerbitan

untuk menghasilkan penerbitan penyelidikan, Taman Teknologi kepada

penyelidik membangunkan hasil penyelidikan dan pengkomersilan serta

Bahagian Pengajian Lanjutan yang sekarang dikenali sebagai Sekolah

Pengajian Siswazah (SPS) untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan di UTM.

Kini, bahagian tersebut telah berkembang pesat peringkat nasional dan global.

Kepakaran beliau dalam bidang kejuruteraan elektronik serta pengurusan

penyelidikan dan pembangunan amat disegani dan mendapat pengiktirafan di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau telah menghasilkan satu alat ‘Smart

Stethoscope’ yang berupaya untuk mendiagnos fungsi jantung dengan lebih cepat dan mudah. Beliau telah

memperoleh pingat Emas dalam pertandingan reka cipta antarabangsa di Switzerland pada tahun 2005. Selain

itu, beliau telah membuat kajian penyelidikan mengenai ‘Magnetic Man’ – Tan Kok That dari Ipoh, Perak dan

fenomenon ini telah menarik perhatian rancangan National Geographic di Amerika Syarikat untuk membuat

sesi penggambaran bagi fenomenon tersebut dan rancangan ini telah disebarkan seluruh dunia. Beliau juga

merupakan seorang jurutera profesional dalam bidang elektronik dan berdaftar sebagai Certified Practicing

Professional Engineer.

Berdasarkan pengalaman dan kepakaran dalam bidang pengurusan teknologi, beliau telah memegang

beberapa jawatan penting di luar UTM seperti Ahli Lembaga SIRIM (1988-1991), Pengerusi, IRPA Grants

Panel bidang Industry and Instrumentation (1995 – 1999), Cofounder Malaysian Invention and Design Society

(MINDS), ‘Independent Expert’ dalam Panel Kejuruteraan Perubatan, Kementerian Kesihatan dan Ahli Majlis

Industri Pertahanan Malaysia, Kementerian Pertahanan. Beliau juga merupakan pakar rujuk kepada Pusat

Science and Technology for Research and Defence (STRIDE), Kementerian Pertahanan. Selepas bersara, beliau

masih aktif meneruskan aktiviti akademik dengan memegang jawatan sebagai Profesor Adjung di beberapa

Universiti Awam dan Swasta dan juga dilantik sebagai Penasihat Akademik dan Pemeriksa Luar penyelidikan

siswazah.

Beliau turut menjadi ahli lembaga pengarah syarikat Perunding Amin Lee Lim Sdn. Bhd. dan Worldwide

Corporate Resources Sdn. Bhd. (WCRsb). WCRsb mengendalikan latihan dan kursus kepada industri tempatan

dan agensi kerajaan. Selain itu, beliau juga aktif dalam projek untuk meningkatkan upaya kemahiran dan

pendapatan penduduk luar bandar. Beliau turut menjalankan kursus dan latihan kepada NGO, Kementerian

Sumber Manusia dan agensi - agensi kerajaan.

SENTIASA

BERFIKIRAN

POSITIF

KUNCI KEJAYAAN

Johor Bahru, 29 April – YBhg. Tan Sri Dato’ Dr.

Lin See-Yan, Pro-Canselor UTM mengingatkan

para graduan agar sentiasa berfikiran positif dalam

mendepani keadaan yang sukar mendapatkan

pekerjaan. Berucap dalam Majlis Konvokesyen ke-

58 UTM, beliau berkata setiap cabaran dan dugaan

yang dihadapi sebenarnya ada memberi ruang dan

peluang kepada graduan untuk berjaya. YBhg. Tan

Sri Dato’ Dr. Lin See-Yan juga turut berkongsi nasihat

daripada seorang tokoh falsafah terkemuka, iaitu

Kung-Fu-Tzi, atau dikenali sebagai Confucius, “There

are 10 things which a new graduate should be mindful:

To see clearly when using the eyes; to hear distinctly

when using the ears; to be gracious in expression; to be

respectful in demeanour; to be sincere in speech; to be

serious in the execution of duties; to seek advice when

in doubt; to consider the consequences when angry; to

think of what is right & just, when faced with advantage

or gain; and to be ethical and act with utmost integrity

when dealing with others.”

Di kesempatan yang sama, beliau turut

merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi

tahniah kepada Profesor Emeritus Takeshi Matsuura,

penerima Anugerah Kehormat dan kedua-dua orang

penerima Anugerah Profesor Emeritus, iaitu Dr.

Mohd Amin bin Alias dan Dr. Md Nor bin Musa.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau sempat

mengucapkan selamat maju jaya kepada para

graduan dalam perjalanan hidup mereka dan semoga

perjalanan tersebut akan menjadi pengalaman yang

menggembirakan.

'JUARA INOVASI'

Dr. Md. Nor Musa

Dianugerahkan Profesor Emeritus

Johor Bahru, 29 April - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah

menganugerahkan Profesor Emeritus kepada Dr. Md. Nor bin Musa

sempena Majlis Konvokesyen ke-58 UTM atas sumbangan dan bakti yang

telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan terutamanya dalam bidang

inovasi. Anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini mendapat pendidikan

awal di Sekolah Rendah dan Menengah Clifford Kuala Kangsar dan

pendidikan kejuruteraan di Maktab Teknik Kuala Lumpur, sebelum

meneruskan pengajian di University of Strathclyde, Glasgow, Scotland

dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (1975) dan Sarjana (1980)

dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Kemudian, beliau meneruskan

pengajian di peringkat Kedoktoran di University of Heriot-Watt,

Edinburgh Scotland dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah pada

tahun 1987.

Beliau menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang

perkhidmatan beliau selama 41 tahun (1975 hingga 2016) di

UTM. Antaranya Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM),

Dekan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan

(SPACE), Dekan/Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC),

dan Pengarah UTM Ocean Thermal Energy Centre serta beberapa

jawatan lain di peringkat fakulti. Beliau juga turut diberikan

kepercayaan untuk menyandang jawatan di peringkat nasional

seperti Ahli Panel Industrial Research in Priority Areas (IRPA) pada

1994 oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE).

Selain itu, pada 1995 beliau turut dilantik sebagai Deputy Director

General di Malaysian Institute of Micro Electronic System

(MIMOS), yang bertanggungjawab kepada pengurusan R&D dan

pembinaan kompleks baru R&D dan Fabrikasi Wafer MIMOS di

Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Beliau juga dilantik oleh Kementerian

Pengajian Tinggi sebagai ahli Panel Penilai Pencapaian Universiti

Penyelidikan bagi kemajuan dan pencapaian USM, UKM, UPM dan UM.

Dalam bidang inovasi dan pengkomersilan pula, beliau dilantik

sebagai Ketua Penyelidik kepada 12 projek penyelidikan,selain berjaya

memperoleh dana penyelidikan dari dalam dan luar negara dengan

jumlah kumulatif melebihi RM7 juta. Hasil ciptaan beliau telah berjaya

memperoleh enam paten (empat granted dan dua pending). Beliau juga

pernah memenangi empat pingat pada pameran di peringkat kebangsaan

dan satu pingat di Seoul International Invention Fair (2002) dan National

Intellectual Property Award (2006). Salah satu daripada ciptaan beliau

yang dipatenkan telah berjaya dikomersilkan di bawah program Symbiosis

UTM/MTDC dengan pembentukan syarikat E-Element Technology Sdn.

Bhd., dengan suntikan modal sebanyak RM4 juta. Syarikat ini berjalan

dengan baik dan terus berkembang maju. Beliau turut menerima gelaran

“Juara Inovasi” yang diberi oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 2010.

Dalam bidang sosial pula, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi

Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Alumni UTM dan pernah dilantik

sebagai Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Edinburgh pada

tahun 1984 hingga 1986. Beliau juga merupakan mantan ahli PIBG Kolej

Tunku Khursiah bagi tahun 1995-1999 dan tahun 2001-2005. Beliau

dianugerahkan Anugerah Pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)

oleh DYMM Sultan Perak pada tahun 2004.

PEGAWAI POLIS

PENERIMA IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

Johor Bahru, 29 April – Sesi pertama Majlis Konvokesyen ke-58 UTM berjalan dengan lancar dan

sangat meriah. Turut sama bergraduasi ialah DSP Dr. Bakri bin Zainal Abidin (51 tahun), Pegawai

Kanan Polis Diraja Malaysia, graduan Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan (dengan Kepujian).

Beliau yang telah berkhidmat selama 30 tahun sebagai polis, langsung tidak merasakan beban tugasan

hakiki di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, menjadi penghalang untuk terus

menuntut ilmu dan memperoleh kejayaan. Terdahulu, beliau telah menamatkan pengajian dalam

bidang Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Sains Malaysia (2003) dan Sarjana Pembangunan

Sumber Manusia di Universiti Teknologi Malaysia (2008). Beliau hadir menerima Ijazah dengan

ditemani kedua ibu bapa, isteri dan dua orang anaknya yang masing-masing berusia tiga tahun dan 10

tahun. Beliau sangat gembira dengan kejayaan yang dikecapi hasil lima tahun pengajian di UTM Johor

Bahru sejak 2012.

DSP Dr. Bakri mengucapkan terima kasih kepada UTM, penyelia-penyelia, staf akademik dan

seluruh warga UTM yang telah memberi ruang kepada beliau untuk menimba ilmu dan menamatkan

pengajian dengan jayanya. Beliau berazam untuk membuktikan kepada UTM, inilah modal insan yang

telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada nusa dan bangsa. Beliau turut berhasrat untuk

membantu dalam mentranformasikan PDRM ke arah organisasi yang bertaraf ‘World Class’ dengan

ilmu pengetahuan yang dimilikinya.

Beliau berasa sangat bertuah kerana mendapat dorongan kuat daripada isteri, kedua ibu bapa dan

penyelia-penyelia yang tidak jemu memberikan momentum untuk beliau berada di tahap ini. Selain

itu, serangkap pantun lama juga telah memotivasikan beliau yang berbunyi:

Berburu di padang datar,

Dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar,

Bagai bunga kembang tak jadi

ANUGERAH

TERTINGGI UTM

MILIK GRADUAN SYARIFUDDIN

Johor Bahru, 29 April – “Setiap orang ada keunikan tersendiri” merupakan kata-kata semangat

Syarifuddin bin Misbari (28 tahun) graduan Ijazah Doktor Falsafah (Remote Sensing) dan juga

Penerima Anugerah Canselor pada Majlis Konvokesyen ke-58 UTM yang berlangsung di

Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Syarifuddin bin Misbari memulakan pengajian pada tahun 2013 sebagai Ijazah Sarjana

dan kemudian diberikan tawaran oleh UTM untuk menukar kepada pengajian Ijazah Doktor

Falsafah pada tahun 2015. Penerima Anugerah Canselor ini merupakan seorang yang fokus

serta bijak menyusun strategi bagi memperolehi kejayaan yang dikecapi hari ini. Beliau

mengakui mengalami banyak cabaran sepanjang pengajian ini, tetapi beliau yakin semuanya

akan menjadi mudah dengan izin dan pertolongan Allah serta doa restu kedua ibu bapa.

Cabaran yang paling besar adalah cabaran dengan diri sendiri dan juga apabila beliau terpaksa

menghabiskan masa bagi memperoleh data-data projek bagi melengkapkan kajian yang

dilakukan.

Beliau percaya setiap peluang harus direbut dengan sebaiknya dan hendaklah sentiasa

bersangka baik dengan takdir Allah.

LIMA JAM PERTAMA

DALAM SEHARI PENENTU KEJAYAAN

Johor Bahru, 29 April 2017 – Kejayaan dalam hidup merupakan cita-cita dan impian untuk semua

individu. Biar apapun bidang yang diceburi, sekiranya seseorang itu komited dan fokus dalam mengorak

langkah menuju matlamat, tiada apa yang boleh menghalang mereka mencapai kejayaan. Itulah katakata

semangat yang dipegang oleh Dr. Muhammad Khalis bin Abdul Karim, penerima Anugerah

Canselor bersempena dengan Majlis Konvokesyen UTM ke-58. Anugerah Canselor merupakan

penghormatan yang diberikan oleh pihak universiti kepada mahasiswa Doktor Falsafah terbaik yang

memenuhi kriteria dan syarat pemilihan yang telah ditetapkan.

Beliau yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam

bidang Doktor Falsafah (Fizik). Sepanjang pengajiannya, beliau telah menjalankan kajian terhadap

kesan radiasi alat perubatan seperti X-Ray dan CT Scan terhadap pesakit untuk mengurangkan risiko

terkena penyakit kanser.

Ditanya mengenai tips menjadi pelajar berjaya, beliau menjawab, “Tips yang sering saya amalkan

sepanjang pengajian saya ialah lima jam pertama selepas kita bangun dari tidur haruslah diisi dengan

tugasan-tugasan yang sepatutnya diselesaikan. Adakalanya kita sering lalai dengan media sosial dan

sebagainya tetapi waktu inilah yang sepatutnya digunakan untuk fokus terhadap pengajian kita.” “Selain

daripada fokus, kita perlulah sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita, sebagai contoh

ibu bapa, pensyarah dan penyelia. Sebarang tugasan yang diberikan oleh penyelia haruslah diselesaikan

dengan baik. Nilai-nilai murni ini juga merupakan pendorong kepada kejayaan kita”, tambah beliau lagi.

UTM TERUS

CEMERLANG

Johor Bahru, 29 April - Kejayaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam kelompok 25

universiti terbaik dunia bagi universiti berusia 50 tahun ke bawah berdasarkan penarafan

QS World Ranking merupakan satu hasil usaha gigih dan pengorbanan keseluruhan komuniti

UTM. Penghargaan tersebut disampaikan dalam ucapan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Ir.

Wahid Omar sempena Majlis Konvokesyen ke-58 UTM.

Kejayaan ini selaras dengan Pelan Global UTM yang mensasarkan Universiti tergolong dalam

50 universiti terkemuka di dunia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi pada tahun 2020.

Selain itu juga QS World Ranking turut mengiktiraf sebanyak enam subjek UTM antara 100

terbaik di dunia pada tahun 2016.

Dalam majlis konvokesyen kali ini, seramai 2842 orang graduan menerima ijazah masingmasing

termasuk 366 Doktor Falsafah, 822 ijazah, 725 ijazah Sarjana Muda, 82 diploma dan

811 graduan Diploma Kerjasama UTMSPACE. Sejak konvokesyen yang pertama, UTM telah

melahirkan 182,456 graduan yang terdiri daripada 7,464 graduan antarabangsa dari 70 negara

seluruh dunia.

Penyampaian anugerah dan pengijazahan Majlis Konvokesyen Sesi 1 ini telah disempurnakan

oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM.

“Alhamdulillah. Saya berasa syukur dan terima kasih

kepada UTM, keluarga dan rakan-rakan.”

Suffian Assauri Mohd Alfadzirullah

Sarjana Muda Sains Kimia Industri

“I believe life is a journey. I am glad that UTM is a

part of my journey that I would treasure forever.”

Mohd Faizal Iqbal Abdul Manan

M.Ed. in Management and Administration

“Kejayaan adalah hasil usaha yang berterusan tanpa

kenal erti penat dan lelah. Terima kasih UTM.”

Adri Norisham

Sarjana Muda Sains Kimia Industri

“UTM akan sentiasa saya di hati dan ingatan saya

kerana akhirnya saya telah berjaya menjejakkan kaki ke

menara gading dan menerima segulung ijazah.”

Mohamad Zul Hadi Mohamed Daud

Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan

Keselamatan)

APA KATA MEREKA

“It is an honour for me to study in UTM.”

Dr. Muhammad Imran Qureshi

Ph.D. in Management

“Saya amat teruja untuk hadir ke konvokesyen UTM kali

ke-58 ini. Terima kasih UTM.”

Sabrini Sabtu

Diploma Pengurusan Teknologi

“Alhamdulillah, thanks to Allah, my supervisor, husband,

and family for giving me this opportunity to pursue my

study. Thanks for all your supports and lots of love.”

Nur Hasanah Hamzah

M.Ed. in Mathematics

“Terima kasih kepada keluarga saya, para pensyarah

serta rakan-rakan yang banyak memberi semangat

kepada saya untuk belajar sehingga tamat pengajian.”

Jenny Boniol

Diploma Pengurusan Teknologi

“Thanks UTM, my supervisor, family, leturers and friends.

Love you all so much.”

Rohaniza Md Sullah

M.Ed. in Mathematics

PROGRAM FESKO

KE-58 UTM

1 MEI 2017 (ISNIN)

PENAUNG:

Dato’ Hj. Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd. Rahman

SIDANG PENGARANG: Ungku Haliza Ungku Zahar (Ketua Editor), Salina, Diyana, Hafifi, Fadhli, Khairi, Syahmirul

GRAFIK: Hafizah, Hairi

FOTO: Nor Azman, Nizam, Isyamfazrin

LAMAN SESAWANG: Zuraida LOGISTIK: Suhaimi

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia

http://web.utm.my/convocation/

facebook: Info Terkini Konvo UTM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!